Sunday, July 31, 2011

KENANGAN BERSAMA ABAH TIKA BERPUASA

Memang menyeronokkan bersama keluarga bersahur dan berbuka bersama2. Itulah yang kami lalui 7 beradik sewaktu kecil. Meriah mengalahkan makan tengahari walaupun masing2 mata kuyu sambil menyuap makanan.

Arwah Abah adalah orang pertama yang akan mengejutkan emak untuk menyediakan juadah.Dia memamg selalu tidur lewat untuk memastikan anak2 tidak terlepas sahur.Waktu berbuka, Abah suka membuat cendol sendiri, siap dengan santan dan gula melakanya.

Time berbuka tu lah paling meriah sebab Abah bagi kami kebebasan untuk memilih kuih muih dan minuman kegemaran masing2. Dah macam party haper jer penuh di tikar yang emak bentangkan di lantai. (Almaklum ramai sangat dan meja pun tak muat).

Kini..semua tu tinggal nostalgia indah dan tahun ini merupakan tahun pertama kami berpuasa tanpa Abah..

RINDU SEORANG MAMA..

Masa bersahur subuh tadi, aku cuma untuk berkali2 menelefon Abang di Kuantan tapi tak ada reply pun. Tidur lagi ker anak aku ni.?.Selalunya time bersahur ni..cukup liat dia nak bangun apalagi sekarang ni, aku jauh dari dia.

Tetibanya aku rasa rindu sangat dengan anak bujang aku ni...Mana taknya, ni lah pengalaman pertama dia berjauhan dengan family dan berpuasa sorang di sana. Masa tengah menyuap nasi tadi pun...aku teringat, apalah yang Abang makan di sana. Kenyang ke dia?

Camni ler agaknya yang emak aku rasa tika berjauhan dengan anak2 waktu kami belajar dulu. Tengah makan pun dia menangis...tulah jugak soalan yang keluar dari mulutnya..Bila dah jadi ibu ni..baru aku faham betapa besarnya kasih sayang sorang ibu pada anaknya. Sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa sekali pun untuk anak2.

Demi Abang dan Baby..aku sanggup berhabis untuk memastikan dorang berdua hidup senang kemudian hari. Untuk itu, ku korbankan rasa rindu ni dalam2..Hish! tak eh layan perasaan ni..have to be strong!

1ST DAY BERPUASA..

Macam biasa..kami bangun bersahur sekitar jam 4 pagi...belum pun aku bangun dah terdengar keletang! kelentung meriah bunyinya di dapur. Rupanya hubby aku dah dulu bangun..Dah siap potong bawang , cili..rupanya dia saja tak mau kejutkan aku..yang sedap dok berlengkar bawah selimut.

Aku cuma tolong basuh pinggan mangkuk jer sebab dia beria2 nak masak nasi goreng utk juadah bersahur kami.Tu ler untungnya kalau dapat suami yang pandai memasak..senang keja aku..ngehhh. Tapi yang spoilnya tu..nasi tu termasin la plak!.Dah cam citer P.Ramlee plak we all sebab dia makan laju jer tanpa rasa yang nasi buatan dia tu masin mengalahkan air garam sedangkan aku terpejam celik menahan rasa masin tu. Even..bukan aku jer complaint tau..baby pun sama.



Nak jadi citer..aku ingat nak makan sup cendawan...Bila nak buka tin, cari sampai sudah tak jumpa plak pembuka tin aku. Selalunya handsome jer dia tersangkut kat tempatnya. Sudah nya aku makan jer lah apa yang ada walaupun sikit. Kang kecik lak hati ayang aku ni..penat dia masak tapi aku tak makan...makan ler sket...

Thursday, July 28, 2011

KONTRAKTOR MELAYU...BAGUS KER?

Sebagai orang melayu of coz ler aku berazam untuk membantu kaumku sendiri bangkit maju setanding dengan kaum lain. Tapi apa citer nyer kalau kaum sendiri yang makan kita balik nih.

Aku dalam proses membuat rumah kedai dan iklankanlah untuk mencari kontraktor. Apalagi tak menang telinga ler asyik menyambut telefon dari yang berminat. Macam2 perangai yang aku jumpa..Yang bercakap berdegang dengung tapi bila tanya sebutharga dia teragak2.. cam tak penah ada experience jer.

Pilih punya pilih dapat ler aku kontraktor melayu paling hampeh dan sengkek penah aku jumpa. Orang nak berniaga, dia pun nak berniaga tapi kualiti keja memang out!. Dah ler modal tak ada, aku gak yang kena kuar duit dulu untuk dia mulakan kerja..alih2 kerja tak serupa bikin..cam taik !Yang kita suruh dia tak buat, dia plak memandai cam rumah tok ayah dia punya!


(Projek yang terbengkalai)

Paling aku marah tu, bila kerja tak siap, dia buat muka tembok minta duit lagi dengan alasan duit yang aku bagi ari tu dah terpakai. Tak de masa aku nak layan kontraktor murahan cam ni melainkan menyaman dia. Jangan ingat ko boleh senang duduk atas duit yang aku keluarkan hasil keringat aku selama ni. Sesen pun aku tak halalkan malah aku akan tuntut di mahkamah nanti.

Semuga ianya memberi pengajaran kepada kontraktor lain yang tidak amanah malah tidak menghargai pertolongan orang macam dia ni!

PENANGAN DUIT


Duit! Dalam dunia sekarang ni, semuanya pakai duit..nak makan duit, nak kahwin pun nak guna duit..hatta masuk toilet awam..nak buang sendiri punya pun kena duit gak.

