Tuesday, May 31, 2011

TABIAT BURUK MASA AKU KECIL DULU..


Aku ni sebenornya ada satu tabiat buruk masa kecik2 dulu..Segan gak nak citer..tapi memikirkan tu salah satu kenangan terindah aku (iyer ler tu!), teman kabor ler jugak yer..

Masa kecil, aku ni suka hisap jari..Bukan cam baby sekarang ni yg hisap ibu jari..manis gak ler nampaknya. Tapi aku..bukan satu, tapi dua jari sekali masuk mulut iaitu jari telunjuk dan jari hantu. Tabiat tu berterusan hinggalah aku hampir nak masuk Form one.

Macam2 ler petua Abah buat untuk mengelakkan anak dara dia ni meneruskan kegiatan "tak bermoral"nya tu. Diantaranya , time aku tidur, Abah letak garam, minyak cap kapak dan macam2 ler perasa. Disebabkan aku tau tu semua kerja Abah, so aku tunjuk gak ego aku...aku selamba derkkk jer isap jari aku tu dengan perasa tambahan yang Abah bubuh.

Sudahnya...Abah ambik jari aku dan letak kat gigi depan dia yang dah "runtuh pagar" depannya. Ya Allah! masa tu, aku menjerit sekuat hati dek kerana geli yang teramat sangat. Dapat aku rasa jari aku kat gusi Abah masa tu...aku bangun terus cuci tangan aku dengan air sabun berkali2.

Mungkin kerana geli mengingatkan peristiwa tu, aku tak teringin langsung nak menghisap jari macam kebiasaannya. Tapi aku begitu susah nak melelapkan mata..masa tu aku marah betul dengan abah.

Sekarang..sedih nih..sob! sob! aku tahu mengapa abah bertindak demikian. Bukanlah niat dia untuk menyusahkan aku, tapi semua ni utk kebaikan anaknya juga. Terima kasih abah..kerana berjaya membuang tabiat burukku...

SUARAKU...


Aku ni jarang sakit...tapi 2 hari lepas bangun tidur jer..lain macam rasa jer tekak sakit semacam. Rupanya, tekak sakit tu petanda aku akan kehilangan suara "perempuan" aku sebaliknya bertukar pada suara jantan macho!

Aku sendiri pun terkejut cipan dengar suara aku tatkala mengejutkan Baby bangun tidur pagi tu. Garaunya buat darah aku menyirap sekejap!...Kebelakangan ni, memang cuaca begitu agak panas sekali. Ditambah lagi dengan kurang minum air...sudahnya hambik ko! suara cam Yusni tertelan tongkol jagung cam citer filem melayu tu. (Tak ingat lak aku tajuknya)

Memang stress gak ler sebab menyukarkan aku untuk contact client tambah lagi time tengah buat audit nih!.Sekali kuar suara jer di telefon, kengkawan mesti tanya, sapa ni?!. Aku siap buat lawak bodoh lagi..suara aku serak ni sebab jadi back up singer si Salma Mentor 5 tu!. Hik! Hik!. Dorang leh jawab lagi tu, ker.. ko jerit kat budak2 auditor tu sampai ilang suara?

Hello...aku ni jerlah yang baik budi tau..layan depa baik punya! Depa pun komplen asyik kena marah dengan budak2 staff finance di subsidiaries company. Aku rimas gak tapi tak sampai hati nak marah depa walaupun kengkadang hangin aku sampai ke tahap "impak maksima"!

WANITA IBARAT POHON SEMALU?


Pernah tak anda rasa bertuahnya menjadi seorang wanita? Dilengkapi dengan sifat kelembutan dan keayuan semulajadi..Namun disebalik kelembutan seorang wanita itu...masih mampu menandingi kaum Adam dalam apa bidang sekali pun.

Aku tertarik dengan satu artikel yang menyamakan wanita ni ibarat pohon semalu. Korang tentu kenal kan pohon semalu kan? Berikut adalah ciri2 pohon semalu yang perlu dijadikan pengajaran bagi kaum Hawa.

Kuncup apabila disentuh
Wanita perlu ada perasaan malu dan menjaga maruah diri di mana jua berada. Tapi malu yang kena pada tempatnya lah ye..

Duri yg tajam utk mempertahankan dirinya
Sebagai seorang muslim, wanita perlu menjaga tatasusila dan keperibadiannya sebagai seorang muslimah. Meskipun penuh dgn sifat lemah lembut, tetapi dalam perlu tegas dalam mempertahankan maruah diri.Punya duri yg tajam tapi dihiasi dengan bunga yang cantik..

Akar yg kuat mencengkam bumi
Meskipun wanita ini sering dianggap lemah dan mudah diperdaya (kata sesetengah lelaki ler), TAPI keteguhan imannya terhadap Allah tetap utuh.

Oleh itu kawan, ambillah pengajaran dari pohon tumbuhan ciptaan Allah ini sebagai renungan kita semua...

Monday, May 30, 2011

SEMUA NAIK



Tiada ada benda yang turun sekarang ni melainkan naik belaka ..begitu gak ler tarif elekrif di Malaysia ni dah diumumkan naik sebanyak 7.12% semalam. Alasannya sebab harga gas asli yang naik mendadak.

Untuk nak menyedapkan hati kita...bagi pengguna elektrik yang hanya dibawah RM77 tidak tergugat malah bagi pengguna yang bilnya di bawah RM20 akan dikecualikan dari membayar bil tersebut sehinggalah 31/12/2011. Free ler gitu..

So far, aku pengguna yang berada ditengah2 rasanya. Bil aku sebulan tidak ler di bawah RM20 tapi tak jugak melebihi RM77. Mungkin ramai yg tak berpuas hati dgn kenaikan tersebut tapi tarif elektrik ni naik pun tak begitu membebankan pengguna berbanding minyak tu kan?

