Friday, July 30, 2010

PUTERIKU NATASHA NAJWA....


Semalam aku tak lena tidur.. baby demam.Terpaksa ler hubby aku tido bilik lain sebb baby nak tidur sebelah aku gak.. Bila bangun tgh malam, aku rasa badan dia..urgh makin panas! Aku dah berkira2 nak bwk gak dia gi PUSRAWI tapi aku tahan gak menunggu ari siang.Sementara tu kepala dan badannya aku jaram dengan air. Udara sejuk dalam bilik tu pun tak mampu buat suhu baby turun...

Berdoa aku dalam hati..jgn le jadi apa2 kat satu2nya puteriku ni..Cukup la Allah duga ketabahan aku sewaktu mengandungkan dia dulu.. Berlaku kesilapan dan kecuaian pihak hospital yg mengatakan aku dijangkiti Herpatitis B. Lebih mengejutkan bila doktor kata, jika anakku selamat dilahirkan pon, dia pasti cacat..Ko bayangkan apa perasaan aku saat tu. Aku dapat berita gembira bila disahkan dpt baby girl dan dlm masa yg sama doktor sahkan anakku cacat!

Alhamdulillah setelah membuat pemeriksaan kedua, rupa2nya berlaku kesilapan..Namun aku masih trauma hinggakan waktu pertama kali aku menyusukan baby, aku memmeriksa keseluruhan tubuhku utk memastikan dia sempurna.

Memang ternyata Allah kurniakan aku seorang puteri yg sempurna..yg pandai mengambil hati mama,ayah, abg dan sumer keluarga. Semuga baby menjadi anak yg solehah..yg satu ketika nanti mampu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya. AMINNNN....
Kebelakangan ni banyak kali aku terima email yg mengatakan makanan ini haram..makanan tu pon haram.! Tapi sejauh mana kebenaran fakta yg diberi? Mengapa setelah bertahun2 kita umat Islam di Malaysia malah seluruh dunia makan makanan ni baru sekarang keluar kenyataan yang mengatakan itu haram ! ini pon haram!

Aku rase kerajaan Malaysia perlu ada akta yg tegas dalam mengatasi masalah ni. Sekiranya ada produk yg telah disahkan mengandungi unsur2 haram, mengapa tidak dihebahkan kepada masyarakat. Sekurang-kurangnya ada senarai nama barang2 makanan yg diharamkan menjadi bahan rujukan kepada umat Islam.

Tuesday, July 27, 2010

BAHASA SMS


Aku paling tak suka kalu tima sms yg terlalu ringkas ejaannya. Memang ler sms tu tujuannya utk hantor message singkat tapi kalu dah singkat bebenor pun tak guna gak sebb aku tak faham sepatah haram pun.

Anak aku si abang ni kalu ngator message mmg nyakitkan ati..udah ler pesan macam2, guna plak bahasa sms dia yg tah ke haper tu! Sudahnya aku plak terpaksa call dia tanya, kamu cakap ape shaf, mama tak faham...Dia plak gelakkan aku...Hish!

Aku sebenarnya tak suka sgt praktikkan bahasa sms ni bukannya ape.. sebb dah terbawak2 sampaikan aku nak hantar email pun hampir tertulis bahasa sms. Contohnya "you" aku tulis u jer. nasib baik ler aku check dulu before send, kalu tak tu malu wehhh...

Moral of the story..sms ni ok..singkat dan cepat. Cuma satu jer lah yer, jgn salah gunakan tepon korang tu hantar message yg bukan2, pada orang yg "bukan2".

Monday, July 26, 2010

AIRMATA DARI SEORANG TEMAN...


Hari ni udah ler ujan..rase cam ilang mood aku.. Terasa cam aku kehilangan sesuatu. Memang pun! aku "kehilangan" sahabat baikku yg sering mendengar keluhanku selama ni. Aku benar2 tak tau apa punca sebenar yg membuat dia menjauhkan diri dari aku.

