Thursday, September 30, 2010

PESEN ANAK SEKARANG !


(Ku buat mak ko cam bibik Indon yerk??)

Aku betul2 tak faham trend anak2 sekarang yg suka membebankan mak bapak...Dulu masa kecik2..memang ler tanggung jawab dorang utk jaga kita tapi tak kan ler bila korang dah pikul tanggung jawab sendiri, masih nak membebankan mak bapak menjaga anak korang gak.

Ramai di kalangan kita amik mudah dgn soal tanggung jawab ni. Contoh paling ketara aku nak bagi ialah..anak korang sendiri.. Nama lagi dah beranak tu, buat ler cara dah beranak! Ni tak !! Mak bapak gak yg dibebankan jadi maid korang. Dalam usia dorang tu, korang kena ingat..dorang tak sesuai lagi nak menjaga budak dengan kenakalan yg ditahap maksima tu. Umur cam dorang tu sepatutnya banyak dihabiskan di surau atau masjid. Paling tidak, usia cam tu perlu banyak berehat apatah lagi keadaan kesihatan yg tak mengizinkan.

Penah tak korang fikir..kengkadang mak bapak ni terpaksa pendamkan kepenatan mereka hanya kerana kesian dgn anak2 mereka! Peliknya..anak2 ni tak plak kesian dgn makbapak!Paling teruk tu, ada dikalangan kita ni buat mak dia cam bibik! udah ler kena jaga anak, makan dia pun mak gak yg kena masakkan. Tolong masak jauh sekali...balik keja, makanan dah terhidang atas meja, anak dah siap diberi makan dan mandi.

Korang fikir kat mana yg dinamakan tanggung jawab cenggitu??Orang nak kahwin, korang gatai nak kawin...org beranak...korang tak de anak gi kutip anak orang buat anak angkat peh tu kulikan mak bapak...Korang ingat dgn duit yg korang bagi tak seberapa tu boleh ler korang menghambakan orang tua!

Heh! korang dah besar..fikir ler sendiri..Karang kalu aku sampai mencarut..korang pun tak gemar gak nak dengar kan? kan?...

TIPS UNTUK KEKAL BAHAGIA...



Kita kengkadang tertanya2 bagaimana pasangan yg berkahwin bertahun2 masih kekal bertahan malah dilihat semakin mesra dari hari ke hari. Memanglah, tak aku nafikan ..dalam rumahtangga ni tak banyak sket mesti ada pertelingkahan..sedangkan lidah lagikan tergigit...ni kan pulak suami isteri.



Di antara tips yg aku baca dalam majalah dan pengalaman yg ku kutip dari beberapa pasangan yg ku anggap ideal ialah :

- Berhias utk pasangan anda. Jgn le time bercinta jer bila dating..minyak wangi sebotol tapi bila dah kahwin...tidor dgn bau hasyum! Aku pun lari kalu gitu!

- Berlemah lembut dlm percakapan. Time bercinta dulu, bkn main manja...bila dah beranak satu..dah cam pegawai kawat tu jer...Abangggggg bangunnnnn!!!!!

- Sering menghubungi pasangan anda di mana saja. Bertanya khabar spt dah makan ke belum?.Itu menunjukkan ingatan anda sentiasa kpd pasangan.Aikks?? nape lak tak boleh? time bercinta dulu bergayut berjam2 boleh plak? Teringat lak aku time kakak aku bercinta di telefon dulu...habih alas meja tu digulung2 dek khayal berckp di telefon...keh! keh!



- Mengingati tarikh bersejarah seperti anniversary dan birthday pasangan anda. Sekali sekala, beri ler surprise utk mengembirakan pasangan anda tu..

- Jujur pada pasangan. Ni aku kira paling penting!! Jangan depan pasangan anda tu ..pijak semut pun dia yg mati!! Di belakang ...gatai rupanya!!Tapi orang yg mengganggu pasangan tu ku kira lagi gatai merenyam...!!!

- Jadilah pendengar setia pasangan anda. Berbincang bersama utk menyelesaikan masalah. Jgn le asyik menyalahkan pasangan anda tanpa cuba membantu dia.

Harap2 tips di atas dapat membantu anda dan juga saya sendiri utk mengekalkan keharmonian rumahtangga bersama si Dia....Dah hampir 18tahun kahwin ko!!....ok ler tu kannn....

Wednesday, September 29, 2010

HAPPY BIRTHDAY SAYANG..


(Masa ni baby ada pertunjukan tarian di sekolahnya..)

Baby cukup happy ari ni..tak sabar2 bangun tidur pon awal...tau apa sebab nyer??? SEBAB....Hari ni Birthday Baby yg ke 11thn.. Memandangkan birthday nya jatuh pada hari keja so tak dapat ler kami nak celebrate birthday dia!Tapi aku tetap nak dia gembira bersama kengkawan nyer.

Semalam actually aku dan hubby ada hal sket kat luar. Dalam perjalanan balik tu, baru aku tetiba decide nak belikan kek ajer dan suruh dia celebrate dgn kengkawan di kelasnya. Nasib baik..memang dah rezeki dia kan...ada lagi kedai kek yg masih bukak!
Korang tau dia happy benar sebab masih dapat gak ajak schoolmate dia makan kek harijadi nyer.


