Friday, September 30, 2011

I FEEL LONELY....SEDEY NI TAU....

Ingat esok nak bawak baby jalan2 tapi lupa plak dia ada camping Tunas Puteri kat Brickfields. Dua hari plak tu!. Bukan nyer aku biasa berpisah dengan anak2 ni..windu sangat ..

Eh..baru aku perasan..mula2 abang gi Kuantan..sekarang Baby plak gi camping tinggal aku dengan hubby jer...Dah cam masa mula2 kahwin dulu...Bila fikir2 balik..bagus gak ada peluang camni berdua2an dengan hubby time ni sebab kalu ada si baby ni, suka mencelah kalu aku dok sebelah ayah dia. Kacau daun ler senang cakap!.

Aku mula buat plan cam bebudak ni..nak ajak dia tengok wayang...nak ajak dia jalan2 kat tempat yang kitaorang pegi masa mula2 dating dulu. Pegi Genting ke..Cameron Highlands ke...mmmmph aku dah terbayang mesti romantis giler ler saat tu...

Alih2..hubby cakap, tak yah ler kita gi sana. Tunggu budak2 ni balik nanti, kita tengok sama2 dengan dorang!For the time being..kita pegi tengok kebun kita. Terkedu aku!mesti dia tak tengok camner ceria nyer muka aku waktu aku cerita pasal plan tu dan tentu dia gak tak perasan camner frust menonggeng nyer aku bila dia kansel sumer tu.

Mungkin pada dia...sumer tu tak perlu lagi..The reason is "Dah tua"...Hello!..sebab dah tua ler, aku nak buat sumer tu... Sedih tau tapi malas arghhh nak cakap....

JAHITAN MANIK

That day, waktu aku, hubby dan baby ke Secret Recipe utk membeli kek..sempat gak le mencuci mata menengok baju2 ready made yang dijual di stall berdekatan. Aku perasan memang trend sekarang ni..rata2 labuci dan manik2. Kalu tengok rega..isk! isk! mahal berdentum!. Kain nyer idak ler kualiti sangat tapi dek kerana manik yang bertaburan tu..baju tu jadi cantik.

Pernah gak terfikir nak beli labuci dan manik tu and aku buat sendiri design nyer. Tapi bior ler aku ngaku siap2 yek. Aku ni rasanya memang tak de bakat seni langsung!. Melukis pun tak reti,apa lagi buat gubahan..fail!. Ni tambah lagi nak menjahit! Walawei..mau hancur kain aku tu jadinya.

Tapi kata orang, belum cuba ..belum tau!..Kena yakin dengan kebolehan diri sendiri. Sekurang2nya aku usaha dulu..cantik ke atau hancur ke kain aku tu..kira kemudian yer tak?. Tapi kena ler belajar dengan yang pakar..tak gitu?.

Salah satu sebab aku nak belajar tu bukan apa..tempahan utk buat labuci ni mahal benar..Dua tiga baris manik jer dah charged sampai beratus ringgit. Mana tahan beb! Tapi kerja2 menjahit manik ni..rumit dan memerlukan ketekunan, kesabaran dan pastinya kreativiti tu paling penting.

Berita sedihnya....aku tak de ciri2 tu...uwahhhhhh!!!!!

Wednesday, September 28, 2011

SOK BABY'S BIRTHDAY

Esok 30/9/2011 genap usia baby 12 tahun! Excited bebenor dia..almaklum ler dah jadi anak dara sunti...Paling dia syok sekali sebab akan dapat IC ! Tak haper seronok nyer dapat IC tu tah!

Pelik nyer ..tahun ni tak plak dia merengek mintak hadiah dari daddy nyer..Selalu tu, siap bagi soalan cepumas lagi...Esok berapa haribulan yek?. Alaaa..tu taktik lama kalu nak pakai pun..


(Chocolate Fudge)


Bila aku tanya tadi apa hadiah yang dia nak tahun ni...Mula nyer dia kata..bag jer lah apa2..tak kisah pun. Aiks..surprised..buatnya aku bagi yang bukan2 ..baru dia tau. At last ngaku gak..nak hadiah anak patung domo...Apa kemende menatang domo tu tah! Kalu momok tau ler aku. Ngeh...Tak berkenan langsung aku dengan present yang dimintak tu tapi disebabkan hadiah birthday dia..nak kata apa kan...Tapi bila aku usik dia..dah nak bertunang pun main anak patung lagi? Waaaahhh..terus dia scream like hell kat telinga aku...Dan2 tu gak cancell tak mau menatang domo tu!


(Chocolate Indulgence)


(Chocolate chip walnut)

Yang pasti..aku akan belikan dia kek kat Secret Recipe dan dia sendiri ler kena pilih mana satu kek yang dia nak bwk utk kengkawan dia sok kat sekolah...
..

Monday, September 26, 2011

BERSARA SEUMUR 60 TAHUN

Lanjutkan persaraan sektor swasta dari 55 tahun ke 60 tahun??Bior bebenor yeop!!. aku dengar news kat hotfm pagi tadi dalam keta. Mungkin berita tu cam seronok je bagi sesetengah orang tapi bagi aku..isk! tak kuasa rasanya nak koje dalam usia dah leh menjaga cucu tu.

Bukan ler maksud aku dalam usia camtu tak leh keja..tapi, bagi ler peluang pada anak2 muda yang masih mengganggur tak dapat2 koje tu. Usia 55 tahun tu pun aku rasa dah cukup tua untuk bekerja apalagi 60 tahun.

Kawan aku yang lagi 2 tahun nak pencen pun bukan main eksyen dengan aku. Pantang jumpa aku, mesti dengan senyum melirik dia tu..remind aku yang dia 2 tahun lagi. Kat situ jer boleh agak kan...tahap kebosanan nak bekerja dan menanggung stress tu dah tak dapat dibendung.

Tak tau ler aku sok camner..Kalu company masih nak menggunakan khidmat aku ni...aku fikir2kan ler nanti. Sebab aku pun rasanya cam tak sabor nak dok umah..tunggu hubby dan anak2 balik koje...Wei! lupe plak yang hubby aku pun dulu bersara dari aku ler weh...

CANTIKNYA BUNGA DI PUSARA ABAH...

