Sunday, July 31, 2011

RINDU SEORANG MAMA..

Masa bersahur subuh tadi, aku cuma untuk berkali2 menelefon Abang di Kuantan tapi tak ada reply pun. Tidur lagi ker anak aku ni.?.Selalunya time bersahur ni..cukup liat dia nak bangun apalagi sekarang ni, aku jauh dari dia.

Tetibanya aku rasa rindu sangat dengan anak bujang aku ni...Mana taknya, ni lah pengalaman pertama dia berjauhan dengan family dan berpuasa sorang di sana. Masa tengah menyuap nasi tadi pun...aku teringat, apalah yang Abang makan di sana. Kenyang ke dia?

Camni ler agaknya yang emak aku rasa tika berjauhan dengan anak2 waktu kami belajar dulu. Tengah makan pun dia menangis...tulah jugak soalan yang keluar dari mulutnya..Bila dah jadi ibu ni..baru aku faham betapa besarnya kasih sayang sorang ibu pada anaknya. Sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa sekali pun untuk anak2.

Demi Abang dan Baby..aku sanggup berhabis untuk memastikan dorang berdua hidup senang kemudian hari. Untuk itu, ku korbankan rasa rindu ni dalam2..Hish! tak eh layan perasaan ni..have to be strong!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com