Wednesday, October 13, 2010

RAHMAT DISEBALIK MUSIBAH YG MELANDA

Tika kita ditimpa musibah, kita terkadang menyalahkan takdir malah kadang2 menganggap bahawa Tuhan itu seakan tidak berlaku adil pada kita. Tapi kita lupa bahawa disebalik semua ni, ada seribu rahmat yg menanti...

Dulu..aku pun penah menyesali takdir tapi akhirnya aku menyedari bahawa Tuhan mungkin mendatangkan sesuatu musibah untuk menyedarkan umatnya yg hampir terleka dan lalai dengan tanggung jawab masing2.

Kemalangan yg menimpa hubby tu banyak menyedarkan aku dan mempunyai rahmat disebalik semua tu.Perhatian dan layanan yg aku beri padanya sebenarnya tambah mengeratkan hubungan kami suami isteri. Tanpa aku sedar, dia sebenarnya suka dimanjakan, suka diberi perhatian...sesuatu tradisi yg aku dah lupakan sejak mula2 melayari bahtera perkhawinan dulu. Mungkin bila kita sudah lama bergelar suami isteri, kita terlupa bahawa perkara yg kecil2 itu sebenarnya banyak memberikan impak besar dalam kehidupan yg kita lalui. Contohnya...makan bersuap, berpegangan tangan dan paling terbaru yg aku lakukan semula setelah hampir 18tahun berkahwin...mengusap rambutnya hingga dia tertidur...

Tika itu, terpancar kebahagiaan pada wajah lelaki yg bergelar suamiku..Jelas antara kami...masih ada sinar cinta meskipun melalui badai rumahtangga yg maha hebat...Ayat paling indah yg dibisikkan ditelingaku tika itu....Hanie..I love you so much...membuat airmata aku mengalir perlahan dari kelopak mata....

Menangis lagi.....(Tapi ini airmata kebahagiaanku)

1 comment:

  1. ala..syahdunya.....so sweet..dah usia2 camnikkna..baru rasa nikmat tu kan......terima kasih pada orgyg pernah buat rumah tangga kita berantakkan kerana cinta yg suci takkan tergugat dgn cinta setan org lain...

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com