Sajer nak citer tentang Abah sebab kebelakangan ni aku begitu rindu dengan dia. Kalau rindu pada orang yg masih hidup, boleh gak jumpa..Apa yang aku dapat buat untuk mengubati rindu padanya ialah menziarahi kuburnya. Kat situ, aku luahkan apa saje yang terbuku di hati aku. Aku berbual2 seolah2 Abah baring depan aku...mendengar setiap keluhan dan permasalahan aku..



Kalau orang tengok..mesti ada yang fikir aku ni dah separuh tak betul..Tapi aku tak kisah..rasa nak menangis, aku menangis semahu2nya sampai rindu aku pada Abah hilang.



Masa aku ke pusaranya...agak terkejut tengok bunga yang aku tanam tu dah mekar malah makin tak terurus. Ia lah kan...cuma hari minggu jer aku dapat bersama Abah di situ...bunga2 atas pusara tu dah tak berjaga .



Teringat aku Abah yang tika hayatnya suka menanam pokok bunga.apa sajer yang ditanam, pasti menjadi...Kerana tulah..aku tanam bunga sebab aku tahu Abah tentu menyukainya. Peliknya..bunga yg sama aku tanam di rumah tidak berkembang mekar seperti di pusara Abah. Rezeki abah mungkin...



Aku tau, Yong aku tentu terkilan bila tak sempat mengunjungi pusara Abah hari tu. So kat sini...aku paparkan agar dia dapt melihat betapa cantiknya bunga2 tersebut. Aku katakan pada Abah sewaktu menyiram bunga di pusaranyer..ini lambang kasihsayang kami 7 beradik buat Abah...Bagaimana mekarnya bunga ni..begitu jugak lah kasih sayang dan ingatan kami padanya.

Sunday, September 25, 2011

RIMAS AKU DGN BEBUDAK

Dulu..aku ni paling suka dengan bebudak terutama baby kecik nih. Tapi sekarang, usah kata suka..aku rimas di kelilingi bebudak ni. Cam hari minggu ari tu, anak2 saudara aku datang .tak ler ramai mana tapi suara 3 orang tu jer cam nak pecah gegendang telinga aku.

Tu tak campur lagi dengan larian marathon satu umah emak aku tu. Sofa kat ruang tamu tu tempat dorang melompat2. Mulanya aku diamkan gak tapi lama kelamaan cam naik tocang plak nephew aku ni...Sampai satu tahap tu, aku tinggikan suara..terkejut depa sebab makngah depa ni memang selama ni yang leh countim...tetiba meroyan. Sumer diam sekejap..cam terkejut yang amat sangat. Naik kesian plak aku tengok muka dorang yg cam kena kejutan letrik gitu.

Tapi aku cakap ler yerr...5 minit jer baik.. Peh tu depa lupa diri.. Melompat2 cam tak ingat dunia. Naik migraine jadik nyer aku...Rasa cam ringan jer tangan aku ni nak melempang sekor2...Ingatkan dorang ni anak sedara jer kalu tak..

Aku ni tak ler kejam mana sebab bukan aku jer stress dengna kerenah depa...mama dorang pun dah berapa kali ketap gigi menahan marah..Tu anak dorang tuh!

Nasib baik aku tak beranak kecik lagi..kalu tak kesian anak aku kena dera tiap kali nakal. Abang dulu beruntung sebab masa tu aku masih excited main dengan bebudak lagi. Cuba kalau sekarang...mau aku gulai dalam kawah...Kik! kik! Kik!

MACAM2 JADI LER

Ikutkan aku hangin satu badan nih! Mana tak nyer..pantang aku cuti jer computer aku mula buat hal..tah apa ajer dorang buat sampai kena virus computer tu. Paling aku geram tahap cipan ni bila ditanya sapa yang dok kat meja aku..sumer pakat jawab soalan skema ..TAK TAU!!

Aku ni bukan ler giler kuasa sampai tak bagi orang sentuh komputer aku tapi agak2 ler kan..Komputer aku tu dilengkapi dengan segala data2 finance company. Dah ler guna komputer aku..siap main game lagi siotttt!!Ada akal ke tak?

Dah tau dorang punya thumb drive tu ada virus segala kuman penyakit...sajer dok pegi cucuk kat computer aku. Sudah nyer , dek kerana tu, keja aku tergendala sumer. Syarikat yang install anti virus ni satu hal gak! Peh dia install tah apa mende dalam computer aku dan other staff kat sini..bukan tambah elok...Masuk ni..aku mangsa ke 3, computer yg jahanam.


(Ni laptop company..dipinjam kan sekejap sementara)

Masuk ari ni..aku cam makan gaji buta jer datang company ni..nak buat kerja sumer data aku dalam komputer..nak main game tak reti plak...Stress nyer Tuhan jer tau. Mungkin sebab aku tak biasa tak de keja kot..tetiba senang lenang jer.

Ni tengah menahan baran aku yang semakin menggila ni...

WEEDING DI KAJANG

Di saat orang sibuk pegi open house sana sini, kami ada undangan kenduri majlis perkhawinan sepupu sebelah emak di Kajang.Kami konvoi ala2 rombongan cik Kiah...4 buah keta tu!.

Ini merupakan majlis kahwin menerima menantu yang pertama buat auntie dan uncleku. Mesti gabra kan..al-maklum pengalaman pertama. Cam emak dan abah dulu yang tak makan dari pagi sampai petang dek risau memikirkan macam2 perkara...Takut tetamu tak datang, takut makanan tak cukup dan paling dia takut...takut menantu lari..(Yang last ni,,aku tambah jerrr..)


(Siap dok atas riba lagi nih)


(Anak dara ni excited nak tangkap gambar tapi lengan baju maksu nyer plak masuk sekali)

Ramai gak tetamu yang hadir. Diantaranya sepupu2 aku yang datang dari Perak dan juga sekitar KL. Cuma..aku tak bersedia berjumpa segelintir dari mereka...kerana masih terasa hati dengan sikap mereka yang tidak mejenguk emak di saat menerima berita kematian Abah dulu. Aku bukan orangnya yang boleh bersikap pura2 dan aku kira semua ni mengambil masa jugak untuk aku memaafkan mereka..