Dengan kenaikan ni sebenarnya boleh mendidik masyarakat Malaysia berjimat dan menghargai kemudahan yang sedia ada. Pilihan di tangan korang...kalu rasa2nya nak bil yang datang tu buat korang senyum jer...berjimat ler yer.

Sunday, May 29, 2011

BUDI BAIK APA BALASANNYA?

Pepatah ada mengatakan, buat baik dibalas baik..Sejauhmana kebenarannya? Aku katakan begitu kerana sekarang ni, belum tentu bila kita berbuat kebaikan, ianya akan dibalas dengan kebaikan jugak.

Contoh paling ketara, Abah semasa hayatnya..banyak menolong kengkawannya yang kesempitan duit. Asal susah jer cari Abah...Ada masalah sket pun Abah gak yang tampil menolong mereka.Tapi bila Abah meninggal...sorang pun kawan2 yang ditolongnya ni usah kata batang hidung ..bayang pun tak nampak sehinggalah sekarang.

Bila difikirkan...susah sangat ke nak membalas budi orang. Bukan perlu dibalas dengan wang ringgit tapi sekurang2nya hargailah jasa orang yang berjasa kepada kita. Paling teruk sesetengah manusia ni...usahkata nak membalas budi, malah menikam orang yang menolong dia .

Perkara ni dah menjadi lumrah malah dah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita. Apapun kawan2 ingatlah...dunia ni ibarat roda...diwaktu kita di atas, beringatlah sebelum kita sampai dibawah....

APA LAGI NIH...

Dalam sebuk2 nak audit ni..situlah dugaan melanda lak....Mula2 internet down...masa nilah aku banyak nak guna internet sebab nak email dokument ke subsidiaries. Belom solved lagi problem internet...dah telefon line plak buat hal...

Kalau sehari tu tak per lagi, ni dari hari Khamis sampai ler hari Isnin ni..masih camtu gak. Naik migraine aku cam ni gaya nyer..Mana lagi nak mengejar masa untuk completekan audit ni..dengan segala macam benda ni plak buat hal!

Pagi ni, internet dah okay ler sket.. jalan ala siput pon jadik ler. Aku plan nak scan kat photostate machine..Nang butinang! kuew buti kiew! photostate machine lak rosak..walhal sumer baru tu!!!!Nak histeria aku dibuatnya weiiii!!

Lagi nak cepat..macam2 plak bala datang...kenangkan aku ni bukan tokeh jer...kalu tokeh pun apa leh aku buat...depa pun tak mintak rosak kan!.

Paling sedey tu...aku pun macam "nak rosak" gak...Dengan suara cam itik serati, badan lak sakit2 gara2 salah tidur...rasa nak demam pulak. Disebabkan komitment aku pada company ni...aku datang gak...

Harap2 tak de lah apa lagi masalah melanda..Den dah ponek ni hah!!Bilo gamaknya audit nak berakhir ni...

MENTOR BERAKHIR DAH...


Semalam rancang Mentor ke 5 berakhir dengan kemenangan berpihak pada Salma dan mentornya Erra Fazira. Memang wajar pun Salma dinobatkan sebagai seorang juara kerana dia memang punya bakat terbaik di mata aku.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Salma di antara finalis yang menduduki carta dengan markah terendah malah dia hampir terkeluar. Rezeki berpihak kepadanya bila pihak TV3 membenarkan beliau menyertai Iqa dan juga Siha utk ke finalis.



Apa yang aku nak citer di sini bukan tentang kedudukan Salma tapi nak membuka mata kita semua tentang kejayaan seseorang yang bangkit dari kegagalan seterusnya berusaha setanding malah lebih dari orang lain.

Contoh seperti itulah yang perlu kita ambil iktibar dan panduan. Sesetengah dari kita ni, kalu dah berdepan dengan kegagalan...akan merasakan bahawa itu penamat segalanya.

Ayuh kawan2, bangkitlah dan jadilah seperti Salma yang tak bisa mengalah dan tunduk pada kegagalan dan dia berjaya buktikan pada kita yang semua orang berhak berjaya jika berusaha!. Tahniah Salma...You are the best!

KENA TIPU

Dalam harian Metro ari tu..aku terbaca artikel bertajuk " Nelayan jual bot ..ditipu RM30,000. Sumer ni gara2 nak cepat kaya dengan menyertai skim cepat kaya.

Aku tak faham masyarat kita nih..dah berkali2 diingatkan tentang sindiket skim cepat kaya yang menawarkan ganjaran yang tak masuk akal dengan keuntungan berlipat kali ganda seperti ini. Masih ada lagi manusia yang mempercayainya meskipun dah diingatkan berulangkali.

Kalu difikirkan secara rasional, logik ke kalu dapat keuntungan 200% sedangkan dalam Islam tu, keuntungan yang terlampau seperti itu dah dikira tak mengikut lunas2 yang sepatutnya.

Desakan hidup untuk menjadi kaya sekelip mata memang boleh menyebabkan manusia gelap mata tapi banyak cara lain yang aku rasakan boleh dilakukan demi untuk mencari rezeki. Simpati aku, sebenarnya pada nelayan tersebut yang menjadi mangsa orang yang tak memikirkan dosa seperti itu.

Harap pihak berwajib lebih peka memantau dan membenteras skim cepat kaya seperti ini yang mengaburi mata masyarakat dengan berselindung disebalik penjualan produk walhal menjalankan perniagaan piramid yang hanya menguntungkan pihak atasan sahaja.

Wahai kengkawan...keputusan di tangan anda. Berfikir dan bertindaklah secara wajar dan jangan jadikan anda mangsa seterusnya.