(Ni ler birthday kek "last minute" baby)

Membesarkan baby ni tak sepayah abang. Cuma dia ni cengil sket budaknya. Masa kecil dulu, orang tengok dia pun..dia leh menangis apalagi kalu dengar suara orang tu kuat sket...melalak terus..Dulu masa kecik, bila aku dan hubby tanya ..baby dah besar nak jadi apa? laju jer dia jawab..nak jadi anak patung..! Mungkin dia cakap camni sebb tiap kali aku bawak dia jalan2, mesti orang yg tengok dia kata..eh..rupa dia cam anak patung...comel sangat!


(Baby dah ngantuk masa ni..tu yg stim ajer mata dia tu)

Harap baby menjadi anak yg solehah..yg dapat menjaga nama baik mama dan ayah serta abangnya sebaik mungkin. Paling penting agar dia dapat mendoakan kesejahteraan kami walaupun kami tiada nanti...Buat Baby tersayang...Selamat Hari Ulang Tahun yg ke 11..Muga dirimu sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya.Enjoy today yer....

Tuesday, September 28, 2010

MAIN KUTU


(Aku paling geli tengok kutu ni)

Semalam aku menonton berita tentang penangkapan sepasang suami isteri yg menjalankan perniagaan kutu melalui wang pos. yang hebatnya tu pasangan tersebut berjaya mengutip keuntungan sebanyak 30 juta!. Hebat tak hebat tu orang Melayu!!Dapat untung 30 juta tapi denda cuma 5 ribu jerr!

Oleh kerana itu, kuar ler dalam paper ari ni mengatakan bahawa permainan kutu ni sebenarnya adalah diharamkan dan ianya termaktub dalam Akta tahun 1971 lagi. Aku rasa berita ni memang mengejutkan ramai pihak terutama pihak yg terlibat bermain kutu setelah beberapa tahun ni. Peliknya tu mengapa baru sekarang di beritahu bahawa permainan kutu yg popular sejak aku masih kecil lagi tu adalah diharamkan??

Pendapat aku lah kan...permainan kutu yg korang main tu tak sama dengan kutu yg pasangan tersebut jalankan. Perbezaaan antara keduanya jelas dimana kutu yg dibuat oleh pasangan tersebut berasaskan perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sementara kutu yg korang buat tu tidak ada langsung keuntungan yg wujud di mana semua orang mendapat hak dan jumlah yg sama.

Aku rasa pemainan kutu yg tidak berlandaskan keuntungan tu perlu diteruskan kerana ianya mendatangkan kebaikan utk semua pihak. Dengan duit yg didapati secara rotation tu..sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan sampingan. Aku tak nampak pun ianya menindas atau merugikan sesiapa pun. Dari masyarakat kita berhutang dengan along lebih baik menggunakan cara ini untuk mendapatkan duit.

Apapun for your info...aku tak penah main kutu ni sebab sukar utk aku mempercayai orang. Aku rase lebih selamat jika menyimpan duit dalam bank. Interest pun dapat kan!
Pada korang di luar sana...tepuk dada tanya selera....fikir ler mana yg terbaik!

Monday, September 27, 2010

MENCI NYER AKU.... TAU TAK!!



Aku bengang sakan time ni!!!. Mana taknya...aku excited benar waktu hantar kain ke tailor utk tempah baju aku yg tak siap masa raya. Tup2 tailor kata kain yg aku beli tu tak cukup 4 meter. Paling aku frust tu, sulaman tampal dia pon salah jahit.So, nak buat baju kurung pun tak boleh apa lagi ler kalu nak buat baju kebaya.

Arghhh!!! tension aku...Dah ler aku cukup suka dgn kaler kain tu. Dah pasang angan2 nih camner glamournyer aku bila pakai kain tu..Tak puas ati punya pasal, aku mintak sister inlaw aku tu refer kat tailor yg satu lagi. Uwaaaaaahhhh...jawapannya pun sama gak...siot!

Bila aku repot kat hubby aku pasal kain tu...dia kata simpan jer lah...dia segan nak bagi tau kawan dia yg jual kain tu. Pulak dah?? Aku ni pembeli tau! Bukan sajer2 aku nak return balik kain tu without any reason...Tak kan ler aku nak bungkus atau buat cam sari jer..At least tukar dgn kain lain ke atau pulang balik duit aku ker...pun kira ok gak kan...

Klimaks yg buat kepala aku cam nak pecah bila tailor tu mintak aku bawak baju sample lagi utk baju kurung sebb raya ari tu dia tak simpan ukuran aku. Ada yg nak kena syarahan aku gak nih.. Dia tak tau ke kalu Pah Bedah ni berleter kang....mau 30 hari 30 malam tak habih. Ko kan tailor kak oiii...naper lah ko tak simpan ukuran aku ni. Dah ler nak dtg ke butik ko tu. jauh kedaung! Hishhhhh!

NONTON TEATER !!


(Gambar kenangan di Istana Budaya, Abg dan Baby..kemainn dia!)


(Apa2 pun ..posing dulu sebelum teater bermula...)

Enjoy! Tu yang boleh aku katakan sewaktu menonton Teater Muzikal Tun Mahathir hari Ahad 26 September lepas. Aku ni memang tak berminat dengan teater sebelum ni tapi disebabkan ianya tentang cerita tokoh politik yg aku kagumi...aku jadi teruja.