Apapun di sini..aku benar2 nak mintak maaf jika ketidakhadiran aku hari tu mengundang rasa amarahmu..Bukan ler sesajer aku nak melarikan diri dari ko tapi aku benar2 ada masalah yg tak dpat dielakkan. Ayah ku sakit...hinggakan nak minum pun payah..asyik muntah2..Keadaannya yg begitu le yg buat aku tak dpt memenuhi janjiku utk berjumpa sahabatku. kesilapan terbesar yg aku buat plak...dalam kelam kabut menguruskan urusan perubatan ayahku tu, aku terlupa utk membalas sms yg dikirimkan.

Kiranya besar kesilapan yg aku lakukan, sahabatku..aku susun sepuluh jari memohon kemaafan...Aku ni cuma insan biasa yg tak penah lari dari melakukan kesilapan...

KU BAHAGIA ...

Semalam, aku gi umah mak sebb adikku dan isterinya dtg..bwk gambar kami gi Holiday ari tu..Aku ingat nak besokan dan framekan gambar famili aku..First time..ko tau..tanpa disuruh, hubby aku letak tangan dia kat bahu aku ketika bergambar..kalu tak tu tak mau dia...cenggini dah ok lah...mesti tu jawapnya. Malu kononnnn....

Apapun bila menatap gambar tu, memang terserlah kebahagian kami anak beranak selepas menghadapi dugaan yg Allah beri...hadirnya si "DESPRATE" yg cuba meretakkan hubungan kami,,membuka mataku supaya lebih berhati2 dengan insan2 disekeliling yg ala2 musang berbulu ayam... Bila aku ingat balik, apa yg buat si "DESPRATE" tu suka nau dgn hubby aku? Now I realised that..hubby aku ni tak ler se hensem mana, tinggal lagi dia ni so loving, caring dan suka menolong orang. Tu yg buat si "DESPRADO" ni sanggup kononnya nak "berduet" dgn aku..Bole BLAH! aku elergic minah kampung yg berlagak cam minah bandar cam ko tu.

Ko bergaya camner pun,,orang tau gak ko tu sape...dengar nama jer pun orang tau ko tu Jawa asli..Malu konon ngaku Jawa??...Pada aku, tak hina bangsa Jawa tu..Yang hina tu perangai ko tu yg suka caras kebahagiaan orang lain..From now onwards, aku dah campak jauh2 diri ko dari hidup aku.Ko tu ala2 p'poan "touch and go" ..tak sesuai dengan hubby aku pun!!!

Ingat tadi, nak appear gambar famili aku kat sini, teringat lak kat si "DESPRATE" tak jadik..Kang luka lama berdarah kembali lak kannn...Almaklumlah...

Sunday, July 25, 2010

PAHLAWAN CANGKUL @ HANG KEBUN


Aktiviti yang dah lama ku tinggalkan ialah berkebun..Tapi semalam hubby ku ajak aku gi kebunnya kat Gombak. Tanah pusaka peninggalan orang tuanya. Dulu tanah ni penuh dengan semak samun tapi berkat kerajinan dan kesungguhan hubbyku tu..sekarang tanah ni penuh dengan pokok buah-buahan..

Kebanyakannya dah mula mengeluarkan putik buah. Seronok gak bila tengok kerja kita mendatangkan hasil. Teringat aku masa mula2 ikut dia ke kebun.. menjerit2 aku bila tengok cacing punya ler gemok...memang serik ler masa tu nak ikut dia gi kebun apalagi bila dia gelakkan aku..siap tanya aku lagi.. cacing tu dengan you masa besar?

Aku ni dibesarkan di bandar so mana ler reti pegang cangkul, sabit dan alat2 berkebun ni. Penah satu ketika tu, nak cangkul tanah tapi salah hayun..tercangkul kaki...berdarah ko! aku tengok cam nak pitam time tu..

Betul kata orang kalu berbudi pada tanah..ini lah hasil nya TAPI kalau ko berbudi pada orang.. belum tentu, terutama orang yg cam spesis "MAKAN" kita balik ni memang terbukti sia-sia.

Saturday, July 24, 2010


Ramai orang berpendapat makan gaji dah cukup untuk mempung hidup dengan kata lain dorang cepat berpuashati dengan apa yg ada. Tapi bagi aku, aku suka mencuba sesuatu yg boleh mendatangkan rezeki (it's mean ..yg halal ler).

