Tuesday, August 31, 2010

SAMBUTAN HARI MERDEKA

Agaknya korang celebrate giler2 masa menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara kita semalam yerr..maksud aku count down dia lah.. Tahun lepas atas tuntutan hubby yg teringin sangat nak bawak anak2 gi tengok pertunjukan bunga api kat Dataran Merdeka, aku ikutkan gak. Sebenornya ..aku cukup tak suka acara yg memerlukan aku berhimpit2 dan berasak2 cam tu.

Memang sah ko!!..Sampai kat sana dah berduyun2 orang tiba. Berpeluh gak berasak2 di celah orang ramai tu. Kebetulan masa tu ada pertunjukan nyanyian tapi aku tak ingat lak artis mana..Dalam pada tu, aku rase cam nak pitam sebab tak biasa dgn suasana yg camtu. Dengan sesak tu satu hal lah...paling aku tak tahan tu dengan bau badan yang ala2 bau rakun.

Bila aku amat-amati rupa2nya kebanyakan yg datang tu warga Indon (tau jer lah bahasa nyer tu) siap bawak anak dalam bedung kain lagi...Hish tak kuasa aku!! Akhirnya kami cuma berdiri berhampiran FRU yg berkawal di situ dan melihat dari jauh jer..
Tak de ler hapenning sangat pun..tinggal lagi aku rase acara tu lebih kepada mencari pasangan. Rata2 remaja berbuat sesuka hati tanpa segan silu walaupun diperhati.Nak menyambut merdeka konon...jiwa dan sikap dorang sendiri tak merdeka sepenuhnya!!!

Dari membiarkan anak2ku menyaksikan adegan tak bermoral mereka tu...aku ajak hubby aku balik awal...Harap2 anak2ku ni tak mewarisi generasi yg rendah moralnya dan masih belum memerdekakan diri seperti itu.

MINI GARDEN.



Dari dok melangut tengok tv jer..aku fikirkan nak buat sesuatu untuk menghilangkan kebosanan aku ni..Bila tengok pasu ikan yg dah lama tak dijenguk diluar umah tu, terfikir gak untuk membersihkannya.

Untung baby ringan tangan nak menolong. Dia kalau bab main air ni memang keja dia. Masa tengah mencuci pasu ikan tu..baru aku perasan yg ikan guppy aku tu dah beranak rupanya...ada tiga ekor tau!Suka nyer baby...

Dah lama rupanya aku tak melawat nussery bunga kat Sg. Buloh tu..Kebanyakan pokok bunga aku dah di ekspot kat umah mak sebb kesian dia hidup tanpa jagaan sempurna dari aku. Dari mati kering, baik ler mak yg menyiram hari2..idop gak pokok bunga aku tu..Siap bagi dengan motor pump lagi untuk buat air pancuran..Peh tu..wuahhh datang plak rase nyesal ..



Penat gak buat keja camni di bulan puasa..Tapi bila dan selesai dan tengok hasilnya..ilang penat lelah kami dua beranak.Camner pun masa aku tangkap gambar ni ..terasa cam tak lengkap plak mini garden aku ni sebb pokok2 tak cukup. Nanti ler ..after raya kot aku mulakan balik aktiviti menghias laman ni semula.. Tapi idok ler janji yerr...

Monday, August 30, 2010

BERBUKA DI DEWAN PERDANA FELDA.



Hari ni ada jemputan berbuka puasa kat Dewan Perdana Felda. Kira2 balik..dah lama aku tak ke dapur ni..dok asyik makan kat luar jer...Tapi rezeki jgn ditolak yong!! Nasib baik aku sampai on time so senang ler dpt parking lot yg paling dekat. Tak ramai staff yg datang..mungkin sebb jauh dari umah dorang kot sebb mostly ramai yg dok area Subang.


(TENGOK HASIL KEJA ANAK DARA AKU..TONGGANG TERBALIK GAMBO AKU DIBUATNYA)


(NI PUN SAMA..CAMERAWOMAN YG TAK BERTAULIAH) CISHH..!!

Makanannya pun okay..sedap tu yg buat aku dok lama kat situ..lepas satu2 juadah aku try sampaikan perut dah terasa senak. Anyway thank you buat Kak Nor yg sudi menjemput kami staff kat HQ ni.Mudah2an murah rezeki...tahun depan jgn lupa jemput lagi yek..ngehhh!!


(AKU CAM NAIK PENING TGK GAMBO SENDIRI) BABYYYYYYYY!!!!!!



Bila masuk jer kat dalam dewan tu.. dah terasa kemeriahan hari raya tu dah semakin hampir. Tapi berita sedey yg aku tima semalam..baju aku cuma sehelai jer tailor tu jahit..tak sempat kata nyer. Hampeh !Dah berangan aku bergaya dipagi raya korang tau tak..Hubby aku senang jer penyelesaian masalah dia...beli jer dah siap..habih cite..

Dia ni dari zaman bujang dulu lagi..bab berjalan ni bagi jer kat dia...dari sakit pun boleh jadi sihat. Aku lak yg cramp kaki dibuatnya..

Sunday, August 29, 2010

GYOYAK GAPO MU POK NIK....



Kata orang, kalu nak berguru, carikan orang yg bijak pandai...yg tahu mana yg betul dan mana yg salah...Ni bukan cerita nak berguru atau bertapa segala tapi isu yg hangat diperdebatkan..Kita yg kurang arif dari segi agama ni dah tak tau yg mana yg harus diikut.

