Monday, February 28, 2011

DIA PERGI JUA...

Janji Allah tak penah terlewat walau sedetik pun...termasuk menjemput hambaNya kembali semula padaNya. Begitu juga sepupuku Mohd Zamri yang kupanggil "Yang"(panggilan bagi anak ketiga) yang telah kembali ke rahmatullah pagi semalam 28/2/2011 jam 9 pagi.

Abah lebih terkesan dengan kepemergian Yang kerana sakit barah yg dideritainya sama cuma Yang dah berada di tahap 4. Abah tak dapat menziarahi arwah kerana dia kurang sihat sejak menjalani rawatan kimo yg pertama. Malah abah kini enggan untuk meneruskan rawatan kimo kerana agak kurang selesa selepas itu.

Melihat keadaaan isterinya yang kebingungan tak tahu arah tuju selepas ini (maklum dia tidak bekerja)..juga memberi keinsafan pada diriku. Sekarang baru aku faham mengapa hubbyku mengesa aku mempelajari selok belok pengurusan rumah sewa dar sekecil2 benda hinggalah sebesar2 perkara semuanya dia minta aku uruskan sendiri. Mulanya, agak rasa terbeban juga tapi baru kutahu..dia tak mahu aku jadi seperti isteri Yang..

Meskipun dia cuma sepupu, tapi dah kuanggap seperti Abang kandung. Hubungan kami memang akrab. Aku akan merindui senyumannya, tawa riangnya dan celotehnya setiap kali kami berkumpul adik beradik...Al-Fatihah buatmu Yang...Muga dihimpun bersama orang2 yg soleh..AMIN

Friday, February 25, 2011

SAMAN TRAFIK

Tension aku dengan hubby aku sorang ni..Dia leh buat muka blurr aje bila aku remid pasal saman yg tak lama lagi due on Monday ni. Aku plak yg beria2 search sana sini laman web PDRM ni..dah tu manjang hang out!

Nak bayar online tak tau camner caranya..Mintak tolong kawan plak..mmmph dari hari ke hari, tak gak dia nampak cam nak menolong..Peh ni aku tau lah....ada hari ada batas....

Aku paling benci ler bab2 bayar saman, penalty nih! Cukup di elakkan! Tapi dalam berjaga2 tu, hubby aku ni plak pemurah nak beramal jariah dgn PDRM..Kalu dah kaya sangat..bagi jer kat isteri nih. bior aku shopping duit tu..Puas ati gak dapat tengok barang yg dibeli.

Dari tadi aku duduk kat depan PC ni..masih tak leh masuk gak laman web ni...Korang tau hubby aku kt ner?? Dia senang lenang dok minum teh tarik dengan contractor umah aku.

Marah nih! Marah sesangat!

Thursday, February 24, 2011

TAK SAYANG MULUT BETUL!


Aku pemah terbaca statement sorang minah ni...bagi aku dia agak keterlaluan..kot iyer pun ko tak suka dengan seseorang..jgn ler menghukum sumer orang!

Kisahnya bila dia kuar statement mengatakan ada perempuan sorang ni bertudung tapi perangai teruk. Dialog dia lebih kureng gini lah yer.. Tak padan dengan bertudung, suka jaga tepi kain orang...pot pet! pot pet banyak ler lagi leteran dalam blog dia.

Anyway..camni lah yer. sedikit teguran dari aku..Perangai atau kelakuan seseorang tiada kaitan dengan penampilan bertudung atau rambut yg dipamerkan. Cara minah tu bercakap seolah2 memberitahu kita bahawa perempuan yg tidak bertudung tu sajer boleh berkelakuan tak semengah..

Bertudung tu dah dituntut dalam ugama Islam..Dengan kata lain WAJIB!. Tak kira ler ko tu moden atau ala2 kampung ker. Tudung tu bukan untuk tutup uban di kepala yer pompuan...atau cuma pakai di majlis keraian

Kalu tak nak pakai tudung pun..lantak ko lah..tak de sapa pun nak menyula tapi mulut tu jaga ler sket..nanti orang plak kutuk ko..dah ler tak bertudung...mulut plak cam longkang. Peh ko baca blog aku ni...pi tanya mak ko yekkk!

KASIHNYA ANAK

Tempohari sewaktu aku menghantar Baby ke sekolah...dalam kesesakan jalanraya tu, mata aku tertumpu pada sorang uncle ni yg mengusung troli yg dipenuhi kotak2 kosong. Dia berjalan agak payah sekali. Dengan kakinya yang seakan tempang...ditambah dengan keuzurannya, menyukarkan lagi pergerakannya. Namun digagahkan juga..mungkin ini sumber rezeki pencariannya.

Macam2 yg terfikir dalam benakku. Uncle ni tak punya anak dan isteri ke? Kalau ada, mengapa dibiarkan orang setua ni bekerja membanting tulang sedangkan dia kelihatan amat uzur.