Kerana duit, semua boleh jadi. Orang sanggup berbunuhan kerana duit, pekerja boleh gelap mata kerana duit. Paling menyedihkan kalau adik beradik bermusuhan kerana duit. Nauzubillah...minta dijauhkan....Semuga tak ada sifat tamak haloba camtu dalam keluarga aku.

Masyarakat selalu beranggapan duit tu nilai kebahagiaan. Tak de duit..orang tak pandang dan sanjung kita. Ada duit abang sayang...tak ada duit, abang melayang...Tu ler kuasa duit. Tapi duit tak leh beli kebahagiaan, tak leh beli respect orang untuk menghormati kita atas sikap rendah diri .

Duit juga bukan segala2nya malah tiada erti apabila kita mati kelak.Apa yang penting bersyukurlah pada apa yang kita ada sekarang.

Wednesday, July 27, 2011

SEDAPNYA...YUMMY!

Dah dua hari masuk ni aku berpuasa...biase le orang pompuan kan...Idok ler rasa lapar cuma rasa letih dan mengantuk.. Mana tak nyer..hubby aku siap kejutkan aku bangun sahur. Dah sedia dah makanan sahur aku! Thank dear...

Nak tau apa aku makan berbuka semalam?. Hubby aku ajak makan kat Western Food Cafe nie. Memang terbaek masakannya!. Lately ni, aku cam orang mengidam plak...kalau ngidam makan masam2 ker..sah ler tu!! Ni tak, aku mengidam makan makanan barat..

Semalam tu aku pesan Gordon Blue Chicken...Sah tak nampak mak mertua lalu beb!. Rasa ayamnya pun sedap, lembut marinade dengan sosnya...Hubby aku jer pot.. pet.. bercerita. Aku...dengan khusyuknya menikmati makanan aku tu..



Aku rasa, kena gak belajar masak makanan barat ni disebabkan taste tekak aku ni dah ke situ. Idok ler bermakna aku tak suka makanan timur plak. Masih suka makan ikan patin masak tempoyak, sambal petai dan juga ulam-ulaman.Tapi kepelbagaian tu kan ke bagus...tambah sayang hubby aku nanti kan..

Hari ni...ingat cam nak makan spagetti bolognaise pulak lah....

Tuesday, July 26, 2011

OLE-OLEH DARI KAMPUNG

Dua hari kawan aku cuti...sunyi rasanya..Almaklum, dia ni cam penyeri kat office ni. Masa dia cuti tu..department aku ni cam baru lepas dilanggar garuda.. sunyi sepi cam tak de penghuni.

Tup2 dia balik..nah ko! dia bawak ole-ole khas dari Kedah. Durian!. Apa lagi bebudak office ni pepagi breakfast durian kat tangga belakang. Nak jadik citer tu..aku posa lak hari ni so amik bau jer lah..

Mula2 tu okay ler..Lama-kelamaan, aku pening plak sebab bau durian ni dah memenuhi ruang..fresh ler katakan.

Teringat aku pengalaman bercuti di kampung masa kecik2 dulu...Masa tu sepupu mengajak amik durian. Kami ni tunggu ler kat pondok kecil kat dusun tu kalu2 ada durian yang gugur. Excited sangat maklum ler pengalaman pertama.



Bup! bunyi cam durian jatuh! Aku pon apa lagi, melompat turun dari pondok tu terus berlari ke bawah pokok durian. Tetiba aku dengar suara orang ketawa berdekah2...Rupa2nya, anak saudara aku (namanya anak saudara..tapi tua lagi dari aku) mencampakkan seketul batu..Sajer nak mengenakan kami. Marahnya aku masa tu, Tuhan jer tau..memang dia ni terkenal dengan suka menyakat masa kecik2 dulu. Dah besor ni..tah camner jadik ustaz lak! Keh ! Keh!

UJIAN TUHAN....

Semalam.aku terpaksa mengambil cuti kecemasan gara2 emak yang tetiba sakit perut. sebenarnya dia kesakitan ketika majlis tahlil tu berlangsung lagi tapi sikit pun emak tidak menunjukkannya pada tetamu yang hadir termasuk kami anak2nya.

Selesai sahaja majlis, barulah emak beritahu kami adik beradik. Dah puas diurut pun emak masih macam tu gak. Mungkin kerana emak lambat makan menyebabkan perutnya masuk angin tapi aku berkeras untuk membawanya ke Hospital PUSRAWI juga.

Patutlah emak mengadu rasa letih dan pening ketika persiapan majlis tu..rupanya emak kekurangan oksigen dalam badan. Doktor advised emak admitted tapi emak mati2an menolak. Pada doktor kuberitahu yang emak masih trauma dengan kematian arwah abah di hospital yang sama.

Sepatutnya the next day, aku bawak emak utk temujanjinya dengan pakar jantung di Tawakal..tapi emak tetap berkeras tak mahu pergi dengan alasan dia dah okay selepas diberi oksigen diwad kecemasan malam tu. Aku tak mahu memaksanya namun risau melihat dia tidur sepanjang hari di rumah.

Paling syahdu bila tika dia hendak memakan ubat..dia berdoa " Ya Allah ..sihatkan lah hambaMu ni...hamba dah tinggal sorang, tak ada sapa lagi yang menemankan hamba ni..anak2 jauh...

Emak...Siapa kata emak sorang di dunia ni?..emak masih punya kami, 7 beradik yang akan menjaga emak samada dalam susah mahupun senang, sampai bila2...

