Wednesday, April 11, 2012

HANYA DENGAN SMS JER...

Kata orang..ajal, maut..jodoh dan pertemuan tu semuanya kehendak Tuhan. Manusia hanya merancang tapi Tuhan menentukan segala2nya.Tapi sebagai manusia, kita tidak disuruh berserah bulat2 pada takdir tanpa berusaha kan??

Pagi tadi..on the way drice keta ke office..terkedu jap dengar berita di radio yang pelakon sensasi Rita Rudaini bercerai!. Mak Jemah ni tak ler terkejut citer2 bab bercerai ni tapi nasib tak tergigit lidahku bila dengar dia diceraikan melalui sms jer!. Wow! hebat teknologi zaman sekarang yer?. Cerai berai pun pakai sms!



Sebagai wanita..ni aku nak kongsi perasaaan ler sket dengan blogger sumer. Sehebat2 teknologi zamn sekarang pun..gunakanlah adab sopan ketimuran kita. Ko nak anak orang pun kena jumpa makbapak dia dulu...merisik..bertunang dan berkahwin kan. Kemain ko Jah..siap ada persiapan hantaran dan tempah pelamin bagai. Tapi naper bila dah hilang selera mata dan selera hati kat bini tu..ko buat cam kain buruk jer! Campak cenggitu jer.



Mana maruah ko sebagai lelaki. Apa salahnya, kalau dah tak suka tu..berpisah ler cara elok dan beradat sebagaimana ko mintak kat mak bapak dia dulu. Elo dik..omputih pun tak pakai sms ni tau. Dorang tu gentleman..cakap face to face bukan cam korang tu buat muka buku sabun cap kapak!.

Nabi kita pun meletakkan maruah seorang wanita tu ditempat yang sebaik2nya. Huh! time nak kahwin dulu kata nak ikut sunnnah Nabi...masa bercerai ni..tak ingat dunia plak yer. Pada korang kat luar sana tu..yang nak ikut trend bercerai thru sms ni..pikir ler dengan akal fikiran yer. Jangan biarkan setan yang tercongok kat kepala korang tu menguasai korang hingga buat perkara bodoh yang tak tercapai dek akal tu tau!

Marah tau aku ni!Berasappppp cam enjin turbo!!!

2 comments:

  1. Betul tu Irfa...mana letaknya maruah kita sebagai seorang isteri?

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com