SEHARIAN DI LIBRARY

September makin hampir..UPSR makin dekat. aku tengok anak dara aku ni dok leka dengan novel "Dear Yaya"nya. Tu yang aku maleh beli buku citerkat dia ni. Kalu boleh ke toilet pun nak baca buku tu. Study nyer tah kemana...

Finally ..sunday after tuition class dia, kami decide bawak dia ke kedai buku di Jalan TAR dan terus ke library di Jalan Tun Razak. Buku latihan tu memang kami beli utk dia buat latihan terutama cuti sekolah camni.

Macam Abang, time nak amik exam dulu..camnilah kami berkampung..sehari suntuk mengajar dia.Sebenarnya..aku ni dah letih dok mengadap buku ni...Tapi demi anak2, terpaksa jugak ler..Kena study dulu buku dia, peh tu baru ler boleh ngajor..Dah banyak lupa ko!

Harap2 mereka tak lupa jasa dan pengorbanan mama & ayah selama ni...

ROSAK LA PLAK...

Balik dari Kuantan ari tu..ingat2 nak masak tengahari ler sebab aku cuti tuesday tu, tup2 bukak fridge..eh awat tak sejuk pon!. Nasib baik ler bahan mentah cam ikan dan daging aku tak beli stok lagi. Tapi sayang...santan pekat aku habis rosak semuanya.

Fridge aku ni sebenarnya dah lama dan kami beli time baru bertunang dulu . Tapi masih kelihatan baru. Korang kira ler sendiri..Abang pun nak masuk 18 tahun. Tu pun bukan rosak apa pun cuma compressornya perlu diganti. Yo lah kan..manusia pun tau gak "pancit"..ni kan lagi machine dah berumur cam tu. Rabak lagi "poket" aku bulan ni..

Alang2 repair fridge, hubby aku call technician utk repair tv diruang tamu. Biasanya kami menonton tv di tingkat atas jer. Ni pun tak tau apa penyakitnya..tetiba off sendiri sukati dia.TV tu pemberian Abah dan dia tak bagi tau aku pun waktu dia order tv tu. Tau2 jer..sampai depan umah aku. Nak surprised ler tu kot!..Nasib baik aku tak marah India tu sebab aku ingat dia salah umah!. Sudahnya..aku ada 3 buah tv termasuk tv yang aku khaskan utk dorang main games.

Setiap barang yang ada di rumah aku tu punya kenangan dan memori yang tersendiri...Sebab tu lah, aku sayang semuanya dan kujaga dengan baik sekali.

CITARASA BERBEZA..NAMUN BAHAGIA

Dalam rumah tangga selalunya kena ada kata sepakat baru ke bahagia. Betul tak? Tapi dalam rumahtangga aku..tak jugak..selalunya idea aku sering bertentangan dengan hubby aku ni.

Contoh paling ketara ler yer...dari segi hiasan rumah..of coz ler citarasa aku moden kontemporari. Tapi bila diajukan idea tu...Owhh..Nehi! Nehi!katanya. Dia ni lebih kepada konsep hiasan ukiran dan rumah yang berbentuk ala resort.

Dari segi kewangan plak, dia agak boros. Kalau dia yg handle financial kami 100%, mau makan angin kuar asap hujung bulan weh!. Aku ni bab duit berkira2 gak nak membeli sesuatu. Satu lagi, hubby aku ni terlalu mudah mempercayai orang..Tu yang hampir2 terpedaya dgn ramai orang termasuk tut......Aku? 10tahun ko bekawan dgn aku pun belum tentu boleh mempercayai kejujuran korang..Sebabnya..pengalaman sekeliling membuat aku mengambil iktibar bila kawan makan kawan.

Biar betapa banyak jurang dan perbezaan antara kami, kami masih bersama bahagia. Selalunya..kami ambil jalan tengah untuk penyelesaian agar adil bagi kedua belah pihak. Senangkan? bila kedua2nya seri..tak siapa yang rugi.

Thursday, May 26, 2011

REDHAKAN LAH MAK...

Balik dari menghantar Abang di Kuantan, emak kemudiannya dibawa adikku ke rumahnya di Sg. Long, Kajang. emak sebenarnya berat hati untuk meninggalkan rumahnya tapi aku dan adik2 mendesak dia beralih angin. Bukanlah aku mahu dia melupakan Abah, tapi aku tak sanggup lihat dia bersedih setiap kali melihat barang2 tinggalan Abah di rumah tu.

Aku cadangkan agar emak pergi ke rumah anak2 yang lain juga. Seminggu sekali, emak akan kami hantar pulang kerumahnya. Mungkin ini cara terbaik untuk emak tidak terlalu meratapi pemergian Abah.

Aku faham sebenarnya apa yang dirasai emak. Kesedihan kehilangan orang yang tersayang memang sukar untuk diterima tapi apapun dia kena teruskan hidup dan aku tahu...Abah juga tak mahu lihat emak bersedih seperti sekarang.

DIARY ABAH...


Sesetengah orang merasakan tak perlu ada diary dalam hidup mereka. Tapi bagi Abah, bukan hanya diary tapi Abah menulis dalam sebuah buku catatan riwayat hidupnya dari kecil hinggalah dia berjaya dalam perniagaannya.

Terharu aku membaca keperitan dan kepayahan Abah mengharungi hidupnya yang sejak kecil kehilangan bapa. Di waktu remaja, tak penah Abah merasa keseronokan alam remajanya kerana bertungkus lumus mencari rezeki demi membesarkan 4 orang anak saudara di bawah jagaannya.