Monday, July 25, 2011

MAJLIS TAHLIL UNTUK ABAH

Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara;
1) sedekah jariah,
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak yang soleh

Maka sebab tu lah kami berterusan menyambung amalan baik yang arwah Abah lakukan sepanjang hayatnya. Memang arwah tak penah berkira dari segi wang ringgit malah suka menolong kawan2nya. Mungkin kerana abah pernah melalui detik2 pahit kesusahan dan kemiskinan..maka ianya amat menginsafkan dirinya. Kejayaaan yang abah perolehi menjadikan abah bersemangat untuk menolong orang lain pula.

Ahad lepas, kami buat majlis tahlil buat arwah Abah dan majlis kesyukuran buat adik aku yang baru2 ni promoted to AGM. Walaupun kami tempah caterer tapi masih ada kerja2lain yang perlu dibuat.

Emak plak mintak kami masakkan rendang udang galah iaitu makanan kesukaan Abah. Dan paling istimewa kami jemput chef made in Malacca untuk buat sambal tempoyak campur petal dan sayur pucuk ubikayu. Tak sabor rasenya nak merasmikan masakan tu..Memang terbaekkk masakan orang melaka nih. Sodap hingga menjilat jari!

Rezeki Abah memang murah..Ramai gak yang hadir walaupun time tu ada dua tiga kenduri pada hari yang sama. Hubby aku bersedekah bagi pihak arwah Abah, buku surah Yasin dan sedikit wang kepada hadirin yang datang.



Semuanya berjalan lancar...Muga apa yang kami lakukan ni sampai hendaknya kepada arwah Abah..Doa dari kami anak2 arwah..." Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan kami kepada allahyarham Hj Nordin bin Kulop Tasir....! Ampunkan lah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, sayangilah dia, peliharalah dia dari azab kubur dan azab api neraka, dan masukkanlah dia kedalam jannahMu dengan RahmatMu wahai Tuhan yg maha pengasih lagi penyayang"..AMINNN...

LEMBU PUNYA SUSU..PESAL PLAK SAPI DPT NAMA?

Hangin semedang kan kalu hal2 camni terjadi kat kita. Nak lagi kalu kita yang pegang watak "lembu" tu! Sapi sure sengih manjang... Iyer lah sape tak marah kalu tenaga tak kuar langsung tapi pujian yang dapat tu mengalahkan usaha tu depa yang buat..


(Aamboiiiii..biaseee yerk... Menci mak argh!!)

Benda camni terjadi di mana2 dan macam2 situasi. Kebanyakannya time ni lah nak amik peluang menunjukkan bakat yang sebenarnya tak seberapa tu. Ala cam tikam dari belakang gak ler tapi yang ni caranya cam terhormat ler sket...Tak ler nampak sangat keja tu keji sangat berbanding tikam menikam tu.

Kan ke bagus kalu kita dapt pujian tu atas hasil kerja sendiri berbanding asalnya kerja orang lain tapi kita plak yang finish out di saat2 akhir tu yang gah semedang. Tu namanya berdiri di atas kejayaan orang lain tu kan?
Kalau korang tanya aku ler..aku prefer tak dapat pujian pun dari menerima pujian tapi atas hasil kerja orang lain..Malu dong ah!


(Sendiri punya keja..sendiri kasi bikin..tak de sape leh claim )

DUGAAN BUAT ABANG..

Hari kami tengah sibuk buat persiapan untuk majlis tahlil arwah Abah pada 24/7/2011 lepas, Abang sibuk plak berkemas utk balik ke Kolejnya di Pahang. Sedihnya.. aku tak sempat menolong dia mengemas kain bajunya cuma memberi dia wang saku utk perbelanjaannya di sana.

Dia happy ler sebab 1st time dapat bawak ketanya ke sana..Murah hati menumpangkan kawannya..aku pun suka gak sebab leh temankan si abang nih. Alih2 dapat panggilan telefon..Abang kata temperature naik. Lorr ..apalagi yang tak kena nih. Keta tu dah ditukar macam2 termasuk tayar. Sanggup aku berabih demi anak kesayangan sorang ni..alih2 ada lagi benda yang spoil.

Sepanjang perjalanan dia balik ke Kuantan tu..setiap perhentian R & R dia berhenti utk menyejukkan keretanya. Selama tulah hati aku di sini tak tenang malah tak senang duduk di buatnya. Nak panggil formen..hari Ahad plak tu. Aku dah macam ayam tercabut bulu jer ari tu..Macam2 yang terbayang di kepala aku...

At last, Abang berjaya gak sampai ke Kuantan dengan selamat...Hero Mama ler katakan...panic camner pun still control...Hari ni..terbang lagi duit aku RM400 untuk beli spare part baru ketanya. Tak per lah kan..duit boleh cari tapi keselamatan dia yang paling aku utamakan....

RUMAH BARU ABAH..


Semasa hayatnya abah berusaha memberi kesenangan dan kemewahan buat isteri dan anak2nya. Dia berjimat cermat membeli tanah dan juga membina rumah di sana sini untuk bekalan anak2.




Alhamdulillah dari segi wang ringgit dan juga harta berbentuk rumah, tidak menjadi persoalan buat kami cuma segala2 peninggalan abah tu terasa tiada ertinya tanpa kehadiran dia di sisi.



Kini..sebagai tanda kasih sayang yang tak berbelah bagi dari kami, hari sabtu 23/7/2011, terdirinya "rumah" Abah yang kekal untuk persemadiannya. Kami sepakat adik beradik memilih warna kegemaran Abah iaitu hijau.

