Thursday, February 10, 2011

TIPS MENANGANI PENYEWA BERMASALAH

Orang selalu kata bisnes landlord cam aku ni menguntungkan. Betul...tapi banyak modal diperlukan dan banyak gak risiko yg pelu dihadapi dalam menguruskan kerenah penyewa2 nih. Di antara kerenah2 yg buat aku BERTUKAR!! ialah...

1) Bayar dah ler lambat. Contohnya bulan Jan, bayar pertengahan Feb. Alih2 dia claim kata dia dah bayar sewa Feb.
Cara mengatasinya:
- Mintak bukti slip bank dia dan matchkan dgn statement..Peh tu mulalah terkulat2 muka tu cam cicak makan kapur!

2) Komplen mcm2 walhal rumah tu rumah baru. Contohnya dia minta keistimewaan parking lebih dari satu kereta.
Cara mengatasinya:
Hantar memo (surat berantai kat sumer penyewa) cuma SATU kereta sahaja dibenarkan parking disitu. Jangan cakap banyak!

3) Menyanyi terlalak2 dgn memasang radio ala Disko Dangdut!Jiran komplen...dia boleh ajak gaduh tu!
Cara Mengatasinya :
Amaran setelah tak terima nasihat. Tindakan termasuk mengarahkan dia pindah dari premis aku. Tau plak peh tu tutup radio dan mulut tu. Mungkin dia fikir vokal aku lagi power daripada dia kot..Tu baru sket aku buat showmanship tu...

Tapi so far so ggod. Aku berjaya mengatasi masalah tu. Aku bukan jenis yg sombong tapi tegas dalam mendisiplinkan mereka supaya tak ada yg naik lemak. Cuma aku yg sering marah ni yg kerap terbakar lemak. Ngeh! Ngeh!

1 comment:

  1. adoiii mmg pening la masalah penyewa ni...
    kes saya pulak penyewa xnakbyr sewa rumah full sebab diorg sewa bilik bukan rumah...saya notis diorg suh kuar, tp boleh pulak nak gunakan deposit sbg sewa rumah tu...ada cadangan x...ni penyewa pompuan tau belagak macam bagus bila becakap ngan aku...eee masa nak masuk merayu2 geram la akuuu

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com