Tuesday, November 30, 2010

WANITA TANPA MAKE UP..


(Korang kenal tak sapa ni?...?)

Make up atau solekan merupakan "makanan" bagi sesetengah wanita. Ianya merupakan perkara yg wajib dan semacam pakaian bagi mereka.

Kata sesetengah orang, make up ni semacam "sihir" yg boleh merubah seseorang dari muka yg ala2 jer kepada rupa yg cantik. Cubalah korang fikir...hidung kembang semangkuk pun boleh tirus cam tanduk..Pipi yg tembam pun boleh dikuruskan. Pendekkata, apa pun boleh jadi.



Apa yg aku nak tekankan di sini ialah tentang make up sesetengah orang yg agak over sampai bedak ajer 1/2 inci. Mesti nak cover jerawat tu kann..Tu belum lagi masuk bab blusher yg merah menyala.

Sebenarnya make up tu tak salah pun tapi jgn ler sampai dilihat serupa cam badut...Alangkah eloknya kan...kalu kita ni tak perlu langsung pakai make up dan pergi keluar bekerja dengan muka natural beauty! Masa tu, korang tengok ler muka yg make up sekati tu..mesti cam baru bangun tidur...tanpa bedak, tanpa blusher dan paling penting bulu mata palsu korang tu yg tak penah tinggal!

Paling manis kalu makeup hanya untuk hubby sendiri kan?

Monday, November 29, 2010

AKU NI SECRET ADMIRER KO KE?

Eissskk tak malunya! Dalam diam2...dia memerhatikan aku malah merisik khabar. Cam angau ler plak kan..atau dengan kata lain cam orang giler talak gitu...!!

Dah kena sound kaw kaw dengan aku pun tak cukup lagi..ada hati ko nak memerhatikan aku dari jauh tu.. Ko nak hide FB ko tapi ...amboiii dalam diam2 ko baca blog aku kan? Aku ni kalu ko nak tau tak berminat langsung dgn blog ko yg cam childish tu..tak yah ler nak hide2 segala mala. Loya tekak aku baca blog orang perasan cam ko tu..

Aku ni susah nak membenci manusia. Tapi kalu aku dah benci..mesti bersebab. Tak giler aku ni nak marah orang tanpa sebab munasabah! Sikap ko yg hipokrit tu benar2 menjengkelkan aku..Usahkata nak tengok muka ko kat FB..dengar nama ko yg pelik ala nama Jawa (Memang ko made in Jawa pun kann)tu pun aku tak sudi! Kalu boleh biarlah ingatan aku tentang benda2 yg melibatkan ko hapus sama sekali.

Amaran dari aku yek...Jangan cuba2 nak "mengintip" pergerakan aku...Jaga je laki ko yg tak berapa hensem tu..jangan sampai dikebas orang sebab ko kan penah buat keja camtu so tak mustahil benda tu jadi kat ko...

BANGSA MELAYU YG TERCABAR



Amatlah menyedihkan bilamana bangsa melayu menidakkan ketuanan bangsanya sendiri!Sesuatu yg amat memalukan bilamana bangsaku sendiri menafikan hak2 keistimewaan orang melayu dan menolak institusi kesultanan melayu.

Benarlah kata kata Tun Mahathir, Melayu Mudah Lupa!. Lupa pada sejarah yg memartabatkan bangsa melayu...lupa pada keagungan bangsa sendiri! Malah hanya berpeluk tubuh bilamana bangsa lain menginjak2 maruah bangsanya.Orang beginikah yg digelar "God send the Leader" yg akan memimpin kita? Jika maruah bangsa sendiri diinjak2 malah mahu terus dilenyapkan dari lipatan sejarah..



Orang yg sebegitu tidak patut digelar sebagai pemimpin kerana jika dia berani mengadaikan maruah bangsanya sendiri demi kepentingan dirinya..maka tak mustahil dia juga akan bertindak lebih jauh dari itu jika berkuasa kelak!

Sama2lah kita memperjuangkan maruah bangsa melayu dari orang2 yg hakikatnya buta sejarah seperti ini. Semuga kata2 hikmat Laksamana Hang Tuah "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" kekal selamanya. HIDUP MELAYU!

Sunday, November 28, 2010

ETIKA DALAM BEKERJA.

Profesion sebagai accountant, guru,doktor dan sebagainya tu dianggap pekerjaan. Begitu juga mereka yg terlibat dalam dunia seni..tak kira le dia penyanyi, pelakon atau apa sahaja yg terbabit dgn seni. Dalam pekerjaan ni, memang kita punya satu peraturan yg dipanggil etika dalam pekerjaan.

Bagi kami, golongan yg bekerja ni, perlu mematuhi etika tersebut. Jika terdapat pekerja yg melanggar etika tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib seterusnya akan dipecat dari jawatan yg disandang. Namun sedarkah kita...etika pekerjaan tersebut agak longgar di kalangan anak seni terutaman pelakon dan penyanyi di negara kita ni.

Sebagai seorang artis, mereka merupakan idola dan ikutan ramai dan seharusnya menonjolkan imej yg baik. Tetapi apa yg kita lihat sekarang, sebilangan artis kita
mempunyai kes penyalahgunaan dadah,gangster,mencuri dan berbagai isu keruntuhan moral lagi.Jawapan yg diberikan oleh artis jika ditanya jelas menunjukkan mereka tidak rasa sedikit pun bersalah atas apa yg mereka lakukan. Yang jelas tiada tindakan ke atas mereka yg jelas melanggar etika pekerjaan ini. Seharusnya mereka diberi amaran dan tidakan susulan diambil sekiranya mereka masih melibatkan diri dalam gejala2 negatif seperti ini.

Sikap pilih kasih tidak perlu ada dalam sektor pekerjaan apa pun! Ini akan dapat menjaga imej Syarikat seterusnya nama individu itu sendiri.

SHOPPING YER...

Hubby aku baru balik semalam dari Kodiang Kedah...For your all punya info, dia naik kereta Abang dia. aku fikirkan balik tu..biasa ler bawak baju kotor ler kan! Rupa2nya..hah ko! dia siap shopping gi sana. Dengan tempayan, dengan replika utk taman Bali (tiang yg kuar air cam ala2 Bali tu ler) semua dia angkut..Paling aku suka! cam dia tau2 jer kan, replika itik 2 ekor lagi! Sayang you...

Bila aku tanya...Abg you beli apa...Cepatnya dia jawab..Duit dia dah habih kawinkan anak..tak beli apa pun.. Dalam hati aku...mana dia nak beli barang..dah ko penuhkan bonet keta dia dengan segala tempayan mak datuk...dah cam citer 40 org penyamun..

Sebenarnya hubby aku ni tengah excited nak buat kolam taman Bali..tak ler besor tapi cukup ler utk jadi hiasan kat depan rumah...Tu yg nak buat cam ala2 air terjun mini.Memandangkan kat Kodiang tu pasu2 tu murah katanya lah...dia pun beli ler...Semalam tak tau ler pukul berapa dia tidur..sibuk buat lakaran kolam ikan.

Mendengar deruan air di laman rumah tu sebenarnya salah satu cara terapi minda gak tu. Rasa tenang...damai jer...tak caya? cubalah..

Saturday, November 27, 2010

OWHH..NO!


Berpeluh dingin aku! Antara percaya dengan tidak! Tak tau samada berita ni buat aku gembira ke atau entah apa perasaanku tika mendapat berita ni. Lately ni ..badan aku selalu rasa tak sihat...kerap pening dan baru2 ni deman plak.

So, hubby aku suggest pergi klinik untk check apa sakit aku ni sebenarnya. Doktor beritahu tekanan darah aku rendah..Dia check mata, perut..tah apalagi ler..At last suruh aku test urine. Yang aku heran tu, dia senyum jer tengok muka aku dgn hubby..Sebenarnya you ta sakit apa pun cuma pembawaan budak jer...Hah! mak datok! budak? Budak mana pulak?? Dnt tell me that I'm pregnant doctor! aku bagai tak percaya bila doktor tu mengangguk.

Hubby aku seronok bukan main..Ok ler tu Hani..anak kita 2 orang jer..lagipun baby mesti suka bila you bagi tau dia berita ni. Aduiii !!!biar betul..takkan umur cam aku ni nak pregnant lagi? Mula ler terbayang dalam kepala hotak aku ni, suasana dalam labour room tu..Arrrgh..mest terkejut beruk ler kengkawan ofis aku bila tau aku pregnant!Yang nak pregnant, tak gak pregnant2! Aku yg dah ada anak remaja 17 tahun..pregnant lagi???