Kata2 orang tua...kalau kita tidak menghormati ibubapa, esok..kita juga akan diperlakukan sama seperti itu. mungkinkah orang2 yg terbiar selama ini pernah melakukan perbuatan yg sama ke atas orang tua mereka dulu..Atau anak itu sendiri yg tak tau nak membalas jasa kedua orang tua yg menjaga mereka bagai menatang minyak yg penuh.

Sementara ada hayat kedua orang tua kita...hargailah dan sayangilah mereka. Rahmat dari Allah ke atasmu bergantung pada redhanya orang tuamu...

Wednesday, February 23, 2011

PERLUKAH AYAT2 CINTA UTK MEMIKAT PASANGAN

Bagaimana pasangan anda mula2 memikat anda buat pertama kalinya?.Setahu aku ler..orang gunakan macam2 cara dan taktik untuk memikat pasangan mereka.

Bagi mamat yg punya taman dalam hati tu...fulamak! geli geleman plak aku dengor time dia mengayat tu...Berpuisi2 kuar laut, angin, bulan bintang dan segala cakrawala di bumi Tuhan ni semua dia masuk dalam skrip.Tu belum masuk lagi bab2 mengantor lagu2 cinta..Weiii ada yg terasa ni....

Penah gak masa tengah sekolah dulu terima surat dari sorang student ni siap selitkan surat lagi kat buku aku. Ayat dia...cam orang dulu2 bercinta...Dia suruh mak dia yg tulis haper!. Aku baca sambil tergelak mengilai2. memang tak leh tengok ler muka mamat tu...sebab rasa lucu benar! Dari dia minat kat aku..terus kaburrr..Malu ler tu!.

Yang ni plak...mintak orang jadi perantaraan dia...baru jer kenal dah nak steady. At least, kenal2 ler dulu perangai aku ni kan...ko tengok cam perempuan Melayu terakhir jer...Tak taunya aku ni jenis camner. Tau2 nak terus jadi couple..

Mamat yg ni..tak yah pakai ayat2 cinta segala...dia bukan jenis yg memaksa. Dia jenis yg berterusterang..dengan kata lain, tak berpura2 menjadi orang lain dalam usaha nak memikat pasangannya. Walaupun dia tak pandai bermain kata2.. tapi dia berjaya mendapat tempat dihatiku....

Dialah suamiku...dengan karektornya masih sama seperti dulu.

Tuesday, February 22, 2011

TUHAN..KABULKANLAH DOAKU...


22hb February 2011, kali pertama abah, kami masukkan ke HKL. Itupun atas permintaannya. Dia tetap tak mahu masuk PUSRAWI meskipun puas sudah aku memujuk. Nak kata Abah tak mampu...tak jugak tapi mungkin sebab Abah serik dengan kesakitan yg dialaminya masa "ditebuk" di belikat tempohari.

Waktu tinggalkan abah di wad kelas 3 tu, airmata aku dah bergenang..Rasa bersalah sangat sebab membiarkan Abah di sini sedangkan kami adik beradik mampu untuk membiayai perubatan Abah di hospital swasta. Memang abah nampak tak gembira sebab kami tak berjaya book wad kelas satu seperti yang diminta tapi nak buat camner kan..HKL ni bukan boleh guna cabel pun..semuanya kena Q.

Alhamdulillah..berkat doa isteri dan anak2, Abah berjaya melepasi kimoterapi yg pertama dengan selamat. Dia tidak mengalami apa2 kesakitan cuma kesan ubat tersebut menyebabkan dia rasa agak tidak selesa.

Macam biasa, aku tetap memujuk abah supaya bersabar sedikit kerana esok lusa, InsyaAllah abah akan sihat seperti dulu. Abah pun bersemangat nampaknya bercerita tentang kejayaan kengkawannya yg dah menjalani rawatan kimoterapi dan telah sihat sepenuhnya.

Doa dari aku tak penah putus buat abah malah dia sentiasa ada dalam setiap doaku. Muga Allah mendengar tiap permintaanku ini.

Abah...sesuatu yg paling aku rindu tika dan saat ini ialah mendengar semula suaramu...

Monday, February 21, 2011

KEHILANGANMU AMAT DIRASAI...


Kehilangannya dari seni tanahair begitu amat dirasakan kerana bagi aku dia banyak memberikan cetusan inspirasi dan semangat buat aku untuk belajar tika itu. Dia ialah Allahyarham Sudirman..penghibur yg aku kagumi. Jolokan "The lawyer Singer" yg diberikan memang tepat kerana artis yg beginilah sepatutnya dijadikan contoh dan juga idola. Seorang yg bukan sahaja berupaya menghiburkan tapi mempunyai pendidikan yg tinggi.