Tapi..nak citer sket lah kan...Aku frust gak sebenarnya. Apa yg aku aku harapkan tentang cerita tentang Tun ni tak menyeluruh sebenarnya. Aku begitu teruja sangat nak tau bagaimana Tun mendapat idea untuk membina Putrajaya, KLCC dan segala pembangunan ketika dia menjadi Perdana Menteri dulu.


(Barisan pelakon teater yg menjayakan teater bersama Tun Dr. Siti Hasmah)

Aku rase cerita tu boleh diolah lagi menjadi cerita yg menarik sekiranya plot2 yg kurang menyerlah tu diganti dgn cerita yg lebih menyeluruh tentang Tun. Misalnya ketika Tun meletakkan jawatan secara tiba2..Aku teringin sangat nak tau, apa sebenarnya cerita disebalik keputusan Tun yg agak drastik tu.




Melalui teater tu, banyak benda yg buat aku sedar dan mengagumi insan yg bernama Tun Mahathir ni. Seorang yg berjiwa kental, bersemangat untuk meningkatkan martabat bangsanya..Sayangnya seperti kata Tun...MELAYU MUDAH LUPA.. Aku sebak bila mendengar petikan sajak yg dibaca beliau..berbunyi.."Tiada yg lebih menyedihkan..dari melihat Bangsaku dihina.."



Sesungguhnya perjuangan Tun memang masih belum selesai dan tugas kita sebagai generasi baru adalah menyambung perjuangan beliau. Semuga apa yg diimpikan Tun tercapai suatu ketika kelak..Seperti kata Hang Tuah..."TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

CAT UMAH.

Hari Jumaat lepas, penyewa aku yg kat Gombak tu baru jer pindah kuar. So sementara rumah tu belum masuk penyewa yg baru, aku gi ler tolong hubby aku touch up sket mana yg patut. Penyewa sebelum ni memang bagus sebb umah aku tu tak ler kotor cam yg sudah2.

Bab2 mengecat ni memang le keja orang lelaki tapi aku boring gak tinggal kat umah tak buat apa2 so joint ler hubby aku..tolong apa yg patut. Lagi pun bukan susah nau nak mengecat tu.. Sebenarnya dari pagi tu, aku dah rase badan cam tak sihat jer. Agaknya kesan panas masa aku kuar lunch tengahari tu kot..


(Seronok sebenarnya mengecat ni...cam melukis ler lebih kurang)

Balik umah jer, aku rasa dah tak leh tahan...terus cepat2 telan panadol. Aku ni sebenarnya jenis alah dengan ubat. Kena panadol sebijik jer..kepala aku dah toingggg..cam kena syabu kat hubby aku. Tu belom lagi kes aku merapu2 bercakap tak tentu hala. Sumer tu memang under control dek kerana makan ubat punya pasal.

Alhamdulillah..aku okey peh makan ubat tu...Hubby aku lak rase bersalah sebb dia ingat aku demam disebabkan kerja2 mengecat tu..Sayang gak you kat I yerrr...Eikkk sape tak sayang bini....kan? kan?

BUKAN MAIN SAYANG DIA...

Pejam celik..pejam celik...dah besar rupanya kucing yg menumpang kat belakang umah aku. Mulanya memang aku tak suka akan kehadiran binatang ni tapi dek kesian...anak2nya yg masih kecik, aku biarkan ajer. Dari kecil sampai ke besor, baby le yg menjaga makan minumnya. Siap kumpul duit lagi dengan Abang utk beli makanan kucing tu.


(Yang ni..baby namakan dia lazy. Bila aku tanya nape letak nama tu..dia kata peh makan tido...tu jer dia tau.)

Kalu korang dengar dia bercakap dengan kucing..hish! mengalahkan cakap dgn manusia. Siap bahasakan diri dia Kak Wawa lagi dgn "adik2 kucing " 2 ekor nya tu. Geli aku dengor..Bila masa nyer tah aku ni beranakkan kucing plak..Siap mulut nyer membebel bila adik2 kucing nyer tu menumpahkan makanan. Udah cam mulut Pah Bedoh jer aku tengok..Keh keh!


(Baby kumpul duit sendiri utk beli makanan kucing2 dia)

Yang sekor lagi ni, aku suka tengok bulu dia. Memang cantik. Lincahnya jangan cakap ler. Pantang nampak benda bergerak jer...dia main terkam jer. Tu yg buat aku takut nak kuar kat belakang tu. Sejak ada kucing ni, aku tak penah lagi gi jemur kain kat belakang..Mau aku jadi "Cristiano Ronaldo" menendang dia. Kang tak pasal2 menganiaya binatang plak. Baby sayang nau dgn yg sekor ni. Yang kelakarnya, nama dia berapa kali dah ditukarnya.. Tak serasi kot....Latest..baby kata namanya Chiko..


(Bulu dia..lebat..Baby kata cam pakai syampu rejoice)

Aku maleh nak komen lebih2 bila dia leka dengan "adik2" nyer tu. Kang dia smash aku lagi cam ari tu....Nak adik konon!...Jaga cousin dia ari tu jer...dah mengeluh penat..tu baru brapa ari jer...Piiidahhhh!!!!


(Ni belom lagi kes dia bedong Chiko tu dengan kain napkin)

Thursday, September 23, 2010

PERLU KER MENYAKITI HATI ORG??