Memang makan gaji tu dah cukup untuk menampung hidup aku tapi aku berminat untuk mencuba untuk bisnes online nih. Mula2 tu memang tak yakin dengan kebolehan sendiri, tapi lama kelamaan aku jadi seronok plak..

Mana tahu kalu ada rezeki, selepas bersara nanti aku nak plan buat bisness ni sepenuh masa. InsyaAllah kalu kita benar2 berminat dengan sesuatu yg kita usahakan, ianya akan membuahkan hasil.

Kalu korang free, lawat ler ke blog aku yer..

1) http://sweetapparelfashion.blogspot.com
2) http://stylishgeolens.blogspot.com

Hari ni aku berkesempatan utk update blog pakaian aku ni..Selalu tu sibuk dgn tugasan pejabat dan tugas sebagai isteri dan ibu.

Thursday, July 22, 2010

Aku pagi ni hampir hilang sabar dengan satu syarikat Insurance ni.. Sudah ler dorang hantar surat nak mintak extra charged atas alasan yg memang tak munasabah, nak contact pun punya lah cam nak bercakap dgn Perdana Menteri..

Syarikat ni mintak aku tambah lagi RM4,000 lebih atas alasan aku ni OVERWEIGHT. Elooo!! bila masanya aku ni over weight Tipah oii?? Kengkawan aku pun tau, aku ni kategori slim..atau masa buat medical check-up ari tu, mesin timbang berat tu rosak ke springnya atau nombornya kabur...

Sudah ler Insurance claim kereta aku tu tertangguh dek si malaun yg tak reti2 nak buat repot..Insurance MRTA ni pun sama gak BLURR..Menurut kata Officer Incharge tu, mungkin gak dorang tersilap letak nama yg sepatutnya hubby aku. Tolongggglahhh...hubby aku tu tak gemuk mana..cuma bumper depannya yg bertambah sket sejak kawin...Kan bagus kan..kalu kita tak payah beli Insurance ni..bukan nya menyenangkan malah meyusahkan pala hotak aku jerr..

Aku tunggu reply dari pihak Insurance....tak de gak dalam seminggu dua ni...memang sajer lah nak kena komplen gak kat Abang TV3 Karam Singh Walia. Korang gak yg malu nanti...Karam tu peribahasa dia on the spot kuar..ala2 gini ler HARAPKAN PAGAR...PAGAR MAKAN PADI..HARAPKAN INSURANCE..INSURANCE MAKAN DIRI...Cewahh.Bole ganti Abg Karam nie!

Wednesday, July 21, 2010

PENGAJARAN DARI KISAH SEDIH RAKANKU...

Semalam aku berkesempatan membaca blog sorang rakanku..mmg dah berkulat blog dia tak update..tup2 nah ko! kuar berjela2...idea mencurah cam baru balik dari bertapa kata kau!. Dalam menghayati cerita2 yg dia tulis tu, tetiba jer hati aku tersentuh...sape sangka dalam riang gembira dia setiap kali aku jumpa, tersimpan kedukaan yg MAHA perit buat rakanku ni.

Apapun, bukan cerita sedih dia yg aku nak paparkan di sini tapi ketabahan dan ketenangan dia menghadapi dugaaan Tuhan tu buat aku tabik spring kat dia. Aku confirm ler..klau aku kat tempat dia..tah cammana le gamaknya! Mau tukor kaler ijau kuning cam bendera Kedah tu...Satu jer lah yg aku tak brape gemor bila baca blog minah ni...dok asyik mengalah dari mula...Kalu ko masuk Piala Dunia kan. konfem si sotong Paul tu pilih ko untuk kalah!

Aku bukan suruh ko memberontak beb..cuma aku nak ingatkan ko yg manusia ni sumer ada hak dan harga diri masing2. Jangan sampai insan2 (boleh ke aku panggil "spesis" yg buat jiwa ko kacau tu insan yek?) memijak ko sewenang2nya...

Apapun..aku cuma mendoakan yg terbaik utk ko dan anak2..Berhenti utk jadi wanita lemah beb!Tunjukkan kat sape2 yg menjatuhkan ko tu yg ko boleh berdiri sendiri (bukan Paralyse lagi kann..Aku yakin disebalik sikap mengalah ko tu...ada sikap tabah dan mampu hidup tanpa insan yg menyesakkan hidup ko tu.