Sejak kecil beliau berusaha untuk mencapai cita2 meskipun payah dlm mengharungi hidup yg serba susah, beliau berusaha hingga berjaya mencapai kejayaan. Ketika di bangku sekolah, aku sering mengikuti penulisannya di Bacaria. Kisah dari kecil hinggalah kepada kisah percintaan dan perceraiannya...semua aku ikuti. Malah pemergiannya aku tangisi kerana merasakan kehilangan orang yg paling dekat di hatiku tika itu.


Lagu2 dendangan beliau akan tetap subur dalam ingatanku meskipun beliau telah lama meninggalkan kita semua. Salam Terakhir buat Abang Sudir....semuga rohmu dirahmati Allah dan tenang di sana...Al-Fatihah...

BANTAL BUCUK KU!



Sesetengah orang kalau nak tidur mesti kena ada Bantal bucuk mereka. Kalau tak tu ..tak cukup syarat malah tak leh tidur kalu berenggang dgn bantal bucuk tu. Bantal bucuk yg aku maksudkan nih bukan ler bantal semata2 tapi sesuatu yg dibawa ketika hendak melelapkan mata.

Cam anak sedara aku dari yg sulong sampai ler yg bongsu..maknya kena sediakan kain napkin sehelai untuk digentel2 anaknya sampai tertidur. Yang sorang ni pulak, aku tengok pun tak lalu...puting yg dah rabik cam kena gigit tikus tu..di tenyeh2 ke hidungnya. Nasib tak besor sebelah..perempuan plak tu!

Cam aku...paling susah sebab aku jer ada bantal bucuk ni. Kalau ilang sok..tak tau ler aku leh tidur ke tak..Bantal bucuk aku sebenarnya ialah hubby aku ler. Serius!! aku memang tak leh tidur kalu dia tak ada sebelah...Penah sekali tu..dia gi kursus dan terpaksa tidur di sana..Malam tu, memang aku tunggang terbalik memusing satu katil tapi tak gak boleh tidur.

Akhirnya...teringat petua emak, amik baju dia dan bawak tidur. It works! bau purfume pada baju yg belum basuh tu..(bukan bau badan okay..) buat aku terlena sampai pagi. Ini disebabkan mungkin otak aku ni dah disetkan yg dia ada bersama ketika itu.

Ingatkan aku jer tak leh tidur..rupanya dia kat sana pun sama gak!...Ruginya dia tak bawak plak baju aku...sebaliknya bawak duit siling mengalahkan baru pecah tabung..Selang beberapa minit jer..dia call aku...mengalahkan orang baru bercinta...windu aku ler tuuu..

Thursday, February 17, 2011

ROMANTISNYA LAGU TU..



Cair kalu sapa dengar lagu baru Anuar Zain ni...Dengan lenggang lenggok gemersik suaranya tu..syahdu hati mendengar bait2 lagu cintanya.. Lagu terbaru tu tajuknya "Sedetik Lebih". Fulamak..jiwang karat akak dengar lagu romantis nih.

Aku memang suka dengar lagu2 sentimental time bawak kereta pepagi nak gi keja nih. Tapi kalau balik...mau masuk parit keta aku dengar lagu cam ni...ngantuk weh! Hah..lagu ala2 "Jahat" nyanyian Stacy tu benar2 menyegarkan mata aku. Elok tersengguk nak tidur..tegak jer mata dan kepala aku memandang ke depan jalan!!

Berbalik pada lagu Anuar Zain tadi kan...nak citer kat korang, kau memang minat boleh kata sumer lagu2 dia..Penah dulu masa minggu setiausaha, kami disponsor boss dari Finance utk melihat show Anuar Zain di Shangri-La hotel kalu tak silap.

Memang merdu suara dia...terpegun aku. Peminat fanatik nyer plak cam histeria menjerit bila mendengar dan melihat kelibat Anuar masa mula2 dia muncul. Aku? time ni kena tunjuk baik sebb dok semeja dgn staff yg lebih senior dari aku...berapa kali siap warning dia dgn kami yg dok semeja..Guys..behave yourself..terpaksa ler aku simpan "kuku".

Bagi pasangan yang dah lama mendirikan rumahtangga...soalan aku, seindah mana cinta dan rumahtangga anda sekarang? Aku bercakap ni bagi pihak mereka yg dah berkhawin lebih dari 5 tahun ke atas yer... Yang baru kahwin tu..jangan cakap ler..kentut pun masih wangi lagi...Ko membuta, tak masak..tak mengemas umah pun, dia akan cakap Wak sabarrrr...

Aku paling sedih bila mendengar pasangan yg baru mendirikan rumahtangga tak sampai 5 tahun dan bercerai berai. Apa yg lebih mengherankan tu, kebanyakan pasangan ni berkhawin atas dasar cinta. Bayangkan ibubapa kita dulu, batang hidung pasangan pun tak kenal..tau2 dah dijodohkan. Tapi bahagia sampai ke tua.

