Sunday, January 16, 2011

SEJAUH MANA KESETIAANMU...

Korang pernah tak dengar lagu Gurindam Jiwa yg dilakonkan oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Kisah tentang kesetiaan pasangan yang dizahirkan melalui lagu yg cukup mengasyikkan. Irama lagu tu sahaja membayangkan betapa kukuh dan indahnya percintaan mereka.

Bercakap tentang kesetiaan, jarang kita dapat melihat pasangan yang membina mahligai (walaupun atas dasar suka sama suka) mengekalkan perasaan cinta dan kesetiaan mereka. Mengapa boleh terjadinya perkara sedemikian?

Perasaan cinta terhadap pasangan masing2 perlu disertai dengan keikhlasan.Antara tips yg dapat anda guna dan amalkan untuk mengekalkan hubungan.

1) Ikhlaslah menerima pasangan anda seadanya tanpa membandingkan dia dengan orang lain.

2) Belajarlah menerima kekurangan dan menghargai kelebihan pasangan anda.

3) Jujur dengan pasangan masing2 dan buang sifat syak wasangka anda tatkala berjauhan dengan pasangan.

Teringat kata2 arwah Sudirman, Jika kamu menyayangi seseorang, lepaskan ia...Sekiranya ia kembali, dia memang milikmu TAPI jika sebaliknya, dia bukan milikmu sejak dari mula lagi...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com