Artikel tersebut berkenaan kebenaran orang bukan Islam memasuki masjid utk mengadakan ceramah politik. Ianya juga dipersetujui oleh Menteri Besar kelantan, Nik Abdul Aziz yg merasakan bahawa larangan tersebut akan merenggangkan lagi hubungan dgn orang bukan Islam untuk berdakwah kepada mereka.

Ini pendapat peribadi aku lah Pok Nik yerr...apa yg diperkatakan tentang "kesalahan" Ahli Parlimen serdang itu ialah beliau menggunakan ruang masjid untuk memberi ceramah politik sedangkan kita sebagai umat Islam pun dilarang berbuat demikian. Masjid atau surau tu dikhaskan untuk beribadat bukan berpolitik Pok Nik...

Mentelaah lagi, Si polan yg memasuki ruang solat tu tak menghormati langsung ugama Islam. Sudah ler masuk berceramah bagai...sekurang2nya menutup aurat lah. Untuk pengetahuan Pok Nik, kami orang Islam pun diberi jubah atau tudung ketika masuk ke masjid (bagi mereka yg tak bertudung) sebagai menghormati masjid..Inikan lagi bukan muslim...

Rase2nya lah...Pok Nik kena buka balik kitab ajaran Islam sebagai rujukan.Kita mmg tak menghalang sesiapa utk mengenal Islam tetapi hormatilah sesama agama supaya ianya tidak menjadi isu kelak. Seperti peribahasa masuk kandang kambing.. mengembek..TAPI dah masuk masjid tu pepandai ler mengikut peraturan nyer...

RASA BERSALAH SANGAT...



Rasa bersalah sangat aku ari ni. Mana tak nyer, tak bersahur lagi!!! Malam tadi, hubby aku volunteer nak siapkan juadah bersahur so aku pun masuk ler tidur awal. Tapi hishh!! mata ni tak mau gak lelap..Aku layan dgn tengok tv untuk bagi mata rasa letih pun tak menjadi gak.

Sudah nyer tah kol brapa ler aku tertidur semalam..Yang pasti pagi ni waktu aku tersedar, mak oiii kooo!!! pukul 6.45 pagi..Bersahur pe ke jadah cam tu???Aku ok jer walau tak bersahur tapi kesian dengan anak2 dan hubby aku. Rase bersalah sesangat nih..penat dia memasak semalam, alih2 tak de sapa menjamah nyer...

Nape ler aku leh tidur batang semalam..Masa alarm hp bunyi tu aku perasan tapi gatai pulak tangan ni dok tekan "off". Ialah ..tengah mamai kan...Tak teringat lansung yg aku kena bangun utk sahur! Eiii..bila ingat2 balik, geram nyer akuuuu...

Sori ler sayang, I admit my mistake...harap2 dorang tak marah kat aku..Bila tengok muka hubby aku cam 50-50 jer dia. Mestilah kan..beria2 dia masak, alih2 tak dapat makan..Wuahhhh!!!hati aku yg berbekam ni tau!!..walaupun dia dan anak2 tak kata apa tapi perasaan keciwa tu mesti ada..aku tau!

LAGI2 INDON...




Aku baru ler ura2 nak gi Bandung dengan kengkawan kat ofis..tapi bila baca plak perkembangan yg berlaku kat Indon tu..berfikir 10x aku. Ialah kannn..dah tau kat sana tengah bergolak , sajer2 plak datang menyerah diri.

Bila aku baca punca pada permasalahan ni sebenarnya tak ler isu besar mana! cuma segelintir mamat Indon kat sana yg too emosional. Agaknya sajer nak glamour masuk tv. Kalu tak, takkan le sanggup membakar bendera dan melempar najis ke kedutaan Malaysia segala!! tu keja bodoh yg penah aku dengar.. Bebudak pun tak buat keja tak berakal cam ni!

Cukup2 le kita bersengketa dulu. Kalu korang baca sejarah, kita dgn Indon ni penah berbalah di zaman pemerintahan Sukarno (Orang Jawo nih lah yang jadi orang kuatnya dalam peristiwa GANYANG MALAYSIA) Tup2 sekarang ni,rakyat Indonesia ni yg banyak datang ke negara kita mencari rezeki.Bukan sajer datang mencari rezeki, buat keja haram seperti merompak tu pun majoriti nyer pun mamat Indon gak.

Ini lah yg dikata kan, dasar tak sedar bangsa merempat di negara orang, tapi tergamak nak memusuhi negara yg menyelamatkan puluhan rakyatnya dari mati kelaparan.
Ni yg dikatakan seperti melepaskan anjing tersepit!

UJIAN DI BULAN PUASA..



Cam dah lama rasenya aku tak bukak blog nih..Hari Jumaat kan ke cuti, so hubby aku suggest gi jalan2 utk beli apa yang kurang lagi...Apa yg kurang..kuang! kuang!! kuang! Silap ler dia bagi soalan ni kat aku sebb cepatnya aku jawab memang ade yg kurang ..Kebetulan aku bawak sekali adik aku yg susah nau nak ajak hubby dia gi shopping.

Tah mana silapnya, baby cam tetiba tak sihat lak..dari pagi dok asyik muntah aje..Masa sahur dia cuma makan nugget. Aku plak cam dizzy semacam. Masa tengah sok2 memilih barang tu , tetiba aku rase cam nak pitam..Demi nak bershopping nyer pasal, ku kuatkan gak ler kaki nih.

Kesian baby..aku tengok lemah semacam, Sampai menunggu waktu berbuka tu, memang lembik tak bermaya dia..tapi one thing good about her..dia kuat semangat nak teruskan gak puasa.