Tuhan jer yang tahu bagaimana sayunya hatiku bila melihat kerja2 membina pusara Abah tika tu. Tapi demi emak dan memberi kekuatan kepada adik2 yang lain, aku bertahan untuk tidak mengalirkan airmata. Emak kulihat tenang memegang payung yang tika tu hujan rintik2 seperti turut memahami situasi kami yang berada di situ.



Muga Abah tenang dalam alamnya di sana...Insya Allah...kami akan sentiasa mengunjungi pusara Abah..

Friday, July 22, 2011

AIRMATA DI HARI ULANG TAHUN...

Hari ni genap 3 bulan abah pergi meninggalkan kami...Terasa macam baru jer semalam aku bergurau dengan dia...dengar dia ketawa kemudian tersedak2 macam selalu. Lebih sayu hatiku..bila tarikh 22/7 ni adalah tarikh hari ulangtahun abah yang ke 63 tahun.
kebetulan hari ni hari Jumaat...hari abah meninggal pon jatuh pada hari yang sama.

Tak ada lagi celebration seperti selalu bila aku bawak dia kuar makan di kedai kesukaannya restoren Tomyam di Sg. Tua. Semua tu jadi kenangan sampai bila2 selagi hayat aku masih ada.

Hari-hari yang aku lalui kini hanya bertemankan kerinduan pada Abah. Berharap benar agar Tuhan temukan aku dengan abah biarpun cuma dalam mimpi.Adik2 sering bermimpi berjumpa Abah...tapi mengapa cuma aku sorang sahaja yang tak penah abah kunjungi.

Marahkah abah pada aku? atau ada sesuatu yang aku buat selama ni buat abah tersinggung? Seingat aku..aku dah lakukan terbaik buat Abah..melayani kerenahnya dengan penuh sabar..malah diwaktu sakit pun..Abah masih mahu aku yang menghantarnya ke hospital meskipun ramai adik2 mahu membawanyanya tika itu.

Malah tika doktor memberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi, aku telah bersedia untuk mendermakan buah pinggangku padanya. Jika mahu ditukar dengan nyawa pun aku sanggup tika itu demi menyelamatkan Abah. Tapi aku sedar setakat mana aku bisa melawan takdir yang ditelah ditentukan...

Ya Allah..aku pinta ihsanMu satu sahaja...berilah aku peluang menatap wajahnya biarpun cuma dalam mimpi..Sempena harijadinya aku berdoa muga Abah bahagia dengan 'kehidupan" barunya di alam sana dan dipermudahkan setiap urusannya.

Insya Allah..aku akan terus melawat Abah di pusaranya bagi mengubat kerinduan ini

Thursday, July 21, 2011

Wednesday, July 20, 2011

HATI TU ORI KE TAK?

Bukan Cina kalau tak menipu...bukan melayu kalau tak berdengki...korang penah dengar tak ayat2 ni...bukan ayat2 cinta tapi ayat pedih yang penah aku dengar so far.

Aku bukak topik ni sebab terbaca keluhan sorang rakan fb aku yang keciwa dgn sikap sorang hamba Allah ni yang memperlekehkan bisness dia. aku pun heran gak dengan sikap manusia ni. Dah kau tak berminat nak membeli barangan tu..tak yah ler kutuk bagai nak rak.

Tak ada paksaan dalam pembelian tu pun. Jadi, aku pun tak nampak apa masalahnya yang sampai dia mengutuk2 barangan orang tu.Siap bagi tau tu...dia lebih rela pakai beg plastik dari IKEA asalkan ori.


Ori ke tak..yang penting...cantik!

Sampai cam tu sekali kah mentaliti orang melayu kita yang tak mahu tengok bangsa sendiri maju?...yang difikirkannya bukan nak menyokong tapi nak membantutkan usaha orang jer!!

Tak kisah ler samada barangan tu ori ke tak...yang penting hati kita ni yang mesti ori tanpa ada rasa irihati dan bongkak sesama manusia. Pada rakan fb aku tu...teruskan usaha anda..jangan mudah patah semangat dengan orang2 yang sebegini. Jadikan ianya satu semangat untuk anda berusaha lebih gigih.

GAGAL.. SALAH SIAPA?

Korang nak dengar tak satu kisah benar ni...Kisah kegagalan hidup seorang Hamba Allah ni yang sentiada merasa dirinya kurang segala-galanya berbanding orang lain.

Sepanjang hidupnya asyik menyalahkan orang lain yang menyebabkan hidupnya gagal. Gagal mempunyai rumahtangga bahagia seperti orang lain.Gagal mempunyai pekerjaan yang berjaya seperti orang lain.

Lebih malang bila dia meletakkan kegagalannya ini berpunca dari orang tuanya yang dikatakan pilih kasih. Hakikatnya...dia ni jenis yang tak mahu berusaha lebih dan hanya menunggu bulan jatuh ke riba...

Segala2nya disediakan namun dia masih menemui kegagalan juga dipenghujungnya. Perlu ker dia menyalahkan orang lain lagi? atau dah tiba masanya untuk dia muhasabah diri mengapa dia sering menemui kegagalan.

Mungkin itu petanda hati yang tak bersih...takbur..jumut malah sering berperasangka buruk dgn orang menyebabkan hidupnya tidak keruan...Nauzubillah...Muga kita tak tergolong di antara orang2 yang rugi seperti itu...

ANDAI SANG SUAMI TAHU....

Andai si suami tahu apa yang tersirat di hati seorang perempuan bergelar isteri..alangkah indahnya sebuah ikatan perkhawinan tu..