(Cam biasa...posing lepas makan)

One of them.. cam perasan yang muka aku cam kelat semacam...Tak berani pun datang kat meja makan kami..terus blah gitu jer. Ada aku kisah!...aku tak mahu berurusan dengan orang hipokrit camtu biarpun dia sepupu aku sendiri. Setakat waktu senang jer nam menebeng tapi waktu kami ditimpa musibah..batang idung dia pun tak nampak..!Itu ke jenis manusia yang perlu aku hormat?

Apa pun. semua tu tak menghalang kegembiraan kami berjumpa sepupu2 yang lain..Balik dari weeding tu, kami singgah umah adik kat Sg. Long. Sempat gak ler aku rembat ikan guppy dia...Dia ni memang suka menghias laman..cantik dan tersusun rapi bunga2nya.

MESYUARAT ADIK-BERADIK

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Pertemuan kami adik beradik pada 24/9/2011 tempohari bagi membincangkan pembahagian harta arwah Abah selesai.

Aku amat berharap tika itu agar perbincangan kamu tidak menemui jalan buntu seperti orang2 lain yang bermasalah malah bersengketa adik beradik berebut harta. Apa yang terjadi kepada sepupu kami banyak memberi pengajaran kepada kami.

Harta yang sedikit direbut bersama malah berlaku penipuan, ketidak adilan dan paling teruk sampai berparang adik beradik merebut harta yang tinggal sekangkang kera. Alhamdulillah...Arwah abah dan emak memberi didikan agama dan juga disiplin kepada kami untuk bersatu dalam keluarga yang seramai 7 orang.

Insya Allah wang dan juga pemberian harta dari Abah itu tidak akan membuat kami lupa padanya malah kami akan gunakan sebaik mungkin. Bagi aku rumah pemberian Abah tu banyak meninggalkan nostalgia indah yang pasti akan ku abadikan bersama adik beradik.

Friday, September 23, 2011

AKTIVITI HARI JUMAAT..

Hari ni actually our related company buat open house. So dari pukul 11 pagi, kebanyakan staff yang bergilir2 pegi dan balik. Aku mulanya plan nak pegi after lunch sebab nak terus balik umah peh tu. Apa ke jadahnya nak patah balik ke belakang sebab umah aku dah dekat. Alang2 jer kan...

Tapi..tak de geng plak yang nak pegi after lunch..So tukar plan kedua!.Aku joint bebudak "geng bas sekolah" ni gi SACC Mall. Temankan depa nak shopping kasut kononnya. Memang seronok kuar ngan dorang ni sebab kelakar...hilang ler stress dibuatnya.

Singgah makan kat situ. Lupa plak aku nama kedainya tapi makanannya sodap gitu!. Disebabkan lapar..sumer makan pakai gear 4..makin lama dah makin kenyang...baru ler memasing slow makan.

Balik dah hampir pukul 3 petang..orang yang gi open house pun dah balik ke ofis. Nasib baik bos tak naik angin...Aku pun dengan jujurnya bagi tau yang aku tak pegi ke sana sebaliknya gi ikut kengkawan gi SACC Mall.Buatnya kalu aku menipu..peh tu kantaoi..lagi malu kan...

Aku tak beli apa pun cuma beli potpouri dan wangi2an jer utk bilik tidur aku....

Wednesday, September 21, 2011

DUNIA DAH TERBALIK..

Dah dekat nak kiamat kot...Bila hal2 yang tak masuk akal terjadi dalam dunia ni. Bukan sikit tapi banyak benda yang jadi didepan mata kita. Berikut ni..contoh2 yang aku nampak ler yerk...

1) Bila ibubapa takut pada anak2
Buat apa pun kena tanya anak dulu...takut anak tu merajuk...pindah umah plak. Paling sadis tu..sampai ada yang sanggup jadik bibik anak sendiri...Anak saper ler tu!

2) Bila Penyewa mengarah2 Tuan punya umah @ Tuan tanah
Yang ni..banyak dah jadik termasuk ler penyewa aku. Asal nampak jer muka aku, mula ler mintak itu ini meminta nak meng "upgradekan" umah tu...bayor sewa liat macam tanah liat!. Ada hati nak mengarah2 orang!

3) Bila bos takut dengan pekerja
Penah gak aku tengok dgn mata sendiri, bagaimana sorang bos tu ditengking disebabkan asyik dok mintak ammend surat berkali2. Dialognya begini: "Hah, u nak suruh ammend apa lagi!!Sudah nyer, dek terkejut dgn sergahan tadi. bos tu mintak roti yang dipegang secretarynya...I ..I nak roti tu boleh...Nasib ko ler labu....

4) Suami takut dgn isteri
Ni paling brutal aku dengar sampai pukul memukul...Ikutkan isteri buat laporan suami mendera tapi rela ke suami tu gi buat repot polis bila dia plak di dera?Moral of the story...kaji dulu latar belakang pasangan anda masing2..Kalu cam dalam filem isteriku gangter tu...lupakan lah bior pun lawa mana pon ...

Tuesday, September 20, 2011

MAMPUKAH AKU SEPERTI ITU..

"Jadilah org yg baik n kwn yg baik; sanggup korban, utamakan kwn drp diri, pendam perasaan utk jaga hati kwn, hebahkan yg baik n pendam yg buruk ttg kwn, doakan, maafkan n bantu kwn utk berjaya n berubah jadi positif. Inilah sifat kwn yg ibarat saudara dunia n akhirat". Jom usaha utk jadi kwn sejati.

"BERSYUKUR pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu, bersyukur pada orang yang TIDAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI, bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu... bersyukur pada orang yang MENYEKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu"'

Bila buka fb pagi tadi..terlihat aku mutiara kata2 dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan rakan2 fb yang begitu positif dalam menjalani kehidupan mereka dengan sabar...

Tertanya2 gak aku..boleh ke aku jadi macam ni...Dibuli orang...sabar, dikutuk orang pun sabar, malah dianiaya orang pun harus bersabar..Aku rasa itu bukan aku..bukan aku orangnya yang akan membiarkan orang utk membuli dan menganiaya aku!. Meskipun aku ni anak Abah tapi sifat2 baik Abah tu tak ada dalam diri aku. Aku bukan orangnya yang mampu tersenyum dan berkata "biarlah orang buat kita..jangan kita buat orang".