Lepas berbuka tu, memang badan aku sendiri pun rase semacam, tak larat nak berjalan2 lagi..Untung hubby aku yg menjaga baby kat umah sebb aku mmg tertidur sebb badan rase cam nak demam. The next day tu we all gi klinik..sah ler kena food poisoning!
Alhamdulillah peh makan ubat..baby ceria balik dan aku pun dah okay! Nie lah salah satu ujian yg Tuhan bagi untuk menguji ketabahan umatnya..

Wednesday, August 25, 2010

RANCANG KEWANGAN ANDA DGN BIJAK



Bunyi tajuk entri kali ni cam serius bebenor jer kan..Sajer nak kasi korang bertukar angin sket.. Bila bercakap soal kewangan ni, apalagi merancang kewangan untuk masa depan...nak tak nak korang kena gak fikirkan gak. Merancang kewangan ni penting untuk jangka panjang kecuali ler kalu korang nak hidup ala2 peribahasa kais pagi, makan pagi..

Diantara langkah2 yg korang boleh ikut dan praktikkan ialah :

1) Jika ada wang lebih tu, lebih elok kalu korang bayar advance utk Instalment keta atau umah .

2) Buat investment dlm saham. unit trust yg terpilih. Maksud aku..buat homework sebelum anda memilih utk invest dalam saham tersebut.

3) Langkah paling bijak! Invest dalam bisnes. Untungnya lebih berganda berbanding invest dalam unit trust atau saham.

4) Beli Insurance yg seelok2nya bercirikan islamik. Contohnya RM150 per month dan beroleh coverage hingga RM150,000. Ok gak kan!

5) Menabung atau buat simpanan di bank..Jadikan ia satu disiplin bagi diri anda.

6) Elakkan guna terlalu banyak credit card kecuali terpaksa.

LORR...KO KANTAOI LAGI!!



Aku berkira2 nak membeli hand bag utk di pakai di pagi raya ni.Tengah dok search laman web online yg menjual handbag tu..tersenyum sumbing aku bila terbaca satu blog ni. Mana kan tak nyer... Dalam ramai2 pembelinya tu ada ler nama sorang Hamba Allah ni..yang mengembar-gemburkan dirinya membeli handbag branded ori konon..Namanya terpapar ler kat situ.

Disebabkan namanya yg pelik sket tu yg buat mata aku cepat nau cam..walaupun dia purposely order dari negeri lain utk mengaburi mata kengkawannya. Aku cam nak tergelak sakan sebb pandai gak minah ni berlakon spt mana lakonan dia sebelum ni...

Apa yg aku nak cite kat sini bukan pasal minah ni tapi sikap segelintir dari kita ni yg ingin melaram dgn barangan berjenama tapi tak mampu. Justeru tu..sanggup menipu demi utk memuaskan hati dan menjaga imej dan personaliti diri di mata kengkawan.



Di sini aku cuma nak berpesan...BE YOUR SELF..Tak perlu nak terikut2 rentak org lain hingga sanggup menipu! Rase2 tak de duit..buat cara tak de duit...Nanti awak gak yg stress. Bila dah kantaoi, sape yg malu besor?? awak jugak kannn???

Tuesday, August 24, 2010

BROADBAND

Entah apa kena dengan broadband maxis aku nih tah! Buat hal plak dia sedangkan aku tengah berkobar2 nak update blog aku ni. Kejap2 dia hang...Masa aku beli dulu, kemain lagi salesman tu promote broadband dia ni..Bagus lah..laju konon! siput tu kalu letak sebelah talian ni, aku rase dia lagi laju...

Nape yer? Kengkadang aku perasan ramai penjual ni tak sincere dalam menjual barangan dorang. Apa le salahnya kalu cite kebaikan dan keburukannya sekali tentang barangan yg dijual tu. Peh tu, terpulang ler pada pembeli samada nak beli ke tak.. Ni aku rase cam tertipu plak!.

Tak salah kalu nak untung atau target sales korang tu tapi sekurang2nya jadi ler penjual yg bertanggung jawab dan PALING PENTING jujur... Ni kengkadang tu dah beli barang...bila kita ada masalah nak tanya sesuatu, tak nak entertain langsung...Masa nak beli bukan main manis...hari2 telefon dok mengodak orang suruh beli. Siap offer free gift lagi.

Monday, August 23, 2010

RAJIN ADER MAKNA NIH...


Alkisah nyer si baby ni tetiba plak semalam rajin nak mencantikkan mama nyer..siap buat rawatan pedicure & manicure lagik tuh..Aku yg keletihan menunggu masa berbuka ni menadahkan diri jer lah...

Si Abang lak cam tau taktik baby ni..sebab selalu tu bukan main liat kalu disuruh..ari ni senang2 dia volunteer kan dirinya cam buat keja amal plak. Bila Abang usik dia, baby mmg dah ada jawapan sendiri...bukan apa ...biarlah mama nampak cantek di pagi raya, nanti orang tanya mama sape tu? Mama kita gak kan...Pupur kat muka aku dah cam retak2 menahan ketawa dengar alasan dia.. Aku siap bagi signal kat Abang..jgn usik baby lagi ..Abang ni tak sah kalu tak tengok baby nangis. Kang dia merajuk, separuh jalan lak rawatan muka dan tangan aku nih.