Azam dan semangat abah untuk berjaya seperti yang ditulis dalam diarynya memberi aku satu inspirasi untuk bersemangat seperti Abah!. Dalam bait2 ayat yang ditulis, mata aku tertumpu pada ayat yang berbunyi, " Saya mahu agar anak2 saya mendapat pendidikan yang tinggi dan tidak mewarisi kesusahan saya ini. Jadikanlah iktibar atas kesusahan dan kemiskinan abah ini.


Mungkin dia yakin, suatu hari nanti, anak2nya akan membaca catatannya. Diary abah berupa azimat yang akan terpahat dalam ingatanku. Aku berjanji akan menyambung semangat yang Abah bekalkan untuk aku dan adik2...

BAGAIMANA RASANYA MERINDU..

Satu soalan cepumas utk korang..Bagaimana rasanya berjauhan dengan orang tersayang? Tentu ler rindu kan?. Camtu gak ler aku bila berjauhan dengan anak sulungku. Dah hampir seminggu dia di sana..Abang dapat tawaran belajar di Kuantan dalam jurusan Business Studies. Memang itu pilihan dia pun..

Alhamdulillah..aku melepaskan dia dengan hati yang redha diiringi doa muga dia berjaya dengan cemerlang. Malah tak setitis airmata pun mengalir cuma sebagai ibu..aku agak bimbang meninggalkan dia yang pertama kali berjauhan dengan famili.

Emak nampaknya terlalu sedih waktu menghantar cucunya ke sana. Maklum le kan..abang sering menemani dia sejak pemergian Abah. Dialah yang sering menghantar breakfast buat emak setiap pagi. Mungkin sebab tu lah emak benar2 rasa kehilangannya.

Apapun..aku kena korbankan perasaan sedih tu demi untuk melihat masa depan Abang lebih cerah. Aku mahu melihat Abang mengendalikan segala peninggalan kami nanti dengan ilmu yang dipelajarinya. Muga doa Abah dan emak untuk melihat dia menggengam segulung ijazah berjaya satu hari kelak.

Thursday, May 19, 2011

KEJAP OK..KEJAP TIDAK...

Lagi beberapa hari lagi abang nak mendaftar di IKIP, tetiba terdengar plak kat telinga aku ni keluhan dia yang tak yakin samada boleh lulus ke tak! Lol Abang...jangan bikin mama pitam..Barang2 dah beli..tup2 dia cakap camtu lak.

Satu sikap yang aku tak berapa gemor dengan anak bujang aku ni ialah sikap tak yakin pada diri sendiri. Dia bukannya tak boleh berjaya..tinggal lagi sikapnya yg mudah putus asa sebelum mencuba.

Puas gak ler aku jadi kaunselor dia malam tadi. Agaknya apa yang aku cakap kat dia tu termasuk dalam batu jemala dia tu kot sebab lepas tu dia bersemangat balik untuk mendaftar di sana.

Semuga Abang akan berjaya menyempurnakan hajat arwah Atuknya yang beria2 mahu melihat Abang menjejakkan kaki ke gading. AMIN.....

Wednesday, May 18, 2011

KO TENGOK!

UPSR dah tak lama lagi dah...Bulan September ni start ler. Baby ni jenis yang suka buat keja last minute termasuk mentelaah buku2nya. Sebagai contoh ler yek, esok nak periksa..hari ni ler baru ko tengok dia punya meja penuh dengan buku2. Tah dia baca yg mana satu.. aku pun tak tau...tapi yg pasti muka dia tension giler.

Tu tak pe lagi..ni siap mengomel sorang2! Kalu aku dengar dia tgh pot! pet! tu.. memang ler kena sound budak sorang nih sebab tak reti2 nak disiplinkan diri sendiri.
Tapi tulah kan.. bebudak ni kengkadang tu jenis yang terang hati..baca sket2 jer tapi masuk gak! Kalu aku tu ...mau dah gagal jawabnya!

Kengkadang tu aku marah dia sebab kat bilik dia, aku dah sediakan study table. Dia leh pegi ruang tamu utk study. Kalau buat homework tu atas meja tak pe gak! Ni tak menonggeng kat lantai !For your info, Baby ni jenis Minah tidor...Aku tak heran ler kalu tiap kali masuk dalam keta ajer dia tidor. Tapi yang paling aku mushkil tu, tengah menulis..dia leh terlelap...Cayer tak??? Saborrr jer lah!!

PANJANG TANGAN..ANAK SAPA LER TU!

Perkara ni memang dah lama tak berlaku dalam pejabat aku...Dulu jer perkara cam ni kerap terjadi. Kes Panjang Tangan!. Aku di antara yang penah jadi mangsa bila wang Petty Cash syarikat yang kupegang dicuri. Masa tu bengang nyer aku ni Tuhan jer tau. Memang aku sumpah seranah sapa yang ambik duit tu papa ler hidup dia sampai ke mati!

Baru2 ni terjadi lagi kes camtu. kali ni, HP yang sedang dicharged plak jadi mangsa. Yang kelakarnya tu, bila hal ni kecoh2 sampai ke pengetahuan management, pencuri tadi tu boleh plak pulangkan chargernya jer tapi hp tu dia rembat gak.

Memang dasar tak berhati perot betul ler orang yang mengambil tu. Hari ni jer ko gembira sebab hp tu ko leh bikin modal kan? Tapi ko kena ingat, satu barang ko ambil, rezeki ko Allah akan tarik lebih banyak lagi. Tak terfikir ke dalam kepala hotak tu bagaimana susah orang mencari duit membeli dan ko plak senang2 caras reta orang.