Aku dah cuba untuk jadi seperti Abah tapi Tuhan menduga aku dengan menurunkan ujianNya. Ni citer lama...tapi kesannya sampai sekarang malah parutnya pun belum sembuh di hati aku.Aku rasa aku tau apa jawapannya mengapa aku masih tak boleh menerima semua ni. Sebab..1st, aku tak penah kacau dia..tapi mengapa dia tergamak buat semua tu pada aku...Kerana tu lah dendam aku tetap terpahat sampai bila2!

Saat ni...aku cuba untuk jadi yang terbaik malah cuma memujuk hati utnuk bersikap positif bila berhadapan dengan manusia2 hipokrit dan yang suka menjatuh dan menikam aku dari belakang seperti ni. Muga Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi..

EL...MAK SAKIT

Semalam..time aku dah hampir sampai ke sekolah Baby, mak call. Katanya dia sakit dan minta dibawa ke hospital. Actually rupanya mak dah menahan sakitnya hampir 3 hari tapi dek kerana takut nak admitted dan menyusahkan anak2..ditahan jugak ler sakit tu.

Tapi semalam..memang dia dah surrender..dah sampai sakit tahap gaban dah...tu yang dia call aku. Untung ler aku baru sampai kat sekolah jer. Sampai kat umah mak...anak kesayangan mak yang menemankan mak baru bangun tidur. Korang just imagine..masa tu kol 7 lebih...

Yang aku hangin tu..dah ler bangun lambat,siap mintak mak tunggu sampai dia bersiap dulu baru kunci pintu umah. Cam bibik lak dibuatnya mak tu! Aku dah hangin satu badan time tu..dah ler mak tu tak dibawaknya ke hospital..suruh tunggu dia kuar sebab tak mau nak kunci umah. SENGALLLLLL!!!!! @ SENTENG !!!!!

At last, aku cakap kat mak..tinggal jer kunci tu pada dia...Tak kan dia nak tengok mak tergolek kat lantai baru dia puas hati kot!! Spesis cam ni ler yang tak ngam idup dengan aku..penting diri sendiri...Dah ler buat mak cam bibik dia..memasak dan tolong bukak gate pepagi untuk dia..tapi bila sakit..pandai plak pass kat aku untuk bawak mak ke hospital!!.Aku tak kisah bersusah payah utk emak...Ini janjiku pada arwah Abah dulu untuk menjaga emak sebaik mungkin dan aku tak kan membiarkan dorang memperkotak katik kan emak yang dah tak berdaya tu.


(Sewaktu menunggu giliran untuk berjumpa doktor pakar jantung di PUSRAWI)

Sunday, September 18, 2011

BERKEBUN KITE WEHHH...

2 hari cuti.. memang aku tak ada aktiviti yang happening melainkan ziarah pusara Abah jer and ziarah cousin aku yang kat Sentul..Kira beraya lagi ler...Kenyang ler makan bubur kacang dan meehun yang sempat dibuatnya walaupun anaknya deman tika tu. Thank you Kak Yang..you always very the debooom!. Lawa ko umah dia walaupun cuma flat. Dia ni kreatif dalam mencantikkan umahnya. Ala Inggeris lagi ko!

Malam plak. ada majlis doa selamat biras aku kat Rawang sebab dorang nak pergi Haji. Aku dengan hubby gak yang belum sampai2 seru sedangkan ni 2nd time dorang ke sana. Abang dia dah sound2 dah...Jangan kejar dunia jer...akhirat tu penting sebagai bekalan...Aku akur..bukan tak mau pergi, memang itu salah satu impian aku. Cuma ada beberapa perkara lagi yang tak settled.

Ahad..Kami plan nak gi kebun kami yang terletak di Gombak..Sajer nak menerangkan semak samun yang dah hampir nak membungkus pokok2 buah2an yang tengah membesar.Kebetulan Abang ipar aku bagi pokok Rozelle utk ditanam..Buat air sedap tau!. Aku amik kesempatan ni utk tanam pucuk manis...Saturday ari tu, kami lunch dengan pucuk manis masak lemak..


(Kena plak ada ikan masin..perghhh!! )

Alhamdulillah..badan terasa ringan dan aku rasa lebih sihat bila selesai berkebun. Peluh yang kuar ni jangan citer ler..dah lencun baju aku..Paling best..kami berkelah di bawah pokok bersarapan..Rasa berselera plak bila sesekali bertukar tempat nih..Idok ler aku makan banyak sebab jap lagi nak menonggeng menanam dan menebas.Puas hati bila tengok kebun aku terang sket..

(Hish..gelojoh nyer anak dara ni makan)


(1st time aku tengok bunga daun kunyit..cantikkk)


(Berselera aku makan dibawah pokok )

Paling aku tak suka bila kebun aku tu jadik tempat pembuangan sampah orang2 kampung yang tak berakal. Kalu aku nampak..aku tanam dia dengan sampah2 tu sekali..bior jadik baja pokok!

SECURITY ALARM MAK YG PALING CANGGIH

Zaman sekarang ni macam2 kecanggihan alat keselamatan yang dijual. Fire alarm ler...umah punya safety alarm pun ada. So..emak aku tak terkecuali meminta supaya dilengkapi rumahnya dengan kelengkapan canggih ni.

Iyer lah..cuba korang fikir..zaman sekarang ni, manusia lebih cerdik buat kerja2 jenayah dari memikirkan buat kerja yg berfaedah. Emak aku ni paling takut bila dengor insiden orang pecah umah..Bukan setakat umah ajer yang kena pecah..kepala tuan umah pun depa pecah sekali! Sebab tu ler dia mengambil langkah berjaya2.

Pintu umah dia depan belakang sumer pasang alarm..Bunyinya jangan kira ler yer..bingit telinga kalu ko sentap pintu dia sket jer..Rasa aku, tu dah cukup selamat buat mak yang masih nak dok umah besor tu sorang2 sejak ketiadaan Abah.