Monday, July 19, 2010

PENGORBANAN BUAT ABAH...

Aku berjaya gak pujuk Abah untuk pegi PUSRAWI ari ni...Dia kalu namanya hospital, memang liat nak pegi. Adikku dah berkali2 pujuk pun tak berjaya. Mungkin dia rase lebih selamat kot pegi dengan aku.

Bayangkanlah aku sampai dari jam 9 lebih..dekat pukul 1 tengahari baru habis. Abah aku tengok dah mengeletar sejuk. Ini baru hospital swasta . Bayangkan lah kalu hospital kerajaan tu..Mau kematu ponggong dibuatnya. Dah ler aku tak sempat breakfast. cuma sempat minum vico secawan jer. Masa doktor nasihat Abah tentang habit dia yg suka merokok tu...nampak cam dah insaf jerr..Tapi belum kuar dari Hospital tu lagi, abah dah minta izin nak kuar sementara aku amik ubat...apalagi nak merokok ler tu..

Hish! tak tau bagaimana lagi aku nak pujuk Abah supaya berhenti merokok.Harap2 dia ada kesedaran bila dah sakit camtu.. Bila tgk wajah abah, teringat aku camnerleh ada orang yg sanggup buang mak bapak mereka tu...Apa yg ada dalam kepala aku cuma utk membahagiakan mereka selagi ada hayat ku dibadan...

Sunday, July 18, 2010

I

Anak2 ku terutama baby sering merungut sebb line internet agak slow...Siput pun kalah kalu diajak berlumba kata baby.Kengkadang tu, dia hang tak bergerak2.. Time gi shopping ari tu, baby dan abg pujuk ler ayahnya utk beli maxis broadband. Memandangkan dorang selalu ada assigment yg perlu dibuat, aku benarkan dorang beli. TAPI ada TAPI NYA...ni bkn guna utk game semata2..Masa tu, ko suruh ler dorang sumpah apa pun..sumer sanggup..

Berbeza masa zaman aku sekolah dulu, hanya kerja sekolah yg cikgu berikan. Budak2 sekrang ni dah mengalahkan student kat U.Habis je assigment yg ini..yg lain dah menunggu.Mana lagi nak ulangkaji pelajaran..dengan assigment lagi..Tu yang rajin mencari bahan kat internet.

Untuk kebaikan anak2ku, aku sanggup bagi apa sahaja yg mereka mahukan selagi aku mampu dan selagi ianya tak menyalahi peraturan..Terpulanglah pada dorang utk menilai pengorbanan yg kamu berikan. Harap dorang dapat berikan yg terbaik buat kami.

PERSIAPAN RAYA

Pagi2 lagi mak telefon aku..remind tentang plan dia nak ajak aku gi Gulati's kat Wangsa Maju. Nak beli baju raya katanya. Kami sebenarnya dah plan nak pegi kedai buku utk mencari buku latihan tuk Abang..tapi hubbyku desak gak aku utk bwk mak..Heran aku dgn mak ni..baru2 ni adik aku belikan kain utk bajuraya..sampai RM400 lebih reganya.Peh tu dia beli lagi sepasang kain dari cousinku. Beraya sakan orang tua ni..aku pun belum buat persiapan apa2 lagi.

Aku memang ler terfikir tuk beli baju dah siap jer.Malas nak gi tempah kat tailor nanti ade jer alasan dorang..dah byk tempahan ler...tak tima lagi ler..Sampai sana, rambang bijik mata aku bila tgk kain2 tu..Reganya memang le boleh tahan..tapi hish! aku plak yg tak boleh tahan...melayang gak duit hubby aku...(Sape suwuh ikot kan..keh keh. Tema aku dgn baby tahun ni ialah merah..

Tahun ni kitaorang tak tau nak beraya kat mana. Al-maklum family sumer kat sini kan. Tapi anak2ku suka beraya di kampung sebb ada suasana raya. Boleh pasang pelita dan main mercun kata bebudak tu. Lagipun dapat merasa suasana mengacau dodol, bakar lemang..sesuatu yg tak penah dirasai oleh aku dan anak2 ku..