Di mana silap nyer tu??. Memang lah, dalam dunia rumahtangga ni, berbagai dugaan datang. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami-isteri. Aku sendiri, sepanjang hampir 18 tahun berkhawin ni...kami pun memang bergaduh tapi tentang perkara2 kecil sebab hubby aku ni memang kuat menyakat.. Cuma penah sekali dalam hidup kami, perselisihan yg serius berlaku..tapi demi kasihsayang yg dah bertahun kami bina..Alhamdulillah..berjaya juga kami atasi.

Nasihat pada semua termasuk juga diriku..hargailah ikatan cinta yg dimeterai sejak mula kerana ianya lebih tulus dan ikhlas dari yang cinta yang "dikutip" di tepi jalan...

JALAN2 SAMBIL SHOPPING BOK!

Aku baru berura-ura malah berazam nak menyimpan duit utk cover balik duit yg dah kuar utnuk projek umah aku tu. Tapi dugaan dari Tuhan tu memang benar2 menguji keimananku.

Semalam hubby aku call dari office..kami sekeluarga akan ke Medan dalam bulan 5 nih!Happy nyerrr!! Dah terbayang saat2 bershopping kat sana. Lupa dah azam yang aku buat nak menyimpan duit. Elehhh..peh balik dari Medan tu nanti start ler simpan duit mama..anak dara aku memujuk. Dia pun 2 x 5 gak dengan aku bab2 shopping nih malah lagi teruk..giler beli key-chain!

For the time being, aku dah plan..survey dulu tempat shopping yang best kat sana. Peh tu buat budget untuk shopping aku nanti. Wehhh beb...mesti ler, korang ingat kerja jer ke kena buat budget..aku dah ler banyak nak pakai duit utk renovation rumah aku..kang balik dari makan angin..."makan angin" betul2 plak.

Anyway..I look forward into it now. Tak sabor akak!

Wednesday, February 16, 2011

PELUPA!

Menjadi2 sejak kebelakangan ni pelupa aku ni. Nak kata faktor umur...mummy aku tu lagi tua tapi tak ler seteruk aku ni yg ala2 nyanyuk!.

Contoh paling ketara..masa tu aku nak semak sesuatu document dalam file. Tetiba, telefon berdering. Habis jer cakap kat telefon tu, aku termanggu2..apa aku nak buat tadi yer?? Sungguh! aku terus lupa!. Tak sampai 5 minit tu...belum lagi perancangan yang aku nak buat esok atau lusanya.

So...cara terbaik aku mengatasi masalah ni ialah...buat satu catatan di Diary aku (Diary Hanie) apa yg aku plan nak buat hari tu..Cara ni berkesan dan aku akan mencatat apa yg ada dalam kepala ku secara sepontan ke dalam buku supaya tak terus hilang.

My mummy kata aku ni dah terlelu banyak makan semut kot! Tak pun makan kepala ikan.. Betul ke tak..aku pun tak pasti. Yang pastinya, aku berusaha keras nak menghilangkan penyakit pelupa aku ni.

Korang ada idea?

Sunday, February 13, 2011

HAPPY VALENTINE DAY!


Valentine Day datang lagi... seperti biasa ler, aku tak sambut hari cenggini sebab hari2 aku merayakan Hari Kekasih bersama suami tercinta...ceewahhhh!Lagi pun hubby aku penah sound katanya orang Kristian jer yang sambut Valentine Day nih.. Ker ..tak mau bagi present kat aku...

Tapi masyarakat kita terutama muda-mudi ni menyambut Valentine Day ni dengan cara yg salah. Menyambut hari berkasih sayang tak bermakna sanggup menyerahkan segala2 demi untuk membuktikan cinta korang tu!. Sok..bila maruah dah tak de..jantan tu terbang tak kemana..baru ko tau ler langit tu tinggi ke rendah.

Berkasih sayang tu memang lumrah alam...Hawa tu dicipta tu pun untuk menjadi teman buat si Adam...tapi perlu ada garis yg perlu dipatuhi...

Happy Valentine Day for my dearest hubby...Thanks bwk I makan sup ayam semalam...Berdua jer tauuu...Thank jugak buat anak2ku yg sporting..bagi chance kat parent dia nih...

TEMAN MENANGIS SUKAR DICARI..


Teman ketawa senang dicari tapi teman di kala menangis sorang diri...kata2 tu ada kebenarannya dan realitinya berlaku di depan mataku. kalau setakat di kalangan kengkawan tu, aku still boleh terima lagi tapi ini berlaku dikalangan adik beradik. Opps!..bukan adik beradik aku okay..ni nak citer kisah orang lain yg boleh kita jadikan pengajaran.

