Wednesday, August 18, 2010

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG...

Aku baru berkesempatan membaca berita tentang Pemain Badminton Negara Roslin Hashim yg memfailkan perceraiannya buat kali kedua! Fuhh berpeluh mak dengar Roslin uihhh!
Perkhawinan tu satu ikatan paling suci dan ijab kabul tu bkn cam main pondok2 dekkk.

Aku cuma nak kongsi cerita tentang topik perceraian ni dgn korang dalam entri aku kali ni. Perceraian tu mmg dibenarkan dalam Islam tapi tidak digalakkan..Apa yg ada dalam batu jemala korang tentang terjadinya kes perceraian di kalangan masyarakat kita ni?

1. Tidak bersefahaman lagi. Kita ni kan ke hidup di zaman moden. Boleh gi dating2. so amik ler kesempatan tu utk melihat dan mengetes pasangan kita samada dia tu layak dijadikan calon suami atau isteri yg baik.

2. Punca dari orang ketiga. Ni ler yg byk sgt terjadi. Spesis langau ni mmg tak senang tengok idop suami isteri tu bahagia. Byk yg single, yg double , triple gak dia bertenggek gak kat situ.

Jika korang dalam dilema yg hampir menuju perceraian, jgn ikutkan perasaan. Mintalah bantuan orang yg boleh dipercayai utk membantu menjernihkan suasana. Tak ada masalah dalam dunia ni yg tak boleh diselesaikan.

Jangan ler anggap kaum wanita ni umpama baju yg dipakai. Rase berkenan , beli dan pakai..Bila dah jemu, buang!. Anda kaum lelaki dilantik oleh Allah sebagai Khalifah utk memimpin kaum wanita. Bukan menganiayai mereka. Jangan jadikan kuasa talak ditangan anda tu sebagai kuasa yg disalah gunakan..Kaum lelaki dicipta mempunyai akal yg lebih berbanding nafsu. Oleh sebb tu... jgn beraja di mata, bersultan dihati.
Sedey, bila dengar lagu P.Ramlee..Putus sudahh..kasih sayang....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com