Walau dimana kita beraya, yg penting kita raikan bersama insan2 yg tersayang. Tak sabar menanti Ramadhan...nak solat terawih bersama2 hubby dan anak2 mcm tahun2 lepas!

Friday, July 16, 2010

CINTA ZAMAN REMAJA


Setengah org mudah untuk jatuh cinta tapi berbeza dengan aku sebb masa sekolah dulu..aku ni kira anti dgn lelaki. Masa aku tuition Form 5 kat Kg. Baru, ada le sorang mamat ni dalam diam dok admirer aku..Siap bagi surat lagi .Tapi tulah..even dia ni kategori budak baik tapi masih tak mampu membuka pintu hatiku.

Paling aku tension dgn sorang mamat ni yg suka menunggu aku di bwh pokok. Bila nampak jer kelibat aku, muka dia happy semacam..rajin menegur aku tapi yang kelakar tu tak penah dia sebut nama aku dgn betul. Ari ni panggil aku Noraini, sok lusa Rohana. Kwn rapat aku perasan gak dgn sikap dia ni..mula ler mengusik aku tapi aku jwb bkn taste aku ok!. Dia siap pesan dgn aku, jgn dok ckp tak suka...nanti satu ari kita suka dgn orang tu bagai nak rak...heii! selisih jawab aku.

Betul kata dia..Tak kenal maka tak cinta. Lepas SPM..dia rajin berutus surat dgn aku tapi aku tak balas hinggalah Tuhan bukakan pintu hatiku utk melihat keikhlasan hatinya. Aku penah berdoa selepas solat, Ya Allah jika dia terbaik utkku, maka Kau dekatkan lah dia padaku..tapi kalu sebaliknya...jauhkan dia dari hidupku..

Kini, dia insan yg paling rapat dan dekat dihatiku...Korang penah dengar tak lagu Broery Marantika yg ada ayat puitis yg berbunyi..."Kasih..apapun adanya dirimu..aku akan selalu sayang padamu"...Itulah ayat yg ku tulis pada Valentine Kad pertama yang ku kirimkan padanya...

Lirik lagu penyanyi Adira "Ku ada Kamu" tu mengambarkan ciri2 perwatakannya yg membuat aku jatuh hati padanya...sememamgnya dia sumber kekuatanku. Dia rakan dan juga suamiku yg tersayang..(Ada orang jeles tu...aku tau!!!)

MODEN KONTEMPERARI VS ALA RESORT

(Bilik Idamanku)
Rumah yang aku duduki sekarang dibeli pada tahun 1987. Jenuh gak ler kami survey kehulu ke hilir untuk mencari lokasi yg sesuai. Aku suka dengan persekitaran yang tenang dan lokasinya yg dekat dengan town.

Sebenarnya kami berura2 nak renovate umah ni tapi sering berbeza pendapat dari segi rekabentuknya. Aku suka dengan konsep moden kontemporari sedangkan hubbyku suka konsep ala resort dengan penataan Bali. Rajin gak ler hubby aku gi Sg. Buloh yg menjual pintu dan hiasan Bali. Memang aku kira bole beralah untuk menerima konsep yg diidamkan tapi aku tetap mahu design yg simple dan tidak terlalu sarat dengan ukiran..

Tapi perancangan kami tu terpaksa ditunda buat sementara waktu bagi memberi laluan pada satu lagi "projek" kami untuk tahun 2010 ni... Kalu kedua2 nya aku buat serentak..iskkk lari budget planning kami...Bagi aku, aku pun setuju gak beri laluan pada projek tu.Sekurang2nya sempat gak aku mencari idea yg lebih baik utk rumah kami nanti..Doakan ye kengkawan...muga istana impianku menjadi kenyataan...InsyaAllah.

Tuesday, July 13, 2010

BZ Banget !!

Dah berhari2 aku tak update blog ni. Rindu nak menulis sebenarnya tapi aku sibuk yg teramat sgt di opis. Rehat cuma utk makan dan kengkadang tu nak gi shi2 pun tak sempat.