Si abang ni diwaktu sihat memang mengambil berat tentang kebajikan adik2nya. walaupun dia bukan dari golongan orang2yg berkemampuan tapi dia memang pasti menolong jika terdaya.

Apa yg menyentuh hati aku..bila sekarang dia terlantar di hospital mengidap barah usus tahap 4. Kini tidak terdaya untuk bangun dan hanya mengharapkan belas ikhsan isteri untuk menyuapkan makan dan minum. Adik beradik langsung tidak bertanya khabar..datang cuma sekali sekala. Bila diminta bergilir2 untuk menjaga Abangnya...berbagai alasan diberi.

Apa yg kuharapkan..janganlah nasibku seperti itu kelak. Muga adik2ku tahu bahawa bukan wang yg dipinta tapi perhatian dan kasihsayang yang perlu ditunjukkan tika kita berdepan dengan dugaan seperti itu.

Insya Allah..aku akan cuma sedaya upaya untuk memberikan bantuan supaya mereka mendapat apa yg sewajarnya..Buat adik beradikku..aku sayang kalian semua...

Thursday, February 10, 2011

CITER MISTIK DI ZAMAN TEKNOLOGI


Dizaman teknologi serba canggih ni..percaya tak? Masih ada orang yang mengamalkan benda2 mistik, kurafat malah paling terus menjurus pada perbuatan syirik.

Syirik yg aku maksudkan ni ialah mengamalkan ilmu hitam bertujuan untuk memiliki pangkat, harta dan nama. Mereka ni sanggup berdampingan dengan syaitan yg dijelmakan sebagai pendamping hanya untuk membuat orang disekeliling takut, kagum atau dalam ertikata lain sayang dengan mereka.

Bagi aku..inilah contoh paling tepat utk aku gambarkan bagi orang yg tak langsung yakin pada diri sendiri. Ilmu mistik ini atau amalan kotor seperti ini sebenarnya akan memakan diri kerana syaitan tu tak pernah lalai dalam menyesatkan umat Muhamad. Lagipun tak ada benda dalam dunia ni yg percuma begitu juga jika kita berdampingan dengan syaitan laknatullah..Muga kita tidak mati dalam kesesatan hanya kerana mengejar keduniaan yg cuma sementara ini...

"Sesungguhnya orang yg menyekutukan Allah, maka pastilah haram baginya Syurga dan tempatnya di Neraka. tidaklah ada bagi orang2 zalim itu seorang penolong pun (Surah Al-Maa'idah Ayat 72)

Yakinlah pada personaliti dan kredibiliti anda sendiri. BE YOURSELF!

TIPS MENANGANI PENYEWA BERMASALAH

Orang selalu kata bisnes landlord cam aku ni menguntungkan. Betul...tapi banyak modal diperlukan dan banyak gak risiko yg pelu dihadapi dalam menguruskan kerenah penyewa2 nih. Di antara kerenah2 yg buat aku BERTUKAR!! ialah...

1) Bayar dah ler lambat. Contohnya bulan Jan, bayar pertengahan Feb. Alih2 dia claim kata dia dah bayar sewa Feb.
Cara mengatasinya:
- Mintak bukti slip bank dia dan matchkan dgn statement..Peh tu mulalah terkulat2 muka tu cam cicak makan kapur!

2) Komplen mcm2 walhal rumah tu rumah baru. Contohnya dia minta keistimewaan parking lebih dari satu kereta.
Cara mengatasinya:
Hantar memo (surat berantai kat sumer penyewa) cuma SATU kereta sahaja dibenarkan parking disitu. Jangan cakap banyak!

3) Menyanyi terlalak2 dgn memasang radio ala Disko Dangdut!Jiran komplen...dia boleh ajak gaduh tu!
Cara Mengatasinya :
Amaran setelah tak terima nasihat. Tindakan termasuk mengarahkan dia pindah dari premis aku. Tau plak peh tu tutup radio dan mulut tu. Mungkin dia fikir vokal aku lagi power daripada dia kot..Tu baru sket aku buat showmanship tu...

Tapi so far so ggod. Aku berjaya mengatasi masalah tu. Aku bukan jenis yg sombong tapi tegas dalam mendisiplinkan mereka supaya tak ada yg naik lemak. Cuma aku yg sering marah ni yg kerap terbakar lemak. Ngeh! Ngeh!

Wednesday, February 9, 2011

YUK KARAOKE!!


(Masa bersantai!)

Perkara yg lama dah aku tak buat!. Masuk kali ni dah 3 kali aku pegi pusat karaoke. Dulu aku pergi dengan 2 orang kawan baikku. Suara dorang memang power cuma suara aku jer yg "meyumbangkan" lagu2 mereka.

(Nyanyi...jangan tak nyanyi!)

