Sunday, August 29, 2010

GYOYAK GAPO MU POK NIK....



Kata orang, kalu nak berguru, carikan orang yg bijak pandai...yg tahu mana yg betul dan mana yg salah...Ni bukan cerita nak berguru atau bertapa segala tapi isu yg hangat diperdebatkan..Kita yg kurang arif dari segi agama ni dah tak tau yg mana yg harus diikut.

Artikel tersebut berkenaan kebenaran orang bukan Islam memasuki masjid utk mengadakan ceramah politik. Ianya juga dipersetujui oleh Menteri Besar kelantan, Nik Abdul Aziz yg merasakan bahawa larangan tersebut akan merenggangkan lagi hubungan dgn orang bukan Islam untuk berdakwah kepada mereka.

Ini pendapat peribadi aku lah Pok Nik yerr...apa yg diperkatakan tentang "kesalahan" Ahli Parlimen serdang itu ialah beliau menggunakan ruang masjid untuk memberi ceramah politik sedangkan kita sebagai umat Islam pun dilarang berbuat demikian. Masjid atau surau tu dikhaskan untuk beribadat bukan berpolitik Pok Nik...

Mentelaah lagi, Si polan yg memasuki ruang solat tu tak menghormati langsung ugama Islam. Sudah ler masuk berceramah bagai...sekurang2nya menutup aurat lah. Untuk pengetahuan Pok Nik, kami orang Islam pun diberi jubah atau tudung ketika masuk ke masjid (bagi mereka yg tak bertudung) sebagai menghormati masjid..Inikan lagi bukan muslim...

Rase2nya lah...Pok Nik kena buka balik kitab ajaran Islam sebagai rujukan.Kita mmg tak menghalang sesiapa utk mengenal Islam tetapi hormatilah sesama agama supaya ianya tidak menjadi isu kelak. Seperti peribahasa masuk kandang kambing.. mengembek..TAPI dah masuk masjid tu pepandai ler mengikut peraturan nyer...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com