Saturday, March 31, 2012

TAKDIR NYA....

Siapa sangka sesuatu yang kita jangkakan kadangkala tak mengikut apa yang kita inginkan. Kalau ditanya pada semua orang of coz kita nak yang terbaik untuk kita. Namun ujian dari Tuhan perlu diterima dengan hati terbuka.

Begitu jugak dengan takdir buat adik bongsuku yang dikurniakan satu2nya puteri namun mempunyai masalah jantung sejak kecil. Waktu lahirnya, kami tak menjangka dia akan bertahan lama memandangkan kondisinya yang agak kritikal saat itu. Namun Tuhan masih mahu dia melihat dunia dan membahagiakan kedua ibubapanya...Dan tujuh tahun berlalu, dia seperti kanak2 lain aktif ke sana sini bermain.



Namun dia perlu menjalani pembedahan lagi selepas ini kerana jantung berlubang. Dugaan demi dugaan ditempuhi anak kecil ni namun usia sekecil ini masih belum mengerti apa2 jauh sekali mengerti erti kebimbangan yang ditanggung Mama dan Abahnya.



Semuga Allah memberi kekuatan buat kedua ibubapanya untuk menerima ketentuan dan ujian dariNya ini.

2ND REUNION





Mula2 cam malas nyer aku nak pergi reunion kali ke2 ni...tapi hubby aku dah bagi green light okey lah kan...





Maka..apalagi bermula ler perjumpaan kami . Punyer ler happy jumpa kengkawan lama. Paling seronok tu jumpa kawan2 yang tak datang masa 1st reunion dulu. Makanan? Jeng!Jeng! Jeng! memasing bawak sendiri! Portluck gitu.


Dengan nasi beriani,spagetti,bubur kacang, dan macam2 pencuci mulut. Udah cam party tupperware bila makcik2 ni berjumpa. Riuh rendah umah si Nita ni kami kerjakan. Nasib baik ler jiran sebelah menyebelah sporting..


(Gambar masa sekolah dulu...mengimbau kenangan manis)



Turn sape plak peh ni! Aku okay jer tapi bukan dalam jangka masa terdekat ni...Nanti ler dulu yer kengkawan...mungkin aku jemput korang datang kenduri kesyukuran rumah aku nanti..InsyaAllah

Friday, March 30, 2012

AKU TAK KISAH PUN...

Dalam dunia ni ...kemana pun korang pegi, mesti jumpa manusia yang tak leh tengok hidup ko bahagia dan senang. Merah jer mata dia bila rezeki ko mencurah2. Sakit jer hati dia bila tengok ko senyum dan bahagia.

Pelik kan manudia yang cenggini? Apa kaitan nyer kalu kita tersenyum bahagia dengan rezeki yagn melimpah ruah. Semua tu pun bukan datang bergolek dengan percuma jer. Atas usaha gigih kita jugak kan. Dia pun boleh jadi camtu malah lebih dari kita pun boleh.

Tak perlu kelat2 muka dan menambah kedutan di muka tu...Apalagi nak cantas rezeki orang dengan cara kotor..Peh tu buat muka suci depan kita seolah2 dia tu tak penah menganiaya kita. Tapi Tuhan tu sentiasa Adil.

Biar bagaimana pun ko cuba cara2 keji ko tu...rezeki orang yang kau aniaya tu tetap ada...malah berlipat ganda hari demi hari. Mesti ada blogger yang baca blog aku ni kata..eh cam bercakap thru experience jer...

Mmmph...korang rasa camner?......

DENDA KE DERA NI?



Rasa korang...kerja apa yang paling mudah dibuat?. Maksud aku ni jawatan. Menurut kajian ramai pihak kerja menyanyi paling mudah. Lorr yer ke?. Bukan sakit tekak ke melalak tak henti2. Kita yang mendengar ni memang ler tak rasa tapi cuma ko nyanyi satu lagu kat karaoke tu jer pun dah perit tekak dibuatnya.

Sebenarnya, tak ada kerja pun yang senang dalam hidup ni..semuanya menuntut ketekunan dan kesabaran kita. Nak citer ler sket kisah my niece yang baru masuk darjah 1 ni. Alkisah nyer cikgu dia yang baran ni membuatkan my niece takut nak gi sekolah. Bila dirisik2 baru ler tau citer yang dia dipukul dgn buku di kepala berkali2 hanya kerana kesalahan lambat membuat latihan yang diberikan.