Yang kelakar nyer tu, mak ni masih tak confident dgn kecanggihan alarm tu. Dia bikin alarm sendiri yang rasanya..kalu berbunyi..orang yang pekak tuli pun boleh dengar..Dah tu, alat buatan dia ni dilengkapi dengan senjata yang memang sajer le cari nahas sapa yang menceroboh umah mak aku ni..


Di antara alatan canggihnya ialah spray nyamuk sampai 2 brand ko (Ridsect dan sheltox) Korang pilih ler mana yang mata korang nak kena sembur dulu!.Kalu penyamun tarbus tu ada senjata..mak aku pun ada pertahanannya jugak..ko nampak tak talam dan juga tray tu. Aku rasa mak gunakan sebagai perisai..Wakaka...


Tak cukup tu..kalu korang nak sial 44 hari..meh ler try penyapu dia..tak dia hempok kepala korang...sajer ler!. Yang paling kejam aku rasa..penyepit kain tu..Hah..tu bukan sajer2 letak kat situ buat pameran okay!. Yong aku dah penah mengalami kena sepit leher dia dengan penyepit kayu ni. Tu gara2 kenakalan adik aku yang setengah toing tu. Memang berbekas leher dia mengalahkan "love bite" lagi ler. Sampai menangis yong tu dikerjakan dengan sepit kain tu..Bukan satu tapi penuh kat lehernya!.


Tu nasib baik ler Abang dah besor..tak main lagi keta control mainan dia. Kalu tak..mesti mainan tu pun jadi mangsa perangkap mak gak.. Anyway, mak aku ni kira very the creative gitu, So kalu sapa2 terfikir nak menziarah dia expecially tengah malam..make sure korang bagi salam dulu yerk..Bukan apa, takut korang jadi mangsa jerangkap samar dia.

Friday, September 16, 2011

BABY DAH MERDEKA

Exam untuk UPSR dah pun berlalu hari Rabu lepas..bukan Baby jer lega..aku pun kut lega. Mana tak nyer, aku cam tak senang duduk memikirkan apa ler yang ditulisnya..Btul ke atau dia main cong jer jawab kertas soalan tu.

Habis jer exam tu...dia tuntut janji aku ari tu. "3 hari ni jer suffer baca buku..peh ni sok, baby nak main game sampai lebam pun mama tak kisah". Hah! memang dibuanya betul2 ko!. Dok terpacak kat kerusi depan komputer main game merapu dia tu sampai pukul satu pagi pun aku tengok mata dia makin malar segar! Tu pun aku ugut dia nak tutup suis lampu bilik kalu tak...mau jadik tugu kat situ sampai pagi. Kira kes balas dendam ler ni.

Aku sebenarnya takut gak nak check paper dia tapi gatai gak tangan aku. Dalam senyum2 melihat jawapan dia..terkejut siamang aku tengok. Lor..ko biar betul Babu oi! dalam sibuk jawab soalan ..dia sempat melukis gambar kartun lagi kat paper tu! Bila ditanya..jawabnya nak ilangkan stresssss...



Banyak ler stress dia..stress aku ni camner??.. sempat ke tak menjawab soalan kalu dah sebuk melukis kartun plak...!

Wednesday, September 14, 2011

OPEN HOUSE FOR NADI


Raya dah masuk hari hampir 2 minggu dan kami masih dalam suasana beraya lagi. Buktinya...pejabat kami hari ni mengadakan rumah terbuka bagi staff2 nya. Menu utamanya ialah nasi beriani dan staff juga diminta bawak bekalan masing2 stail port luck ler gitu!.

Menu aku kali ni ialah rojak buah..Honestly, tu bukan ler aku yang buat but my sister inlaw yang memang pakar dalam membuat kuah rojaknya. Ingat hati nak tapau sket bawak balik tapi tinggal bekas jer!. Ni kalu buat bisnes nih...laku beb!

Makanan memang tak terkira banyaknya tapi alhamdulillah tak terbuang langsung. Yang tak habih tu depa tapau balik umah. Aku yang sibuk dengan auditor tak de masa nak membungkus...bila sumer dah settled...makanan kat pantry tu dah "bersih". Tak per lah..janji dah rasa serba sikit makanan dan juadah yang terhidang tadi.



Sempat gak ler berposing sakan..masa tengah menyediakan makanan dan time makan tu. Sajer buat kenang2an hari tua sok..Ngehhh!!.Actually depa buat tema baju sumer plain tapi aku ubah fikiran di saat2 akhir sebab rasa dress plain aku yang white colour ni cam pengantin nak nikah jer rupanya. Sowey ler kengkawan yek...spoil tema you all..Tapi owang lain pun ada gak pakai baju bebunga kannn...

Monday, September 12, 2011

TODAY BABY EXAM!..GOOD LUCK TO YOU

Kalaulah korang dapt lihat keadaan jantung aku ni..tak tau ler nak digambarkan camner rupanya. Dah tak normal dah dengupannya...Ni gara2 Baby ler. Today 1st day baby exam..hari ni paper pemahaman dan penulisan..

Yang buat aku gabra tu bukan apa..tengok dia manjang cool ajer..siap main kucing..main anak patung...nak dimarah karang, terganggu lak emosinya.Masa ni lah baru dia nak prepare beli pensil 2B ler...walhal aku dah ingatkan dia..buat preparation awal. Ada gak yang tercicir lagi..


Masa hantar dia kat depan sekolah tadi, hati aku tetiba plak sebak...Berkali2 pesan pada dia..buat betul2..Aku yang beria2 menangis sedangkan dia buat buat sardin cam ayam.


Gitulah kalu dah jadi mak kan..Anak nak exam..kita yang kalut lebih. Apapun..hanya doa yang mampu aku bagi mengiringi langkah dia ke sekolah hari ini. Good luck sayang..Muga impian mama dan ayah akan jadi kenyataan suatu hari nanti.

Sunday, September 11, 2011

BISNESS ONLINE....


Aku ni bukan ler berjiwa bisness cam sesetengah orang tapi teringin gak nak membuat dua atau tiga pekerjaan daam satu masa. Bukan ler kerja terok pon cuma..aku ingat nak aktif semula dalam bisness online aku yang dah lama zzzzzzzzz.