Hasilnya...kuku aku nampak berkilat...Sempat gak aku terlelap jap sementara dia dok mengerjakan aku. TQ Baby...anyway mama tak lupa upah tu...Sowey yerk..aku tak leh tunjuk muka masa tgh rawatan ni sebb masa ni pakai camisole jer..so seksi gitu...Kang ader yg terkezut beruk plak..

REZEKI MENJELANG RAYA...


Pagi ni terkejut aku tgk jumlah gaji yg masuk..apasal lebih lak? Lorr..baru aku teringat staff increment dah masyukkkk. Back dated lagi tu...Syukur! dah nak raya ni ade jer income masuk.

Aku bagi tau mak pasal increment yg aku dapat tu..Menadah tangan memanjatkan syukur orang tua tu...baru ler aku tau, rupanya mak selalu doakan aku dan anak2nya supaya dimurahkan rezeki sentiasa. Yer ler kann..kalu tak masyuk, camner "LHDN" nak tax, aku usik mak.. Mak kata disebabkan aku bagi dia duit bulan2 so dia tak ler tergamak nak mencukai aku kecuali my brother yg jarang2 bagi duit tu.. Sekali dia "tax" adik aku tu..haah ko! mau sebulan gaji orang tu.. Bayaran tertunggak kan mak? keh! keh!

Terima kasih le kat mak yg sering doakan kesejahteraan anak2nya ni terutama aku yg rajin buat dia marah nih..Marah2 pun..mak akan cari aku gak kalau ada apa2 hal nak mintak tolong...

TQ gak kat hubby yg sering mengingatkan aku tentang duit bulanan mak dan abah. Memang aku tau, duit tu besar ertinya pada mereka bukan kerana nilai...tapi erti ingatan dari anak2 kepada mereka...Lorr ..apasal lak rasa sentimental tetiba ni...

SPY YERKKKK....


No wonder ler stevie wonder, lately ni aku terasa seperti diekori gitu. Seolah2 gerak geri aku diperhati seseorang. Ala2 spy ler dia ni....Kalu yg mengekori korang ni adalah orang yg korang pun suka tak pe gak...tapi ni spesis langau yg aku hampir2 dapt sembur dengan sheltox dulu...

Apa sajer aktiviti aku dalam Diary Hanie ni sumer dia baca...buktinya cam ada "reply" dalam blog dia gak..Eeeeei tak gemornya. Kan aku dah kasik tau, jgn cuba hampir dgn family aku lagi..Ko pun dah ada life sendiri kan. Dengan kengkawan..statement ko ckp benci tapi hakikatnya ko tu mengekori aku setiap masa.

Cuba ko bangun pepagi tu ..tengok sebelah ko tu sapa??Ko tu dah berlaki! so buat ler cam orang berlaki...jgn dok merisik khabar orang yg tak sudi kat ko tu! Tak habis2 keja si langau nih. Tak cukup ke tropedo yg ko terima ari tu atau mau yg lebih power. Bawak2 ler bertaubat...dari ko kacau idop orang, baik ko jaga dapur ko tu baik2.
Astagfirullah.....nasib baik aku puasa....

Sunday, August 22, 2010



Dalam bulan Ramadhan ni, kita mmg dituntut untuk membuat sebanyak mungkin amal jariah terutama kpd orang2 yg kurang bernasib baik.

Syukur sebb masyarakat Malaysia mmg perihatin pada insan2 seperti ni. memang mewah anak2 yatim ni dgn jemputan majlis berbuka puasa di sana sini. Siap dgn pemberian hamper dan duit raya lagi. Namun, mengapa tradisi seperti ni cuma dibulan puasa sahaja sedangkan pada bulan2 yg lain, acara seperti ini tidak diteruskan.

Tangan kanan memberi ..sorokkan tangan kiri. Bermakna sesuatu pemberian yg ikhlas itu tak perlulah digembar-gemburkan. Cukaplah sekadar Tuhan yg mengetahui niat seseorang tu. Derma yg di canang2kan satu dunia tu dah menjadi satu riak yg membuat niat kita yg dari mulanya untuk beramal bertukar kepada menunjuk2.

Kekalkan lah budaya "memberi" tersebut sebagai amalan mulia yg perlu diterapkan ke generasi yg akan datang. Semuga mereka lebih mengenali erti perikemanusiaan sesama insan di dunia ini. Sesungguhnya.. tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima...

HABIS MADU SEPAH DIBUANG


Waktu bercinta, sumer indah..sumer baik, kalu ko kentut depan dia pun, dia kata wangi. Korang mesti fikir nape aku merepek dalam entri aku ni kan..Sebenarnya aku terbaca satu artikel dalam manggaonline kisah perkhawinan sorang artis ni yg pada mulanya, biasa ler orang baru kahwin kan..masing2 kata dah jumpa Mr.and Miss Right dia.

Yang tak sedap telinga mendengar tu bila rumahtangga hancur, mulalah kuar cite2 yg tak enak didengar..Masing2 menyalahkan pasangan yg menjadi punca runtuhnya istana yg dibina.Aku ni bab menasihat tu tak pandai...tak reti punnn...cuma agak terkilan dan tertanya2 kat mana silapnya hingga jadi berantakan camtu.

Kebanyakan pasangan yg tgh asyik masyuk ni mmg lah..trend depa kalu bole nak tunjuk satu dunia betapa loving couple nyer dorang tu. Minum secawan..makan sepinggan (cam nak budget la plak) kononnya tu cara romantis.Ngehhh...senak usus kecik aku ni.Trend sape le korang ikut ni...