Balik dari klinik, hubby ajak aku beli baju untuk new baby..katanya baju baby dulu we all dah dermakan semuanya. Masa pilih baju baby tu..hubby aku memang ceria sangat..kejap2 tanya Hani..baju baby ni okay tak? Aku yg cam tak de mood dan masih dalam keadaan shock hanya menganggukkan kepala..

Masa aku tengah termenung memikirkan kata doktor tu..tetiba terdengar aku dipanggil lagi...Hish!apa lagi hubby aku ni! Hani..bangun jap...you rase I perlu bawak berapa helai baju yer? Baju?Astagfirullahhhh...rupanya hubby aku dok tengah mengemas baju yg nak dibawa ke Kedah utk menghadiri Majlis perkahwinan anak saudaranya. Aku terlelap di sofa kerana keletihan mengajar Abang.

Ni semua gara2 staff ofis aku kecoh ari tu pasal isu pregnant sampai terbawak2 dalam mimpi aku. Fuhhh! kalu betul ler aku pregnant...mau masuk buletin company nih! Keh! keh! korang yg memabaca blog aku ni..mesti terkedu kejap kan...

Sowey ler baby yerrr...Mama rasa bior ler baby jadi anak bongsu mama yg terawal dan terakhir...sok tak de chance nak dok bawah ketiak mama lagi

Wednesday, November 24, 2010

SALAH SANGKA

Ari ni walaupun aku cuti tapi baru aku perasan yg hubby aku jarang ada kat umah...Kalu ada pun, dia banyak diam dari bercakap..Lorr! apalagi yg tak kena ni? Tak kan dia merajuk bila aku tak nak dia hadiahkan aku rantai emas semalam?

Hish..berapa kali ler aku nak cakap..Kot ia pun offer ler hadiah lain..Aku ni tak suka emas! Kalu beli pun, aku jarang pakai dan aku simpan dalam safety box tu wat per..Bila dia tanya aku nak apa, sekali lagi aku blurr! Tak prepare plak nak jawab soalan cepumas cam ni...

Masa makan tengahari tadi, aku slow talk dengan dia. Aku explain ler bukan aku tak expreciate dengan hadiah yg dia nak kasi tapi semua tu tak penting bagi aku..Yang penting ...dia selalu ada dan setia pada aku...

Sapa kata I merajuk nie...I saje nak bagi you rehat..tak mau ganggu you. Rupanya dia tengok aku keletihan mengajar Abang. Hampeh dot com! penat jer aku mengarang ayat...

DAH BESO DIA..

Dari pagi membawa ke petang...tak jugak terfikir keputusannya...apa yg aku nak beli untuk present anak saudaraku si Naufal Firdaus ni yerk. Nak beli alat mainan cam kereta..aku rasa dah boleh bukak kedai mainan dah dia sebab lengkap dengan lori, keretapi,kapalterbangnya di beli oleh kami auntie dan unclenya masa birthday dia before. Tu pun kata adik aku, ada jer yg cacatnya permainan tu dikerjakannya.

Ingat nak beli buku cerita..tapi aku tau dia ni bukan cam abangnya Naim yg gemar membaca buku. Puas dah aku tengok kat internet..tengok kalu2 ada mainan yg sesuai..hampeh!

Tak pe Naufal..sekarang ni main ler puas2. Sok dah besar cam Abang Acap tak leh nak main beria2 ..tu pun kalu gi jalan kat mana2...ada ati lagi tu nak mintak kereta control ler , kapal terbang control ler. Mungkin sebab dia tau, mama dia ni tak sampai hati bila tengok dia buat muka seposen dia tu.

Monday, November 22, 2010

BERMULA PERJALANANNYA...

Hari ini, Abang memulakan examnya dengan kertas Bahasa Melayu.Aku bercuti kerana ingin bersamanya memberi semangat. Aku tahu..meskipun dia seorang anak yg telah meningkat dewasa namun disudut hatinya masih memerlukan ibunya untuk memberi semangat kepadanya. Ini di antara hari2 yg sukar untuk dilaluinya dan aku harus ada disisinya.

Walaupun begitu Abang tetap tak mahu aku menghantarnya ke sekolah. Mungkin dia tak mahu melihat aku menangis seperti mula2 dia mengambil UPSR dulu. Apapun, aku tetap menghantar Abang hingga ke muka pintu dan melepaskannya dengan doa dari seorang ibu, muga Abang dipermudahkan Allah segala urusannya ketiaka exam nanti.

Semasa sujud solat Subuh, terasa diri ni amat kerdil mengadap Ilahi. Aku mohon agar Allah mendengar doa dari seorang Ibu....yg tak akan berhenti berdoa untuk kesejahteraan anak2nya.

Sunday, November 21, 2010

ANNIVERSARY

Diam tak diam dah 18 tahun usia perkhawinan aku. Satu jangka masa yg kukira agak panjang juga. Sepanjang 18 tahun usia perkhawinan kami, secara keseluruhannya aku bahagia dengannya..Bukan mudah untuk melayari bahtera perkhawinan yg benar2 mencabar ibarat seperti kapal ditengah lautan. Ada masanya kapal dipukul badai..semua itu bergantung pada nakhoda kapal untuk mengemudinya.

Dalam pada itu, aku bertanya juga pada diri sendiri. Sudah sempurnakah aku menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri? Lengkapkah sudah kasih sayang dan perhatian yg sepatutnya kuberikan buat suami tersayang?.

Suamiku...

Aku ni wanita yg diciptakan serba kekurangan. Sekiranya ada kesilapan dan kekurangan yg tercalar di matamu, bantulah aku untuk menjadi insan yg sempurna di matamu. Terima kasih kerana menjadi suami yg sering memberi semangat dan kekuatan untuk diriku. Semuga kita saling melengkapi antara satu sama lain dan membina kebahagiaan yg tiada penghujungnya..

LAGU KU ADA KAMU – ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

DEBARAN KIAN KUAT....

Jantung aku berdengup lebih kencang ..lebih dari biasa! Malah dengupan ni buat aku tak selesa nak memulakan tugas hari ni. Duduk salah berdiri salah...Cam ibu kucing hilang anak jer rupanya...Nak tau nape?

ESOK!! SPM bermula..Di mulai dengan Kertas Bahasa Melayu tu.Jangan terkejut plak yer..Bukan aku amik peksa SPM sekali lagi tapi the only one anak bujang aku ni akan menduduki peperiksaan esok..Yang herannya tu..dia relax jer bila aku remind tentang exam esok..Aku ni yg cam nak tercabut nyawa memikirkan apa nasib dia esok..Boleh ke dia jawab?..Apa yg dia jawab?

Ya Allah...Kalu sahnya aku ini ibu yg mengandungkan dia 9 bulan 10 hari...Engkau permudahkanlah urusannya...Terangkanlah hatinya..Biarkan dia dapat menjawab semua kertas examnya dengan mudah dan senang...Muga segala apa yg dipelajarinya di sekolah dapat dipergunakan dengan sebaiknya.

Aku dah lakukan yg terbaik untuknya Ya Allah...Sekarang aku cuma mampu bertawakal padaMu memohon belas ikhsanMu muga anakku akan beroleh kejayaan yg cemerlang. AMINNN...Buat Daniel Ashraf...Doa mama sentiasa mengiringimu walau di mana jua Abang berada...Buat yg terbaik yer...

Thursday, November 18, 2010

WANITA BERHATI WAJA



Siapa yg tak kenal Suu Kyi..wanita berjiwa besar yang menyimpan cita2 untuk memerdekakan negaranya dari pemerintahan tentera junta kepada negara demokrasi.

Biarpun beliau menjalani hukuman tahanan di rumah sendiri selama berbelas2 tahun, namun ianya tidak sesekali mematahkan semangat wanita bertubuh kecil ini.

Moral of the story, jangan pandang rendah pada kemampuan seseorang lebih2 lagi kepada wanita. Biarpun hakikatnya wanita sering dianggap lemah namun jangan lupa pepatah mengatakan "Tangan yg menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia"

Tak mustahil jika Suu Kyi mampu melaksanakan impiannya.

