Sunday, April 29, 2012

PENAKUT SI BABY NIH...

Aku ingat dalam kami empat beranak ni..aku sorang paling penakut ..rupanya Baby mewarisi sifat penakut aku nih. Lagi sadis aku rasa..mana tak nyer...kalu kami dok tengok tv kat bawah...dia nak naik atas bilik dia amik barang...Selagi tak turun..selagi tu lah dia akan panggil aku...Mama! Mama!. Bila aku tanya dia jawab balik tak de apa?

Hari tu, kami tengok CD citer komedi seram . Kebetulan masa tu baby kat atas...Cam biasa, dia akan panggil aku bertalu2..Malas aku nak menjawap..Masa tu ada dialog pelakon yang jaga kubur tu. Tangan??? Tangan sape sepah2 ni...?. Aku tergelak2 sambil mengajuk balik dialog tu.

Tetiba baby kat atas cam histeria turun tangga cam tak jejak kaki meluru kebawah. Mama nihhhh!!!! dia menjerit. Cam nak gugur jantung aku bila dengar jeritan dia...Sangka baby ni, aku nak takutkan dia...menangis2 dia ko..aku cam nak putus nyawa gelakkan dia ...penakut!.

Tapi Tuhan bayor cash kat aku tau...tengah malam, aku terbangun dari tidur nak gi shi shi.Bukak jer lampu, tetiba nampak lembaga dok menyangkung kat toilet. Dek kerana terperanjat yang amat sangat, suara jeritan aku tak kuar ko...yang kuar cuma suara Fasha Sandha cam itik tersepit.



Kus semangat! Hubby aku rupanya. Nasib baik aku tak kuntau dia dalam gelap tu!. Silap hb tersangkut kat lubang toilet kalu aku terajang dia masa tu . Hik! hik! Apa jadahnya dia buat dalam gelap ni.?..Cam biasa ler alasan ngong dia tu..malas bukak lampu. Aku pun tak perasan plak dia tak de masa bangun dari katil tadi...Nasib baik umur aku panjang lagi..kalau tak menduda hubby aku...

1 comment:

  1. Hihi..mmg kekadang citer seram tu terbawak2 dlm kehidupan seharian...

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com