Wednesday, August 18, 2010

OH POCOT!!

Biasa tak dengar orang melatah. Lazimnya, kita biasa dengar orang tua2 yg melatah tapi zaman sekrg ni, I tell you... muda2 lagi dah ada tabiat cenggitu. Muda tu satu hal, lelaki plak tu.Latah ni adalah satu "penyakit" orang melayu yg biasanya berlaku secara semulajadi atau terikut2.

Aku penah le ada satu experience berdepan dgn orang yg kuat melatah ni...Kalu tgk rupa, mmmphhhh sebijik cam Ashraf Muslim ala2 model le katakan.. Kengkawan aku dah asyik pandang2 terutama yg single mingle nih. Tetiba, pelayan kedai tempat aku makan tu terjatuh something ..kalu tak silap aku tray....mamat ni terperanjat sampai kuar latah dia! Pot pet ..Pot pet..tak berhenti2. Dah tu kuar plak bahasa lucah dia.

Aku ketawa bagai nak pecah perot. Sian koooo...ilang ke handsome man nyer bila dia melatah tu. Mamat ni malu terus kuar dari restoren tu.Tapi peh tu rase bersalah plak. Yalah ...bukan disengajakan pon...memang out of control...

Melatah ni bukan sahaja menghiburkan pada yg mendengar tapi ada kalanya bahaya gak sebb si pelatah ni akan buat apa sahaja yg disuruh walaupun membunuh. Jadi amaran utk semua, hati2 bila menganggu orang yg sedemikian

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com