Sepandai2 tupai melompat...satu hari jatuh gak ke tanah kannn. Ko tunggu ler satu hari nanti...selama ni ko lepas, tapi akhirnya sok ko kantaoi!!Bawa2 ler bertaubat sebab kita ni.. kalu Tuhan nak panggil tak ikut umur. Jangan nanti, disebabkan perangai ko yg suka panjang tangan tu, roh ko tu tak diterima bumi dan langit!

Tuesday, May 17, 2011

HARI GURU

Sungguh Aku lupa! Hari Guru 16/5 lepas...No wonder ler Baby dok mengesek2 ayahnya minta gi kedai souvenir..rupanya dia nak belikan hadiah cikgunya.

Teringat masa aku sekolah dulu, tak terfikir langsung nak beli hadiah untuk cikgu cikgi nih! Sebabnya masa tu tak de cikgu yg fofular yang baik pun. Sumernya garang semedang cam rimau akar!. Tengok cikgu masuk kelas jer dah kecut perot belum lagi dia marah. Pendek kata, masa aku dulu, murid2 cukup hormat (takut sebenornya) dgn cikgu ni..ala2 bebudak takut dengan Tok Mudin ler lebih kurang. Ngeh! Ngeh!

Ikutkan kehendak Baby ni..sumer cikgu dia nak bagi present. Siap kira jari lagik tuh! Cikgu BM, BI, Maths..tup2 kuar nama makcik guard dengan makcik kantin! Walawei!! ni dah kuar tajuk dah nih..Hari Guru ke haper nih sampai makcik guard pun dia kira gak~! Excited punya pasal...

At last, setelah puas bertawaf dalam kedai tu, Baby decide belikan cikgunya beg make up..katanya cikgunya tu suka make up and dia nak belikan sesuatu yang cikgu dia akan guna selalu. Pandai anak aku..ikutkan aku, aku kasik bunga jer tapi tak lasting ler kan?

Anyway..Bagi semua cikgu2 di Malaysia khasnya cikgu2 aku dulu, Happy Teacher's Day!.
Buat kakak aku yg dok Penang yang jugak sorang cikgu..Selamat Hari Guru Yong! Jangan gengarang sangat. Kang tak dapat hadiah! Hi! Hi!

KEGAGALAN BUKAN PENAMAT SEGALANYA

Dah macam2 cara aku cuba utk buang "bandwidth" tah kemende yg terpalit kat blog aku. Sudahnya..aku tukor je template lain. Puas ati !Tapi aku sedey gak sebab aku suka template yg lama sebenarnya..tapi nak wat camner kann...

Dalam hidup ni, tak semua yg kita hajati tu akan tercapai. Kengkadang tu, kita usaha separuh mati untuk mendapatkannya tapi dah tertulis di Loh Mahfuz yg tu bkn utk kita...maka tak dapat jugak ler. Tapi itu tak bermakna kita harus berputus asa malah enggan berusaha. Bagi aku, tiap kegagalan yg aku tempuh tu, aku jadikan iktibar dan muhasabah diri..mengapa aku menemui kegagalan.

Kegagalan ni sebenarnya boleh mematangkan minda kita gak. Untuk berjaya, kita tak perlu takut pada kegagalan!. Aku penah gagal dalam banyak benda tapi aku tempuh semuanya demi dan buktikan aku juga boleh berjaya.

Lambat atau cepat. jika kita berusaha mengatasi kegagalan tu, InsyaAllah kejayaan pasti menanti. Yang penting, buangkan rasa putus asa, rendah diri dan menyalahkan takdir.

SIAPA SEBENARNYA KAWAN..

Ada sesuatu yang aku pelajari dengan pemergian Abah. Untuk pengetahuan kalian, abahseorang yang cukup dermawan malah tak lokek membelanja kawan2nya ketika makan dikedai kopi. Rakan2nya pantang nampak beliau...sering mengerumuni mejanya dan berlalu begitu ajer lepas minum. Masuk "buku akaun" Abah ler tu!

Dalam ramai2 ni..ada ler saudara rapat Abah..sepupu lagi tu. Masa dia terlantar sakit di hospital, Abah sering melawat dan ada sajer buah tangan yg Abah belikan. Begitu juga waktu dia balik ke rumah, boleh dikatakan setiap pagi, isterinya akan menelefon Abah minta dibelikan roti canai, nasi lemak termasuk ler teh tarik!

Tapi aku benar2 terkilan...di saat Abah bertarung nyawa di hospital, muka dia pun tak nampak ..jauh sekali melawat Abah di rumah..hinggalah Abah dikebumikan. Bila ditanya, alasanya memang tak masuk akal! Dia (Abah) masuk hospital pun, tak bagi tau aku. Tu alasan bodoh dia...ni alasan aku plak! Usah kata nak melawat kat hospital, Abah yg sakit kat umah pun tak penah sekali pun dijenguknya..apalagi ler kat hospital yg jauh tu. Rumah Abah dgn dia bkn jauh benar! kentut pun boleh dengar!

Ini ler yg dikatakan melepaskan anjing tersepit!.Masa senang ajer dia menumpang..tapi bila kita susah, muka dia tu pun tak nampak langsung! Malah tergamak memfitnah Abah pulak.Aku tak heran dgn perangai dia sebab dia ni sanggup berputus saudara dgn adik beradik sendiri. Adik beradik lagikan dibuang ..nikan plak Abah tu cuma sepupu jer!

Manusia camni agaknya lupa yg dunia ni ibarat roda...Ibarat kat P.Ramlee ler...ari ni ari engkau..esok ari aku pulak...Kawan seperti ni..tak rugi malah untung kalu jauh dari kita..Reta orang dia punya..reta dia ..dia punya!Memang useless!!

Berbahagia Abah dapat teman2 yg sudi mendoakan kesejahteraannya dan sentiasa mengingati kebaikan Abah semasa hayatnya.