Perlu ke kita terus menyakiti hati orang yg telah kita sakiti?. Tak cukup ke segala tingkahlaku kita yg membuat hidup orang lain sengsara dan merana dek sikap tak bertamadun kita tu?

Ni yg aku nak kongsi dengan readers sumer...sikap segelintir masyarakat yg merasa bahagia hidupnya atas keruntuhan hidup orang lain. Tak perlu lah aku sebut nama sahabatku ini tapi rentetan hidup dia cukup emmbuat aku menghargai erti sebenar kasih sayang. Rumahtangganya musnah gara2 seseorang (yg cam dah tak de jantan lain) merampas suaminya. Bukan sahaja suami, malah perempuan tersebut berusaha untuk merampas kesemua anak2nya.

Aku terkedu bila melihat kekuatan semangatnya bila melihat gambar persandingan suaminya..sedangkan tika tu anak2 pun tak tau yg ayah mereka semakin jauh dari mereka. Anak2 yg masih kecil yg tak mengerti tentang perpisahan iu dan ayah kerap bertanya kemana sang ayah yg lama tak muncul.

Mungkin perempuan tadi berasa bahagia melihat penderitaan sahabatku. Mungkin waktu ni kau tersenyum gembira. Tapi aku percaya senyuman kau tu tak kan selamanya...pasti berganti dengan deraian airmata seperti yg dialami sahabatku. Kebahagiaan yg kau kecapi tu tak kan lama...kalu dia boleh buat orang yg penah disayanginya sebelum ni seperti yg ada sekarang, tak mustahil ianya akan berlaku jugak pada kau! Aku repeat yer...TAK MUSTAHIL!

Buat Sahabatku..kukuhkan semangat untuk berdikari. tak perlu ditangisi sejarah yg silam. Hayati apa yg ingin aku sampaikan ini...

SELEPAS HUJAN, KITA TERTANYA2 KEMANA PERGINYA SINAR MENTARI.TAPI SEBENARNYA MUNCUL PULA SANG PELANGI YG INDAH UNTUK MENGHIASI LANGIT YG BIRU....

Be strong!....

Wednesday, September 22, 2010

NAK CANTIK DAN KUAT?..

Ramai di kalangan masyarakat kita ni begitu obses pada kecantikan dan ketrampilan hingga sanggup berusaha untuk mencari apa sahaja ubat atau produk kecantikan yg dijual di pasaran. Tapi tahu tak korang yg kebanyakan ubat yg korang beli tu sebenarnya bukannya membawa kebaikan malah merosakkan kesihatan korang sendiri.

Dalam akhbar hari ni ada melaporkan tentang rampasan yg dibuat oleh pihak yg berkenaan tentang ubat-ubatan dan produk kecantikan tersebut. Produk ini kebanyakan nyer tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan malah ianya mengandungi bahan kimia yg turut menjejaskan kesihatan.

Antara risiko yg korang akan dapat bila menggunakan produk ini ialah menghadapi masalah reput tulang jika bahan2 terlarang ni digunakan secara berlebihan. Di samping tu gak, pengguna akan mendapat sakit tulang dan sendi.

Kebanyakan produk tersebut adalah jenama dari Indonesia. Di antara nya ialah produk yg menjadi rebutan pria dan wanita...jamu kuat dan jamu rapat....So pada sapa2 pengguna setia produk2 bekenaan, rentikan ler sebelum jamu rapat korang tu membuat mata korang turut rapat.

Senang citer, tiru macam sayaaaa...kata Saloma. Guna ajer cara tradisional yg diwarisi nenek moyang dulu ..Tak de ler timbulnya kes2 reput tulang dan sendi segala ni...

DUGAAN TIBA LAGI...

21/8/2010 Waktu pagi time aku tengah sibuk bekerja, Acu call bagi tau mak kat emergency ward, sesak nafas. Lorr...Abah baru jer kuar dah emak plak sakit. Untung dia sempat call Acu, dialah yg membawak emak ke Pusat Rawatan Islan di Jalan Tun Razak.




Malam sebelumnya, emak dah mengadu sakit dada tapi bila aku mengajak dia ke klinik untuk periksa...biasa ler jawapan skema dia tu...sket jerrr. Sikit tak sikit pun dah 2 hari mak terlantar di hospital. Doktor kata emak kena paru2 berair...peh tu tadi dia bagi tau aku, kolesterol pun tinggi gak. Mana tak nyer...segala kacang macang sumer dia sapu...sedap punya pasal, tak ingat penyakit time tu.



Kesian Abah yg tinggal sorang kat umah tu..Makan sorang2...kalu tak tu ada ler berteman dgn mak..Abah pun tak berapa sihat. Kerap demam dan aku pun tak tau apa punca sebenarnya.Nak di ajak tidor kat rumah aku...biasa ler orang tua, rumah tu ler syurga nyer...





Abah kamu dah makan ker? Dia sihat ke? Tengok2kan ler Abah korang tu...tu ler pesan mak tiap kali aku melawat dia..Kalu ada kat rumah tu, ada jer salah Abah tu di mata dia. Pot Pet..pot pet..bebelkan Abah. Mungkin betul kata orang...bila kita dah jauh dari seseorang tu, baru ler kita dapat rasa wujudnya kasih sayang.