Semalam..disebabkan sampai awal(sebab ingatkan movie start kol 10.30 malam. Rupanya 11.15 so..apalagi tak tau nak gi mana...melepak ler aku and the geng kat tempat nih!

Hubby aku kalu nyanyi ramai2 ni..dibunuh mati pun..dia tak kan nyanyi. Dia lebih berminat tengok tv big skrin kat luar panggung tu. Arghh! tak kira lah kan..aku nak lepas gian melalak malam ni.

Abang memula tu..malu2. Dibagi microfon pun, ditepis2 tak mau konon. alih2 dah hampir masa tamat, baru terhegeh2 nak tunjuk bakat. Cuba ko buat cam Baby tu ha! Langsung tak mau lepas peluang. Dia jer yg nak nyanyi. Semalam siap nyanyi lagu "Pudar" dan "Matahariku" lagi tu..Amboiiii lupa yerr UPSR bulan 9 nih!!!

HAQ THE MOVIE


Sesetengah orang kata citer HAQ The Movie tu best...Semalam aku berkesempatan tengok citer ni dengan hubby dan anak2. Kami pergi ke Wangsa Walk Mall yg berdekatan. Ikutkan..aku punya ler maleh nak pergi tapi fikirkan Company dah provide free ticket.. rugi plak rasanya nak buang.

Apa pendapat aku tentang filem nih? Jujur kukatakan, filem ni membosankan..Ia tak lebih macam sebuah drama biasa. Cuma kesan teknologi yg digunakan tu menampakkan filem ni lain sedikit dari filem2 thriller Malaysia yg nyata lagi teruk dari filem tersebut.

Lakonan pelakon2 nyer memang mantap!Zulhelmi yg memegang watak Haq dalam cerita ini berjaya membawa watak dgn begitu baik. Tak kurang juga dengan Adi Putra. No wonder ler dorang dapat anugerah bermacam2.


Selalunya kalu aku tengok movie..mesti tak perasan yg aku berada di panggung tapi malam tadi...tak senang duduk rasanya. Tu tandanya, filem ni tak mendapat tempat di hatiku.

Tuesday, February 8, 2011

POYO NYER DIA!

Selalu benar aku dengar ayat ni..Poyolah kau ni!..Tak pun gini...Aku cakap, dia boleh buat muka poyo jerrr!

Apa mendenya makna poyo ni yek? Toyol tau ler aku tapi perkataan ni cam ganjil jer bunyinya. Tau jer lah kann. anak muda zaman sekarang..suka benar mencipta perkataan mereka sendiri. Kalu sedap plak bunyinya tu!

Mengikut kata kengkawan aku, Poyo tu bermaksud berlagak...Contohnya, "Minah" tu bukan anak orang kaya pun tapi poyo semacam!. Ada gak yg mengatakan Poyo tu bermaksud, buat tak tau atau tak reti bahasa atau bahasa budak sekarang..buat dekkkk jer!, Contoh ayat, Minah tu dah kena serang sebab rampas laki orang pun, leh buat muka poyo jer depan kengkawan dia...Ahaks! I like that statement!.

Makin banyak perkataan2 baru yg diterbitkan oleh anak2 muda sekarang, makin confuse anak2 kita di sekolah. Baby pun penah sekali tanya aku, Mama..betul tak ayat nih, "Walaupun dimarah ibunya, Siti tetap bermuka poyo". belum sempat aku jawab, Abang tetiba gelak sakan...Keh! Keh! Samy Vellu pun tak pakai ayat cam tu!!

Bahasa jiwa Bangsa...bahasa Melayu kita dah cukup indah. Jadi rasanya tak perlu ler korang nak create perkataan sendiri yer.

YAKINKAN DIRI ANDA!!


Kebanyakan manusia sering berasa rendah diri dan melihat kekurangan diri sebagai satu senjata melemah semangat untuk terus maju dan berjaya dalam hidup. Tapi tahukah kita, jika kita berterusan bersikap tidak yakin akan kebolehan diri sendiri, kita sebenarnya menempa nama untuk terus gagal!

Aku penah terbaca satu artikel yg mengatakan bahawa seseorang yg mempelihatkan sikap tidak yakin pada diri sendiri sebenarnya akan membuat orang lain menilai perkara yg sama terhadap diri anda. Contohnya, Sorry, sebenarnya saya tidak bersedia untuk presentation ni..Kata2 kita itu akan membuat mereka lebih mencari kelemahan kita sepanjang masa.

Apa yg perlu dilakukan?. Bertindaklah untuk melatih diri anda agar yakin pada diri sendiri. Tunjukkan kebolehan dan kewibawaan anda. Ini bukan saja meningkatkan prestasi anda tapi juga memperlihatkan bakat dan kebolehan anda yg terpendam selama ini.Anda berhak berasa hebat!!