Apa yang membuat aku terkilan tu ialah sikap guru tersebut yang tidak mempunyai sifat sabar dan etika perguruan yang sepatutnya. Dengan cara mengetuk kepala pelajar camtu, boleh ke menyelesaikan masalah? Bukan ke lebih baik jika guru tersebut menggunakan pendekatan mendidik. Kat Maktab atau pun Universiti dulu pun..mesti dah belajar psikologi kan?.

Aku akui..niece aku tu memang kadangkala nakal dan tak makan saman. Tapi budak2 kan..ada cara untuk menawan hati mereka untuk mengikut rentak kita...Denda tu bagi aku adalah langkah terakhir untuk pelajar yang masih bermasalah. Janganlah kerana ada masalah peribadi dengan family atau boyfriend...ko lampiaskan pada bebudak tu...

Thursday, March 29, 2012

NGETEH LAGI...

31/3/2012 ni, kenkawan re-union aku ajak jumpa lagi. Suka! suka sangat..tapi bagi aku yang tak selalu ngeteh cam korang ni rasa cam bersalah jer.Bersalah kat hubby dan anak2 ler. Mana tak nyer..hujung minggu, patutnya aku habihkan masa dengan dorang. Ni dah cam orang bujang plak.

Hubby aku tak kisah nyer...tapi sian kat anak dara dan anak bujang aku tu. Baru nak plan ajak dorang shopping. Seronok sebenarnya jumpa kengkawan lama . Ari tu..banyak benda nak citer sebenarnya tapi tak cukup masa..A'ah ler yer..tak cukup masa! Sampai dapat signal dari bebudak Kenny Rogers tu sebab lama nak ngeram tempat dorang tak balik2.

Ni tengah fikir apa makanan aku nak bawak ni..Takkan gi umah orang nak bawak perot semata2? Susah2 nau aku beli jer makanan siap sedia kat restoran tu. Boleh kan mak2 dara aku sumer? Janji tak datang tangan kosong kan?

Harap2 tak sesat lagi.Kih! Kih! I'm cominggggggg!!!!

Tuesday, March 27, 2012

SENI KE TU? SENAK PADA AKU!



Bogel tu seni?? Tak faham aku...Memang aku tak faham bebenor! Al-kisah nyer ada ler satu mamat pelakon ni kata dia tak kisah berbogel dalam filem kerana itu adalah sebahagian seni dan hanya menurut skrip.

Walawei adik...seni ni banyak benda dan cabang yang boleh dipamerkan tapi tak ler sampai nak menjatuhkan maruah kita plak. Aku tak nampak apa seni nyer berbogel tu...Jantan plak tu! Geli ketiak Mak Jemah!.Kalu iyer pun ko nak menghidupkan lakonan tu, tak semestinya berbogel...lakonan ko tu jer yang perlu mantap baru ler orang dtg nak ke pawagam nonton filem tu..Jangan sok perasan, orang nak tengok body ko tu.

Lagi pun...kita ni orang Timur penuh dengan adat kesopanan dan budaya yang indah. Naper ler ko ikut budaya barat yang cam zaman batu tu...Kecik2 kita dah diajar mana yang baik dan mana yang buruk..So, semua tu terpulang pada akal fikiran menimbangkannya...

Kalu satu hari sok, director tu suruh ko lari dalam keadaan bogel satu Chowkit..ko pun ikut gak ker..demi SENI yang ko perjuangkan sangat tu! sendiri mau ingat dik yer...Pilihan di tangan anda.

Terkilan dengan kenyataan pelakon wanita yang cam bangga dedah tubuhnya dan kuar statement maut dia " Yang tak suka jer mengutuk...yang suka, tengok gak kannn" Eeeeuwwww!!! tak suka gegirl tau!

SAPA AGAKNYA MANUSIA NI...??

Masa tengah bersiap2 nak kuar makan malam semalam, aku dipanggil uncle sebelah umah. Katanya ada dua orang India datang masuk keperkarangan umah aku semlm. Siap tanya kat uncle sebelah tu, tuan umah ada ke tak?.

Before that..masa tengah basuh keta, ada 2 orang India naik motor berlegar2 depan umah aku. Matanya tak lepas memandang ke arah rumah aku. Bila aku memberanikan diri (berani sangat ler time tu!)datang pada dorang...ehhh! dia pecut plak cam mat rempit nak race kat jalanraya. Apa kes..kot kau nak mengusha aku, aku ni mak orang..

Nak kata jual barang, tak de plak barang yang dibawanya.. Mula ler kepala aku ligat berfikir yang bukan2 tu!. Dah ler insiden barang2 aku hilang kat luar tu. Hah! baru aku ingat..hari tu aku lupa nak alarm keta aku..just tutup cam gitu jer. Masa nak gi keja pagi tu, aku perasan ada kesan tapak kasut lelaki kat carpet aku tu..Nak kata hubby aku...mustahil sebb memang dia tak pakai kasut pejabat masa nak drive keta aku tu..