DAH PANDAI CEMBURU YERR..


Hampir 18 tahun aku sebumbung dengan hubby tersayang...Kami saling melengkapi antara satu sama lain...susah senang kami bersama...mengharungi hidup hinggalah ke tahap sekarang. Dalam usia perkahwinan yg agak panjang ni...tak penah sekali pun hubby aku menunjukkan sikap cemburunya.

Ketika aku bercerita tentang kisah masa lalu, tentang jejaka2 yg cuma memikat aku waktu remaja dulu, dia pun turut sama ketawa dan mengusik2 aku. Kalau terserempak dengan mereka pun, hubby aku yang beria2 nak berjumpa..tak terpapar sikit pun riak cemburu di wajahnya. TAPI...baru-baru ni, aku dapat rasa kelainan pada dirinya, dia seolah2 curiga dengan aku...

Nak kata penampilan aku ni dah berubah..sama jer. Nak kata ada lelaki yg telefon aku, tak jugak...Mungkin kerana dia dah lama bercuti di rumah..sedangkan isterinya keluar bekerja yg membuatkan dia berfikir yg bukan2.

Lalu..satu malam saat nak melelapkan mata, aku beritahu dia, cemburu tu memang perlu..tanda kami saling menyayangi tapi aku cuma mahu dia tahu bahawa hanya dia sahaja yg bertahta dihatiku...Aku meyanyangi dia biar dalam keadaan apapun. Selagi dia memerlukan aku, selagi itulah aku akan selalu bersamanya, baik dalam susah mahupun senang...Gengaman erat tangannya buat aku mengerti yg jawapan yg kuberi menyenangkan hatinya..

MEDICAL CHECK-UP



Sepatutnya pihak Takaful Ikhlas ni buat appoitment dengan aku untuk medical check-up air Sabtu ni. Tup2 kansel lak dan ditukar ke hari ni. Aku ni kalu bab2 setakat check biasa jer tak pe lagi tapi paling tak gemor ler bab amik2 darah ni. Udah cam Dracula plak...

Sebenarnya aku amik Perinsurance Takaful before..tapi tah apa punya procedure..tak faham ler aku. Dia reject nak insured hubby aku tu, aku leh terima lagi..Tapi aku hangin gak bila dia minta extra contribution dek kerana reason yg tak masuk akal langsung! Ade ke patut, disuruhnya aku tambah lagi RM8,000 lebih semata2 kerana aku ni kurus!Tak penah dalam sejarah, aku jumpa Company yg buat procedure "hisap darah" cam ni.

Bukan nak bangga diri tapi hakikat kan....Aku ni memang dilahirkan bertubuh kecil dan semua famili kecuali emak ajer yg besor. Dorang patut check kesihatan aku bukan berat badan aku..Cam ni rugi ler sapa yg amik Insurance dengan ko!Tak semestinya orang yg kurus tu, ertinya tak sihat. Welllo!!! Aku ni penah admitted hospital sebab bersalin jer tau..tak caye, pegi ler check record aku kat Hospital Pusrawi tu.

Kot iya nak bisnes pun..jangan ler melampau benar! Patut2 ler nak charge client pun. Aku kalau tak sebab nak beli rumah..tak hingin aku nak beli Insurance merapu ni...Isssk! malas nak cakap pasal Insurance ni..aku ni nak check dan amik darah jap lagi. Kang naik darah aku ...sapa yg susah..aku gak kann...Doakan yer kengkawan...medical check-up yg ni susksessss..!!!

Wednesday, November 17, 2010

MERAJUK PADA YG SAYANG...

Semalam hubby aku komplen..dia cam rimas tengok aku dok monyok jer cam tikus mondok.Selalu tu katanya..belum bukak mata lagi, aku dah kacau dia...Tapi semalam...cam kena tegur Sang Kelembai..tak bersuara langsung!

Hah!! Baru korang tau yer...penangan orang merajuk ni camner. Tapi tak sangka plak, bila aku mogok sehari tak bercakap, semua dah jadi tonggang terbalik..Alahai yanggg...anje bukan marah dengan ayang...tapi anjer udah malas nak bercakap banyak...
Ingat hari ni, anjer nak rehatkan mulut ni barang sehari! Bolehkan? Lagi ler hubby aku tengok muka aku semacam! You ni dah kenapa? ber"anjer2" plak dengan I? Oppsss sorry! ko takut tengok aku berubah ye? Takkan bila aku ber "anjer" dengan ko..ko dah panik...Aku ni waras lagi cik abang oii...cuma apa yg nak diherankan bila aku tak banyak bercakap?

Now, I realised...selama ni mulut aku kat umah tu pot pet..pot pet..ada jer modal aku nak bercerita..Tup2 bila sepatah ditanya, sepatah yg aku jawab..itulah yg menimbulkan kecelaruan dalam fikiran hubbyku.

Dont worry dear...I okay...Aku ni mana boleh monyok lama2...rimas bila tak dengar suara sendiri yg cam radio hotfm tu...

RAYA KORBAN



Rasa cam tak percaya semalam ialah HariRaya Aidil Adha! sebabnya semalam aku cam tak de mood nak gi mana2. Cuti aku dihabiskan dengan terperuk kat umah dan buat kerja2 apa yg patut.

Rasanya Raya Haji ni lah yg paling boring dalam idup aku! Nasib baik hubby dan anak2 ada di sisi kalu tak...lorr mati kutu aku weii!!Sebenarnya aku ni..terus terang cakap ler yer.. masih merajuk dengan sikap emak dan abah. Kecik sangat rasanya hati aku bila dorang salah faham niat sebenar aku ni.

Tujuan aku menegur sikap adik beradik cuma satu jer..Aku tak mau mereka jadi cam orang lain yg berpecah belah adik beradik. Tak ada rasa tanggungjawab..masing2 buat hal sendiri tanpa memikirkan masalah adik beradik yg lain. Salahkah kalu aku menegur sikap mereka yg mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kepentingan emak dan abah?

Tak mengapalah..sebagai anak, aku beralah..tapi hati aku yg tersinggung ni rasanya sukar untuk aku pendam apalagi untuk berpura2 seolah2 aku ni tak de perasaan apa2!Aku sedar, siapalah aku untuk berkecil hati dengan emak dan abah...tapi aku cuma minta satu jerr...fahamilah bahawa aku tak punya maksud yg tidak baik untuk adik2ku..
Mereka darah dagingku...Mana mungkin seorang kakak tergamak membiarkan adik2nya ditimpa musibah..Tapi itulah...seperti yg aku kata, biarpun niat aku baik...ianya tetap dipandang serong oleh kalian semua...

Jadi aku buat keputusan untuk berkorban sempena HariRaya Haji tahun ini. Berkorban perasaanku untuk tidak bersama kalian menyambut HariRaya...Berkorban perasaan untuk tidak lagi mencampuri hidup kalian kalau itu yg kalian mahukan. Aku ingin jadi seperti kakak yg tak pernah mengambil berat tentang masalah adik beradik mahupun emak dan ayah kerana itu yg kalian mahukan!

Inilah pengorbanan paling pahit yg terpaksa aku lakukan untuk kebaikan semua...

Monday, November 15, 2010

APA DAH JADI??

Apa dah jadi..takkan diam jer kot... apa yg aku maksudkan ni ialah Lebuhraya MRR2 yang masih tak de tindakan susulan.. Kalau korang perhatikan tiang rasuk yg menyokong highway MRR2 ni masih hingga kini berbalut dengan jaring. Bukan satu atau dua tapi banyak!

Pemandangan yg tak enak dilihat ni boleh korang lihat sendiri kat Kepong. Setiap hari aku memandu melalui jalan dari selayang menuju Sungai Buloh melalui jalan bawah highway tu..satu perasaan kurang enak bila melihat senario yg tak berkesudahan ni.Pernah Highway ni mendapat liputan meluas di akhbar bilamana dikesan mempunyai rekahan di sana sini.

Tapi hingga kini, ianya masih dalam rupa yang sama cuma bezanya kini ia dibalut dengan jaring. Mungkin untuk mengelakkan dari pandangan orang ramai tentang rekahan tersebut. Tapi persoalannya, dapatkan ianya mmenjamin keselamatan kami pengguna jalanraya yg melalui jalan tersebut setiap hari??.