Ingatan ni bukan hanya untuk anda tetapi untuk diriku sendiri juga. Thanks buat hubby yg selama ini banyak memberi keyakinan atas kebolehan yg aku ada!

KEPUTUSAN DRASTIK!


Dalam hidup korang, mesti penah buat keputusan drastik kan? Iyerlah...keputusan yg tak disangka2!. Keputusan seperti tu bukanlah diambil secara terburu2 tapi setelah memikirkan pro dan contranya.

Aku penah membuat satu keputusan yg kira agak drastik jugak ler...mengenai hubungan aku dgn "teman tapi mesra" aku dulu. Aku terpaksa berterusterang dgn dia walaupun aku tahu keputusan aku tu melukan hati dan perasaannya.Kesan daripada itu, dia menjauhkan diri dari aku hinggalah sekarang..malah kalau terserempak pun, dia akan cuba mengelak.

Tapi bagi aku, sebenarnya keputusan drastik semacam tu perlu bagi kebaikan kedua pihak. Jika dah tiada persefahaman dan kesesuaian, better ditamatkan sebelum sesuatu yg tidak diingini berlaku kan?

Namun, keputusan drastik yg korang nak ambil tu haruslah difikirkan masak2 sebab terlajak perahu boleh diundur...tapi terlajak kata dan perbuatan..nyesal tak sudah wehh!!

Monday, February 7, 2011

CUTI!


Semalam, aku amik cuti untuk menguruskan document2 hartanah...cehh.ngalahkan besor nau projeknya iyer!. Bukan kemana pun...cuma gi TNB dan JBA atas urusan membuka akaun baru utk my new house..

Punya ler ramai manusia yg berurusan..nasib baik aku datang awal..Kalu tak mau sampai tengahari aku berumahtangga kat situ. Tu pun jenuh gak ler menunggu dia menyiapkan document mana yg perlu.

Tup! Tap! Tup Tap! Habih gak duit aku dalam RM3,000 sekelip mata. Iyer ler...bayar wang cagaran, stamp duty,bil semasa dan bil penyambungan. Cam air jer duit tu mengalir iyeaaa...

Nak buat camner...ada umah kena ler ada air dan letrik..iye idok?.

ADUH MAK SAKITNYA...


Minggu sepanjangcuti Tahun Baru Cina memang menyeksakan jiwa raga ku. Mana taknya..tak penah2 gigi aku sesakit nih...Sampaikan terganggu tidur dan mimpiku yang indah..

Mulanya aku cuba gak cara lain sebab sayang nak cabut gigi ni. Sister inlaw aku suggest sensodyne rapid relief. Tapi uwahhhh..!!! tak gak relief2 sakit ni. Aku tuam dengan air batu ler...minyak cap kapak ler..Pendekata apa jer petua sumer aku cuba demi meredakkan kesakitan tapi hampeh!

At last, semalam..berakhir ler penderitaanku..bila aku menyerahkan diri datang ke klinik Rosman di Gombak. Memang klinik ni jer yg aku berani dtang sebab penah ada kes dulu, aku jadi serik jumpa doktor gigi. Kasar mengalahkan jantan!!..

Tapi ..doktor Rosman ni..kejanya amat teliti. Langsung aku tak rasa sakit waktu dibius..(teringat lagu Aku di bius cinta..). Sedar2 jer gigi dah cabut..

Selamat Tinggal gigi gerahamku..Ko tak mau duduk dalam mulut aku kan? Nasib baik ler gigi geraham belakang..kalu tak..turun ler share aku ni..hihi

SIMPLE AND NICE!


Sabtu lepas, dalam kemeriahan menyambut tung! tung! Ceng! Raya China daaa... cousin aku sorang ni buat kenduri kahwin. Sebenarnya aku memang bz time tu tapi disebabkan auntie dan uncle aku ni banyak menolong dalam kenduri kahwin kami dulu..so kena ler jengukkan muka gak.

Apa yg aku perhatikan, kenduri dia very simple. Jemputan memang tak ramai sepertimana kenduri lain yg aku hadiri. Kenduri "House Warming" aku dulu pun cam kenduri orang kahwin. Segala peralatan dan set pelamin pun very simple.

Bukan nak mengata yer..tapi aku tabik sebab dia ni tak suka membazir dan belanja ikut kemampuan diri. Iyer lah kan..dari ko kahwin gah semacam...tapi habih kenduri kahwin, duit tarak...ceti juga cari..apa bikin itu macam?

Bersederhana tu memang dituntut dalam agama kita. Jadi, kalau nak membuat majlis besar-besaran tapi menyusahkan kita dikemudian hari..baik rentikan lah. Setakat nak jaga maruah korang di mata masyarakat...tak yah lerrr. Belajor2 ler ukur baju di badan sendiri..