Tapi bila dah kahwin, masing2 bwk haluan sendiri. Mana peginya janji manismu dulu tu?..Lautan api sanggup direnangi konon! Ko fikir pakai kepala lutut ke haper masa ko ckp tu??. Dah bergaduh sakan, baru kuar cite yang berenang pon ko tak tau rupanya...Apapun rumahtangga ni bkn main cuba2 atau sekadar nak tutup title andartu atau bujang lapok tapi ianya satu ikatan paling indah utk dua hati dalam melayari bahtera kehidupan..Udahhh..cam penyair plak dahh...

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Bawak2 le berbincang...TQ and really appreciate gak buat hubby tercayang sebb sabaor melayan kerenah isterinya yg kengkadang mencipta tsunami kecil... bertuah aku dapat hubby yg namanya sentiasa teratas di hatiku...

TEMANKAN MAK GI SHOPPING.



Hari minggu lepas, aku bawak abah gi berubat utk sekian kali nyer. Kali ni kat Cheras pulak...Mudah2an abah serasi dgn cara pengubatan kali ni. On the way balik, aku suggest nak bwk parent aku gi Jln TAR. Sajerr..kot2 nak jalan2...Owhh! Abah awal2lagi dah tolak. mungkin sebb kesihatan nyer yg tak mengizinkan tu. Dia mintak aku hantar dia balik umah dulu. Bila tanya mak, ini jawapan dia..mak mana2 jerrr tapi cam biasa ler yek, mak aku ni nengor ayat shopping, dari badan lembik cam sayur celur terus segar bungar dia..Apa2 je lah mak....

Mulanya aku ingat nak temankan dia jer, tambah lagi yg plan nak nak gi jalan2 ni sebenornya plan hubby aku. masa mak tengah tak menyedorkan diri memilih kain2 tu (lorrr...kain lagi!!) aku tengok hubby aku pantang nampak kerusi, duduk. Memang nampak dia keletihan tapi bila mak tanya, pandai plak hubby aku ni berlakon...Tu yg mertua dia sayang nau kat dia tu!

Dalam window shopping tu, iman aku goyah gak bila tengok kain2 dia cantek2 ko!Akhirnya! kalah gak aku..terbeli sepasang kain lagi..walhal plannya aku nak beli baju ready made jer...Arghh tak kisah ler...pejam mata jer terbang gak RM120 aku..
Ini bkn godaan setan namanya tapi godaan nafsu sendiri. Dah hubby aku pon satu..dia bagi green light plak, so aku on ajer lah.. Buka salah aku semata kannn.

Saturday, August 21, 2010

KAD RAYA PENYAMBUNG CINTA...



Dulu..time ni ler aku akan tertunggu2 kiriman kad raya dari sahabat dan teman2 yg rapat. Memang rasa teruja bila setiap kali bukak peti surat, penuh dgn envelope putih yg tentunya kad raya. Mana2 kad raya yg aku rase agak spesel tu..korang faham2 jer lah kannn...aku simpan tapi yg lain tu aku gantung tuk hiasan di pagi raya.

Tapi lately ni..almaklum ler kan, zaman dah berubah..kad raya dah diganti dgn alat yg lebih canggih dan cepat. SMS dan MMS dah jadi satu trend di kalangan masyarakat kita sebagai penganti kad raya.

Bagi aku ler..kad raya tu lebih ada sentimental value nyer berbanding SMS atau MMS.
Kad tu pon boleh kita simpan sebagai kenang2an dalam tempoh yg lama. Gambarnya pon banyak yg menarik..Teringat masa kecik2 dulu..aku paling suka beli kad raya gambar kucing sebb comel2 anak kucing tu..Tak kira ler nak kirim kat Tok sekali pun aku guna kad gambar kucing gak!

For your info..kad raya lah penyambung hubungan aku dan hubby yg lost contact lebih
7 tahun. Kad raya yg aku kirim padanya tu merupakan kad raya terakhir yg tak tau nak kasik kat sape. Tup2 teringat kat dia...so dgn ucapan ringkas, "Raya ni, jemputlah ke rumah". Memang pun dia dtg...Dengan kengkawan nyer cam rombongan nak masuk meminang!

Kecut perot aku time tu...Mana tak nyer..yg dijemput sorang tapi yg datang tu 3 bijik kereta...Rase kannn!!!

DI ANTARA HOBBY AKU.



Dalam banyak2 hobi aku, ni salah satu benda yg aku suka buat koleksi.. kumpul Fridge Magnet. Pantang jumpa kalu gi shopping atau singgah kat mana2..pasti aku beli kalu jumpa yg cantek tu!




Dulu memang arghh giler2 punya hobi ni...mana2 kengkawan yg tau hobi aku ni, rajin gak belikan souvenir kalu dorang balik dari oversea. Kalu tengok kat fridge umah aku tu mmg penuh kat bahagian atas tu.

Mungkin sebb kaler dia yg berwarna warni tu siap dgn corak macam2...jadi tumpuan lak kat anak2 buah aku kalu datang umah..Akibatnya..fridge magnet aku ni beransur2 kurang sebb ada yg berkenan dan kebanyakannya pecah dek dimain anak2 buahku termasuk baby. Dia ni kalu sorang2 kat umah..tak de plak diusiknya benda tu..

Friday, August 20, 2010

CARPET RAYA...


Semalam aku try gak sesajer gatai tangan gi tgk laman web pasal carpet..Rasenya dah lama gak aku tak masuk kedai carpet ni. Paling tak suka sebb bau carpet tu cam buat dada aku sesak! Aku ni tak de ler penyakit asthma tapi tah naper, agak allergic tol bau menantang satu nih!