Manja seorang isteri minta dibelai.....

Sunyinya minta ditemani...

Rajuknya minta dipujuk...

Gelak tawanya minta dikongsi bersama..

Tapi yang pasti...Cinta sang isteri tetap abadi utuh buat suaminya hingga ke penghujung nafas terakhirnya.

Sang Suami...

Meski tak pandai menutur bahasa cinta..namun dihati tetap berbunga rasa sayangnya..

Meski tak pandai memujuk hati nan lara...namun sentiasa berusaha membuat isteri bahagia.

Meski sering diam seribu bahasa..namun terpancar rasa cinta yang membara...

Alahhh...adik aku ni potong betul lah...Orang tengah berangan nak jadik minah bunga ni...dia plak fb aku..ajak aku wat dosa kering mengumpat....Hilang idea aku nak bersastera bagai....

Sunday, July 17, 2011

TIBA HARI YANG DITUNGGU

Sebelum sampai ke rumah abang sepupuku di Batu Gajah ..tempat kami nak bermesyurat tu, kami decide untuk singgah membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah yang berdekatan. Memandangkan aku membawa emak dan adik2..maka kami mengambil jalan selamat memandangkan sepupuku dan merancang datang membuat kacau bilau.

Memang dia pun datang bersama wifenya tanpa dijemput kerana kami cuma nak berbincang dengan kakak sepupuku yang mengambil tanah Abah tu. Memang dari awal dia cuba meniupkan api kemarahan untuk mengagalkan perbincangan kami ni tapi setiap kali dia bercakap, kami patahkan dengan hujah dan juga bukti.

Memang ler dia bersungguh2 menghalang kerana tu jer sumber rezeki dia memandangkan dia tidak bekerja. Keji sungguh jantan sekor ni..Dah ler jobless!..reta orang pulak nak dirembat!

Alhamdulillah...kata sepakat telah dicapai dimana kakak sepupuku telah bersetuju memulangkan semula tanah Abah yang diambilnya. Aku rasa dia pun tau, yang abah tak pernah berbohong tentang penjualan tanah tersebut. Memandangkan keikhlasannya tu, kami sepakat memberikan dia sebidang tanah di kampung untuk dia membuat rumah seperti yang diceritakannya dulu. Nampaknya dia gembira dengan pertukaran tersebut..tapi sepupuku yang samseng Kg Dusun tadi, menunjukkan sikap tak bersetuju dan mintak supaya diberi tempoh untuk dorang berbincang adik beradik.

Kelakar plak aku rasa! Masa nak ambik tanah Abah aku dulu tu..korang tak plak bincang adik beradik? Tapi tak per...aku kasi peluang pada sepupuku tu...Yang pasti...aku hampir nampak kejayaan berpihak pada Abah...

Korang tau..diary abah banyak membantu aku untuk memberi fakta kepada mereka2 ni. Sekurang2nya bukan aku bercakap kosong...Abah ada menulis dalam diarynya tentang beberapa perkara yang boleh aku jadikan bukti dan saksi memandangkan kedua2nya telah meninggal.

Terkedu samseng Kg. Dusun tu kerana dia berbekalkan cakap tin kosongnya sedangkan kami datang bukan dengan tangan dan otak kosong seperti dia. Kata orang..kalau itu dah rezeki kita...Insya Allah...biarpun banyak rintangan yang dihadapi...kita pasti akan berjaya...

Abah...Abah patut berbangga kerana punya anak2 seperti kami yang masih mempunyai sisa2 semangat kental dari Abah untuk memperjuangkan hak yang sepatutnya kami dapat!

MISI PERTAMA

Banyak benda yang berubah tanpa aku sedari malah terasa lebih cepat dari yang kujangkakan. Di kampung, sewaktu kami berjumpa dengan orang yang menyewa tanah Abah tu..aku terserempak dengan rakan sepermainan sewaktu kecil dulu. Tiap kali famili aku balik kampung bercuti, dia tetap akan datang ke rumah kami.

Aku terkejut melihat perubahan dirinya. Penampilannya memang jauh berubah..pakaian yang lusuh...dengan rambut nya..kalu ler di muncul tika tu waktu malam..dah tentu aku pengsan punya. Mana taknya dah sebijik cam hantu Kak Limah balik rumah jer...

Kehidupan dia yang daif dan susah benar2 menyentuh hatiku..Beria2 dia mempelawa kami ke rumahnya. Sebelum pulang, aku belikan dia beras sekampit sebagai fidyah untuk arwah Abah dan aku rasa dia layak menerimanya. Apa yang aku kagum tentang dia ni..meskipun dia miskin harta..tapi dia tak miskin budi bahasa sebagaimana sepupuku...

Kami ke rumah adik sepupuku yang khabarnya telah mengambil hasil kelapa sawit milik ayahku utk dijual. Korang bayangkan dua situasi yang berbeza tentang rakanku ni dengan isteri sepupuku ni yer.

Dari pukul 12.58 tengahari kami sampai kerumahnya hinggalah lebih kurang pukul 4.00 petang, usahakata melayan...secawan air pun tidak dihidangkan. Sebaliknya dia cuma menakut2kan kami dengan memegang sebilah pisau dan dibawanya kemana2 di dalam rumah tu. Sepupuku plak..dan2 tu kol abangnya meyuruh membawa "kaki" dan dia purposely bercakap di hp nyer yang meminta abangnya menyediakan duit jaminan sekiranya dia di tahan di lokap nanti.Semua tu dilakukan untuk menakut2kan kami kononnya.

