Tuesday, January 18, 2011

HANG TUAH ATAU HANG JEBAT PILIHAN ANDA?


Lagi kisah Melayu klasik tentang kehebatan pahlawan Melayu Melaka zaman dahulu iaitu Hang Tuah. Cerita tentang Hang Tuah 5 bersaudara yg menjadi kesayangan raja. Aku bukan nak bercerita tentang kisah kehebatan Hang Tuah tapi ingin bertanya pada korang di sana tu...antara Hang Tuah dan Hang Jebat, siapakah pahlawan sebenarnya?

Mungkin ramai yg menjawap Hang Tuah. Tapi aku tetap dengan jawapan bahawa Hang Jebat sepatutnya dinobatkan sebagai pahlawan bukan pengkhianat.Aku tak nampak pun di mana ciri2 kebaikan yg ada pada Hang Tuah. Antaranya:
1) Dia pandai membeli jiwa(Bodek) Sultan. Di antaranya sanggup masuk kedalam lubang najis hanya kerana ingin menyelamatkan kuda kesayangan Sultan.

2) Menggunakan tipu helahnya dengan menggunakan ilmu pengasih ke atas Tun Teja dan melarikannya utk diserahkan kepada Sultan sedangkan Tun Teja adalah tunangan orang.Bodek Lagi!

3) Sanggup membunuh rakan sepermainannya Hang Jebat walaupun dia tahu Jebat tak bersalah dan semua ini dilakukan hanya kerana Jebat ingin membalas dendam di atas "kematiannya".

Hang Tuah juga tidak digambarkan seorang yg gagah perkasa tapi beliau pandai menggunakan akal muslihatnya. Contohnya;
1) Ketika dia berlawan dgn ramai musuh. Dia telah lari masuk ke lubang yg sempit yg hanya dpt dimasuki seorang demi seorang.

2) Muslihat ketika bertarung dgn Hang Jebat dan Pahlawan Taming Sari.

Terpulang ler korang menilainya sendiri.

2 comments:

  1. http://izhamnayan.blog.friendster.com/siapa-kata-hang-jebat-mati-dibunuh-saudaranya-hang-tuah/

    ReplyDelete
  2. saya pilih hang Jebat..

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com