Aku sebenarnya dah lama aimed satu carpet tebal ni..Sesuai sangat kalu letak kat meja ketapang kat ruang tamu umah tu...Kebetulan dapat plak green light dari hubby aku..lagi ler laju aku dok survey kaler dan saiznya. Nak jadikan citer plak..dah jumpa kaler yg sesuai..saiz plak kecik sgt..Bila saiz dah ngam2 ho..kaler plak cam hampeh!Tu yg buat aku sanggup tunggu sampai apa yg aku betul2 nak tu ada..baru aku beli.




Tapi nampak gaye nyer Bedah woii. terpaksa ler aku pendamkan ajer niat aku tu sebb baby ada alahan dengan habuk dan carpet nih mmg bole menyumbang kepada alahan dia tu.Dalam dua2 benda yg aku suka tu, of coz ler aku kena utamakan kesihatan baby. Carpet tu aku leh beli time dia dah ok nanti tapi baby ni kalu dah sakit..akuuuu gak yg susah.

So, sekarang ni, aku tukar sumer carpet yg ada dengan tikar Sarawak. Lagi nampak cantek dan match plak dgn furniture aku...Sebut pasal furniture ni...bila gamaknyer kita nak tukor sofa ye hubby ku...ngehhhhh..

PANIK AKU!

Woishhh!!!!peluh sejuk sumer kuar..cam nak pitam gak aku.Mana taknya.. tengah2 aku menaip dgn ilham mencurah2 tu tetiba jeng !jeng! jeng! mak oiii apa kemende yg kuar penuh merata bertepek kat blog aku ni. Sekali pandang ..ingatkan advertisement nuffnang..Sekali bukan daaaa....

Peh tu blog aku ni hang plak. Lorr.apa yg dah jadik nihh!. Malam semalam, tak lena tau tido aku mengenangkan apa masalah dunia yg terjadi kat blog aku ni. So pagi ni, time dah cool sket tu, aku dan si abang try ler merisik apa penyakit blog aku nih!

Rupa2nya blog aku tu dikhaborkan dah overlimit . Atas kebijaksanaan si abang, dia berjaya ler menyelesaikan masalah aku tu. Fuhh! Lega Kooooo...kalu tak terbantut ler ilham aku ..Teng kiu abang....Eh tak kan tengkiu jer kot...Dah agak dah..Donut aku dorang ni, kalu buat kerja tak de upah..something wrong lerr. Kengkadang tu, mintak tapi cover sket dgn senyum menguntum dia tu. Aku ni kan ke mamanya...Luar dalam aku kenal..Tak pe arghh abang...janji blog mama dah okay!

Thursday, August 19, 2010

PADAH BAHAYA MERCUN


Bila sebut pasal raya mesti le orang kaitkan dgn Mercun dan Bunga api. Tu baru namanya Raya! Dalam raya raya pon ada gak sebut tentang kemeriahan raya yg diselangseli dgn bunyi mercun. Ingat tak lagu raya nyanyian Saloma.."Dam dam dum, bunyi mercun, semaraklah hariraya ini tahun..."

Tapi dek kerana ada plak Hamba Allah yg kreatif tak bertempat ni dok modified mercun tu dgn mcm2 cara..tu yg kerajaan Msia mengharamkan permainan mercun tersbt. Masa aku kecik dulu, tak de pon dengar isu tangan putus cam bebudak sekrg!!. Sebenarnya tanggungjawab ibubapa jugak utk memantau anak2 tika bermain mercun ni. Ini tak!! dibiarkan bebudak tu main tanpa pengawasan org dewasa. Dah putus jari tgn tu, baru ler nak menangis..seronok kot masuk paper dgn tgn berbalut cam tu, glamour ..satu kampong tau yerk!!



Yang aku heran tu, dah ler tak pantau anak2, dia plak yg jadi supplier mercun tuh! Hishhh!! apa lah nak jadi mak bapak zaman milineum ni. Kot iyer nak cari duit lebih pon, byk lagi benda yg boleh mendatangkan duit. Ker..memamg sajer nak beraya kat jendela besi tuh!

a href="http://2.bp.blogspot.com/_Yp1IsvE0qLY/TG4fSLTFJiI/AAAAAAAAAaI/-Vhq5HDd59E/s1600/polis+mercun.jpg">

TAZKIRAH DI BULAN PUASA


Daripada duduk2 bual kosong...silap2 bercerita dahhh..mengumpat! haah! kurang pahala posa. Ni ada cara yg aku rasa lebih baik dan mendatangkan pahala berlipat kali ganda. Mengamalkan surah Ayatul Kursi ni byk fadhilatnya..diantaranya ialah:

1. Menjauhkan godaan syaitan, manusia dan binatang yg membahayakan. Ia juga dapat
dapat memelihara keluarga, hartabenda dari musibah.

2. Jika dibaca sebanyak 18x, Insyaallah akan dilapangkan rezeki, dipelihara martabat
orang tersebut.

3. Mencerdaskan minda dgn cara membaca ayat kursi sebanyak 50x dan dihembuskan ke
air lalu diminum.

4. Menghilangkan rasa marah.

Maksud yg terkandung dalam ayatul kursi ialah :

Allah, tidak ada yg benar disembah hanya Dia yg hidup dan Maha Kaya. Tidak pernah mengantuk atau tidur,bagiNya sesuatu yg ada di langit dan di bumi.Tidak ada yg boleh memberi syafaat kecuali dgn izinNya. Ia Maha mengetahui segala yg terjadi, di hadapan dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yg dikehendakiNya.Lebih luas syiar atas kebesaran Tuhan dari langit dan bumi. Tidak usah bagiNya memelihara keduanya. Ia Maha tinggi dan Maha Besar.