Perasaan aku sendiri pun camtu gak dgn hubby aku. Dia pegi course kat Bangi jer tapi nak tidur malam siap bawak baju dia (ganti bantal busyuk)...kalu tak aku mmg tak boleh tidur...Alamak kantaoi ko!

Sunday, September 19, 2010

SELAMAT JALAN..



Semalam aku menghadiri kenduri doa selamat Uncle aku kat Taman Melati, Setapak. Hubby aku mulanya maleh nak pegi memandangkan dia still posa (mengabihkan posa nazarnya) tapi aku paksa gak. Nanti apa plak kata Uncle aku kannn.

Majlis kesyukuran tu sebenarnya meraikan anak nya Nurzaimah satu2nya anak pompuan dia yg akan berangkat ke Ireland. Zaimah ni amik Medic..Bakal doktor ler ko yer Zaimah! Tahniah buat sepupu aku ni. Aku kagum sebenarnya dengan kejayaan anak2 uncle aku ni. Anak pertama kat U. Anak ke 3 belajar Tahfiz di Kelantan dan yg bongsu kat UTM Semarak.Sejuk perut auntie aku mengandungkan bebudak nih.

Harap2 anak2 aku yg 2 kerat ni pun belajarlah bersungguh2. Time nak balik tu, baby mintak aku snapkan gambar dia bersama Zaimah. Untuk semangat belajar! katanya. Dia excited bila dengar auntienya ni nak gi oversea! sebb dia pun sebenarnya pasang angan2 gak nak belajar kat sana. Insya Allah..muga dikabulkan niat murninya tu..AMINNNN.

Buat Zaimah. Selamat berangkat ke Ireland. Belajar rajin2 muga membawa segulung ijazah kedoktoran yg menjadi kebanggaan kami semua!

START KEJA..

Hari ni aku dah mula bekerja semula setelah seminggu bercuti raya! Bersemangat sebenornya bangun pagi tadi untuk mememulakan tugas. Bagi aku, tak de istilah Monday mood. Sumer tu bergantung dengan mood aku.Hari ni aku mula bawak kereta wira ke ofis sebab vios aku masih kat workshop lagi.

Mulanya memang kekok, ialah ko..dah lama tak pegang stereng wira tu.Segala2nya rasa lain...Nasib baik aku tak lupa bawak kad ID tadi. Kalu tak, mau aku kena menapak jauh nun kat tempat parking keta tu...

Kat ofis, masa aku sampai tadi, masih tak ramai orang. Eh! still sambung cuti ke bebudak ni.Keeee..korang MC sebab terlebih dos makan lemang dengan ketupat...

Nak mulakan keja pagi ni, cam bingung sekejap..Keh! keh! sebenarnya bukan apa..tak tau nak buat yg mana dulu..Rase cam sumer urgent..Apapun before 8..aku update blog ni dulu..Bukan curi masa ofis okayyy..Bukan kengkawan kat ofis, Selamat memulakan tugasan anda!!. Korang jangan nak maleh2 ya! Advance raya dapat, increment dapat, apalagi nak??

Thursday, September 16, 2010

SALASILAH PAK KADUK.



Korang mesti ingat aku ni mengarut time tengah posa ni kan? Tapi ni citer benar yg diceritakan oleh Arwah Atuk aku dulu.Korang penah dengar citer Pak Kaduk kan?. Citer yg ada kat buku tu sebenarnya citer penglipurlara yg ditokok tambah. Apa yg aku nak citer kat korang ni adalah citer yg sebenarnya.

Pak Kaduk tu sebenarnya adalah putera keturunan raja dari negeri Siak, Sumatera yg berhijrah ke Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Di zaman Pak Kaduk ni ... orang suka berlaga ayam. Pak Kaduk kehilangan kampung halamannya atas sikap nya mudah percaya kepada orang yg mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Pak Kaduk akhirnya terjumpa ikan Tapah ketika dia duduk di tebing sungai. Ketika perut ikan dibelah, didalam nya terdapat beberapa ketul emas. Emas tersebut digunakan untuk menebus kampung halamannya dan Pak Kaduk akhirnya dilantik Sultan untuk menjadi Orang Besar Jajahan yg membawa gelaran Tok Tua Sakti. Di antara tugasnya ialah menjadi penasihat Dato Bendahara. Atas rezeki yg tak disangka2 itulah , Pak Kaduk bersumpah yg keturunannya tak boleh memakan ikan Tapah. Mereka juga tidak boleh sama sekali terkena air ikan tapah atau melintasi masakan yg mengandungi ikan tersebut. Kesannya akan mendapat penyakit gatal2 kulit.

Bagi keturunan Pak Kaduk yg terkena bisa sumpahan tersebut dikehendaki meminum atau mandi air rendaman emas tersebut. Memang terbukti ..dgn kuasa Allah, ianya berjaya menyembuhkan penyakit mereka.

Saki baki emas tersebut masih lagi disimpan oleh keturunan Pak Kaduk di Perak. Ini adalah di antara emas yg berbentuk keronsang baju wanita berbentuk 4 segi yg masih disimpan oleh pewaris keturunan Pak Kaduk.


