Thursday, July 28, 2011

PENANGAN DUIT


Duit! Dalam dunia sekarang ni, semuanya pakai duit..nak makan duit, nak kahwin pun nak guna duit..hatta masuk toilet awam..nak buang sendiri punya pun kena duit gak.

Kerana duit, semua boleh jadi. Orang sanggup berbunuhan kerana duit, pekerja boleh gelap mata kerana duit. Paling menyedihkan kalau adik beradik bermusuhan kerana duit. Nauzubillah...minta dijauhkan....Semuga tak ada sifat tamak haloba camtu dalam keluarga aku.

Masyarakat selalu beranggapan duit tu nilai kebahagiaan. Tak de duit..orang tak pandang dan sanjung kita. Ada duit abang sayang...tak ada duit, abang melayang...Tu ler kuasa duit. Tapi duit tak leh beli kebahagiaan, tak leh beli respect orang untuk menghormati kita atas sikap rendah diri .

Duit juga bukan segala2nya malah tiada erti apabila kita mati kelak.Apa yang penting bersyukurlah pada apa yang kita ada sekarang.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com