Meski pun aku perempuan, aku tak gentar sedikit pun dengan ugutan suami isteri yang hidupnya ala2 primitif ni. Pada adik2 kukatakan...dia guna "kaki" tak per...kita yang berpelajaran ni guna otak untuk melawan orang yang tak berakal macam ni.

Misi kami pada hari itu..cuma untuk memberitahu dia, yang tanah kelapa sawit tersebut dah jadi kepunyaan Abah dan dia tak berhak langsung!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...sebab aku dan adik2 mengawal kemarahan kami..Ikutkan hati aku..dah lama aku hempok kepala wife dia yang tak sedar di untung tu..Kawin dia ari tu pun..arwah Abah yang "taja". Kalau tak, tah2 tak berlaki sampai sekarang. Lebih sudu dari kuah!.

BERKORBAN APA SAJA...

Memandangkan cuti aku berbaki banyak lagi so aku decide amik cuti hari jumaat untuk menyambut kepulangan abang dari kolej. Tapi nak dijadikan citer plak, time tu la adik aku dapat cuti utk menguruskan hal tanah arwah Abah di Perak.

Oleh kerana aku dah berjanji dengan Abah yang aku akan berusaha untuk mendapatkan semula tanah abah yang diambil sepupuku, maka terpaksa ler aku korban perasaan rindu aku pada Abang. Bukan tu jer, aku terpaksa memungkiri janji untuk membawa baby ke Wet World Shah Alam sempena Family Day office aku hari Sabtu nanti.

Memang aku tau..bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan mereka tentang penjualan tanah tersebut..kerana semuanya dibuat tanpa pengetahuan kami dan sepupu kami. Itu antara Arwah Abah dan Arwah Abangnya.Kononnya, Abah berpegang pada janji merahsiakan penjualan tanah tersebut dengan alasan pakcik aku tidak mau anak2nya menuntut wang tersebut.

Akhirnya..Abah yang teraniaya apabila tanah tersebut tidak mahu ditukarmilik oleh Abangnya sehinggalah dia meninggal dunia.Abah berusaha untuk mendapatkan semula tanah tersebut hinggalah pada saat2 akhir kematiannya.

Wasiatnya pada aku supaya tanah tersebut diambil semula itulah yang menguatkan semangat aku untuk turut serta membantu adik2 serta emak untuk mengadap sepupuku ini.

Abah..aku ke sana berbekalkan semangat dan doa darimu...Restuilah aku dan adik2. Insya Allah..jika diizinkanNya..aku akan pulang dengan berita gembira utk Abah.

Tuesday, July 12, 2011

SIKAP MELAYU YG PERLU DIKIKIS

Kalau 1st time korang baca blog aku tanpa mengenali siapa aku sebenarnya...mungkin korang rasa aku ni brutal orangnya. Ialah kan...asyik dok ngamuk 24 hours.

Bukan apa..selama ni aku dah cukup bagi peluang kat orang2 cam ni utk "pijak kepala" aku.selama ni, aku cukup memikir dan mengambil berat soal hati orang tanpa memikirkan hati dan perasaan aku yan tertekan ni. Mungkin kerana ni ler..orang2 disekelilingku ni naik lemak dan naik tocang ala2 jin aprit!!

Salah ke kalau aku pertahankan hak aku selama ni?. Aku tak kacau sesiapa..so mengapa pulak orang2 sengal ni nak mengganggu gugat hidup aku. Biasa ler kan...orang Melayu kita ni...malas berusaha untuk maju tapi "merah mata" kalau tengok ada orang melayu lain yang naik!.

Bila ler bangsa aku ni nak sedar...tentang sikap buruk yang suka menjatuhkan sesama bangsa. Tak hairan ler kenapa bangsa melayu ni susah nak naik berbanding kaum cina yang dah kaya raya tu.
Aku cukup tak suka dengan sikap segelintir manusia yang mengamalkan prinsip..reta aku reta aku ..reta orang ..reta aku. Semalam tidur aku terganggu gara2 memikirkan sikap jiran rumah sewa aku satu ni.

Buat masa ni, aku sedang dalam proses untuk membuat pagar. Mulanya waktu pembinaan bangunan tu dulu, aku nak buat open concept kononnya..tak mau ler pagar2 bagai. Lagipun, ini memudahkan orang2 untuk lalu di kawasan rumah aku ke kedai runcit berhampiran.

Tapi aku plak yang teruk sebab mentaliti orang2 kat situ cam orang dusun mana tah. Buang sampah merata2..Sudahnya aku yang kena sapu dan nak harapkan penyewa, depan rumah dorang pun tak bersapu!. Yang buat aku bengang semalam ni, pakcik belakang rumah aku tu, siap cakap kat kontraktor tu..dia tak bagi tutup pagar kawasan umah aku tu..siap bagi arahan suruh buat cam laluan untuk dia senang nak ke kedai depan.

(Kalau aku buat camni pun...rumah aku kan?..)

Hello pakcik...aku ni jenis tak suka dan tak penah usik orang apalagi menceroboh hak orang lain. Tapi cara ko tu meniupkan angin kemarahan aku. Tu tanah aku, kawasan aku..sukati aku ler nak buat pagar ke...Tembok Besar Cina ker...



Pantang tol aku bila orang lain mengarahkan aku buat itu ...di kawasan aku sendiri. Sapa dia yang besar nau power nya tu nak mengarah2 orang? Ketua kampung? Lawyer? majestret?...Sebelum aku sound pakcik ni..baik ko duduk diam2 kat umah ko tu.