Before this, aku bz dgn kerja dan future study aku. So memang tak memang tangan untuk buat semua benda2 tu. Minta tolong adik aku..dia ni bukan jenis yang bisness punya kaki.


Tentu korang nak tau kan..apa ke bisness yg aku buat tu?? Jeng! Jeng! Jeng!Macam aku yang suka pada kecantikan ni of coz ler bisness aku pun menjurus ke arah tu gak...Contact lens okay...Harga yang aku jual ni pun berpatutan..


InsyaAllah ada masa nanti aku update blog aku http://stylishgeolens.blogspot.com yer. Ada macam2 jenis contact lens keluaran terbaru yang cantik2...aku pun teringin gak nak mencuba pakai..

NAZAR DARI BABY UNTUK UPSR NYER..



Esok bermula ler pertarungan baby dalam UPSR nyer. Nampak relax jer..aku pun heran sebab aku yang lebih gabra dari dia. Masa nak gi umah mak semalam pun, aku paksa dia bwk buku bior pun sekejap jer nak singgah. Ikutkan masuk toilet tu pun aku suruh dia membaca gak..Panic punya hal ko!



Dia..aktiviti dia biasa ler..bangun tido..tengok dulu citer kartun..Aku ni dah letih membebel..pakal ler gigi aku ni tengah ngilu semedang nih..Kalau tak, mau tercabut telinga dia dengar omelan aku yang cam bertih!.

Kalau dengarkan azam dan cita2 tu..mak oii!! nak masuk asrama ajer...Target dia nak masuk Sek Men Tunku Kursiah and the second choice tu Sek Men Seri Puteri kat Putrajaya tu..Tapi tengokkan cara dia membaca buku cam orang baca komik..risau aku lerr..Asrama entah...tapi asmara kot...baca buku kejap tapi berangan lebih!



Paling trajis tu..masa melawat pusara Abah..baby siap cakap kat atuknya...Tok..doakan wawa dapat 5A yer. Kalu berjaya..wawa sedekah RM100 kat masjid dan pahalanya wawa sedekah kat atuk...Baguih ler nazar dia tu..tapi bab RM100 tu sure bukan dari poket dia...ayahhhh jugak!Tak pe lah ..asalkan niat nya baik.

Tapi aku remind dia gak..Jangan harapkan doa dari orang jer..Usaha dari diri sendiri tu lebih penting...Solat hajat sudah...berdoa pun sudah...hanya tawakal padaMu ya Allah...terangkanlah hati puteriku...Semuga dia berjaya mencapai impiannya.AMIN..

SENGAL PUNYA BUDAK!

Panas! Panas! Panas!Memang aku tengah hangat hati ni...Nasib baik ler budak tu tak de depan aku...kalu tak dah lama aku sound dia...Sapa dia yang memandai mengarahkan anak aku ke sana sini tu!

Aku bagi kereta untuk kemudahan anak aku tu berulang alik ke kolej dia..bukannya bawak malaun mana yang tak tau asal usul tu. Dah la menumpang keta orang..senang2 jer mengarah anak aku ke sana sini. Ingat dia tu driver cabuk ko ker??

Kalu dah teringin sangat nak naik kereta..suruh jer mak bapak ko beli sendiri!. Jangan nak berlagak atas reta orang plak.. No wonder ler..manjang sibuk jer anak bujang aku ni...rupanya entertain malaun sekor ni.

Untung ko aku tak de sana..kalu tak, aku clorox bersih ko tu..Anak sapa ler yang tak sedar diri nih...Umur baru setahun jagung...dah pandai nak membuli orang. Ko tu bukan kena mengena pun dengan anak aku mahupun family aku..

Make sure aku tak dengar lagi ko dok menebeng keta anak aku yer...Kalu rasa nak menghambakan orang tu...cari ler kuli batak lain selain anak aku!

Saturday, September 10, 2011

ALAHAI ANAK OMAK...

Hujung minggu ni biasanya jadual padat ler dengan rumah terbuka sana sini ...Memandangkan hari Jumaat tu aku MC so best friend aku ni siap2 telefon aku bagi reminder suruh dtang umah dia Sabtu sebab dia buat makan2 utk rakan2 rapatnya. Aku ni memang beria2 berjanji tapibila sampai masanya ..hubby aku plak buat perangai tak mau pegi! Baby nak exam next week ...you ada hati lagi nak gi open house??? Ayoo ! terkesima aku dibuatnya bila soalan maut camtu ditujukan pada aku. Fikir 2 balik...emak cam ner ler aku ni kan...Anak nak exam...aku leh senang lenang gi open house sana sini...Dengan rasa berat hati, terpaksa ler aku call kawan aku si Rose ni. Tak kesampaian nampaknya hajat aku nak ke rumahnya. Sudahnya..seharian kami bertanggak di Library kat Jalan Tun Abdul Razak tu menemankan Baby mentelaah. Ikutkan aku suka di dia membaca kat umah jer..tapi baru 5..10 minit dah terliuk cam pokok nyok kat sofa tu!. Tu yang buat hubby aku bawak dia kat sana tu. Tu le dia anak2 sekarang..nak study pun..mak bapak kena temankan. Aku dulu..Abah dan mak lena jer..tak de pun dok beria2 macam yang aku buat sekarang kat anak aku ni. Yang mak aku tau..asyik2 warning aku...Kalu tak lulus ...sapa jer masuk minang ..aku kawinkan kamu! Buat nya yang masuk minang tu sebaya umur dia..tak ke haru dibuatnya... Apapun...doaku muga bebaloi usaha aku dan ayahnya untuk melihat dia dan abangnya berjaya mencapai cita2nya satu hari kelak. Tak ada harta yang lebih bernilai yang dapat aku berikan selain dari ilmu yang kekal berkekalan sampai bila2.

Tuesday, September 6, 2011

TAK SAYANG BARANG LANGSUNG

Baru Ahad hari tu...berpisah dengan Abang sebab dia nak balik Kolejnya di Kuantan semula...Selasa dah sms aku dengan nombor handphone lain. Rupanya dia nak bagi tau hp dia rosak.

