Tuesday, August 3, 2010

Korang baca tak paper ari ni pasal Jab. Agama Islam Melaka membenarkan remaja perempuan berusia 16thn dan lelaki berusia 18thn berkhawin. Memang ler niat mereka tu murni bagi mengelakkan maksiat cam pembuangan anak yg kian menjadi2 sekrg nih. Tapi aku tetap nampak negatif lebih byk dari positifnya.

Cuba korang bayangkan ..diusia muda ni dorang nak pikul satu tanggungjawab yg besar. Berkahwin tu bukan setakat beranak jer adik2 oii..tanggungjawab utk menjaga rumahtangga tu tak semudah yg dibayangkan. Lagipun, dalam usia lelaki yg muda camtu, alahai dek, makan ko pun mak bapak yg tanggung...duit motor pun mintak mak..nak kahwin?? alamat mati kebulur anak orang tak makan. yang perempuan plak, eiiih masak pun tak reti,ada hati ko nak kahwin ?

Motif utama mereka , nak elakkan pembuangan bayi secara haram.Aku faham tapi cuba ko bayangkan jika rumahtangga mereka ni gagal, usah kata bayi yg dibuang, mak bayi tu pun belum tentu nasibnya..Silap haribulan kita kena tubuhkan plak pusat janda2 muda yg ditinggal suami.Peratus perceraian diusia muda pun akan meningkat. Caye lah..

Pada aku ler, usia camtu korang patut ada dibangku sekolah mengejar ilmu..Apalah sangat nak dikejarkan kahwin tu, korang dah keja sok, lantaklah nak kahwin 4 sekali gus pun boleh ...

Pada pihak yg berkenaan, dari mengalakkan remaja ni berkhawin dlm usia muda, ade baiknya dibenteras penjualan video lucah yg berleluasa skrg ni. Tu punca utama mengapa remaja terjebak dalam kancah maksiat..Pihak polis patut diberi kuasa utk memeriksa hp remaja yg gemar download video lucah. Dah macam koleksi peribadi plak.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com