Orang kita ni suka mengambil sikap lewa dalam sesuatu hal. Bila hal2 yg tidak diingini berlaku , barulah mcm2 tindakan diambil. Dalam hal ini, takkan lah pihak yg berwajib ingin melihat korban berlaku, baru tindakan diambil?

Nyawa manusia ni bukan boleh diganti dengan wang ringgit. Pampasan atas kehilangan nyawa tak membawa makna apa2. Jangan dah terhantuk baru nak tegadah!

PELABURAN TEPAT!

Biasa tak korang dengar alasan lelaki kalu nak kahwin lagi? Salah satu alasan paling kukuhnya ialah...bini aku dah tak cantik lagi..badan dah gemuk, kulit dah tak bergetah lagi..Pendekkata sedap jer mulut Tok Ki dia mengutuk dan memberi komen negatif pasal bini dia..

Tak leh gak nak salahkan lelaki jer kan? Orang perempuan ni pun satu..dah tau laki tu dulu berkenaan dengan ko sebab ko cantik, bergetah melekit2..tu yg kena gamnya tu!Arrrgh!!! tak kira! Aku tetap di pihak wanita! Alasan yang korang bagi tu wahai lelaki tak relevan langsung! Kalu masuk mahkamah mana pun, aku gerenti korang kalah sebelum dibicarakan...


(Tak kecur air liur ko tengok bini mcm ni punya cantik?)


Dah tau bini ko tu dah tak bergetah, naper tak buat sesuatu? Maksud aku, kalu korang nak mata sedap memandang bini tu, buat ler pelaburan sket...Hantar isteri tu ke kelas menguruskan badan, bawak gi facial atau treatment apa yg patut. Membazir?? Sapa kata?? semua pelaburan yg korang buat tu sebenarnya adalah pelaburan jangka panjang yg akan menguntungkan kedua pihak. Bini ko cantik..dan hati ko pun senang kan?



Dari korang melabur ke perempuan yg lain tu lagi ler mengambihkan boreh!! Belum tentu korang dapat pun. Kalau dapat, Pelaburan korang tu lagi ler akan bertambah tinggi. Kalau ko kahwin dengan perempua tu..sok2 dapat anak plak..kena tambah lagi pelaburan korang..beli susu, lampin pakai buang..

So, pikio ler Yeop yer..Mana pelaburan yg lebih menguntungkan dan mana yg merugikan...Elooo Yeop!!..esok kalu orang jumpa bini ko...mesti dorang kata..bini sapa ler yg bergetah tu...Kooo yg yg dapat nama...itu dinamakan pelaburan tepat Yeop!

Sunday, November 14, 2010

TEATER LAGI.


Sejak menonton teater muzikal Tun Mahathir tempohari, Baby dah mula menunjukkan minatnya pada bidang teater malah semakin minat untuk menonton teater kanak2 yg dipentaskan di Taman Budaya yg berdekatan dengan Balai Polis Trafik Jalan Bandar.

Aku berpendapat ianya memang satu aktiviti yg sihat dalam memupuk minat anak2 untuk mendekati bidang teater ini. Cara mereka mengekpresi diri tu sebenarnya menjadikan mereka lebih berani dan percaya kepada diri mereka sendiri. Bukan senang untuk anak2 semuda ini berdiri di khalayak ramai tanpa keyakinan diri yg tinggi.

Aku mengagumi senibina bangunan di Taman Budaya tersebut. Memang amat menarik tapi rasanya ia akan tambah menarik dengan diserikan dengan seni taman yg indah . Malangnya pasu2 bunga yg menghiasi bangunan tersebut tidak begitu menyerlah pada pandanganku.



Apapun sekalung tahniah buat pengiat teater seni tanahair yg berjaya mencungkil bakat kanak2 ini. Sebagai ibu, aku juga tak kan teragak2 mengizinkan Baby bergiat dalam teater jika dia juga berminat, asalkan pelajaran tetap diutamakan.

UPAH DUIT SILING


MC kerana demam sebenarnya lebih membuat badan aku bertambah sakit dan kepala tambah pening. Lalu aku kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini. Pagi Sabtu, aku gagahkan diri untuk mengemas bilik tidur dan menyusun buku2 Abang yg berselerak di tas meja studynya. Melihat buku2 yg bertabur tu jer dah buat kepala kau ligat berpusing..terfikir gak dalam hati camner di study dgn keadaan bilik yg berselerak macam tu.

Dalam pada sibuk mengemas tu, ada sesuatu yg selama ini aku tak perasan...setiap kali aku mengemas bilik abang dan baby, kerap benar terjumpa duit siling yg bertaburan merata2 sampaikan ke bawah katil dan di atas sink bilik air diorang..Melampau betul bebudak sekarang ni!!Pada mereka duit siling ni cam duit satu sen yg tak berharga agaknya..

Teringat masa aku kecik2 dulu, kalu terjumpa duit siling ni, mengalahkan jumpa harta karun lagi..Berbeza dengan anak2ku..tak pandang langsung semua ni. Mungkin disebabkan dah biasa dengan kemewahan, jumpa duit siling pun tak akan membuat mereka teruja seperti mana aku dulu.

Kira punya kira, terkejut gak aku! duit siling yg bersepah tu yang aku kumpulkan berjumlah lebih kurang RM30.25! Korang tak mau tak pelah..Tu kira upah Mama mengemaskan bilik korang yerr. Tapi aku kena suruh hubby aku tukar dulu kat kedai mamak sebb nanti orang ingat aku pecah duit tabung pulak!

Pada Abang dan Baby, aku ingatkan bahawa, untuk jadi seorang yang mempunyai kekayaan, segalanya bermula dari bawah...duit siling yang dikumpulkan sedikit demi sedikit tu..tak mustahil menjadikan seseorang itu hidup senang asalkan dia mempunyai disiplin dalam dirinya dan melakukannya secara berterusan tanpa henti. Agaknya anak2ku faham ke tidak apa yg cuba aku beritahu mereka? Korang sendiri faham ker agaknya?

Friday, November 12, 2010

SAKIT JIWA RUPANYA


Kadang-kadang kita tak pernah terfikir bahawa orang yg mempunyai penampilan sempurna, berpakaian kemas sebenarnya mempunyai masalah gangguan mental yg serius.Mereka ini memang kelihatan normal tapi hakikatnya orang seperti ini memerlukan rawatan supaya penyakit jiwa yg dihadapinya tidak menjadi semakin parah.

Mungkin ada yg bertanya, apakah tanda2 orang yg berpenyakit mental ni? Berdasarkan pada kajian aku dalam beberapa buah buku yg kubaca..berikut adalah tanda2nya.

1) Suka menyendiri. Tak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling yang dianggap jahat dan suka berperasangka buruk malah tidak berasas. Aku pernah berdepan dengan pesakit mental cam ni bilamana dia akan menguis2kan tangannya bila bercakap dengan seseorang. Korang nak tahu mengapa? Bila ditanya, dia kata, dia melontarkan semula "kuman kekotoran" yg diberi oleh org yg dihadapannya. Serius ni..Aku tak tipu!

2) Rasa marah bila orang memandang ke arahnya kerana dia berperasangka orang tersebut sedang bercerita mengenainya. Satu insiden menarik yg aku saksikan sendiri ialah ketika aku bercuti di PD dimana sorang pompuan ni bergaduh dengan seorang wanita hanya kerana berebut kerusi sedangkan kerusi yg disediakan banyak disitu. Aksi terlampau nya ialah mengibas2kan tuala di atas kerusi yg berpasir ke arah wanita yg duduk disebelahnya. Apabila wanita tersebut marah, dia menjelir2kan lidah dan mebuat aksi memek muka "senteng" nya. Kalau korang tengok..dah macam pompuan wayar putus jer rupanya.

Orang seperti ini sebenarnya mempunyai masalah peribadi dimana salah satu daripada nya ialah dia tidak dapat menerima hakikat bila melihat kejayaan orang lain sedangkan dia masih ditakuk lama. Sifat iri hatinya dizahirkan dengan perbuatan seperti memfitnah atau menganiaya orang dengan cara dia tersendiri.

Dia juga tidak dapat menerima kekurangan yg ada pada dirinya. Orang seperti ini bukan berusaha untuk memajukan dirinya sebaliknya menjatuhkan orang yg dibencinya.