HARI2 SEMALAM YG DITINGGALKAN..


Riuh kengkawan bercerita tentang plan nak balik kampung raya ni...Aku cuma tumpang dengor jer lah. Dalam hati tu jealous bukan main..mana tak nyer...aku raya di Kuala Lumpur jer..Udah ler bila raya, Kl ni jadi cam tempat baru diserang garuda..sunyi sepi. kalu ko bwk keta pon bole pejam mata...lengang sangat!

Aku tengah godak mak dgn abah utk balik kg. Umah sape? Abah tanya..terkedu sekejap aku. Bila fikir2 balik, makcik aku dah ikut anak2 dia tinggal kat Ipoh, Ayah Nyah aku dan meninggal. Tapi sebb nak balik dan merasa suasana raya di kg, aku suggest dorang utk tinggal kat umah lama tok. Memang umah tu tinggal gitu jer sejak pemergian tok. Sayu betul hati aku bila tgk umah yg banyak memberi nostalgia indah masa aku bebudak tu terbiar tanpa penghuni.

Sebenarnya, anak2 aku yg lebih excited nak balik beraya di kg tu. Aku selalu cite kat dorang tentang pengalaman aku bermain bunga mercun dan bunga api di halaman umah.
Ayah nyah mmg rajin membuat panjut (sejenis pelita yg dibuat dari buluh yg ditebuk lobang utk masukkan minyak). Halaman jadi terang benderang dan disitu ler kami bermain sampai larut malam.

Kalaulah masa tu boleh diputar kembali, aku ingin melalui saat2 terindah aku sewaktu kecil dulu....

Wednesday, August 18, 2010

OH POCOT!!

Biasa tak dengar orang melatah. Lazimnya, kita biasa dengar orang tua2 yg melatah tapi zaman sekrg ni, I tell you... muda2 lagi dah ada tabiat cenggitu. Muda tu satu hal, lelaki plak tu.Latah ni adalah satu "penyakit" orang melayu yg biasanya berlaku secara semulajadi atau terikut2.

Aku penah le ada satu experience berdepan dgn orang yg kuat melatah ni...Kalu tgk rupa, mmmphhhh sebijik cam Ashraf Muslim ala2 model le katakan.. Kengkawan aku dah asyik pandang2 terutama yg single mingle nih. Tetiba, pelayan kedai tempat aku makan tu terjatuh something ..kalu tak silap aku tray....mamat ni terperanjat sampai kuar latah dia! Pot pet ..Pot pet..tak berhenti2. Dah tu kuar plak bahasa lucah dia.

Aku ketawa bagai nak pecah perot. Sian koooo...ilang ke handsome man nyer bila dia melatah tu. Mamat ni malu terus kuar dari restoren tu.Tapi peh tu rase bersalah plak. Yalah ...bukan disengajakan pon...memang out of control...

Melatah ni bukan sahaja menghiburkan pada yg mendengar tapi ada kalanya bahaya gak sebb si pelatah ni akan buat apa sahaja yg disuruh walaupun membunuh. Jadi amaran utk semua, hati2 bila menganggu orang yg sedemikian

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG...

Aku baru berkesempatan membaca berita tentang Pemain Badminton Negara Roslin Hashim yg memfailkan perceraiannya buat kali kedua! Fuhh berpeluh mak dengar Roslin uihhh!
Perkhawinan tu satu ikatan paling suci dan ijab kabul tu bkn cam main pondok2 dekkk.

Aku cuma nak kongsi cerita tentang topik perceraian ni dgn korang dalam entri aku kali ni. Perceraian tu mmg dibenarkan dalam Islam tapi tidak digalakkan..Apa yg ada dalam batu jemala korang tentang terjadinya kes perceraian di kalangan masyarakat kita ni?

1. Tidak bersefahaman lagi. Kita ni kan ke hidup di zaman moden. Boleh gi dating2. so amik ler kesempatan tu utk melihat dan mengetes pasangan kita samada dia tu layak dijadikan calon suami atau isteri yg baik.

2. Punca dari orang ketiga. Ni ler yg byk sgt terjadi. Spesis langau ni mmg tak senang tengok idop suami isteri tu bahagia. Byk yg single, yg double , triple gak dia bertenggek gak kat situ.

Jika korang dalam dilema yg hampir menuju perceraian, jgn ikutkan perasaan. Mintalah bantuan orang yg boleh dipercayai utk membantu menjernihkan suasana. Tak ada masalah dalam dunia ni yg tak boleh diselesaikan.

Jangan ler anggap kaum wanita ni umpama baju yg dipakai. Rase berkenan , beli dan pakai..Bila dah jemu, buang!. Anda kaum lelaki dilantik oleh Allah sebagai Khalifah utk memimpin kaum wanita. Bukan menganiayai mereka. Jangan jadikan kuasa talak ditangan anda tu sebagai kuasa yg disalah gunakan..Kaum lelaki dicipta mempunyai akal yg lebih berbanding nafsu. Oleh sebb tu... jgn beraja di mata, bersultan dihati.
Sedey, bila dengar lagu P.Ramlee..Putus sudahh..kasih sayang....

