Thursday, September 16, 2010

SALASILAH PAK KADUK.



Korang mesti ingat aku ni mengarut time tengah posa ni kan? Tapi ni citer benar yg diceritakan oleh Arwah Atuk aku dulu.Korang penah dengar citer Pak Kaduk kan?. Citer yg ada kat buku tu sebenarnya citer penglipurlara yg ditokok tambah. Apa yg aku nak citer kat korang ni adalah citer yg sebenarnya.

Pak Kaduk tu sebenarnya adalah putera keturunan raja dari negeri Siak, Sumatera yg berhijrah ke Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Di zaman Pak Kaduk ni ... orang suka berlaga ayam. Pak Kaduk kehilangan kampung halamannya atas sikap nya mudah percaya kepada orang yg mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Pak Kaduk akhirnya terjumpa ikan Tapah ketika dia duduk di tebing sungai. Ketika perut ikan dibelah, didalam nya terdapat beberapa ketul emas. Emas tersebut digunakan untuk menebus kampung halamannya dan Pak Kaduk akhirnya dilantik Sultan untuk menjadi Orang Besar Jajahan yg membawa gelaran Tok Tua Sakti. Di antara tugasnya ialah menjadi penasihat Dato Bendahara. Atas rezeki yg tak disangka2 itulah , Pak Kaduk bersumpah yg keturunannya tak boleh memakan ikan Tapah. Mereka juga tidak boleh sama sekali terkena air ikan tapah atau melintasi masakan yg mengandungi ikan tersebut. Kesannya akan mendapat penyakit gatal2 kulit.

Bagi keturunan Pak Kaduk yg terkena bisa sumpahan tersebut dikehendaki meminum atau mandi air rendaman emas tersebut. Memang terbukti ..dgn kuasa Allah, ianya berjaya menyembuhkan penyakit mereka.

Saki baki emas tersebut masih lagi disimpan oleh keturunan Pak Kaduk di Perak. Ini adalah di antara emas yg berbentuk keronsang baju wanita berbentuk 4 segi yg masih disimpan oleh pewaris keturunan Pak Kaduk.


(Salah satu daripada emas yg dijumpai dalam perut ikan Tapah)


(Ini adalah rumah pewaris Pak Kaduk yg masih menyimpan emas tersebut)


(Tempayan dimana air rendaman emas tersebut disimpan)

Aku adalah di antara keturunan yg di sebutkan di atas. Untuk pengetahuan korang, sesiapa yg berkahwin dengan keturunan ini turut tidak dibenarkan memakan ikan tersebut. Keturunan Pak Kaduk juga tidak dibenarkan melanggar larangan istana Diraja Perak diantaranya membela kucing hitam, menggunakan buaian rotan. Termasuk ler hubby aku dan ipar2 aku...Samada korang nak caye atau tidak, terpulanglah yerr...

1 comment:

  1. Salam sejahtera,

    Mohon maaf, puan setahu saya hanya yg tak boleh memakan ikan tapah hanya kepada anak cucu cicitnya dan kalau menjadi menantu kepada keturunan ini boleh memakan ikan tapah ni, dan jika ada anak kepada perkahwinan berkenaan baru lah anak dari perkahwinan tersebut juga tidak boleh memakannya. Selain dari itu mengenai kuching hitam dan buaian berkenaan tidak pula ada ditulis atau di khabarkan dari datuk nenek moyang dulu kepada kami tapi kalau puan ada cerita berkenaan menarik juga untuk semua pihak waris Tok Kadok ni mengetahuinya.

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com