Pada sesiapa yg rasa2nya lah mempunyai penyakit seperti ini, bawak2 ler pegi berubat sementara penyakit tersebut tidak melarat dan membahayakan nyawa orang lain.Dari dok menganiaya orang tu ..baik ler ikhtiar mengubati diri anda yg makin parah tu..

Wednesday, November 10, 2010

STRESSS!!!!!!!

Dah dua hari aku demam lepas balik dari Perak ari tu..Hingga sekarang ni pun tak kebah2 gak..Deman dah berkurangan tapi kepala aku ni pening bila berdiri lama. Masa check ari tu, doktor kata tekanan darah aku kurang. Mungkin sebab stress kot...Stress menangani masalah adik beradik. Susah gak jadi kakak cam aku ni. Bercakap salah, tak cakap karang, korang tak tau pulak! Dah Cakap...salah ditafsirkan pulak.

Itu sebabnya aku suka kalu adik beradik berkumpul dan bincangkan masalah bersama2. Kalau ada apa2 yang terbuka dihati tu, aku minta supaya dorang luahkan supaya dapat kita atasi sama2. Ini tak!..yang sorang ni tak nak datang...ikut kepala angin masing2..yang datang pulak diam menikus tak nak suarakan pendapat korang yg tak puas hati tu.Tapi yang tak sedapnya...belakang aku korang pot pet2 cam ahli politik tak bertauliah kat warung kopi tu!

Sebagai kakak, pernah ke aku pukul korang disebabkan korang bagi pendapat? Tak semestinya aku bergelar kakak, korang kena ikut dan patuh apa saja yg aku cakap.Aku bagi korang peluang utk suarakan pendapat korang.. sebab korang masing2 dah berakal, bukan budak hingusan yg perlu aku tunjuk ajar lagi.

Tapi aku jadi stress bila korang masih tak faham apa yg aku mahukan! Aku cuma mahu korang punya rasa TANGGUNGJAWAB pada emak dan Abah..Tu jer!.Bukan cakap2 yg tak sepatutnya keluar dari mulut seorang adik seperti korang. Kita tak perlulah menyalahkan sesiapa tapi satu jer yg aku mintak, bantulah aku..kakak korang ni utk kita menyelesaikan masalah yg tak sebesar mana ni. Bukannya korang tambah lagi masalah dengan bersengketa adik beradik.

Please adik2ku... jangan diungkit sejarah lepas yg remeh temah tu. tapi kita hadapi dunia sekarang ni dengan semangat bantu membantu sesama adik beradik...Buangkanlah sifat negatif dalam diri korang..jangan ditambah "sakit" emak dan Abah dengan sikap korang yg kebudak2kan tu.

Monday, November 8, 2010

BENDA PENTING KETIKA TRAVEL

Kalau ke mana-mana. tak sah kalu aku tak bawak benda2 ni. Rasa cam tak lengkap idup aku ni kalu tertinggal satu pun!. Itu sebabnya, kalau aku plan nak gi trip jauh2, aku akan prepare benda2 ni masuk dalam beg siap-siap supaya tidak tertinggal. Tak kan nak patah balik semata2 nak mengambil barang2 "keperluan" aku ni.

Di antara barang2 yg memang tak leh tinggal utk aku bawak ke mana2 ialah :
1) Duit
Ni diibaratkan cam nyawa bagi aku. Paling tak selesa kalu aku lupa nak withdrawn
duit awal2 sebelum gi travel mana2. Korang kan tau aku ni kan ke segan benor
benor nak kapur duit hubby.


2) Handphone
Rasa tak lengkap bila tertinggal benda yg penting camni. Bayangkan segalanya ada
dalam hp tu termasuk Camera. Nak gi travel tak de camera... ape ke jadahnya!



3) Lipstik
Harus! aku ni ..bior tak bawak make up tak pe lagi...tapi kalu tak pakai
lipstik ni..rase cam tak mandi. Muka rase cam baru bangun tidur jer..



4) Telekung
Wajib! Ialah...travel gi mana pun..kena gak bersolat kan..


Benda paling utama yg kena ada masa aku gi travel mana2...PALING PENTING!! Suami dengan anak2! Aku rasa agak janggal bila berjalan tanpa mereka. Keseronokan tu cam hilang serinya tanpa kehadiran mereka. So..walaupun nak sambut anniversary, aku akan tetap bawak dua permata hati aku ni kemana sajer sebb aku nak kebahagian kami dikongsi bersama.

Sunday, November 7, 2010

MINUM BYK AIR BAHAYA?



Aku terlepas pandang sebuah artikel yg aku rasa agak menarik dalam keratan akhbar tempohari. Ianya tentang bahaya yg mungkin dihidapi oleh wanita sekiranya minum air secara berlebihan.

Menurut kajian seorang wanita meminum 7 liter air bagi membuang toksik dan menurunkan tekanan darah yg dihidapinya. Seperti kita, dia juga beranggapan lebih banyak air yg diminum, lebih baik untuk sistem dalam tubuhnya.Dipendekkan citer, wanita trsebut jatuh pengsan dan apabila sedar ia mendapati dirinya menjadi buta. Itu menurut laporan akhbar Apple Daily Taiwan. Menurut doktor yg merawatnya, air yg berlebihan didalam tubuh wanita tersebut menyebabkan dia "Hyponatremia" dimana berlakunya kekurangan sodium di dalam darah.

Pulak dah..??aku pun cam korang gak beranggapan kita yg expecially tinggal dia iklim khatulistiwa ni perlu minum dgn banyak untuk menggantikan air yg hilang dari tubuh kita. Untuk itu diperturunkan panduan berguna bilakah masa yg sesuai utk minum air.

- 2 gelas selepas bangun dari tidur
Untuk mengaktifkan organ2 dalaman

- 1 Gelas (30 minit sebelum makan)
membantu penghadaman

- 1 Gelas sebelum mandi
Mengurangkan tekanan darah

- 1 Gelas sebelum tidur
Mengelakkan strok atau serangan sakit jantung

SUSAH SGT KE NAK FAHAM AKU NI?

Kalau sesiapa tengok personaliti atau pun cara aku bercakap, mungkin banyak tanggapan yg boleh korang buat. Ada yg kata aku ni lemah lembut...ada plak yg kata aku ni jenis tak banyak cakap..tak kurang gak yg kata aku ni kalu bercakap non-stop!. Tak kisah ler apapun karekter aku ni..yg paling pasti, aku nak buat segalanya yg terbaik!

Dalam apa hal pun, aku inginkan kesempurnaan. Aku ingin agar dikelilingi dengan suasana aman, sejahtera dan damai..Dalam memberi pendapat atau nasihat, aku kadang2 menggunakan cara diplomasi..Jika cara ni tak berkesan juga, aku akan menegur dengan cara teguran secara terbuka..Jika masih tak berkesan jugak, memang aku akan hilang sabar. Aku ni dilahirkan sebagai manusia normal yg punya hati dan perasaan. Justeru tu lah, tak hairan kalu korang tengok..aku pun akan marah berapi2 jika ada yg tak kena di mataku.

Mungkin cara aku bertindak tu agak keterlaluan atau melampau batasan. Sebab aku ni jenis out spoken. Tapi pernahkah korang fikir, perubahan yg perlu orang disekelilingku lakukan agar perkara seperti ni tidak berulang. Aku bukan jenis yg suka marah tanpa sebab yg tertentu. Aku bukan minta sesuatu yg susah utk korang beri..cuma fahami tindakan yg kulakukan dan cuba selami apa yg tersirat dihati aku..dan fikirkan bahawa apa yg aku lakukan semua ini utk kebaikan kita bersama.

Muga "korang" yg aku maksudkan tu dapat merenungi kata-kataku ini dan fahamilah aku dan niatku.

PERISTIWA BANJIR 70AN...

Minggu depan turn kami gi Kokdiang plak sebb anak sedara aku yg kahwin Sabtu lepas akan melansungkan majlis "mengambil menantu"nya di sana. Risau gak dengan keadaan banjir kat Kedah yg semakin terok ni...Kang jammed kami satu rombongan bas di tepi jalan..Ialah..mana tak nyer? jalan sana tutup..sini pun tenggelam..Nasib baik bebudak tu dah nikah di Rawang..kalu tak..pakal ditunda ler jawabnya.