Monday, May 16, 2011

ABAH IBARAT PELANGI DI HATIKU

Pelangi Petang (Nyanyian Sudirman)

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Lagu ni aku dengar masa on the way nak balik keja..Sedih tetiba sebab teringat Abah. Bagi aku, Abah memang ibarat pelangi yang senantiasa menyinari kehidupan kami adik beradik. Tanpa kenal erti penat, Abah membesarkan kami dengan segala susah payah seorang diri.

Berkat ketabahannya, dia mampu hidup senang seperti orang lain.Malah..sebelum pemergian beliau, Abah tinggalkan segala bekalan berupa rumah dan tanah buat kami adik beradik. Bagi Abah, dia mahu memastikan anak2nya hidup senang dan tidak mengulangi kesusahan yang penah dialaminya dulu.

Insya Allah Abah, aku akan menyambung tanggungjawab Abah selama ini. Kalau dulu Abah sering bersedekah dan memberi derma utk masjid dan surau..kini aku dan adik2 akan menyambung amal jariah utk Abah..Semuga amalan yang berterusan ini akan merahmati Abah di sana....

Abah..meskipun tiada lagi pelangi yang akan menyinari yang akan menyeri hidup kami tapi sinar indah itu akan tetap abadi terpahat di hatiku.Doakan aku Abah....semuga aku mampu menghadapi hidup ini tanpamu...

HIII!! POTONG BETUL!

Dalam keghairahan aku menulis dalam blog tempat aku mencurah perasaan ni..ada ler plak tampalan yg tidak diundang masuk ke blog aku nih! Ari tu masa sebelum aku ke Medan, dia buat hal camni. Peh tu hilang sekejap...walaweiii datang balik menempel lagi.

Aku ni bab finance reti ler tapi bab IT ni mengong sket!apatah lagi bandwidth exceeded apa ke jadahnya nih. Dah jenuh ler aku cuba membuang anasir perosak ni...tapi tak gak mau pegi.

Kalau ada sapa2 yang arif lagi bijak pandai tu, tolong2 ler aku yek..Rimas ler aku setiapkali bukak blog ajer..benda alah ni mesti terpampang. Nak berkarya pun jadi buntu dibuatnya.

Follower aku dok caling2 naper blog aku camtu jadik nyer! Ko tanya aku...aku nak tanya sapa weh? Aku ni lagi ler mengharap agar blog aku ni tak jadik serabut camni.

Sekali lagi...pada sapa2 yg sudi tolong aku selesaikan masalah ni..sudi2 ler ngajor teman yerrrr...

Sunday, May 15, 2011

AKU KELIRU

Kebelakangan ni, aku agak keliru dengan perasaan aku sendiri. Kadang2 aku happy macam tak ada apa2 yang berlaku..kadang2 tu aku sedih tak menentu. Tapi aku pasti aku memang keliru dengan perasaanku yang akan 'berpisah' jauh dari anak sulungku.

Lagi beberapa hari sajer lagi, Abang akan meninggalkan aku untuk mendaftar masuk di sebuah kolej di Kuantan. Korang tau tak yang aku tak tau samada aku gembira atau pun sedih bila satu2nya anak lelaki yg ku asuh dari sekecilnya hingga telah meningkat remaja akan meninggalkan aku.

Tapi hari ni baru aku sedar yang dia akan berangkat kurang dari seminggu dari sekarang! Malah lebih tersentap bila tarikh dia pergi tu...genap sebulan Abah meninggalkan kami. Aku pasti tak lupa pada tarikh 22hb kerana tanggal tu lah Abah pulang ke rahmatullah. Arwah semasa hayatnya tertunggu2 bila agaknya dia dapat menghantar cucu2nya Abang dan juga sepupunya Fatin yg sebaya masuk ke menara gading.

Terkedu aku bila emak memberitahu Abah penah berpesan bahawa dia dah peruntukkan sejumlah wang untuk belanja cucu2nya sekiranya mereka menyambung pelajaran nanti. Alahai Abah...cukup2lah pengorbanan Abah selama ini. Biarlah tugas tersebut kami pulak yang pikul. Cukup lah segala usaha dan penat lelah abah selama ni membesarkan kami.

Cuma...aku terkilan tak dapat menyempurnakan hajat Abah untuk menghantar Abang ke sana. Insya Allah Abah..aku akan pastikan Abang menggenggam segulung ijazah yg menjadi kebanggaan Abah nanti.

Tuesday, May 10, 2011

Flight kami sampai di Malaysia lebih kurang pukul 11 lebih (Malam). Nasib baik ler kami bawak keta..so Abang yg tak ngantuk tu kusuruh drive. Tapi tak gak aku boleh tidur sebab takut terbabas..mana ler tau Abang tetiba lak ngantuk masa memandu nanti..lagi pun Sepang ni kata orang tempat "jin bertendang".Hik! Hik!

Kebetulan kami terjumpa rakan hubby aku yg baru balik dari Bangkok. Dia tumpang sekaki sebab umah dia tak jauh dari umah kami. Nasib baik ler masa kami tiba ni dah malam..kalau tak, dah lama Abang kusuruh pandu ke pusara Abah sebab aku terlalu rindu pada dia...

Walaupun trip ke Medan tu menghiburkan tapi ianya masih tak dapat mengubati rindu dan ingatan aku pada Abah. Masa belikan emak kain batik tu pun, hati aku sebak sangat sebab selalunya buahtangan utk Abah pun akan kubelikan.

TU LER DIA....SIMPAN DUIT LAGI!

Di Sun Plaza ni memang hampeh! Sebab tempat ni standardnya sama dengan Bukit Bintang kita kat sini. Rega barangnya jangan citer ler..sama mahal dengan barang kita kat sini gak.

