Tuesday, January 18, 2011

SEJARAH DULU KALA


Pernah tak korang terbaca sejarah Melayu lama yg sering mengambarkan tentang kecantikan puteri dan ketampanan putera raja. Aku penah ler mengikuti kelas Sastera sekejap masa Form 4 dek kerana minat sebelum bertukar kepada kelas perakaunan.

Sejarah Malim Deman meninggalkan kenangan lucu bagi aku masa tu. Ketika cikgu membaca ayat yg berbunyi lebih kuranglah yer..." Tatkala Malim Deman bersiram, sekali gosok, dua tiga panau tercelik" Tah macam mana, terpacul mulut aku berkata "Malim Deman ada panau? eeeeiii!tang mana tampannya? Kawan aku dok terhinggut2 bahunya menahan ketawa. Pas tu, satu kelas gelak dan ketika tu aku tengok cikgu pun menahan gelak gak tapi cuba utk berwajah serius!

Memandangkan dia ni garang, pelajar2 sumer terdiam bila dia lantang bersuara.."class! pay your attention pls" !!. Masalahnya, aku tak leh tahan ketawa sebb dalam fikiran aku masih terbayang panau si Malim Deman ni!!Aku terpaksa mintak izin dari cikgu utk kuar kelas. Dalam toilet, aku ketawa sorang2 cam orang giler. Mujur tak de orang masa tu.

So..moral of the story..korang tak usah ler berangan nak cantik cam puteri atau putera raja dulu2 tu yerr. Tak kemana cantik nyer wehhh!!! Belajar menghargai diri sendiri..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com