So..dari cerita aku ni, korang boleh ler buat pengajaran..hati2 dengan orang2 yang kelihatan mencurigakan di kawasan anda.

Sunday, March 25, 2012

TINGGAL PUSARA PENGUBAT RINDU

Sedih time aku sekeluarga ziarah kubur abah semalam. Memang dah berminggu jugak rasanya aku tak menziarah abah..dengan kesibukan kerja tak memungkinkan aku ke sana. Tapi semalam aku sedih yang teramat bila melihat kubur Abah terbiar dengan bunga2 di atas pusaranya hampir mati kelayuan tak bersiram.

Rumput di sekitar pusara tu plak dah makin banyak. Dulu hubby aku rajin menziarah sewaktu tak begitu bz. Menitik airmata aku melihat pusara abah yang seakan terbiar tak de pengunjung tu..Untung masa tu, aku bawak gunting so dapatlah aku bersihkan rumput2 yang tumbuh liar di atas rumput carpet yang kami tanam tu.

Masa aku terlantar di hospital tempohari, hubbyku boleh kata tiap minggu "melawat" pusara Abah. Dia diantara orang yang kerap ke sana tambah lagi waktu tu aku beritahu dia yang aku mimpi arwah datang padaku. Bila ku tanya pada hubby apa yang didoakan utk Abah..jawapnya... Macam biasa..cuma I mintak Abah tak bawak you sama sebab I dgn anak2 masih perlukan you...

Apa lagi...Mak Jemah yang cengil ni cam sebak dengar kata2 yang dilafazkan terus teresak2. Sayang jugak hubby pada aku yer...

ROMANTISNYA LAMARAN NI...



Aku ni minat sangat kat pelakon Scha Al-Yahya yang comel dan cute tu. Tumpang bahagia bila mendengar berita dia dilamar kekasih hatinya yang kita sumer tau kan..sapa lagi kan. Dilamar sewaktu sedang mengacara rancangan tv..owh kelas ko Jahhhh!

Kejutan lamaran sebegini memang ditunggu2 setiap wanita. Kalau aku ditempat dia pun, dah pasti aku menangis..terharu beb!Tapi pekehal nyer si Awal tu nangis plak...suka kot..ialah lamaran diterima kan?. Aku lupa ler time aku dilamar hubby dulu camner...tapi yang pasti memang terkezut sebab dia tak penah pun bincang pasal kahwin time dating.



Time tu hubby aku kata next week dia nak hantar rombongan merisik jumpa family aku. Mau tak tersentap jantung aku..Tapi tu ler dia kalu nak tau bukti seseorang lelaki tu betul2 sayang kat kita kan. Setakat I "lap" you...you "lap" me jer...apa celoppp!



Apa pun ..sama2 ler kita doakan muga pasangan ini bercinta hingga ke hujung nyawa. Mendoakan kebahagian orang tu satu pahala jugak kan....dari meruntuhkan kebahagiaan orang demi utnuk kepentingan diri sendiri...

Thursday, March 22, 2012

MISI PERSARAAN


Jika dihitung dan dikira..berapa tahun lagi jer aku ni nak bersara. Pejam celik, pejam celik dah sampai usia 55 tahun. Masa tu of coz ler bagi sesetengah orang nak dok umah..jaga cucu, jaga suami...macam2 lah aktiviti lazim nyer.

Aku? kalu boleh tak mau la cam tu. Tak semestinya usia 55 tahun tu penghalang segala aktiviti kita. Nak tau apa perancangan aku? Pertama2 nyer , aku nak buat full-time boutique kain aku ni...sajer nak mengisi masa yang lapang...Nak jaga anak, anak dah besar panjang dan dorang yang jaga mama nyer sekarang.

Kalu ada modal banyak, aku yang suka tengok benda2 cantik ni..bercita2 nak bukak spa kecantikan dan urutan..Bukan ler aku yang ngurut korang yer...kirim salam! mesti ler pakai assistant...

Persaraan aku tu akan membawa aku merata tempat. Makan angin ler teman! Asyik keja jer berbelas2 tahun...kali ni nak rehatkan minda dan fikiran pulak. Masa tua ni of coz ler aku nak lebih dekat dengan Tuhan. Bila2 masa jer dijemputNya kita kembali kan..yang muda lagikan dipanggil, nikan lagi kita yang berumur ni..Sedih plak ayat nih.