Detail ler cara penerangan dia tentang kerosakan kritikal hp nyer tu!. secara tak langsung..dia nak bagi tau aku yang "beli ler baru"!. Bebudak sekarang ni..tu ler dia!..tak reti nak menjaga barang langsung. Masuk kali ni jer..hp dia dah bertukar berapa kali dah. Aku yang tukang kuar duit pun tak macam dia bersilih ganti menukor hp.

Mulanya memang aku ingat nak dengar gak cakap ayahnya. Tak usah beli hp baru lagi..bior dia tau susah sket! Tapi kesian gak...hp tu dah macam keperluan pada dia. Tak kan ler aku nak suruh dia menebeng kat orang plak meminjam.

Tu ler dia kasih emak pada anak kan...Tak tau ler aku..kalu aku dah tua sok...macam ni gak ke layanan dia pada aku atau...Hish! minta dijauhkan benda2 yang tak baik tu.. nanti ler yek...mama tengah survey hp nih...

RAJUK TAK LAMA MANA PUNNN...

Baru semalam aku buat post pasal hubby aku merajuk kan...Disebabkan dia masih monyok cam tikus mondok so..aku rasa memang tak ada sudah nyer citer kami ni. At last..malam semalam aku suruh Baby tepon ayah dia kat office kata mama ajak dinner kat luar hari ni.

Nak jadikan citer dia setuju..Elehhh!! memamng dia tunggu aku ni pujuk dia kot...Menci arghh!!Tapi tak per..sebab aku rasa bukan aku yang kalah dalam soal ni bahkan aku rasa menang sebab berjaya melembutkan hati jantan yang keras tu...Desprado yang gediks tu pun tak berjaya membuat dia berubah fikiran tapi isterinya ni....sekali ketik ajer..cairrrr bebbb...!

Tu ler kuasa seorang isteri anugerah yang diberi Tuhan kan...Anyway thanks gak buat Baby yang berjaya menyatukan kembali mama dan ayah nyer...

Monday, September 5, 2011

MERAJUK ORANG TUA...



Merajuk? Euuwwww! kalau yang merajuk tu bebudak kecik..ok ler tapi cuba korang bayangkan kalu orang tua merajuk. Hendak pulak orang tua tu...lelaki..Merajuk bukan alang kepalang punya merajuk ni. Tinggal tak angkut kain baju dan balik umah mak bapak dia jer...

Yang tengah merajuk ni bukan ler orang lain...teman aku tidur sebantal wehhh....! Citer nyer bermula, bila tayar motor dia pancit Sunday lepas. Masa tu sibuk plak ngajak aku gi kedai motor dengan keta. Aku cuma cakap yang hari minggu ni mana ada kedai motor yang bukak..tu ler punya dia muncung jer dengan aku sampai sekarang.


(Cam ni ler aku...tiap kali dia merajuk)

Bukan setakat merajuk jer tau..siap mogok lagi...Mogok lapar dan mogok bercakap!. Mula2 dulu, kalu dia merajuk tu..memang ler aku pujuk tapi lama kelamaan cam naik lemak plak dah! Dah tu, asyik aku jer yang memujuk...yang tak sedap tu..kalu aku yang merajuk...sendiri pujuk hati sendiri tau..dia tak kan pujuk punya ler!

So..it's time for me to give him a lesson...Dah tak kuasa aku nak melemaukan hubby sorang ni...Anak aku pun tak merajuk cam ni punya terok..Aku cuma nak tengok, berapa lama dia boleh bertahan nak merajuk lama2 tu...

(You dont want me to turn green like this..dont you?)

Sunday, September 4, 2011

1st DAY KERJA...AFTER RAYA

Dah seminggu raya...kenyang makan lemang dan kuih raya..(tak gak gemok2s!) maka diistiharkan hari ni adalah hari mulanya mengadap kerja yang ditinggalkan. Rindu aku nak mula kerja beb!. Aiks!...bior bebenor..Yup! aku serius ni...

Seminggu di umah adalah hari2 yang meletihkan sebenarnya bagi aku..Korang lain ler ler melenjan baju raya jaln sana sini...Aku?...paling tdak pun raya umah abang dan kakak ipar kat rawang dan Bukit Beruntung jer. Tu pun tak enjoy mana...

Hari ni..dengan penuh semangat..aku nak mulakan kerja di saat2 orang lain masih dok bercuti lagi mengabihkan serbuk2 kuih raya depa. Kalu company aku sendiri ni..dah lama kaya raya aku yeop! Maklum ler..rajin kojer!...



Apa pun..walau kita tak bekerja dengan company sendiri tapi korang kena ingat..wang gaji yang korang terima tiap2 bulan tu bior setimpal dengan kerja yang korang buat...kalu tak...sendiri fikir ler yer.

Sebelum mula koje ni...Selamat Hariraya untuk semua blogger dan pembaca...Akak nak mula koje ni...

Saturday, September 3, 2011

BILA HATI DAH BENCI...

Ni pendapat peribadi aku lerr yer..tak der kena mengena hidup atau mati dengan sesapa pun..Kome terasa..nasib lerr yer...

Alam rumahtangga ni memang indah terutama yang baru jer berkahwin...Tapi korang pun biasa dengar kan..usia perkhawinan tak sampai 5 tahun..dah bercakau sana sini..tak ada persefahaman..Sebenarnya time ni ler kuar sumer 'true colour" masing2..

Masa bercinta, suara tu kalu boleh kepit, kepit lagi..bior kasi mersek gitu. Baru kawin...tak rasa lagi masalah asam garam perkahwinan..okay ler lagi...Dah lama peh tu...tak der nyer ko dengar mersik lagi suara tu...kalu laki atau bini dia dah buat perangai...Masa bercinta..kentut pun bau perfume (branded lagi) tapi kalu dah benci tu, ko mandi minyak wangi pun dia kata bau longkang!



Bagi yang tak sabar tu....runtuh ler mahligai yang dibina. Janji sehidup semati dah bertukar kepada "pergi ler Mati"!Kalau dulu, sanggup hutang kawan untuk membahagiakan pasangan tapi bila dah bercerai berai, duit nafkah pun tak reti nak huloq mai..

