Sunday, January 9, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU


( JUARA AJL KE 25 )


(LADY GAGA MALAYSIA..BERTENAGA PERSEMBAHAN DIA NI)

Korang tengok ke AJL semalam?...Aku tengok gak dalam keletihan mengecat rumah sebelah petangnya. Memang hapenning sangat! Masing2 punya kehebatan tersendiri dan berusaha mempamerkan persembahan yg terbaik. Ada yg masuk dalam sangkar ler, yg berbuai ler...yg kena tembak pun ada. Paling kelakar si Shahir ni..kena pelempang sekali!.

Dalam jangkaan aku mulanya, Black akan mengungguli tahta sebagai Juara tapi rupanya Ana Raffali..apapun lagu Ana pun memang best..dengan senikata yg ditulisnya sendiri. Satu lagi bintang baru muncul dari industri seni tanahair kita. Harap2 akan lebih ramai bakat baru yg bukan sahaja berbakat untuk menyanyi tapi berbakat juga dalam penciptaan lagu2.

(SUARA DIA NI MEMANG POWER )

Aku sempat menonton persembahan sebelum Stacy sebab selepas tu, aku dah "hanyut" sebelum sempat mendengar lagu "Hanyut" nyanyian Faizal Tahir. Dengarnya..persembahan Faizal tu "wow" gitu siap berendam dalam air ko!. Dia menang kategori Persembahan Terbaik dan tak sia2 ko berendam Faizal oi!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com