Lately ni, mmg tengah bz banget sebb Management dah looking forward untuk audit 2009 sedangkan audited 2008 baru jer dpt. Mana lagi aku nak update acct, dgn customer call, dgn document dari subsidiaries company yg nak kena hantar ke CFO pun..aku gak kena entertain. Dah mengalahkan secretary lak aku ni..Yang kelakor tu, GFC (Bos beso finance aku ) pun ingat aku ni secretary CFO..tu ler nasib aku yg keja belakang tabir ni...Elok2 CFO tu ada secretary dulu...yg resigned ler...yg "dipinang" dek bos 2 lain ler..sudahnya aku jadi mangsa...cish!!

Bila fikir2 balik, terfikir gak aku camner aku leh terjebak dlm career yg berkaitan dgn accounting ni. Hari2 dok ngira angka sampai berpinau bijik mata. For your info, masa sekolah dulu , aku paling benci subjek matematik...Alih2 profesion aku menjurus ke situ gak peginya. Dah jodoh ler namanya tu.

Apa pun..yg penting profesion aku serkg ni byk bagi pengetahuan pada aku tentang kewangan...boleh gak aku apply dlm personal financial aku kan...

Tuesday, July 6, 2010

DENDAM

Korang penah tak dendam dengan seseorang sampai tak leh maafkan orang tu? Dendam yg aku maksudkan ni bukan dendam rindu asmara yer tapi dendam membara atas perbuatan seseorang.

Aku penah dengar rancangan motivasi Dato Fazillah Kamsah. Katanya untuk hidup yg lebih ceria, diantaranya ..sebelum tidur, maafkan orang yg membuat salah kepada kita. Betul! memang itu yg aku lakukan pun....TAPI cuma dalam ramai2 hamba Allah ni..aku masih tak boleh memaafkan dosa yg penah dia lakukan pada aku. Dosa mengkhianati aku!.Selama ni, aku fikir dia cam orang lain gak, yg tak kan tergamak melukakan hati perempuan sejenis dia tapi aku silap...Kepercayaan yg aku bagi rupanya dibalas dgn racun.

Yang buat aku dendam dengan dia ni..sebb dia masih menafikan perbuatan dia sedangkan aku tahu mmg dia orang nya yg cuba merosakkan keharmonian rumahtangga aku. Aku ni bukan mudah nak dengar dari mulut orang...kecuali aku siasat sendiri.

Walaupun dia cuma menutup pekung di dadanya tu dengan sumpah keramat yang dia buat...ramai kengkawan dia tahu sikap buruk dia tu yg berselindung disebalik wajah yg selalu perasan lawa tu..lawa ker ??? Kata orang , berani kerana benar..takut tu kerana salah...Kalau betul dia dipihak yg benar, kenapa takut bila aku nak bersemuka dgn dia dulu? siap bagi aku no hp yg salah lagi..walhal aku dah tau no hp sebenar dia.Saje..aku nak tgk sejauh mana kejujuran dia.

Tak pelah...tapi kau perlu ingat hidup ni umpama roda..hari ni kau kacau hidup orang...esok lusa giliran kau akan tiba malah lebih teruk dari tu Tuhan balas....Itu doa aku untuk orang yg keji mcm ko tu.Tunggu je lah!
Kalu time tu ko tak insaf gak, tak tau ler apa aku nak kata...
Hari ni baby pegi sekolah dengan mata bengkak..menangis sebagai tanda protes aku tak bagi dia gi camping Tunas Puteri. Sebenarnya tu denda yg aku kenakan pada dia sebb aku tak puas hati dgn results exam dia baru-baru ni. Lately ni , mmg aku noticed pun yg dia dok leka main game dan ber facebook..Hah! masa aku gi sekolah dia utk amik report card last Friday, cam nak tercabut jantung aku ni tengok result dia. Mana tak nya..sebelum ni sumer 5A, alih2 turun mendadak ke 2A sajer!!

So, malam tu, mulalah mulut aku bagai bertih digoreng..aku ingat bertih tu pun tak sehebat leteran aku ni. Baby dgn abangnya, aku lecture sungguh2. Now onwards, no more game! sampai aku puas hati dgn result dorang, baru aku beri kelonggaran. Anak2 sekrg ni mmg tak boleh dimanjakan sangat, besar kepala le dia...