Pengalaman sekeliling banyak mengajar aku utnuk menghargai erti sebuah perkhawinan apalagi jika ianya didirikan atas dasar cinta. Biar badai melanda setinggi mana pun, cubalah bertahan sedaya mungkin kerana kemanisan sebuah perkhawinan itu akan tercipta disebalik ujian demi ujian yang ditempuhi...

TENGAH MUSYKIL NIH...

Musykil! la Ana musykil satu perkara....Sebelum cuti raya...dapat gaji awal...dapat financial rewards lagi tapi hairan bin ajaib itu wang sudah hilang kemana ya???Dapat macam air....dia keluar pun macam air juga...

Tu ler akibat tak menyedorkan diri bila berbelanja...aku orang yang terror bab budget ni pun tewas gak...Tapi fikir balik tak jugak...aku tak gunakan untuk keperluan sendiri tapi benda2 lain yang masa ni lah dia nak pakai duit pulak...Menci tau! Macam tau2 jer...poket aku penuh..time tu lah ada jer benda nak dibayar dan kena bayar...

Sekarang ni dok risau..bulan masih awal...mmmphhh poket udah hampir kering...ada toyol ke yang ngambik duit teman ni...atau aku salah letak ker?. Sekarang ni..nyesal tak sudah sebab tak rekod duit aku kuar masuk. At least nampak ler apa menatang yang aku beli selama ni yang menyebabkan duit aku habih.

Perkara yang paling aku tak gemor nak buat ialah mengecek duti hubby aku...Dah 18tahun kawin pun..aku malu nak mintak duit dari dia...Tapi aku bagi hint jer lah kat dia yang aku dah kering sekarang ni...Harap2 dia faham...jangan buat2 terkejut beruk udah yer...

Uwahhh!!! nyesal teman tak amik "gedeban" ari tu..Kononnya tak nak sakit mata tengok slip gaji teman ada deduction. Rasakannnn (Cakap pada diri sendiri).

EGO TU BIAR BERTEMPAT

Aku benar2 tak faham dengan sesetengah sikap manusia di bumi Tuhan ni yang ego semedang.Nak kata dia tu berada dalam stage yang 'high class" tak gak..Biasa2 ajer tapi lagak dia mengalahkan orang besor2.

Nak datang umah pun nak buat appointment dulu...Apa2 hal kena report kat dia dulu...kalau tak alamat ler ego dia tu naik temperature nyer..Aku tak faham sebab tiap kali dia buat kepala angin nyerr..tiap kali tu gak dia akan datang minta maaf seolah2 tak ada hati yang terluka dengan sikap dia yang suka meroyan tak tentu pasal tu.

Ikutkan..apa lah sangat kedudukan dan statusnya tapi lagaknya tu mengalahkan dia orang penting yang perlu didahulukan dalam segala hal. Yang peliknya tu...dalam keadaan yang tertentu...dia cepat plak menyerahkan "tanggungjawab" yang sepatutnya dia pikul kepada orang lain..

Aku cuma nak cakap kat sini..kesabaran aku ada batasnya...Jangan sampai ego dia tu memakan diri sendiri..Bagi aku..orang yang perlu dihormati adalah orang yang tahu menjadi peradaban diri bukan nyer orang yang egois tapi sebenarnya dia tu NOTHING!!!!

OTAKKU BUNTU....

Dah lama "bercuti" dari merapu di blog aku ni..otak pun jadik jammed tak leh nak fikir apa yang nak ku coretkan lagi di sini.

Ni mungkin bahana terlalu makan kuih raya banyak sangat kot. Iyerr ler kan..udah boring dok umah..tengok tv..Pun hampeh dot.com sebab citernya tak habih2 citer pasal mat rempit. Macam nak mengalakkan remaja meniru aksi tak bermoral tu jer.

Aku tak ler kata semua yang bermotor tu mat rempit cuma segelintir yang tak bermoral dan melakukan jenayah tu yang aku setuju cara dorang. Tah apa yang dimegahkan bergelar mat rempit tah!

Tah naper terasa rindu plak aku kat office..Kelakar kan bunyinya? Bila tak der cuti..sibuk belek kalendar kuda..bila nak cuti...dah diberi cuti panjang...bosan ler pulak. Sebenarnya kami plan nak balik Perak untuk menziarahi pusara opah dan Tok di sana tapi ipar duai aku dari Ipoh mali datang pulak ke rumah..

Next week..kami adik beradik akan berkumpul untuk urusan pembahagian harta pusaka arwah abah yang berupa rumah2nya dan wang simpanannya. Tak yah ler aku bagi tahu..apa atau berapa yang akan kami adik beradik dapat.cuma yang dapat aku katakan aku cukup terkejut
bila mengetahui Abah menyimpan wang semata2 untuk bekalan kami adik beradik.

Benarlah apa yang ditulis dalam diarinya dulu yang dia tak mahu anak2 mewarisi kemiskinannya.Sebab tulah Abah berekad menyimpan wang untuk anak2nya sebanyak mungkin....

Apa pun..terima kasih Abah...Tak ada kata2 dapat aku ucapkan sebagai tanda terima kasih. InsyaAllah kami akan gunakan sebaik mungkin pemberian abah tu...

Friday, September 2, 2011

BORING NYERRRR....



Rata2 yang raya sumer balik kampung..aku ni nak balik kampung pun dah tak de selera memandangkan yang tinggal kat kampung tu tinggal yang tak berjenis jer...Datuk..Opah pun dah tak der lagi.

Dapat hubby plak dah lama berhijrah ke sini...kakak ipar aku pun kira dok bandar gak..kat Ipoh ..so tak ada maknanya raya kat sana..boring nyer sama gak dengan raya kat KL ni. Lagi pun..emak tinggal sorang..adik2 balik kampung mertua masing2 selepas raya perrtama. Tak sanggup rasanya aku tinggalkan dia sorang2 di rumah nyer tu.



Cuma aku gunakan masa yang ada ni untuk mengemas rumah, membasuh pakaian Abang yang ber beg2 tak basuh!.Bertuah anak bujang sorang ni..!Ingatkan balik ni dia dok umah..rupanya asyik kuar jumpa kengkawan lamanya. Bila aku merajuk dia tak lekat di rumah...baru ler nampak batang idung nyer. Tu pun sebab kengkawan dia balik kampung.