(Salah satu daripada emas yg dijumpai dalam perut ikan Tapah)


(Ini adalah rumah pewaris Pak Kaduk yg masih menyimpan emas tersebut)


(Tempayan dimana air rendaman emas tersebut disimpan)

Aku adalah di antara keturunan yg di sebutkan di atas. Untuk pengetahuan korang, sesiapa yg berkahwin dengan keturunan ini turut tidak dibenarkan memakan ikan tersebut. Keturunan Pak Kaduk juga tidak dibenarkan melanggar larangan istana Diraja Perak diantaranya membela kucing hitam, menggunakan buaian rotan. Termasuk ler hubby aku dan ipar2 aku...Samada korang nak caye atau tidak, terpulanglah yerr...

MINGGU BERPUASA..

Masuk ari ni dah 3 ari aku posa... Sebenarnya aku bersemangat nak ganti posa ni sebab hubby aku pun tengah posa 6.Hari ni last day dia posa 6 nyer tu tapi masa bersahur tadi dia kata dia nak posa lagi..posa nazar..Lorr nazar amende nyer lagi laling aku sorang ni.

Rupanya, hubby aku bernazar kiranya dia berjaya mendapatkan "projek" kami yg terbaru ni...dia akan berposa selama 3 hari. Memang bukan senang kami nak dapatkan "projek" tu sebab ramai saingan nyer. Tapi mungkin dah rezeki kami suami isteri, kami berjaya gak dapatkan nyer. So, kini dalam proses ler nyer...Tunggguuuuu!!!!

Aku ni jenis yg kalu benda tu tak confirm tak suka nak bagi tau. Aku citer ni pun sebb nak bagi tau reason hubby aku posa nazar tu jer. Insya Allah, kalu "projek" kami berjaya sepenuhnya, aku akan jemput korang utk majlis kenduri kesyukuran..Terima kasih buat Abah dan Mak yg memberi banyak moral support pada kami.

Harapan aku..rezeki yg melimpah ruah dariNYA ni..tak kan membuat aku lupa siapa diri aku disisiNYA.. Aku tak kan lupa, janjiku untuk membantu mereka yang serba kekurangan.

APA YG PENTING...KERJASAMA!!


(Ni...Chef Naufal, beria anak bujang sorang ni...Tukang kacau ke ....pengacau?)

Semalam time aku nak berborak dgn adik aku..dia tengah bz sangat. Katanya dia kat umah mak sedara nya di Rawang. Mak sedara dia tengah buat persiapan untuk majlis kahwin anaknya. Adik aku kata memang penat giler ko sebb sumer kerja dari buat wajik, rebus telor,sumer buat sendiri. Pendek kata dorang ni tak amik catering..sumer masak sendiri.

Apa yg aku nak citer kat sini ialah semangat kerjasama yg dorang tunjukkan tu. Lupa nak bagi tau korang yg adik aku tu kahwin dgn orang Melaka. Memang dari dulu, aku selalu dengar kengkawan citer, orang Melaka ni kalu kucing beranak pun dorang balik. Bila aku fikirkan balik, maksud disebalik kata2 dorang tu..orang Melaka ni memang
jenis masyarakat yg berpakat dalam membuat kerja bersama2.Sifat tolong menolong mereka tu memang patut dicontohi.

Aku penah membuat kenduri kesyukuran dulu. Memang aku plan dari awal utk amik catering sebb tak mau menyusahkan dorang dan aku tau tak kan ada sedara mara yg nak menolong..Nasib baik ler, kalu aku tak amik catering ari tu..mau mati kering aku!! Mana taknya, sedara mara datang pun lambat...dah tu masing2 datang sebagai tetamu. Memang tak de gaya pun nak menolong apalagi nak basuh pinggan...Rosak ler baju lip lap tu kann.

Bukan ler tujuan aku nak memburukkan sedara mara tapi kesal gak ler.. naper semangat kerjasama, gotong royong tu tak de dalam famili aku. Ni..tak lama lagi pun nak buat kenduri gak..tak yah ler aku fikirkan sumer tu...Memang ler betul kata Abah, seronok bila tengok sedara mara berkumpul bersama2 tapi di zaman moden serba canggih ni hendak ke lagi orang datang mengotorkan tangan dan baju untuk buat kerja2 nih...

BERGAYA SAKAN..

Memandangkan aku ada tiga pasang baju raya, so aku berura2 nak padankan baju tu dengan handbag baru aku. Setakat ni, aku dah ada 4 buah handbag yg dua daripadanya hadiah dari hubbyku.

Aku ni tak le stick pada satu2 jenama. Pada aku, kalu handbag tu cantek di mata aku, kira pass! aku beli jer... Bak kata, tukar2 brand kan..Kalu asyik satu jenis ajer, boring gak..

Tapi cam biasa ler , perangai aku yg agak pelik ni, nak beli barang apa pun , mesti nak bagi tau hubby gak..Dah terbiasa, walaupun duit tu duit aku sendiri..Tah lah! cam rase bersalah sangat menghabihkan duit beli sekali harung.. Dah ler baru2 ni, dia belikan aku kain. Tu pun aku belum hantar lagi kat tailor..hihi.

Ingat hati ..peh ni aku nak beli kasut plak.Tapi kaki aku ni saiz cindralela ko! Sakit hati kalu bab pilih kasut ni sebb selalunya time aku dah suka MESTI tak de saiz!! Tapi tak pe, Man2 ...jumpa kasut idaman hati aku, for sure aku grap punya!