Sebut pasal banjir ni teringat aku peristiwa banjir tahun 70an dulu..Banjir besar di Kuala Lumpur!masa tu aku belum sekolah lagi..Abah menyewa rumah ditepi sungai..Masa banjir tu..Abah dan emak sibuk berkemas barang utk berpindah.Aku dan Yong berdiri ditepi tangga melihat sampah2 yg dihanyutkan banjir ke sungai berdekatan. entah macam mana , Yong ternampak botol gam terapung2 dibawak arus deras..Dia dengan berani cuba berdiri ditangga untuk mencapai botol gam tu...

Nasib tak baik..Yong terjatuh kedalam arus deras..tengelam timbul dia! Aku menjerit minta tolong pada Abah...Abah tanpa mempedulikan keselamatannya, terus terjun berenang mendapatkan Yong. Dengan izin Allah, Yong berjaya diselamatkan..Itulah bukti kasih seorang bapa utk anaknya. Aku rasa, Yong pun masih ingat lagi kejadian ni meskipun ketika itu dia baru masuk ke alam persekolahan...

Setiap musibah ada hikmahnya kan...Akibat dari kejadian banjir tersebut, abah ditawarkan sebidang tanah di Selayang. Mulai dari situlah Abah berazam untuk mengumpul harta sebanyak mungkin untuk anak2nya. Dan mungkin berkat rezeki dari anak2nya, Abah berjaya membeli beberapa buah rumah di Kuala Lumpur. Tabik spring kami dengan semangat anak kampung seperti Abah!

SORRY! WRONG NUMBER!


(HALLO...SAPA SANA CAKAP...???)

Korang penah tak having this incident dial salah nombor? Aku ler salah sorang yg kerap kena camtu.. Masa dial, punya ler laju tangan tu menekan number..nak menefon orang lain..sekali BOS aku sendiri lahhh! Malu bila ingat incident tu.

Alkisahnya Bos aku dulu (Chinese)muda belia lagi ni mintak ler aku pesankan breakfast dia sementara dia on the way turun dari Genting Highlands..Siap ler pesan roti bakar dan nescafe tarik segala...Aku ni dengan pantasnya menelefon nombor yg ada dalam buku catatanku.
"Apek, ni Hani moi moi argh..you kasi bikin roti bakar sapu kaya 2 set sama itu nescafe tarik kaw satu.. You mau ka amoi? terdengar suara kat tepon tu plak..Aku jawab lagi, Bukan lah apek, saya punya itu future lau kong mau laaa! fai ti arh taukeh..nanti dia merajuk sama saya susah wo!

Tetiba aku terdengar suara yg biasa sangat dan hari2 aku dengar...Perlahan jer suara dia...Hani darling....kalu I tau u suka sama I..sudah lama I pinang you..apapasal you cuma cakap sama itu apek tapi tak mau cakap dekat I sendiri!Dan2 tu gak..lutut aku mengigil..suara tak kuar..dah paling terok! aku rasa cam nak pitam..Arghhhh!!! Ya Ampunnnnn!rupanya aku tekan nombor bos aku!!

Masa dia tiba ke ofis, aku tak berani nak angkat muka...Muka ni rasa cam ditampal kulit binatang pik kaler yg ekor berpintal tu! Time dia lalu kat meja aku, sempat dia mengusik aku...Lau po..jom makan sekali...Rasa nak resign 24hours ko!nasib baik bos aku ni sporting..kengkawan aku jangan citer argh..ketawa cam aku ni badut sarkas!

Moral of the story, nak dial tepon tu tengok2 nombornya betul yek...Jangan buat keja lain dalam satu masa...nanti jadik cam aku ni.. Kantoi tak pasal2!

DARI KERANA MATA...



Sudah lama sebenarnya aku teringin nak pakai contact lens ni tapi asyik dok ditangguhkan ajer. Bukan apa..takut pun ada bila mendengar citer dari pengalaman orang yg memakainya before. Tapi itu mungkin disebabkan cara penjagaannya yg tak betul menyebabkan perkara2 yg tak diingini tu berlaku.

Dalam banyak2 colour tu, aku suka colour yg natural. Ialah kan..Kita ni kulit melayu tulen dan seharusnya kenalah elakkan warna2 yg tak semengah cam biru terang tu!



Color cam yg di atas ni rasanya lebih sesuai untuk melayu cam aku ni..tak terlalu over benor!Nampak natural gitu...memakai contact lens ni akan membuat mata lebih nampak bersinar dan kelihatan galak (dalam ertikata lain, nampak mata besar sket cam barbie dolls gitu..ahakss!)

TERGAMAKNYA ...

Semalam sku ke Perak sekali lagi mengulangi perubatan utk Abah. Itupun atas permintaan abah yg aku rasa dah tak sanggup menahan kesakitan. Sebenarnya penat dari menghadiri majlis khawin ipar aku di Rawang pun tak hilang lagi tapi disebabkan Abah yg ku lihat makin menjadi2 batuknya..aku gagahkan juga menemaninya.

Nasib baik ler iparku sanggup memandu sejauh tu. Kami sampai mungkin agak terlambat sedikit disebabkan hujan lebat di jalanraya. Memandangkan penyakit Abah yg semakin teruk, aku minta jasabaik Haji tu untuk membuat rawatan"tepuk" bagi mengeluarkan bisa santau Abah. Aku masih berharap yang Abah sebenarnya bukan terkena santau tapi batuk biasa.

Dengan menggunakan daun pisang kelat..Abah dikehendaki berbaring secara meniarap dan ditutup tubuhnya dengan kain putih. Belakang abah ditepuk menggunakan sehelai daun nangka yg baru sahaja luruh ke tanah. Setelah lebih kurang 15 minit, Abah disuruh bangun dan daun tersebut disuluh dengan lampu suluh utk melihat hasilnya.

MasyaAllah, hampir gugur airmataku bila lihat dengan mataku sendiri, benda2 berkilat seperti kaca keluar dari badan Abah.Meski pun tidak banyak, tapi benda2 itulah yg membuat Abah menderita hingga kini. Menurut Haji tu, Abah perlu menjalani rawatan ini berkali2 sehingga semua bisa santau berjaya dikeluarkan.

Siapalah Hamba Allah yg tidak berhati perut sanggup membuat Abah menderita sedemikian rupa..Orang sebaik Abah yg tak pernah irihati malah sering menolong orang pun sanggup dianiaya sedemikian rupa. Sebagai anak, aku tidak sesekali akan mengampunkan dosa orang yg menyantau Abah! aku berharap agar dia segera menerima pembalasan sepertimana seksanya abah sekarang..Syaitan seperti ni tak mungkin akan insaf apalagi bertaubat. Muga Allah Kabulkan permintaan aku ini...Abah..aku dan adik beradik yg lain akan terus berusaha utk mengubati Abah, Aku rindu untuk mendengar hilai ketawa dan senda gurau abah seperti dulu. Harap abah tidak berputusasa..kerana Rahmat Allah itu ada di mana2...

Wednesday, November 3, 2010

SIFAT LELAKI YG DISUKAI WANITA

Dalam memilih pasangan hidup, kaun wanita sering menitikberatkan tentang pesonaliti yg dimiliki oleh pasangan mereka. Kaum lelaki bukan hanya dinilai berdasarkan rupa paras semata2 tetapi juga faktor lain yg lebih penting dari tu.Berikut adalah di antara beberapa ciri2 penting yg disukai oleh wanita.

Pelindung
Wanita akan lebih rasa selamat di sisi lelaki yg dapat menjaga dan melindungi dirinya. Sifat lelaki yg keanak-anakan juga akan membuat wanita berasa diri seolah-olah tidak selamat.

Jujur dan Setia
Jika di alam percintaan lagi, lelaki telah menunjukkan kecurangannya bererti dia bukan lelaki sejati yg disukai oleh wanita. Sifat jujur dan setia menjadi kayu pengukur bagi setiap pasangan untuk mengekalkan hubungan mereka.

Motivasi diri yg tinggi
Wanita juga mahukan lelaki yg berusaha keras untuk membina masa depannya bukan lelaki yg hanya suka berpoya2 tanpa memikirkan masa depan.

Asas ugama yg kukuh
Ianya penting kerana lelaki haruskan memimpin dan mendidik keluarga sebaik mungkin. Seperti kapal yg memerlukan nakhoda, begitulah juga wanita memerlukan orang yg dapat memimpinnya ke jalan yg baik.