Yang heran tu hubby aku sorang nilah plak...Aku bebelkan budak2 tu, dia plak cam merajuk...terus naik ke atas, tido! walhal kata nak tengok tv. Mungkin dia terasa kot sebb dia ni mmg suka mua kan bebudak tu..Budak2 ni kalu tak ditegur...dia buat derkkk ajer..Biarkan malam ni, telinga korang tu, penuh dgn kutbah mama...

Kalau ari2 ler aku marah2 cenggini, alamat cepat berkedut ler muka aku ni , wahai anak2 ku....

Monday, July 5, 2010

BIAR BETUL YEOP!!!


Pasal bola ni memamg aku tak minat tapi sewaktu drive ke tempat keja tadi, aku buka radio hotfm..berita mutakhir yg kudengar...Argentina kalah 4-0 dengan Jerman. Bior bebeno Yeop! Tapi bersyukur yg teramat sangat. Kalu tak tu...juling mata teman nengok Maradonna "membayar nazarnya". Ade ke patut...banyak benda yg boleh dia buat kalu Argentina menang,dia nak berbogel sambil berlari di padang..Bior betul mamat sorang ni! Senario ngeri yg tak ingin kita lihat! Buat tebiat ke kamu ni yeop!!

Aku bukan nak bercakap pasal perlawanan bola Piala Dunia ni..tapi aku teruja bila dengar cite di Hotfm tu tentang sotong yg dipanggil "Paul" yg boleh meramal kemenangan di pihak yg mana. Yang menarik tu, setakat ni , ramalan si sotong ni sumer nya tepat!.

Cuma yang tak seronoknya tentang demam bola ni, pertaruhan berbentuk judi ni menjadi-jadi plak..Cam bisnes part time ...Korang kena ingat...sekali kena cekup nyesal tak sudah..Si sotong "Paul" tu tak jadi hal nak meramal sumer ni..takut korang ler kena "goreng sotong" peh ni. Kan Paul?

Oh Kome! doroyan dah berbunye..!! musim Durian dah tiba!! aku ni memamg hantu durian. Tapi baru2 ni kena batuk la plakkk. So emak siap warning aku yg durian tu panas ler ..kang sakit ler...Arghhh aku tak kira!! Dengan muka seposen, aku pujuk gak hubby beli durian tu...Mulanya dia ingatkan aku gak, pesanan penaja dari ibu mertuanyer tu tapi dialog aku akhirnya mencairkan gak hati dia utk membeli..Sayanggg hubby aku nie...

Kalau ikutkan, abah aku memang ada dusun durian kat kampung tapi arwah pakcik aku yg tolong jaga...malah tolong "menjual"kan nyer sekali...Kini bila dia tak de..anak2 dia plak mewarisi hasil dusun durian we all tu. Tiap kali musim durian tiba, penuh ler bonet keta tu dgn durian..Tak teringat lansung yerr sepupu korang @ pemunya dusun ni. At least call ler suruh balik kampung, merasa durian sebijik dua..

Tapi betul gak kata hubby aku, dari kita balik ke Perak tu, baik le beli jer kat KL ni..dengan toll, minyak lagi...cost durian tu jadik mahal plak.

Dulu setiap kali beli durian, mesti aku hantar skit kat abah...tapi kali ni Abah menolak sebb dia pun batuk gak tapi lagi teruk dari aku sampai suara dia pun dah jadi Ramli Sarip...bila bercakap, angin jer kuar..kesiannnn Abah.

Sunday, July 4, 2010

AZAM TAHUN 2010 - DAH TERCAPAI ?


Setiap awal tahun masing2 memasang azam. Tapi adakah azam yang kita buat tu dah terlaksana sepenuhnya atau hanya tinggal separuh jalan? Memang bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu azam tu tapi ianya tak mustahil juga kalau kita benar2 ada kesungguhan untuk menjayakannya.

Antara faktor2 mengapa azam yg kita buat tu tak tercapai:
1. Azam tanpa usaha
Bila azam yg dibuat tu berkobar-kobar tapi tidak disetakan dengan usaha gigih untuk mencapai matlamat yg kita inginkan, samalah seperti angan2 Mat Jenin...