Aku jugak teringin nak membuat keja2 kebajikan. Jika ditakdirkan aku beoleh rezeki yang melimpah ruah, Insyaallah tak kan kulupa mereka yang memerlukan. Doakan aku yer..muga impian persaraanku ini menjadi kenyataan.

BOLEH KER DIA NI???

Selalunya kita bayangkan pemain bagi sesuatu permainan tu mesti sesuai dengan permainan tersebut ler. Contohnya bola jaring, orangnya mesti lincah dan licik cam belut. Ni nak citer kat korang ni yang Baby si anak dara aku yang satu2nya ni mewakili sekolah dalam pertandingan hoki.

Cam ler tak de permainan lain yang nak dimain kan? Secara kasarnya..dari pandangan aku sebagai mama yang melahirkannya ni..dia memang tak layak langsung masuk game hoki ni..Dengan slow siput nyer...dengan lembik nyer.Pendekkata kalu aku ler yang buat pemilihan, dah lama aku tolak mentah2..tak de nyer pakai setengah masak!

Punya ler excited anak dara ni. Hari2 dok godak aku dgn ayahnya utk beli peralatan hoki dia.Kasut turf utk padang hoki rega dia ya ampun...mengalahkan kasut aku lagi. Dah ler kegunaannya cuma kat padang hoki jer.


(Cam ni ler rupa kasut dia..tapi colour biru)

Sejak dia masuk hoki ni tak de ler perbezaan yang ketara aku tengok melainkan kulit dia dah bertambah gelap campur bertambah slim. Mana tak nyer dah asyik berjemur keja nyer. Latihan intensif yang guru berikan tu membuatkan baby hilang lemak2 yang tersimpan..tu yang nampak tambah kurus tu. Tapi kalu makan..mengalahkan untuk 2 orang selera dia..tapi tak gak tambah berat badan. Ikut gen aku ler tuuu....



Aku dah tak kisah sangat..dari dia melepak tak tentu arah..baik ler dia terkinja2 kat padang tu dgn aktiviti berfaedah...

ITULAH HUBBYKU

20 tahun masih tak mengenali perwatakan pasangan anda? Hairan ker? Aku tak ,sebab itu ler aku sebenarnya... Sepatutnya dalam jangka waktu tu aku dah boleh agak karaktor dia camner. Tapi tak jugak..

Bila aku rasa sesuatu idea aku tu bagus dan habis tip top aku rase...dia plak membantah.Idea tu tak bernas ler...tapi dia tak gak bagi idea beras bernas dia plak. Alih2 at last dia pakai gak idea aku tu.

Bila dia buat sesuatu keputusan tanpa meminta pendapat aku dan ianya mendatangkan masalah..aku gak yang di suruh ke depan menyelesaikannya. Cam Tribunal Pengguna plak aku rase. Time susah baru cari aku yer!

Sampai sekarang, aku tak tau apa perancangan masa depan dia. Kejap nak buat itu, kejap nak buka ini...tapi aku rasa idea dia tu paling lama pun seminggu bertahan kot..sebab dia ni bukan jenis boleh duduk satu tempat.

Paling tak gemor tu..bila dia suka benar dengar cadangan kengkawan dia...bagi aku cadang tu bukan membina tapi cam nak menganiaya jer...Seanag mempercayai orang menyebabkan ada di antara dorang ni suka amik kesempatan atas kebaikan dia.

Apa pun komplen aku di atas tentang hubbyku, aku nak sumer orang tau..dia lah insan yang paling aku sayang dan harta yang tak ternilai anugerah Allah untukku. Biar punya banyak kekurangan, namun macam kata Broery Marantika dalam lirik lagunya" Sayang..apapun adanya dirimu, aku akan tetap sayang padamu".Jiwang karat Mak Jemah!!

WHY ME?

Aku ni bab nak attend meeting punya ler malas bebenor tambah lagi kalu meeting PIBG sekolah si Baby. Tapi petang tadi dapat call dari guru besar dia minta izin nak calonkan nama aku jadi juruaudit Persatuan PIBG sekolah tu.

Aku baru ber ura2 nak mengelat datang meeting hari Sabtu ni. Aduhhh! tak tercakap aku bila cikgu tu mintak tolong...Apa yang boleh aku cakap ialah mintak tempoh sampai esok hari..aku promise bagi jawapan...Jagi juru audit tu tak de hal tapi naper ler tak kasik aku jawatan lain yang tak memerlukan aku mengecek maklumat atau akaun persatuan. Boring tau kalu diberi keja yang sama. Udah le tu memang keja aku...dalam persatuan pun suruh buat benda yang sama. Suruh ler bancuh air ker...basuh pinggan ker...tak pun sebagai pemerhati cam Bangsa2 Bersatu tu.