AKU BUKAN MILIKMU...

Dalam banyak2 peristiwa yg aku lalui sepanjang hidup ni, ada beberapa perkara yg buat aku menyesali mengapa ianya harus terjadi. Hingga sekarang pun, aku terkilan mengapa aku tak punya kekuatan untuk berterusterang lebih awal supaya ianya tidak menyakitkan hati sesiapa.

Waktu di zaman remaja dulu, aku pernah kenal dengan seorang mamat ni yg merupakan schoolmate aku. Masa tu aku tak pernah terdetik sedikit pun utk bercinta cam remaja sekarang ni. Tapi dalam diam dia ni menaruh hati kat aku. Di mata aku dia memang budak yg baik tapi perasaan kita ni bukan boleh dipaksa2. Apa yg boleh aku katakan ialah aku menyayangi dia sama seperti rakan2 yg lain.

Kesilapan besar yg aku lakukan ialah cuba utk menerimanya meskipun hati aku tetap berkata tidak! Semua tu aku lakukan hanya kerana simpati dengan dia yg benar2 mengambil berat tentang aku. Apapun antara kami memang tak ada wujud apa yg dikatakan cemistry. Setiap kali aku bersama dia, terasa seperti ada yg tak kena malah aku terasa amat kekok..serba tak kena!

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk berterus terang dgn beliau menerusi surat kerana tak punya kekuatan untuk menyatakannya. Aku tau, dia marah dengan keputusan aku ini tapi percaya lah, aku tak berniat walau sedikit pun utk mempermainkan dirinya. Bagi aku, biarlah dia merasa keperitan dan kekeciwaan sekarang dari memiliki aku yg tidak mencintainya sepenuh hati.

Kita cuma berupaya merencana untuk mencipta kebahagiaan tapi suratan yg Allah tentukan sejak azali tak dapat kita elakkan. Memang sudah tertulis, aku bukan milik dia..namun aku berharap benar, agar dia memahami mengapa aku berbuat demikian. Walau pun begitu, dia sentiasa dalam doaku bersama doaku utk kawan2 lain yg aku rindui sewaktu di alam persekolahan dulu. Aku cuma mahu dia tahu yg "Wajah keibuan yg penah dipujanya ini bukan ditakdirkan untuknya"

Tuesday, November 2, 2010

KAPAL TERBANG MAS KITA!


Kapal Terbang MAS yg baru!...Pemandangan yg didatangkan secara ekslusif dari opis aku)

Aku teruja bila menyaksikan kapal terbang Boeing 737-800 yg terbaru. Lebih canggih dengan dilengkapi dengan hiasan dalaman yg bertemakan Sky Interior.Rekabentuk ini pernah digunakan pada kapal terbang Boeing 787 Dreamliner.

Untuk info korang, sebanyak 55 buah telah ditempah dan MAS akan menerima 3 buah lagi menjelang penghujung tahun ni. Kapal Terbang yg baru ni mempunyai kapasiti yg boleh memuatkan penumpang sebanyak 160 orang.


(Rekabentuk dalaman yg lebih canggih)

Melihat pada bentuk hiasan dalamannya juga lebih mementingkan ciri2 keselesaan penumpang dengan rekabentuknya yg moden. Apa pun, aku ingin merasa pengalaman sendiri menaiki kapal terbang yg menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ni.


(Lebih selesa...)

So, harap aku, kita tak akan mendengar rungutan tentang penerbangan yg ditunda seperti sebelum ini dengan adanya penambahan bilangan kapal terbang MAS yang baru.

MAJLIS KENDURI KAHWIN



Time cuti sekolah dah dekat..hah! apalagi kalu tak seiring dengan musim berkhatan atau pun musim terima menantu. Masa aku belek2 diary, lorr baru aku perasan yg anak sedara aku kahwin masa raya Deepavali Jumaat ni. Camner leh aku lupa nih! Nasib baik tak terbabas, kalu tak merajuk ler biras aku..ni 1st time dia kahwinkan anak.

Bercakap pasal kenduri kahwin ni, korang perasan tak gelagat orang2 yg datang ke majlis kenduri kahwin tu. Fullamak! kengkadang aku rasa fening bila tengok gemerlapan di leher dan tangan tu dek kilauan emas yg memancar2 serinya. Tengahari plak tu..korang bayangkan gelagat makcik2 yg sengaja menyinsing lengan atau pun menegakkan tangan sementara makan...Kalu tangan jatuh ke meja..tak nampak plak yg mengelip2 tu!

Tu belum lagi dengar dorang bercakap tentang kemewahan masing2. Macam kena bius telinga aku ni...kebas jer. Sorang ni kata dia baru tukor keta...jemu lah asyik naik keta buruk jer....Yang sorang lagi...up sket! I baru beli Banglo kat sinun tu.. Banglo tu bla.. bla...Sanggup tak makan tu demi nak menceritakan kehebatan memasing.

Peh tu masuk bab pasal anak. Anak dia kahwin dengan pilot...Yang sorang ni plak pun tak nak kalah..pon citer gak anak dia pon baru jer orang masuk meminang...Lawyer menantu dia tu dengornya..Suara tu, jangan citer ler..tak perlu pakai speaker! Abih, kalu cakap slow kang, orang tak dengar plak!

Orang cenggini nak pergi kenduri kahwin ke atau nak advertise diri. Nak tengok pengantin ke atau nak suruh orang tengok dia?...Apa2 jer lah ko Bedah! Asalkan ko bahagia..

NAKALNYA SI ABANG NI!

Abang ni kengkadang kalu nak bergurau tak pilih tempat. Kalu dengan baby tu, memang ler riuh rendah umah aku dibuatnya. Mana tidaknya, gurauan nyer tu kengkadang menyakitkan hati gak terutama Baby yg agak cengil tu.

Mungkin dia dah letih study kat bilik dia kot. Abang mintak izin nak tengok tv dalam bilik aku. Ketika tu, Ayah dia dah tidur siap dengn bunyi "wisel" Piala Dunia lagi. Cukup tak suka dan aku tak leh tidur kalu dia berdengkur camni!.

Sementara tengok tv, Abang bermain2 dengan getah ditangannya. Tah camner..getah yg dilastik tu terjatuh kat muka ayahnya. Apalagi hubby aku mengelupur cam ayam kena sembelih! Sangkanya cicak dari siling jatuh kat muka dia.Aku yg baru nak lelap mata pun kena sekali libasan tangannya. Sorry! sorry! I tak sengaja...cicak jatuh tadi..



Aku dengar jer perkataan cicak tu..apalagi ikut sama mengelupur terjun dari katil terus aku bukak lampu. Rupanya getah Abang tu terjatuh kat muka ayahnya. Nasib baik mood hubby aku okay malam tu...kalu tak memang kena denda ler Abang malam tu..Sementara nak sambung tidur, walaupun bahu dia sakit akibat mengelupur tadi, hubby aku mengekek2 ketawa dalam gelap menyebabkan Abang yg berada kat bilik tidur dia pun ketawa tanpa henti.

Hish!! penangan getah punya hal...tak pasal2 kepala aku kena libasan tangan hubby..Dalam gelak2 tu, boleh plak tanya aku, sakit ker lagi? Aku selamba jawab ala2 suara Ahmad Nisfu dalam cerita P. Ramlee tu..Taaakkkkk, sedaaaaappppp....membuat dia ketawa berdekah2. Woi !bila ke nak tidurnya kalu dah gelak tak henti2 nih?Mesti orang sebelah umah fikir...apa yg seronok sangat tu...Oooowhhh! I know what you did last night. Eh! kesitu plak dah!

NAK PAKSA ORANG PLAK!

Aku mengalami trauma sewaktu pergi Focus Point Selayang Mall untuk mengambil cermin mata hubby yg pecah sewaktu accident tempohari.Ketika aku menuju ke kereta, ada ler dua tiga mamat ni yg rupanya pun tak semengah dengan subang di telinga ala2 mafia samseng mana tah berkejaran menghampiri aku.

Ketika tu, aku teringat cerita tentang seorang perempuan yg mengadu di akhbar yg dia dipaksa untuk membeli barangan yg dijual. Mungkin gores dan menang seperti yg digembar gembur sekarang ni..aku tak pasti tapi cerita tu benar2 memberi kesan pada aku supaya berhati2 ketika di shopping Complex.

