Thursday, April 12, 2012

APA DAH JADI?

Untuk pengetahuan sumer..akak masih waras lagi, masih sihat walafiat...Tapi cuti hari Rabu sempena Hari pertabalan sultan ari tu buat akak biol sekejap. Mana tak nyer..cuti tengah2 minggu kan?. Bila start keja balik hari Khamis tu..aku okey lagi. Memang tau ari tu Khamis pun...siap gelak2kan kawan aku ni yang sangka hari khamis tu Isnin.

Padan dengan muka aku sendiri! Ari ni..dengan penuh yakin nyer, aku melangkah kuar umah dengan berpakaian blouse dan seluar. Aku nak simple jer hari ni sebab menyangkakan hari ni hari Selasa...Sampai kat opis, tengok kengkawan bergaya sakan dengan baju kurung masing2.

Aku ni termanggu2 gak. Pehal dorang sumer alim nau hari ni???...Pakat berbaju kurung lagi. Bila aku tengok kalendar..Ya ampunnn...!!!hari Jumaat ko!!!Hah! tulah dia..gelakkan orang lagi...sekarang dia plak gelakkan aku..Tak per arghhhh, seri kita kan. Keh! Keh!

Baby ni pun satu...naper ler tak remind aku masa aku hantar dia ke sekolah tadi?. Selalunya dia ni ler becok menegur pakaian aku..Sajer nak kenakan mama ko ni yerrr...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com