Alasan aku sibuk dengan kerja2 office tak jalan rupanya. Ada jer alasan kukuh dia yang abuat mulut aku yang pot pet ni tertutup rapat, kelu tak terkata...

Terima? Tidak! Terima! Tidak kot! Iskkkk! sikap haribulan aku mimpi gurubesar malam ni...

Wednesday, March 21, 2012

NICE TRY BABY....

Anak dara aku si Baby ni memang minat memasak..Tapi cuba kalu ko suruh dia mengemas umah..muncung dia terjuih macam boleh ditambat!. Oleh kerana suka bebenor bidang masakan ni jadik aku daftarkan dia masuk kelas buat cup cake anjuran Pandu Puteri kat Brickfields.



Punya ler excited anak dara ni...habih dia gebang sumer kengkawan Tunas Puteri dia pasal kelas cup cake ni. Bagus sebenarnya kita mak bapak ni dedahkan dia dengan benda2 basic camni..Mana tau kan...sok kalu dah pandai, leh amik tempahan plak.



Time aku amik dia habih kursus tu..muka punya ler berseri cam baru peh mandi bunga...Di tangan nyer..beg goodies yang berisi cupcake yang dia buat..Reaksi aku dan ayahnya bila ditanya tentang cupcake buatan dia..



Jawapan si ayah : "Mmmmph cantik...tapi nape buat itik?

Jawapan aku : "Okayyyy...nice try"

Sebenarnya ada tandatanya di sebalik jawapan we all tu...

Hubby aku : "Naper itik dia cam letih tak larat nak angkat kepala jer?"

Aku : " Cam tak lalu plak nak makan itik tu" Wakakaka....

Tapi idok ler kami cakap cenggitu depan Baby..mau mogok lapar dia!. 1st experience kan..tak lawa pun tak pe...Mana tau anak mama ni sok leh bukan cafe yang jual pelbagai cake...Who knows kannn Baby...???

KECOH MAK JEMAH

Bukan nak mendabik dada atau nak riak yer..cuma nak bagi tau kat korang, rezeki kita yang diberi Tuhan ni dalam pelbagai bentuk. Kadang2 Tuhan beri dalam bentuk wang ringgit (tu yang sumer orang nak kan?). Rezeki dalam bentuk lain pun ada gak...dikurniakan Tuhan kesihatan yang baik sepanjang masa...

Ni nak story kat korang ni..Syukur sebab sepanjang umur aku ni...belum pernah aku sakit teruk sampai masuk spital. Kecuali ler bersalin tu yer...Tapi yerlah kan..nak jadik citer, tahun 2012 ni plak Tuhan tu suruh aku berehat panjang sampai seminggu kat spital tu.

Mungkin sebab tak penah tengok aku sakit, ramai kengkawan aku gempak semacam bila dengor aku admitted.Mana tak nyer...Mak ni maintain sihat dan ayu sepanjang masa..tup2 tetiba dah layu lesut. Ala korang ni..macam ler korang tu tak penah sakit..Korang punya MC pun lebih dari aku okay!Apa nak dikecoh2kan bila dengar aku sesekali masuk spital..Macam lagu Shima tu..."Sesekali ku rasa teringin...."

Bukan nyer aku ni dah jadik arwah...yang korang nak kepoh @ kecoh..Buat jer kerja korang tu yer...Tentang aku ni, hubby aku ada...yang penting Tuhan tu nak test aku...bukan test korang! hik! Hik! Kepoh semedang Mak Jemah ni..

Kata para alim ulama..bila kita ditimpa musibah tu bermakna Allah sayangkan kita...So korang jangan jealous okay kalau sumer tu membuat hatiku tambah dekat denganNya...

LAMBAT BANGUN!

Serius gabra mak hari ni! Mana tak nyer..lambat bangun! Celik jer mata yang separuh kuyu ni, terbeliak jap tengok kat luar cuaca dah terang. Pukul 6.40am okay!. Apa lagi aku dengan sepantas kilat mengodek Baby yang tidur nebeng sebelah suruh bangun. Dia ni dah ler liat nau bab bangun tidur ni.

Rupanya lupa kunci jam malam tadi. Dorang ni..sumer harapkan mata aku jadik jam. Tak sedor aku, bermakna depa pun lambat ler..Ceh! Pagi ni hubby aku call dari ofis..naper tak kejutkan I tadi..I lambat tau..

Lorr ni sorang laling aku nih. Bukan ker sebelum aku kuar umah tadi, aku siap kejutkan dia dan aku turun bila tengok dia dah mengeliat tanda nak sedor dari bangun. Mana aku tau yang dia leh sambung tidur lagi..

