Friday, October 1, 2010

HADIAH KAHWIN.


Esok..aku ingat nak buat aktiviti di rumah jer..Plan nak kemaskan rumah atas bawah...Bila tengok Diary aku..alamak nasib baik aku check! Kak Shimah jemput aku ke weeding anak dia di Greenwood. Kalu tak mau dia tarik muncung dgn aku. Maklum ler, masa aku kenduri "naik umah" dulu..dia datang dgn anak dara dia..

Bab nak beli hadiah ni aku memamg letih! Bukan apa..tak tau nak bagi apa. suruh jer lah hubby aku pilihkan..Taste dia rasenya lebih okay dari aku kalu bab2 hadiah orang kahwin ni. Penah gak dia kutuk aku..beli hadiah org kawin cam beli birthday present jer! So, before aku kena komplen lagi, baik kuserahkan pada budibicara dia...

Teringat masa aku kahwin dulu, punya ler banyak hadiah yg kami terima. Memandangkan ketika tu aku masih lagi dok menyewa, jadi sebahagian hadiah masih tersimpan dalam
kotak. Bila dah pindah ke rumah sendiri, aku pun tak bother nak bukak.

Hinggalah ketika aku bersalin anak kedua, mak sedara yg ditugaskan utk mejaga aku tika tu, rajin plak menyelongkar store aku...Bila dia nampak kotak2 kat situ. gatai jer tangan dia nak membuang. Untung lah dia bertanya sebelum buang sebb bila aku bukak kotak tu...MasyaAllah hadiah kawin aku...Noritake plak tu...nasib baik tak pecah ko!aku pun tak tau sape yg bagi sebb pembalut dan namanya dah tanggal.

For those yg bagi hadiah kahwin dulu kat kami..terima kasih bebanyak yer..Bukan aku tak sudi bukak hadiah korang..tapi masa tu tempat tak mengizinkan...Tu yg buat aku lupa tu....Tah sape bagi lampu tidur...TQ romantis banget! Sampai sekarang aku guna okay!!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com