Hubby aku sempat gak menyindir tu...orang bergaya masa raya, you bergaya lepas raya plak..Tak kira arghhh kann.!!!

Tuesday, September 14, 2010

ENJOY NYA DIA..



Semalam sebagai yg dijanji Baby kat cousin dia, terpaksa le aku yg memenuhi permintaan dorang utk pegi ke taman permainan.. Yer lah kan..boring asyik dok umah main Play Station, main ultraman..tengok tv.



Bila aku tengok dorang berkejar-kejaran sana sini..terfikir aku seketika memang enjoy jadik bebudak ni..tak yah nak fikir pasal kerja, tak de masalah apa2 yg nak diselesaikan..Celik mata jer, peh makan...pegi main..tu ler aktiviti dorang..



Cam Naim dan Naufal ni, Aku pujuk dorang makan nasi dulu, baru boleh bagi susu..Takut nanti leka minum susu..tak mau dah jamah nasi langsung.Bukan nak mendera tapi aku nak pastikan dorang ni betul2 kenyang. Kang balik umah mak dia, komplen aku tak kasik makan plak! hihi..

Punya ler aktifnya bebudak ni, berpeluh2 berlari sana sini. aku pulak yg penat menengoknya. Mulut aku tak henti2 mengomel bila tengok si adik berlari sampai terjatuh.

Monday, September 13, 2010

KENANGAN WAKTU BERTINDIK..



Masa kecil dulu aku teringin benar nak pakai anting2.. Time dulu, di kampung kami, ada istiadat bertindik secara tradisional. Korang tau tak? Bukan pakai tembak cam sekarang ni tapi pakai nih!



Tak main bius2 ni sumer tapi cayer tak..tak rase sakit langsung! Tapi aku ada citer di sebalik kenangan masa nak bertindik dulu..Hihi..malu pun ader nak citer kat korang nih!



Masa aku tengok peralatan untuk bertindik tu..datang ler ngeri nyer aku tuh! Sumer cousin dan Yong aku dah selamat bertindik. Disebbkan takut, bila tiba time aku, aku lari keliling kampung. Masa tu, ramai gak ler yg mengejar tapi tak berjaya..Mungkin disebabkan terlalu takut, larian aku tu udah macam Zaiton Osman pelari olahraga negara tu lajunya!! ngehh! ngehh!.



Akhirnya dorang dapat gak tangkap aku yg menyorok kat bawah jambatan. Untung masa tu taliair kering..kalu tak..mati lemas aku wehhhh!Dorang usung aku sampai ke tempat kenduri tanpa memperdulikan jeritan aku yg ala2 tarzan ! Aku masih ingat, time makcik tu tindik telinga aku, hujan lebat turun mencurah2 bersama jeritan aku..So, bukan dengor apa2 kalu aku menjerit sampai nampak anak tekak pon!

Memandangkan aku sekarang ni dah memakai tudung..so kesemua assesori aku dah disedekahkan pada orang lain. Tapi lubang bekas tindik telinga tu masih ada sebb baru2 ni aku cuba2 anting2 baby ..masih leh masuk! Tu ler kelebihan bertindik cara tradisional bebbb!Aku jer ygn bikin panasss ..lari satu kampung...

Fikir2 balik, tak patut gak dorang nih! Aku dah tak nak tu..kansel ajer udah ler, bukan nyer wajib pon bertindik tu...lain ler kalu berkhatan tu kannn! ALASAN....NAK TUTUP MALU! Cam lagu kumpulan Spoon..Malu...semalu-malu nyer! Hahhh! jangan nak gelak2kan aku!!

BABY SITTER BARU!!



Hari ni adik aku yg keja Petronas tu dah start keja sedangkan aku masih lagi bercuti raya. So happen that, dia ada masalah baby sitter yang masih bercuti. Jadi dia minta le tolong aku jagakan anak2 dia.

Budak2 tengah nak membesar, korang boleh bayangkan camner aktifnya dorang. Adik aku berkali2 pesan kat anak2nya, jangan sentuh kristal makngah!, jangan lompat2 kat sofa makngah..Hish! pendekkata dari awal hingga akhir sumernya JANGAN!!!(Eleh..berbuih mulut memesan sekali pun.. kamu ingat bebudak ni nak dengor ker??

Tapi sungguh lerr korang..!Tak banyak kerenah nephew aku ni. Bila aku tegur dorang waktu berlari di tangga, sopan jer jalan peh tu. Pandai depa bawak diri. Ke..takut dengan aku??.Aku ni bukan ler auntie yg garang sebaliknya dorang lebih takut dengan mak longnyer yg sekali kuar suara, sumer diam menikus..Cikgu ler katakan...Aku ni kira auntie yg sporting gitu...Buktinya bebudak tu seronok waktu diberitahu akan tidur di rumah aku.




Baby bukan main happy menjaga cousinnya yg 2 org ni. Dia kan ke teringin nak ber "adik" lagi willing to help me dalam keja2 menguruskan bebudak ni. Dari memandikan, pakai baju dan menidurkan sumer dia yg buat. Benda yg paling dia suka time buat susu dan tukar diapers..Keh! keh! cam gaya pro gitu! sikit tak kekok ko...