Bila aku tengok, gelagat dorang yg cam perompak tu, cepat2 aku masuk ke dalam kereta dan mengunci dari dalam. Tapi orang2 tu, mengetuk2 cermin kereta aku walaupun aku buat isyarat tak berminat dan nak cepat. Masa nak undur kereta pun, mereka seakan2 cuba menghalang aku menyebabkan aku hilang sabar dan membunyikan hon berkali2.

Mungkin tindakan aku tadi membuat orang awam yg kebetulan lalu di situ melihat ke arah kami. Mereka yg tadi bertindak agak agresif..mula membiarkan kereta aku berlalu dari situ.

Kejadian tu buat aku serik untuk ke tempat demikian seorang diri. Tu lah cara orang sekarang berniaga, bila kita tak berminat, dia menggunakan paksaan pulak. Kalau anda dihampiri orang2 sebegini, jgn dilayan sebab jika korang termasuk perangkap mereka, hendak tak hendak, korang terpaksa beli gak barangan dorang.

SABAR...

Ada sesetengah orang berasa gembira dengan musibah yg melanda orang lain terutama orang yg menjadi musuhnya. Malah dihamburkan lagi dengan kata2 bahawa musibah yang diturunkan itu adalah berupa hukuman atas perbuatan orang tersebut. Maaf ler kalau aku katakan orang yg sedemikian masih jahil dan cetek tentang agama. Naif benar tentang hukum yg telah ditetapkan oleh Tuhan.

Ingin aku tekankan di sini bahawa setiap dugaan yg Allah turunkan bukanlah hanya berupa hukuman semata2 tetapi ianya juga sebagai ujian untuk menguji kesabaran umatnya. Ujian tersebut juga akan menjadikan kita sebagai hambaNya akan lebih mengingatiNya.

Jika sekiranya kita ditimpa musibah, sabarlah dan redha dengan ujian Allah kerana ia juga sedikit sebanyak menghapuskan dosa seseorang sekiranya dia menghadapinya dengan sabar dan mempunyai keimanan yg tinggi. Sesungguhnya Allah akan menguji kita dengan ujian yg setimpal untuk hambaNya megikut kemampuan mereka.

Oleh itu, jangan mudah mentertawakan orang lain jika melihat mereka dalam kesusahan sebaliknya muhasabah diri anda dan perbaiki kelemahan diri kerana anda juga dilahirkan sebagai manusia yg tidak sempurna dan mungkin akan diuji dengan ujian yg lebih hebat dari itu.

Renungan buat diriku dan kengkawan juga buat meeka yg masih tak sedor diri tu..bawak2ler bertaubat dan cermin2kan lah diri...

RENEW ATM CARD.

Nasib baik ler aku ni amat memerlukan ATM card ni. Kalu tak, tak kuasa aku nak drive ke CIMB nak renew card yg dah rosak ni. Udah ler parking jauh..kena plak naik tangga dengan high heels aku ni. Hari ni gak, aku kena amik baju baru yg ditempah kat staff CIMB hubby aku...nak kena bayor gak tu! Tak kan nak pakai air liur kan??

Kad ATM tu dah macam keperluan bagi aku sebb korang kan tau..aku ni segan benar nak mintak duit kat hubby aku. Sudah ler ari tu aku pau dia RM400 untuk celebrate Ashraf birthday sebab kad ATM tu meragam lak time2 aku amat memerlukan duit.

Tapi yg bestnya tu, korang mungkin dah tinggal separuh gaji dibelanjakan tapi aku..yeeeehah! gaji aku masih belum terusik...Punya ler segan aku masa mintak kat hubby aku ari tu...siap promise lagi kat dia...nanti I ganti balik duit you yer...Eeehh tak payah! apa plak nak ganti2 ni..cam ler orang lain...peh tu dia pandang muka aku terus gelak. Terpinga2 plak aku, apa yg funny sangat tu..Dia kata you ni cam masa tengah bercinta lak..segan2 nak mintak duit I..Dah sekatil pun segan lagi ker?katanya.

Baby plak nyampuk..eh! yang sekatil dengan mama semalam tu wawa lah ayah...Hisssh!Kacau daun jer anak dara ni...Orang baru nak "berbunga2" dengan ayah dia...Tiba la jealous dia tu. Abang yg reti bahasa tu siap bagi isyarat kat dia suruh diam tapi biasa ler bebudak kan..tak reti bahasa..Apa? betullah wawa cakap!.

Monday, November 1, 2010

FOLLOW UP ..EXTEND CUTI LAGI..

Hari ni aku amik cuti untuk temankan hubby gi buat follow up di Hopital Pusrawi. Sampai kul 10 pagi..ingatkan still awal..rupanya mak oii! berduyun tiba! ramainyerrr.
Lenguh gak ler menunggu giliran..Dalam hati aku, terdetik gak..dah buat appoitment pun lambat segini gak!


(Dah tiba ler saat bosan aku tu...main snap gambar sendiri)


(Ni unit fisioterapi tempat hubby aku meng-exercisekan tangan dan bahunya)

Masa jumpa doktor pakar tu, hubby aku mengadu tapak kaki dia rasa sakit setiap kali dipijak. Masa doktor bagi injection kat tapak kaki dia tu, kesiannya aku tengok azab dia menahan kesakitan. Aku tau ler camner sakitnya sebab penah buat minor operation kat tapak kaki dulu...lama dah.


(Muka dalam kesakitan setelah tapak kakinya di inject doktor bagi tahan sakit..Control macho tapi dlm hati tu...)

Dalam x-ray yg dibuat, tulang bahu tu memang tak bercantum sepenuhnya lagi dan doktor mintak hubby aku buat fisioteraphy supaya ianya cepat sembuh. Memandangkan dia masih tak berapa sihat lagi, doktor sambung cuti dia sampai 29/11..Tambah boring ler hubby aku memerap kat umah tu..

Ada gak baiknya dia dok umah sebab ada ler orang temankan baby setiap kali dia balik sekolah. Taman mini aku pun nampak kemas sebab dia menyusun dan menanam pokok renek cam cili, daun pandan, daun bawang..Aku pesan gak kat dia, jgn beria2 mengangkat pasu2 tu..kang terkehel..aku gak yg susah!

Paling best, keh! keh! Hubby aku siap masak lagi. So sekarang ni, memang balik kerja tu dah tersedia ler masakan. Untuk pengetahuan korang, hubby aku ni memang rajin ke dapur...mencuba resepi baru...dan dia masak pun memang sedap! Terbaru..dia masak lemak nangka dengan ikan masin. Peh tu, siap hantar kat umah mak lagi. Mak pun puji masakan dia. Cam orang perempuan masak,..sedap mak rasa! Hishh!! Kembang ler idung hubby aku mendengar pujian mak tu.

BABY DI SALON

Dah lama sebenarnya Baby mintak potong rambutnya yg dah panjang mengurai tu tapi aku tangguhkan sebab sayang plak nak potong. Macam2 ler dia bagi reason kat ayah dia...Bosan lah fesyen rambut sama jer..Akhirnya ayahnya akur dan setuju dia potong rambut gak akhirnya.

Punya ler suka baby ni maklum ler dah bertahun tak menjengah salon. Paling dia suka bila ayah dia bagi chance utk dia pilih fesyen rambut yg dia suka! Menguntum senyum dia masa duduk kat bangku tu..Dia ni, kalu nak satu2 benda, memang ilang malu dia..siap dia sendiri bagi tau hair stylist tu fesyen camner dia nak...

Sedih gak aku tengok rambut dia yg lebat tu dipotong pendek...Baby ni rambut dia memang lebat dan hitam..lurus lagi. Tapi dah kehendak tuan punya rambut, aku pun tak leh buat apa..

Nasib baik ler dia puas hati dengan cara potongan rambut dia tu. Mungkin amoi tu suka dengan keletah mulut becok dia tu, dia bagi discount kat Baby. Terkejut gak aku sebab harganya cuma RM10 jer! Okay lah tu..rezeki dia..


(Dia dah mula....)

Balik umah tu, keja dia mengadap cermin dalam bilik dia..Apalagi tu..berangan ler keja anak dara tu..Tak sabar katanya nak pegi sekolah esok..nak tunjuk kat kengkawan dan cikgu. A'ah! cam ler cikgu tu ada masa nak nengok rambut dia!