TAK BERSIH MANA PUNNNN...


Pepatah ada mengatakan seekor lembu membawak lumpur...habis semua terpalit!. Tu ler yang terjadi kat aku masa hari Jumaat lepas. Disebabkan rajin sesangat, aku balik 1 jam agak lewat dari biasa. Ada sket discussion dgn legal staff.

Aku lupa la plak..Ambiga kepala sweng tu dah mula nak buat perhimpunan yang kononnya bersih sangat ler tu...Tak tau nyer..aku dan orang2 yang tersadai kat jalan tu dah berserabut kepala!. Mana tak nyer..aku sampai umah jam 12.16 tengah malam okay!. Nasib baik ler aku tak jumpa Ambiga tu...kalau tak...dah lama dok bawak tayar aku...



Tak faham betul lah aku dengan pengikut2 perhimpunan bersih tu yang rata2nya berbangsa Melayu. Mengapa lah sanggup dibiarkan diri tu jadi "Kaldai" pompuan tu dan segelintir pemimpin yang gila kuasa, gila pangkat dan macam2 giler ler!

Korang berpanas berhujan hanya kerana nak berhimpun sia2 sedangkan semua tu sebenarnya untuk kepentingan orang2 tertentu jer. Tang mana "bersih" nye kalau merusuh, merosakkan reta awam?. Tak cukup dengan tu..menyusahkan rakyat bila jalanraya ditutup cam yang aku lalui ari tu. Orang camni ke yang korang nak angkat jadi pemimpin...Sanggup bersekongkol dengan orang luar semata2 untuk mencapai apa yang dihajati. Dalam erti kata lain ..sanggup menjual bangsa sendiri!!



Renung2kan lah bagaimana peritnya kita waktu dijajah dulu atau korang ni memang teringin kot nak makan ubikayu cam zaman Jepun dulu?. Rasa aku, korang yang join perhimpunan ari tu tak belajar sejarah kot..tu sebab buta hati dan buta kayu tentang semangat cintakan negara.

Wednesday, July 6, 2011

ALA LA LA LA TOK..

Manusia zaman la ni, kalau nak bercinta tu bukan ingat dunia...Lupa segalanya..Biasalah kan...orang tengah angau..Pada aku biasa ler kalu kes cam tu berlaku pada anak muda remaja tapi yang luar biasa bagi aku ni bila orang tua2 nak belajar balik bercinta.

Siap bagi bisnes card yang tertulis gelaran bagai!. Mungkin dia sedar diri yang saham dia dah jatuh merudum tapi dengan adanya title yang tak seberapa tu..boleh mencairkan mana2 gadis idaman kalbu kot..

Yeop! buruk bebenor ler kalu orang tua nak belajar bercinta balik. Yang nak ditackle tu plakk ..layak bergelar anak..Kot iyer pun pepatut ler yeop...aku pun geli geleman bila tengok dia tersengih2 cam kambing dapat sireh..ni kan lagi kawan aku yang ditacklenya cam kecut perot kuar dari tempat tu.

Masa kawan dia mention gelaran datuk dia tu..cam endak jer aku tanya dia ..tok ni dah berapa orang cucu? Ada tak sebaya dengan kawan saya ni? Kang menangis tak berlagu plak orang tua tu. Tapi sekali sekala..orang camtu kena beri pengajaran gak..bior sedar pipi yang dah berkedut tu.

Kot iyer pun dah teringin nak cari pasangan..makcik restoren tu aku rasa lebih sesuai dan secocok dengan dia. Pada lelaki di luar sana yang tak hingat status diri tu, jangan ler ingat sumer perempuan ni materialistik. Tak sumer perempuan ni main sambar jer ala2 desprado cam.....tuttttttt.

Tak pasal2 aku tergelak sorang2 dalam keta tadi bila teringatkan insiden tadi. Harap my dear friend ni tak tobat nak masuk restaurant tu lagi..Keh keh!

Sunday, July 3, 2011

BERDISKUSI

Sakit ni bukan diminta2 kan? Tapi kalau dah datang tu, nak buat camner. Saturday lepas, kami berkumpul adik beradik membincangkan tentang binaan pusara Abah.

Sorang kata nak buat binaan 3 tingkat..sorang lagi kata nak warna putih. Kesimpulannya 2 tingkat cukup ler!. Korang ingat ni Memorial Park kat Nilai tu ke?. Memandangkan Abah suka kaler hijau, so we decided to proceed with green granite for Abah.Kalau sapa2 yang masih nak gak kaler putih tu..turn dia nanti ler aku buatkan...ngeh ngeh..

Tu jer lambang kasih kami buat Abah yang boleh kami berikan selain doa yang berterusan sampai bila2. Tanggal 24hb Julai ni, kami dah sepakat utk membuat majlis tahlil utk arwah Abah sekaligus majlis kesyukuran untuk kenaikan pangkat bagi adikku...Dah jadi orang beso2 dah dia...Muga bertambah murah rezekinya...

Tetiba jer tekak aku rasa perit sampai nak menelan air pun pedih. Kepala berdenyut2 dan badan rasa bisa2 sana sini. Ni semua penangan dari adik aku ni ler. Datang jauh2 bawak virus selsemanya. Sudahnya ..aku plak the next turn jadi mangsa siap dengan package deman sekali...

Friday, July 1, 2011

PRASANGKA

Nama lagi kita ni manusia..mestilah tak lepas dari berbuat salah dan silap apalagi berperasangka yang macam2 pasa orang lain.

