Monday, September 26, 2011

CANTIKNYA BUNGA DI PUSARA ABAH...

Sajer nak citer tentang Abah sebab kebelakangan ni aku begitu rindu dengan dia. Kalau rindu pada orang yg masih hidup, boleh gak jumpa..Apa yang aku dapat buat untuk mengubati rindu padanya ialah menziarahi kuburnya. Kat situ, aku luahkan apa saje yang terbuku di hati aku. Aku berbual2 seolah2 Abah baring depan aku...mendengar setiap keluhan dan permasalahan aku..



Kalau orang tengok..mesti ada yang fikir aku ni dah separuh tak betul..Tapi aku tak kisah..rasa nak menangis, aku menangis semahu2nya sampai rindu aku pada Abah hilang.



Masa aku ke pusaranya...agak terkejut tengok bunga yang aku tanam tu dah mekar malah makin tak terurus. Ia lah kan...cuma hari minggu jer aku dapat bersama Abah di situ...bunga2 atas pusara tu dah tak berjaga .



Teringat aku Abah yang tika hayatnya suka menanam pokok bunga.apa sajer yang ditanam, pasti menjadi...Kerana tulah..aku tanam bunga sebab aku tahu Abah tentu menyukainya. Peliknya..bunga yg sama aku tanam di rumah tidak berkembang mekar seperti di pusara Abah. Rezeki abah mungkin...



Aku tau, Yong aku tentu terkilan bila tak sempat mengunjungi pusara Abah hari tu. So kat sini...aku paparkan agar dia dapt melihat betapa cantiknya bunga2 tersebut. Aku katakan pada Abah sewaktu menyiram bunga di pusaranyer..ini lambang kasihsayang kami 7 beradik buat Abah...Bagaimana mekarnya bunga ni..begitu jugak lah kasih sayang dan ingatan kami padanya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh x share bunga di atas pusara pn.....kalau x boleh ok ...saya fham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam..Terima kasih sudi baca blog saya Nak share gambar silakan..Kalu nak tahu di mana saya dapatkan bunga2 tersebut, ianya di Sg. Buloh nursery.

      Delete

Saraqistina80@yahoo.com