Terasa cam ralat tak habiskan duit berbelanja di Medan Mall tadi. Kami pun diberi masa yg agak singkat waktu di Medan Mall dan menurut kata Tour Guide ni kat Sun Plaza ni lagi murah. So...dek tamak punya pasal, aku menyimpan niat utk berbelanja di sini untuk dihabiskan di Sun Plaza. Kenyataannya..rega barang kat sini mahallll!!!

Duit Rupiah aku yang berbaki nyer masih sekitar RM300+ lagi. Tu yang cam rasa ralat tak habih2 tu. Kami kemudiannya terus ke Polonia Airport utk berlepas balik ke Malaysia.

Disebabkan kami tiba awal, so masa yang terluang tu aku gunakan utk berjalan2 sekitar kedai di Airport tu. Nasib aku agak baik sebab ternampak kain sulam yg agak cantik..reganya boleh lah tahan...So apalagi aku grab! Balas dendam!

Abang amik sehelai t.shirt Hardrock dan Baby dengan souvenirnya. Jadi ler kan...Kapalterbang yg kami naik tu berlepas kira2 pukul 11 malam...Tersengguk2 aku dalam kapalterbang...ngantuk dan penat!

Selamat Tinggal Medan...Kan kuabadikan kenangan indah ini sentiasa...

HARI TERAKHIR DI MEDAN


(Bergambar bersama sebelum bertolak dari Lake Toba)

Di Medan, kami tidur di Garuda Hotel, Pepagi lebih kurang pukul 10.00 pagi. Pak Dian membawa kami Factory Outlet. Di sana hubby aku beli bajunya dan baju Baby. Seterusnya kami ke Pasar Ikan tempat shopping yang terkenal di sini. Dari cerita kenalan di facebook, aku agak teruja nak ke sini kerana nak mengabihkan duit! Indah khabar dari rupa ler sebab baju2 kat sini, fesyen sulaman dan rendanya udah cam baju orang kahwin. Tak kan ler aku nak ke pejabat gaya gitu~!

Aku cuma beli sepasang telekung, dan seluar. Panas kat dalam bazar ni sebab terlalu ramai orang. Waktu dah nak kuar dari situ, aku nampak Abang tengah tawar menawar dengan sorang penjual wallet leather. Abang! cepat! bas nak bergerak dah! . Akhirnya, Abang dapt wallet idamannya dengan harga murah! Taktik bagus yang korang perlu belajar dri aku tuh!

Dari sini, kami pergi pulak ke Medan Mall tempat membeli barangan kulit dan pelbagai. Kami makan di KFC dulu utk mengisi perut. Teh nyer dicampur dengan bunga apa tah membuatkan rasanya agak berbeza hinggakan baby tak mau langsung minum !

Sempat gak ler, aku capai handbag, kasut dan beberapa barangan utk Baby sebelum kami bertolak ke Sun Plaza.

BRASTAGI

Dari Lake Toba, kami bertolak ke Brastagi. Menurut kata Pak Dian, nama Brastagi ni bermaksud Gudang Beras iaitu tempat penyimpanannya. Jangkaannya, kami akan singgah di pasar di Brastagi ni utk membeli buah2an tempatan Indonesia seperti pisang kaki dan juga Buah markisa.

Mungkin memang tak de rezeki sebab jalannya macet (Jammed kata omputih!). Di sebabkan lapar yg teramat sangat, kami singgah makan di Green Hotel yang menyajikan makanan yang super sedapnya!. Ikan asam pedas dan terung goreng berempahnya...Pehhhh!! sedap ko!Nama ikan tu aku tak pasti tapi nampak hensemnya..aku bedal!

Peh makan siap bergambar. Baby ni cam ada satu penyakit plak. Pantang singgah mana2, mesti nak masuk toilet sampai aku gelar dia Minah toilet ler!Dari Brastagi, kami bertolak semula ke Medan melalui jalan yang sempit. Tabik kat kat supir kami ni...udah ler jalan sempit..asyik bertembung dengan bas plak tu. Dia maintain jer, sedangkan kami dalam bas tu menjerit gak bila hampir2 nak berantakan dengan lori yang bawak biantang pink kaler tu.

Opps lupa nak bagi tau korang, majoriti orang yang ada kat Lake Toba dan Brastagi ni adalah penganut Kristian. Gerejanya punya ler banyak, Masjid tak jumpa satu pun..Yang paling trajis tu, kebanyakan mereka ni membina kubur nenek moyang bersebelahan rumah jer...Bertingkat2 kuburnya kerana segala tulang nenek moyang mereka dikumpulkan di situ. Punya ler besor kubur dia...

SEMALAM DI LAKE TOBA

Perjalanan dari medan ke Lake Toba ni memang agak memenatkan. Tah berapa round aku tertidur dalam bas. Kalu tak silap lebih 100km. Jalannya...bagai ular di palu. Nasib baik ler aku tak uwekkk...

Sepanjang perjalanan tu, Tour Guide kami Pak Dian memberi banyak info berkenaan Lake Toba. Untuk pengetahuan kalian, ketinggian Lake Toba ni ialah 1,300 meter persegi dari paras laut. Sampai jer di sana, kami menaiki bot cruise yang membawa kami ke perkampungan Batak. HORAS! itulah perkataan yg harus disebut bagi membawa maksud Selamat Datang (lebih kurang)atau dgn lan perkataan supaya perjalanan kami berjalan lancar tanpa gangguan.

Di perkampungan Batak ni dijual segala macam T.Shirt dan souvenir. Aku agak tak berminat sebab reganya kira mahal gak ler! Dorang ni memang pandai berniaga sebab sampai kami masuk ke bot pun dorang masih ikut. Yang heran aku tu, naper ikut aku beria2..walhal ramai orang dalam bot tu! Muka aku ni cam jutawan ker? Penat mulut aku beritahu yang aku tak mau...Sudahnya bila bot nak bergerak, baru ler dorang pegi...