Nak kata lambat sangat tu tak ler...8.05am lambat 5 minit jer okay...Apa2 pun aku lambat atau tercepat sampai kat ofis..aku tetap punch card aku...

Tuesday, March 20, 2012

BETUL KE GANGGUAN TU?

Rasanya ramai diantara korang penah kena cam aku...Masa tengah sedap tidur rasa cam badan tak leh digerakkan...Sesetengah tu rasa cam kena tindih lagi. Selalunya kalau aku nak kena cam tu..mesti ada tanda2nya dulu. Badan akan terasa seolah2 melayang..Time tu, aku kena usaha untuk buka mata kalau tak, badan aku selepas tu akan seolah2 ditekandan tak boleh bersuara.

Macam semalam tu, puas aku menjerit memanggil baby..Dia ni kalu dipanggil memang susah menyahut..ni kan lagi tengah tidur..cam balak hanyut. Aku try nak baca surah2 Al-Quran apa yang patut tapi mulut aku seolah2 terkunci.

Makin kuat aku meronta nak melepaskan diri..makin kuat tangan tu memegang tangan aku. Geli bercampur sakit sebenarnya..tapi ketakutan tu melebihi segala2nya. Tapi aku tak putus asa, aku jerit sekuat hati"Allahuakbar"!. Masa tu tangan tersebut hilang macam tu jer.

Penah gak aku terbaca, artikel tentang sains yang menyatakan bahwa tubuh kita ni kadang2 macam mesin gak..cramp tetiba..atau dengan lain perkataan ada kaitan dengan urat saraf. So kalu korang penah terdengar tentang cerita hantu menindih ker..saka ker...tu tahyul jer. Benda2 tu dikaitkan sebab kita tidur dalam keadaan tak bersih seperti period atau pun orang baru peh bersalin.

For your info, aku bersih nyerr...tinggal lagi mungkin sebab terlupa solat Isya' semalam...terus bobommm...tu yang kena "hukuman" dunia dengan Tuhan tu..Salah sendiri kan...

Sunday, March 18, 2012

APA TANDA SAYANG...

Korang penah dengar tak lagu P.Ramlee. Bunyinya camni.."Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya nampak dipandang...".Korang mesti tertanya kan naper tetiba kuar lirik lagu plak nih..

Selalunya orang yang baru di alam perkhawinan mesti kata...hidup dia bahagia sangat. Suami atau isteri dia sayang sangat kat dia...Tapi aku nak tanya korang ler yer..apa tanda sayang tu sebenarnya. Adakah dengan pemberian hadiah atau barang-barang tu cukup untuk menyatakan cinta dan sayang. Atau cukup ke sekadar bermodalkan lafaz "I love you" jer untuk menyatakan yang ko sayang kat couple ko tu.

Sebenarnya tanda sayang tu sepatutnya dizahirkan melalui tingkahlaku dan perbuatan kita juga. Sekiranya kita sayang pada pasangan kita..tentunya kita tak mahu apa2 yang buruk terjadi pada dia. Malah sampai ke satu tahap tu, kita sanggup berkorban apa saja untuknya hatta nyawa sebagai galang gantinya.

Pemberian hadiah tu tak membawa makna sekiranya tidak disertai dengan keikhlasan hati sipemberinya.Kebahagiaan sesebuah perkhawinan itu bermakna apabila keduanya dapat menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2. Redhalah dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan kerana itulah yang terbaik buat kita.

Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan orang lain dengan kehidupan yang kita miliki kerana "kebahagiaan" tu satu yang subjektif yang tidak boleh diukur dengan apa jua...

Friday, March 16, 2012


Meh kita kongsi info yang baik ni bersama yer. Dari kita bergosip cam Pah Bedah tu...baik ler kita citer tentang benda2 yang mendatangkan faedah kan..???
Nak citer pasal kepentingan minum air kat korang nih...

Air sebenarnya banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.

minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.

Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.

Thursday, March 15, 2012

DENDAM DI DALAM DIAM

Tersentuh naluri keibuan aku bila membaca berita tentang kematian kejam adik Nurul Nadirah yang dibakar dengan kejam. Tapi biar bagaimana sedih kita yang membaca berita tersebut...lebih sedih lagi ibu kanak-kanak tersebut yang kehilangan anaknya dengan cara yang demikian.

Khabarnya pembunuhan tersebut bermotifkan dendam. Hanya kerana dendam..manusia sanggup bertukar watak menjadi lebih ganas dari haiwan.Dendam jugak boleh membuat manusia lupa apa yang dilakukan semata2 memenuhi perasaan marah.