Tuesday, February 1, 2011

DIBAYAR CASH!


Rasanya umum dah mengetahui tentang berita Ariel Peterpan yg dikenakan hukuman penjara 3 thun 6 bln atas kesalahannya membuat dan menyebarkan video lucahnya bersama Luna Maya. Bukan itu saja, dia juga terpaksa membayar denda sebanyak Rp250 million (RM84,000).

Apalah sangat hukuman dan denda tu jika dibandingkan dengan maruah dan harga diri yg telah tergadai. Arang yang terpalit di muka tu bukan disebabkan orang lain tapi iman yang tidak kuat melawan godaan duniawi.

Apa yang dikesalkan dua manusia ni masih mahu menafikan bahawa video tersebut bukan lakonan mereka. Alaa..biasalah kan..Orang kalu terkantoi berbuat salah..mati idup balik pun tak kan mengaku tu salah dia. Seboleh2nya dia akan tutup dengan lakonan dia yg ala2 baik dan muka sok suci tu..

Tapi..orang sekarang dah pandai menilai..Tak semestinya muka yang cantik dan wajah yg tampan tu..perangai bebaik belaka...Lebih jahat dari setan pun ada! Siap berlindung dengan sumpah segala!

TAK BOLEH TAHAN WOO...


Ini di antara azam tahun baru aku..Menyimpan wang! Tapi awal tahun jer, godaan datang bertubi2...sana sini orang jual kain cantek banget..mata aku ni dah spero semacam..Lupa apa yang aku ikrarkan ujung tahun lepas.

Yang buat aku terbuka hati nak beli tu bukan apa.. selain cantik,reganya bolehlah dikira okay, aku nak pakai baju baru untuk berbagai event yang akan datang.


Ala..bukan mahal sangat pun kan...peh ni simpan ler duit...Ayat nak cover salah sendiri..

TERAPI SPA IKAN


Masa aku jalan2 kat shopping complex, ternampak ler takungan kolam yg dipenuhi ikan-ikan. Korang pun tau kan rawatan terapi spa ikan yang popular sekarang kan. Aku pernah terbaca satu artikel yang mengatakan cara tersebut sebenarnya boleh menyebarkan kuman HIV,Hepatitis dan AIDS.

Menurut kementerian Kesihatan UAE, Dr. Amin Al-Amiri, mereka yang memiliki virus pada luka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui proses terapi tersebut. Ini kerana ikan2 tersebut akan memakan sel-sel kulit yang mati pada kaki pesakit dan kemudian dipindahkan pula kepada sesiapa yg menjalani proses yang sama.

Buktinya, Di Amerika Syarikat,Terapi Spa seperti ini diharamkan di 14 buah negeri di sana.

DRAMA HANI


Tersentuh hati dengan cerita drama di TV3...Hani. Bukan nak promote sebab nama dia sama dengan nama aku tapi jalan ceritanya.

Aku pernah mengalami tekanan perasaan seperti "Hani". Hilang keyakinan pada diri dan dan putus asa dengan kehidupan yang dilalui. Malah aku sering menyalahkan takdir dan memikirkan perkara yg negatif.

Untung tika itu, aku dikelilingi rakan2 yang menguatkan semangat dan mengembalikan keyakinan dalam diriku. Dari seorang yang sering keciwa tentang hidupnya...aku bangkit membina kekuatan pada diri.

Syukur..nikmat Tuhan tidak berhenti setakat itu sahaja. Betapa ujian yang Allah beri memantapkan semangat aku malah aku kini amat menghargai apa yang aku miliki sekarang. Suami dan anak2 yang tak akan ku kongsi kasih mereka dengan orang lain..

QONG CI FA CHAI!

Ingatkan semalm nak tido awal sket ler..memandangkan cuaca malam yg sejuk dan nyaman ni. Tapi sebaik jer mata nak terlelap, tetiba jer bunyi dentuman mercun mengalahkan Perang Dunia lagi di sekitar kawasan perumahan aku.

Owhhh..for your info, ni baru mukadimah jer tau, belum lagi betul2 time raya dia! Tak lena tido ko..dengan bunyi mercun satu hal ler gak, ni disambut dengan bunyi alarm umah dan keta bersilih ganti.

Nah tambah meriah lagi...bunyi anjing yg menyalak. Dia pon nak raya gak kan! Meriah ler tempat aku ni. Nak kata majoriti chinese pun tak gak sebb kami sama yang Melayu dan India sama ramainya.

Syukur aku sebab dapat jiran India dan China yg baik hati. Kalau Hariraya, aku tak penah miss bagi rendang dan lemang. Time Depavali plak, kami dapat muruku dan kuih muih yang lain. Chinese New Year plak...of course ler limau mandarin maaa....tak lupa duit angpow buat anak2ku..

To all Chinese, Happy New Year to your all..