Tapi tahukah korang yang sifat perasangka tu sebenarnya satu penyakit yang paling tidak menyenangkan!. Beranggapan buruk terhadap seseorang misalnya hanya melihat pada perwatakan zahirnya, sedangkan hakikatnya penilaian kita itu jauh berbeza sama sekali.

INDAHNYA BAIT CINTA

Lirik Lagu Sabhi Saddi Dan Helena – Tanpamu [OST Nur Kasih The Movie]

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Chorus

Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Terkesima aku menghayati bait2 lirik lagu ni...Memang indah dan mengasyikkan...teringat masa mula2 bercinta dulu. Indahnya dunia ni bagaikan kami berdua yang punya.

Saat tu, masing2 berjanji, akan setia satu sama lain dan kekal hingga ke akhir hayat. Bagi aku, pilihan aku tepat malah aku bersyukur Tuhan pertemukan kami meskipun terpisah selama hampir 8 tahun namun jodoh kami kuat...

Sama seperti pasangan lain, rumahtangga kami penah digoncang badai namun kekuatan cinta tetap utuh menyebabkan ianya bertahan hingga ke saat ini.

Muga.. dia jadi cinta pertama dan terakhir untukku di dunia ini.

DIKHIANATI PASANGAN ANDA?

Bila bercerita tentang kisah dikhianati pasangan ni memang ler sesuatu yang menyakitkan! Orang yang anda percaya selama ini secara diam2 mengkhianati anda. Lebih malang lagi jika anda terlambat mengetahuinya bila dia telah pergi jauh dari hidup anda dan berpaling pada yang lain.

Bagi mereka yang mengkhianati tu memang ler tak rasa bersalah malah orang yang dikhianatinya tu yang dipersalahkan. Memang itu pun caranya untuk menutup pekung di dada tu pun.

Di zaman sekarang ni, kejujuran tu adalah sesuatu yang paling murah nilainya di mata masyarakat. Manusia kebanyakannya sanggup berbuat apa sahaja sekali pun mengkhianati orang yang paling rapat dengan mereka.

Tapi agak pelik apabila manusia yang aku maksudkan itu ialah kaum sejenis yang sanggup mengkhianati.. membuatkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya hilang sekelip mata hanya kerana memenuhi nafsu semata..

Bahagiakah anda jika hidup atas keruntuhan cinta orang lain dan amankan hidup jika bertemankan lelaki durjana yang telah mengkhianati cinta sang isteri? Isteri yang selama ini dinikahi bertahun pun sanggup dikhianati apalagi anda yang ibarat dikutip
di tepi jalan?

Fikir2kan...Jangan kerana nafsu..hati dan perasaan diketepikan..

KATA HATIKU YANG TERLUKA...


Waktu aku tengah berkemas2 dalam bilik...cousin aku telefon. Rupanya dia menjemput kami sekeluarga datang ke majlis perkahwinan anak sulungnya. Beria2 benar dia menjemput. Siap sms kan alamat dan minta aku simpan no. handsetnya.

Apa yang aku nak citer kat korang ni..ialah perasaan aku waktu tu.Memang dia gembira tapi dalam masa yang sama, aku sedih malah terkilan dengan sikap sepupuku dan adik beradiknya. Waktu mendengar berita pemergian Abah tempohari. Tak seorang pun nampak batang hidungnya hinggalah sekarang.

Mungkin dorang boleh bagi alasan tak sempat hadir sebab kematian Abah tu mengejut saja tapi tak kan lah telefon pun tak sempat kan?...Sekurang2nya kehadiran mereka dapat menenangkan hati emak yang merupakan emak saudara mereka yang paling dekat.

Waktu emak mereka meninggal dulu pun, aku balik menziarah..Bukanlah nak minta budi tu dibalas cuma aku amat terkilan sikap mereka yang tak berperasaan tu. Malah sikap mereka yang acuh tak acuh di atas kesedihan yang menimpa kami adik beradik membuatkan terbit dendam yang tak penah wujud sebelum ini di hatiku.

Maaf kerana aku tidak akan hadir di majlis kalian...Kalau dengan cara ini pun , kalian masih tidak memahami yang kalian telah melukai hati aku...terserah..

Terus terang aku katakan, aku tak rugi jika kehilangan saudara seperti kalian..Apalah ertinya punya saudara tapi hanya untuk disisi tatkala kita berada dalam kegembiraan sebaliknya kesaorangan bila berduka.

Mungkin aku tak sepatutnya mengeluarkan kata2 sedemikian..tapi tahukah kalian yang aku benar2 terluka dengan sikap kalian??

LEGA



Tu ler perkataan yang terkeluar dari bibirku waktu dapat job scope dari HR Manager pagi tadi. Rasa separuh dari tekanan yang kutanggung selama ini hilang ! Syukur kupanjatkan padaNya kerana mendengar doa hambaNya.

Bukanlah aku nak berkira sangat dari segi tugas tapi bebanan tugasnya dah overload hinggakan aku terkejar2 menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. End up nyer..aku ni jadi cam pelupa sebab terlalu banyak benda yang perlu diingatkan.

Paling sadis tu...sampai terbawak2 dalam mimpi..berurusan dengan banker..auditor dan LHDN. Siap mengigau tu..Baby yang masih menonton tv dalam bilik aku ler yang bagi tau tu. Untung ler hubby aku tidur balak hanyut..kalu tak mesti dia angkat selimut dan
bantal tidur kat bilik lain..

Harap2 lepas ini, aku dapat tumpukan pada tugasan aku yang sepatutnya. Terima kasih buat management yang perihatin dengan staff yang cam aku ni.