Aku ni kalau ikutkan marah dan dendam..ramai dah rentung aku kerjakan...Iyerlah..memfitnah yang tidak2, sesukati dia membawa mulut menjaja cerita dan paling teruk tu menambah perasa agar cerita dia tu lebih sensasi dan bisa membuat mulut pendengarnya melopong. Tapi aku masih boleh menahan rasa amarah yang membara di dada ni. Biar lah...Tuhan Maha Adil...suatu hari nanti..manusia propa camni akan terima jugak balasannya.

Jangan fikir, dengan memburukkan nama orang lain boleh membuat kita popular di kalangan kengkawan. Popularlah dengan cara yang sihat yer...Tak takut ke balasan di akhirat esok??? Kengkadang tu Allah bayar CASH di dunia.

So..dendam ni kengkawan..tak membawa kita kemana-mana. Hanya kemusnahan dan kehancuran. Berserahlah pada Tuhan. Dia yang Maha Mendengar doa hambaNya yang teraniaya...

Sunday, March 11, 2012

TUHAN SAJA MENGETAHUI

Kecil hati...sangat2 ler kecik hati dengan seseorang...Bukan time ni jer aku kecik hati dengan dia tapi dah berkali2 malah dah bertahun2 aku simpan rasa kecik hati aku ni. Dek kerana rasa hormat padanya aku telan segala yang dia lafazkan selama ni...

Tapi kali ni tak terbendung lagi rasa kecik hati ni bila kata2nya paling menyentuh hatiku. Aku tau..dia memang ingin melafazkannya dari dulu tapi baru kelmarin dapat dilafazkannya padaku. Tak mengapalah..kalau itu dapat meredakan kemarahannya padaku, aku redha...Kalau itu juga dapat menyembuhkan kesakitannya...aku pasrah. Aku terima seadanya meskipun hati aku bagai dirobek belati yang tajam ketika itu.

Siapa aku untuk menghukum dia..Dah terlalu banyak termakan budinya...hatta dibayar dengan apa sekali pun tak kan dapat melunaskan hutangku padanya..Justeru tu, aku harus menelan segala kata2 yang diucapkan biarkan begitu perit untuk kutelan segalanya.

Dalam hatiku kadangkala bertanya...apa dosa yang telah kuperbuat maka aku seperti disisihkan. Berdosakah aku kalau takdir sering menyebelahi aku tapi tidak pada insan yang diharapkannya?

Aku cuma mengharap..selagi aku masih diberi nafas dimuka bumi ni, terimalah aku seadanya...berkongsilah kegembiraan yang aku kecapi kerana aku kini cuma punya dia sahaja tempat mengadu selain dari Allah yang dapat membaca isihatiku kini.....

AFTER 35 YEARS....

10hb March, Saturday bertempat di Kenny Rogers, JJ AU2 tempat pertemuan kami penuntut Sekolah Rendah Datuk Keramat (1). Rasa macam tak percaya..setelah 35 tahun terpisah tanpa berita, akhirnya kami bertemu semula di sana.

Yang kelakarnya tu, aku yang dok post message kat fb memberitahu tempat perjumpaan...alih2 aku yang salah tempat pegi ke JJ Wangsa Maju plak. Tu ler bahana nyer kalu asyik harapkan pilot bawak jer kan..hik! hik! Nasib baik sempat jumpa, kalau tak nyesal tak sudah ko!



Walaupun dah lama tak jumpa tapi rupa paras tu tak banyak berubah..paling aku suka sekali tu..kemesraan tetap terjalin mesra..Pendek kata, tak de suara orang lain yang kuat melainkan group kami yang pot pet! pot pet tanpa henti. Almaklum ler banyak citer yang tersimpan 35 tahun lepas kan??




Apa pun masa yang diperuntukkan tu sebenarnya tak cukup 4 jam tu...(Bagi kitaorang ler) Tapi bagi staff Kenny Rogers tu dah macam2 signal depa bagi cam nak suruh kami blah jer...Hello..service charge korang RM50 okay...worth it la kalau we all dok nebeng kat situ lama sket kan...Kasi chance ler kat auntie2 ni nak ngeteh lama sket.



Pertemuan kami bukan setakat tu jer..malah berjanji akan keep in touch. Peh ni..plan nyer nak buat turn plak gi umah memasing..Opps! tang tu, aku termanggu sekejap. Sure kalu turn umah aku..hubby aku tak kan balik selagi dorang ada...Malu kononnn...

Anyway...itu antara hari paling bahagia dalam hidup aku...

