Sunday, March 18, 2012

APA TANDA SAYANG...

Korang penah dengar tak lagu P.Ramlee. Bunyinya camni.."Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya nampak dipandang...".Korang mesti tertanya kan naper tetiba kuar lirik lagu plak nih..

Selalunya orang yang baru di alam perkhawinan mesti kata...hidup dia bahagia sangat. Suami atau isteri dia sayang sangat kat dia...Tapi aku nak tanya korang ler yer..apa tanda sayang tu sebenarnya. Adakah dengan pemberian hadiah atau barang-barang tu cukup untuk menyatakan cinta dan sayang. Atau cukup ke sekadar bermodalkan lafaz "I love you" jer untuk menyatakan yang ko sayang kat couple ko tu.

Sebenarnya tanda sayang tu sepatutnya dizahirkan melalui tingkahlaku dan perbuatan kita juga. Sekiranya kita sayang pada pasangan kita..tentunya kita tak mahu apa2 yang buruk terjadi pada dia. Malah sampai ke satu tahap tu, kita sanggup berkorban apa saja untuknya hatta nyawa sebagai galang gantinya.

Pemberian hadiah tu tak membawa makna sekiranya tidak disertai dengan keikhlasan hati sipemberinya.Kebahagiaan sesebuah perkhawinan itu bermakna apabila keduanya dapat menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2. Redhalah dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan kerana itulah yang terbaik buat kita.

Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan orang lain dengan kehidupan yang kita miliki kerana "kebahagiaan" tu satu yang subjektif yang tidak boleh diukur dengan apa jua...

2 comments:

  1. Assalammualaikum...sekadar berkongsi....Betul kata pepatah..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal. Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.Namun, mencari siapa yang bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dan mengurus ‘lidah yang tergigit’ ini. Jika lidah yang digigit, penyelesaiannya bukan dengan mencabut gigi, atau memotong lidah. Demikian juga dalam situasi hubungan suami isteri. Kedua-dua pihak perlu berlapang dada, bertimbang rasa, sabar, dan tenang dalam menghadapi konflik rumah tangga. Jadi, kali ini WanitaSihat ingin berkongsikan penyelesaian apabila berlakunya konflik dalam rumah tangga ini.
    W'salam,

    Sekian..Zack

    ReplyDelete
  2. TQ sudi beri pandangan..Harap ianya dapat dikongsi bersama blogger yang lain juga...

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com