2. Mengharapkan azam tercapai dalam jangkamasa singkat.
Ini yg memang selalu kita harapkan bukan? Tapi korang kena ingat, bukan mudah untuk merealisasikan sesuatu impian tu. Perasaan keciwa tulah yg membuat kita cepat putus asa di tengah jalan...

Apa yg perlu anda buat?

1. Tentukan Matlamat
Dalam mencapai sesuatu azam yg dibuat,kenalah ada matlamat atau target kita.Untuk itu, anda kena ada perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang.

2. Ukur pencapaian anda.
Pencapaian anda boleh diukur dengan melihat kepada sasaran dan pelan tindakan yang anda telah buat. Dari situ, kita dapat menilai sejauh mana keberkesanan usaha yg telah kita buat.

3. Role Model
Untuk berjaya dalam mencapat matlamat yang diidamkan, kita kena lah ada role model yg boleh dijadikan idola bagi menguatkan azam kita itu.

4. Iringi dengan doa.Usaha untuk mencapai azam tersebut lebih baik sekiranya kita iringi dengan doa supaya azam kita dipermudahkan Tuhan untuk mencapainya.

So! kawan2..masih belum terlambat untuk anda berusaha untuk bangkit sekali lagi!Masa masih ada dan masih sempat untuk anda meneruskan usaha yg terbengkalai..Jangan cepat give up!SHOOT FOR THE STAR, IF YOU DONT GET IT..YOU STILL GET THE MOON

MIMPI - MAINAN TIDUR KAH?


Kata orang, mimpi tu mainan tidur. Tapi aku penah dgr seseorang yang arif mentafsir erti mimpi ni berkata mimpi adakalanya membawa petanda untuk kita.

Dulu aku kerap bermimpi masuk kesebuah rumah yg mempunyai banyak bilik. Rumah tersebut terletak menghadap laut. Kata orang, tu tandanya nak masuk rezeki. Aku rasa ada betulnya gak tafsiran mimpi aku dan dah jadi kenyataan pun.

Tapi aku cukup risau kalau mimpi masuk toilet yg kotor..Maknanya ada lah hamba Allah yg nak mengenakan aku tu. Memang pasti! Dan kata penafsir mimpi tu lagi kalau kita bermimpi tentang banjir atau air..kita akan mendapat rezeki yg tak disangka2. Tapi AWAS! kalau bermimpi bertemu budak kecil...bermakna SAKA atau gangguan syaitan seperti sihir sedang mendekati kita.

Apapun maknanya mimpi kita tu..jangan lah taksub sangat! yang penting, sebelum tidur tu, pastikan badan kita "bersih" dari segi rohani dan jasmani utk mengelakkan dari dihantui dengan mimpi yg datangnya dari syaitan.

Mentor musim ke 4 semalam menyaksikan Mamat protege Ziana Zain berjaya menjuarainya mengalahkan Adi dan Nani.Sememangnya Mamat memang artis baru yg berbakat dan punya aura tersendiri untuk menjadi penghibur terkenal.

Sudah sampai masanya masyarakat kita tidak memandang pada rupa seseorang artis tersebut tetapi menilai pada bakat mereka. Kebanyakan artis di Malaysia ni bukan lah nak cakap...setengah tu harap rupa jer tapi bila menyanyi atau berlakon ..hampeh!Lebih kurang cam tiang telefon tu ko suruh dia baca skrip...tapi sebabkan lawa, handsome, balik2 muka dia gak yg kita tengok di kaca tv...

Syabas buat Ziana yg bertungkus lumus membimbing protegenya hingga membuahkan hasil sebegitu...Pada Mamat juara Mentor ke 4 ni, teruskan usaha anda dan paling penting jangan lupa diri! bukan jangan lupa lirik yek.

Dalam pada tu, aku suka tengok Adibah Noor salah seorang juri pada malam tu. Gaya dia yg bersahaja bukan saje mencuit hati tetapi berjaya menenangkan perasaan peserta yang berada di pentas pada malam itu. You cute le Dib!!!