Wednesday, March 7, 2012

CEKAL TU TANGGA KEJAYAAN

Tiada yang lebih mengembirakan aku selain dari melihat kejayaan adik2. Iyer lah kan...kakak mana yang nak tengok adik2nya masih di takuk lama kan.

Mulanya memang sukar jugak untuk aku yakinkan dia yang dia boleh berjaya dalam bidang yang diceburinya. Kena plak kutukan dan kritikan dari rakan2 sepejabatnya. Biasa ler kan....manusia ni bukan leh tengok orang naik sket..mulalah mengutuk ajer koje nyer..


(Macam-macam adaaaa....)

Memang semangat dia down masa tu..tapi Alhamdulillah bila aku brain wash dia dengan kata2 semangat..dan mengingatkan dia semangat arwah Abah yang tabah dan cekal, dia kembali bersemangat. Paling mengembirakan aku bila dengar berita kejayaan awalnya. Betul kata orang, kalu tak dipecahkan ruyung..manakan dapat sagunya.


(Antara barangan yang dijual)

Keep it up my sis!. Doa yang berterusan sentiasa mengiringimu..Semuga sis aku yang sorang ni bakal bergelar usahawan berjaya satu hari nanti. AMIN..Pada sapa2 yang nak support usahawan baru kita ni, korang boleh layari laman web http://www.myvioletgallery.blogspot.com

Friday, March 2, 2012

CERITA ATAS CERITA LER NI...

Semalam bertemu rakan lama bertanya khabar..Memang la rasa seronok sangat. Tapi terkedu aku bila dia bertanya "Betul ke you dah beli umah Banglo 3 tingkat siap dengan swimming pool lagi kat Damansara"? Uhuks! nak tercabut jantung aku mendengar pertanyaan minah ni?. Eh! ada ke lagi umah yang hubby aku beli tanpa pengetahuan aku nie??

Risik punya risik rupanya dia dengar cerita dari kawan aku yang mendengar cerita dari orang lain pulak.Pembetulan okay...sepanjang hidup aku yang dah nak hampir senja ni, aku tak de dan tak penah beli umah 3 tingkat siap dgn swimming pool bagai!. Tak de koje aku nak berendam hari2 wehhh...Cuma aku ada rumah banglo 3 tingkat tapi untuk tujuan bisness bukan seperti yang diwar2kan tu. Tu ler gara2 citer dari mulut ke mulut ni kan..1st person tambah ajinomoto sket. 2nd person plak tambah asam keping..Nak kasi citer tu lagi gempak! tu yang jadi cerita dah lari dari tajuk tu.

No wonder ler rakan bak aku ni tak lagi berkunjung ke rumah aku kerana disangkakan aku telah berpindah.. Duhai pada kengkawanku..aku masih tinggal di rumah yang sama sehingga dijemput Tuhan "ke rumah kekalku" nanti. Pada yang rajin gosip-gosipan tentang cerita aku tu, kalu tak leh ingat apa yang aku kata...tulis supaya tak ada tokok tambah. Suspen gak sebab nanti ada yang berminat nak kidnap aku gara2 citer korang..Ngeh! Ngeh!

Tapi masin ler hendaknya mulut rakan aku ni yek..Mana tau jadi kenyataan satu hari nanti!.Jangan jealous okay...korang pun boleh dapat, dengan syarat usaha tanpa perlu menindas atau memfitnah orang lain untuk menempa kejayaan yang diidamkan.

SEKILAS KATA..

Kita sebagai manusia ni kadang2 memang tak cukup dengan apa yang ada. Dah diberi Allah rezeki dan kesihatan masih merasakan diri serba kekurangan berbanding orang lain. Tapi apabila Allah menarik kesemua kenikmatan yang kita perolehi sebelum ini, baru la nak menyesal..Nasi sudah menjadi bubur Semua tu dah terlambat.

Pun masih ada insan yang tak penah menyesali dan mengambil iktibar dari segala peristiwa pahit yang dialami malah mungkin menjadi lebih teruk bila mempunyai sikap Paranoid. Atau mungkin juga ada sekelumit rasa di jiwa yang terbit rasa tidak puashati melihat kejayaan orang lain sedangkan diri masih di takuk yang sama.

Mengapa tidak kita muhasabah diri sendiri? Bertanya mengapa Allah menyekat rezeki dan menyentap kebahagiaan yang kita perolehi. Jawapannya cuma ada pada kita sahaja.

Tak perlu bila diri terpalit dosa dan noda...lalu mengheret insan lain ke kancah yang sama. Umur kita bukan boleh dijangka..entah esok, entah lusa dipanggil oleh Pencipta. Bertaubatlah menjaja nama orang demi hanya untuk menutup pekung sendiri.