Thursday, February 10, 2011

CITER MISTIK DI ZAMAN TEKNOLOGI


Dizaman teknologi serba canggih ni..percaya tak? Masih ada orang yang mengamalkan benda2 mistik, kurafat malah paling terus menjurus pada perbuatan syirik.

Syirik yg aku maksudkan ni ialah mengamalkan ilmu hitam bertujuan untuk memiliki pangkat, harta dan nama. Mereka ni sanggup berdampingan dengan syaitan yg dijelmakan sebagai pendamping hanya untuk membuat orang disekeliling takut, kagum atau dalam ertikata lain sayang dengan mereka.

Bagi aku..inilah contoh paling tepat utk aku gambarkan bagi orang yg tak langsung yakin pada diri sendiri. Ilmu mistik ini atau amalan kotor seperti ini sebenarnya akan memakan diri kerana syaitan tu tak pernah lalai dalam menyesatkan umat Muhamad. Lagipun tak ada benda dalam dunia ni yg percuma begitu juga jika kita berdampingan dengan syaitan laknatullah..Muga kita tidak mati dalam kesesatan hanya kerana mengejar keduniaan yg cuma sementara ini...

"Sesungguhnya orang yg menyekutukan Allah, maka pastilah haram baginya Syurga dan tempatnya di Neraka. tidaklah ada bagi orang2 zalim itu seorang penolong pun (Surah Al-Maa'idah Ayat 72)

Yakinlah pada personaliti dan kredibiliti anda sendiri. BE YOURSELF!

1 comment:

  1. beb aku setuju bangat dgn statement ko tu BE YOURSELF, tapi ada gak org yg mengamalkan amalan syrik hanya utk kepuasan diri dan utk mencapai impian mereka. Mereka lebih yakin dgn pendamping berbading dgn Allah snw. Wallahwaklam. tapi itulah hakikat yg nyata depan mata kita skg

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com