Tapi peh tu, bila bebudak tu dah tidur, terdengar gak keluhan dia..Fuhh! penat gak ada baby ni kan mama? Kamu yang nak sangat kan? Hah! hambik!!Baby nak ada adik yg tak ligat cam dorang ni..Eekk eleeehhhh....boleh main pilih2 plak yerk...

Sunday, September 12, 2010

BAJU LEPAS RAYA!!


Mulanya aku frust gak bila baju yg ku hantar untuk tempahan suma siap satu jer..Tapi bila memikirkan yg aku tak ada plan nak gi mana2 so reda ler sket perasaan frustrated tu.

Plan nyer dulu nak beli baju dah siap jer. Tapi kita ni manusia yg cuma boleh merancang tapi segala2 nya ditentukan oleh Tuhan. Dalam masa aku plan bagai nak rak tu, Abah lak sakit. So, masa aku banyak dihabiskan untuk menemani Abah di wad . Mana masanya untuk aku berkejar ke shopping complex nak membeli baju.

Time tu lah, hubby aku rajin plak membeli sepasang kain lagi dari kawannya yg yg balik dari Bandung. Aku memang suka dengan corak sulamannya. Aku lupa sementara yg tailor aku tak mau lagi menerima tempahan.. So sekarang ni aku masih ada dua pasang kain yg belum dijahit.



Lepas raya nanti boleh le aku melaram dengan baju baru, keta berwajah baru...Ni tengah tersengih sampai ke telinga nih..kehkeh!!

AKHIRNYA...

Akhirnya penantian aku untuk menghantar keta untuk repair dan buat tuntutan insurance berakhir jugak..Banyak juga ler document yg dimintak nya.Tapi tak pe ler..janji keta aku handsome peh raya ni..

Ingat hati tu, nak tukar tinted keta lepas keta aku kuar dari workshop nanti. Alang2
dah masuk umah sakit keta tu kan...kasik make up sket, bior nampak seri nyer..

Harap2 keta tu siap before aku start keja balik..Dah kekok rasanya bawak keta Wira tu. Maklum ler, lama dah aku tak drive keta tu...For your info, Keta Wira tu my 1st car. Hubby aku buat surprise time tu. Memang rase terkejut gak sebb lesen memang lama dah dapat tapi aku tak penah drive keta peh tu.

Dah ler time belajar dulu dibagi nyer keta mannual. Tup2 time beli keta, pilih yg auto plak. Tapi tulah kann..sebenarnya keta auto ni lebih mudah berbanding keta mannual. Tak sabor nak tengok keta aku tu!

SOSILAWATI DALAM KENANGAN..



Berita kehilangan jutawan kosmetik terkenal Sosilawati Lawiya agak mengemparkan jugak. Mana tak nyer...Tetiba ajer hilang bersama peguam dan 2 lagi lelaki yg bersama dgn beliau.

Pagi ni aku terkejut gak dengar berita tentang kematian beliau yg sungguh trajis. Kejam betul orang yg melakukan perbuatan tersebut. Memang tak berperi kemanusiaan langsung!.

Dapat aku bayangkan bagaimana perasaan keluarga yg menanti kepulangan beliau. Mereka begitu mengharapkan kepulangannya apalagi di saat2 HariRaya menjelang tiba.

Buat keluarga Allahyarhamah, bersabarlah dan redha menerima ketentuan dan takdir Tuhan. Semuga mereka yang bersalah akan dihukum dgn seberat-berat hukuman. Apa pun doa dari kami muga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman. AMIN...




For your info.. Sosilawati Lawiya ni salah seorang wanita yg aku kagumi. Semangat kental beliau dalam membina empayar perniagaannya memang hebat di mata aku. Jarang sekali ada wanita yg punya semangat seperti beliau yg mampu berdiri kukuh. Takziah buat keluarga Sosilawati.

MERIAHNYA RAYA!

Kembali bersiaran !! setelah lama benar rasenya cuti raya..Ni nak citer kat korang..pengalaman raya aku kat KL ni..walau pun korang sumer sebuk balik beraya, tapi aku yg beraya kan KL ni tak kurang meriah nya..

Apa tak nye? sumer adik beradik ada kecuali adik aku sorang tu yg tak penah miss balik Melaka. Pagi raya, peh makan cam tak ingat dunia...kamu ada sessi bergambar bersama keluarga


Ni gambar adik beradik aku dan ipar duai..)

(
(Gambar Family adik aku Badrul)

Dah besor anak sedara aku yg kat Penang ni...dah boleh time menantu ler kakak aku nih..Dulu masa kecik2 aku selalu suka menyakat dia..dah besar ni, kalah aku lak tingginya..



Ni plak gambar kenangan dipagi raya aku bersama anak2 kesayanganku ..Abang dan Baby..Sukanya Baby berbaju kurung di pagi raya. Nasib baik ler dia tahan plak kali ni. Kalau tak tu tengahari jer dah salin t-shirt..Rimasss katanya...





Korang kat kampung makan lemang kan..aku kan sini pon hadooo tauu!! Kebetulan auntie aku tak balik kampung gak..makan dengan rendang ayam dan daging..Fuyohhhh sakan ko!

Masa aku tunjuk gambar2 raya kami kat adik aku yg balik beraya kat Melaka tu..hihi jeles habih dia...nasib arghh kan...