Dari Lake Toba, kami singgah ke Pulau Siantar untuk merasai keenakan teh hali dan pisang goreng mereka. Sorry ler beb! teh halia korang rasanya cam air akar kayu time aku berpantang lepas bersalin dulu..Pekat! Likat! Risau jer aku..takut penumpang ni melepas dalam bas gara2 teh halia tu..Hik! Hik!Pisang goreng tu...kat Malaysia rasanya lagi enak bok! Tekak Malaysia ler katakan...

Kami tidur dihotel yang mengadap Lake Toba...Cantiknya ciptaan Tuhan ni....Kalau aku ada duit banyak ler, aku dah beli pusat peranginan nih..Dingin banget tempatnya...Sebelum pulang, kami buat sessi fotograf anak beranak.

Wednesday, May 4, 2011

HARI KEDUA DI MEDAN.


(Sempat gak berposing dalam LCCT Terminal)


(Anak dara ni pon tak nak kalah..)

Meskipun aku masih dalam kesedihan di atas pemergian abah, namun segala yg telah dirancang, kuteruskan jua. Ketika Abah di ICU, kami dah berura2 membatalkan flight utk ke Medan Indonesia. Tapi Allah lebih dulu menjemputnya pulang ke rahmatullah lebih awal dari yg kujangkakan.

Memandangkan abah telah tiada...genap seminggu, kami berangkat ke Indonesia menaiki pesawat Air Asia. Berkali2 aku berpesan pada iparku utk tengok2kan emak. Bimbang gak utk aku tinggalkan dia sorang diri di rumah dalam keadaan macam tu. Alhamdulillah..mereka faham tentang kerisauanku.

Kami bertolak sekitar jam 9 lebih (malam). Tiba agak lewat di Terminal Polonia Medan. Terminalnya agak simple tak seperti LCCT kita di sini..Kami tidur di Griya Hotel sementara menunggu masa keesokan harinya untuk ke Pekan Medan dimana terdapat toko atau kedai menjual kain batik dan telekung.

Teringat pesan emak yang minta aku belikan kain batik dan niatku utk menghadiahkan telekung pada iparku yg selama ni penat menjaga arwah Abah sepeninggalan kami bekerja. Harga kat kedai ni tak jauh beza dengan harga kat KL tu yg buat aku tawar hati nak membeli banyak. Ingat hati nak kuar dari kedai tu tapi mak datuk! kat luar dah ramai yang tunggu dengan menjual souvenir yang pelbagai. Cara mereka menyerbu tu mengalahkan nak minta autograf artis. Naik takut lak aku....terus tak jadi kuar kedai..terpaksa tunggu kengkawan yang lain.

Kami kemudiannya pergi ke Paten syarikat dimana kuih tradisional Medan dibuat. Di antara nama2 kuih muih tu ialah Tang2, Ting2, Tong2 (senang nau dorang bagi nama yek!). Peh tu, lunch di restoren Garuda...Makanannya asyikkkk gitu!

Tuesday, May 3, 2011

SIAPALAH AKU UTK MENOLAK TAKDIR


(Kenangan aku bersama Abah sewaktu mendapat rawatan di Tawakal Hospital)
Kalau ditanya siapa pun...semuanya mahukan yang terbaik begitu jugak aku...Meskipun Abah masih terlantar di wad ICU namun aku tau Abah seorang yang kuat semangat. Waktu aku di sisi Abah. aku bisikkan ke telinganya kalimah syahadah dan mintak Abah bertahan..Mungkin Abah tika itu mendengar suaraku kerana ada tindakbalas dia bernafas sendiri.

Doktor kemudiannya memanggil kami adik beradik. Waktu tu, aku tau ada sesuatu yg tak kena dengan Abah. Doktor memberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi dan jantung nya semakin lemah.Seketika kemudian, nurse memanggil kami semua masuk...

Melihat mereka kelam kabut disisi Abah membuat aku terpaku seketika. Dalam pada tu , mataku tertumpu pada mesin ECG Abah yg angkanya 0!. Abah dah tiada!...Apa yang aku ingat tika tu, badanku rasa ringan melayang ke belakang dan terasa disambut seseorang diikuti dengan jeritan dan tangisan dari adik beradikku.

Dalam keadaan antara sedar dan tidak, aku terdengar kata2 salah seorang daripada iparku yg mintak aku bersabar menerima takdir..Ana tau, Kak Ani kuat semangat orangnya, Kak ani ler yang selalu ingatkan kitaorang.bla ..bla...bla...Selepas tu..aku dah tak ingat apa2...

Adik2ku...zahirnya korang lihat aku ini kuat semangat malah sering membimbing kalian tapi hakikatnya aku ini cuma insan biasa yang tak bisa menerima kenyataan bahawa orang yang paling kusayang di dunia ni telah pergi meninggalkan aku buat selamanya..Pergi tanpa sepatah pesan terakhir utk aku, emak dan adik2 yg lain.

Bohong kalau aku katakan yang aku tak terkilan...terkilan kerana tak sempat mendengar suaranya yang terakhir kali, terkilan kerana tak dapat memenuhi hajatnya yang ingin pulang ke rumah...

Perginya Abah...meninggalkan kesan mendalam di hatiku. Abah bukan sahaja pergi membawa kenangan bersama kami tapi pergi dengan membawa semangat aku bersamanya....

(Gambar Kenangan aku bersama arwah ketika dia dimasukkan ke wad sebelum ini..I really miss you Abah...)