ENJOY IN TROPICANA GOLF

ari ni aku balik 4 sharp sebb nak amik Abg dan Baby utk makan berbuka posa di Tropicana Golf & Country Resort kat Damansara. Jalan punya ler jammed but aku sampai on time gak..Siap posing2 lagi kat sekitar dewan buffet tu. Sepanjang melalui jalan masuk tu, mata aku sempat gak tgk rumah2 di area yg berdekatan. Fuiyohhh! lawa ko!, mimpi ler aku nak dapat umah segitu beso nyer. Tak pe argh...tak dpt umah, jamu mata pun jadi ler. Aikss! mana tau kan...rezeki tu pemberian dari Allah.

Makanan yg disediakan pun sedap, layanan pun tip top gitu! Baby pasti nyer tak penah miss mesti cari spaghetti sama gak dgn Abang. Surprise gak aku sebb makanan yg di ambik nye tu bertimbun tapi leh habih..Tak padan dgn kecik ko nyer!Yang bwh ni kegemaran hubby aku, punya ler dia tawaf satu tmpt tu...



Kuih mueh ni Baby yg amik..dia ni nampak jer kecik tapi selera besor...



Sementara tunggu waktu berbuka posa tu, sempat gak kami dua beranak bergambar. Baby tu excited sebb tau muka dia nanti masuk blog aku..tu yg senyum menguntum tuh!






Tuesday, August 17, 2010

GAJI DI MANA KAU OH GAJI!!

Baru 18hb ari ni tapi ada di kalangan staff2 syarikat aku ni dah mula nanya gaji. Gaji masuk biler? Tu soalan fofular yg akan dorang tanya kalu nampak kelibat aku. Bulan ni Company bercadang nak bagi gaji awal. Bukan haper tuh! Nak bagi staff but persiapan serba sedikit untuk raya yg bakal tiba ni.



Tapi rase aku, lagi cepat gaji masuk..lagi cepat ler bebudak tu datang jumpa aku utk tanya gaji bulan depan plak. Bagi gaji cepat tu Yeop/ Yong...bukan suruh kome berabih joli katak atau raya indu! Berjimat cermat ler supaya ada tinggal balance paling tidak pun utk korang beli maggie mee lepas raya.



Walau pun teman ni sponsored by my hubby tapi aku tak leh rambang mata nak beli itu atau ini..Cukup ler takat yg perlu jer...Kalu rase2 ler korang tak leh tahan godaan dan lambaian syaitan yg sedang dirantai tu...senang jer tips aku..jgn pegi atau menghampiri tempat shopping complex tu. kalu tak , mata korang tu cam rainbow kaler nya!Ni baru sket aku tunjuk nih...

SEKADAR HIBURAN

video

...Letih bekerja...dok study sampai sakit kepala? Ahahhh!! aku ada ubat utk kurangkan ketegangan urat2 korang tu. Moh kita lihat video ni.. Aku tertarik nak paparkan di sini sebb telatah sorang nenek ni.. memang menghiburkan. Berkali2 baby dan Abang pasang video klip ni..setiap kali tengok, dorang tergelak terkekeh2..Moral of the story nyer, tak yah ler nak stress giler, idup ni hanya sekali. Korang tgk nenek ni..dia happy jer...Kita kena pandang jauh ke depan..yg sedih ..yg pilu tu lontarkan jauh2.. Berfikirlah secara positif, InsyaAllah , akan nampak jalan mudah utk kita selesaikan masalah yg kita hadapi. Cewahh..cam pakar motivasi plak aku ni dah! Apapun Selamat Berhibur..One more thing, korang jgn tanya sapa nenek cute miut dalam video ni sebb aku pun tak kenal. Abang yg rajin download cite2 camni..dia nak kurangkan stress mama dia kot! Lately ni, baby pon suka nau nyanyi lagu nenek ni. Kalu tak tu asyik2 lagu omputih dia jer.

MELODI TERINDAH..MENGAMIT MEMORI

Bila mendengar lagu yg berkumandang di radio, aku teringat kisah2 masa lampau. Banyak kenangan yg aku lalui dan lagu2 tersebut seiring dgn cerita suka duka kehidupanku.

JIKA KAU RASA GETARNYA - SLAM
Lagu ni, paling aku suka sebb buat jiwa aku rase tenang sangat. Liriknya puitis banget dan itulah kata hati yg lahir dari jiwaku buat hubby tersayang.

SUCI DALAM DEBU - IKLIM
Ni paling fofular masa aku honeymoon kat Langkawi dulu. Paling romantis tika hubby nyanyikan lagu ni atas motor ketika kami round2 sekitar pulau.

KU PETIK BINTANG2 - KENNY REMMY MARTIN
Masa ni aku tgh tuition kat Kg. Baru, time tu baru Form 5 so, ramai ler yg try nak usha..tapi aku tekad nak belajor betul2 sebb SPM dah dekat. Lagipun lagu ni pembakar semangat aku tika tu.

KAU LILIN CINTAKU - FRANCESCA PETER
Time ni aku bercuti kat Apartment guru yong di Sek Sains Teluk Intan. Aku kirim lagu ni buat hubby yg tika tu jadi tunanganku..Bila dah kawin, baru dia bagi tau yg surat aku tu dibaca oleh kwn2 lelakinya. Malunya akuuu...!!!

Masa tgh berkawan dulu tu, hubby aku ada gak bagi lagu menerusi surat.Nyanyian Endang S.Taurina..Masa ni aku tolak prmintaan dia utk jadi steady gf nyer. Frust sgt dia time tu. Tapi Jodoh menemukan kami gak...

PINK LADY


Sebenarnya sejak kuar berita pasal Pink Lady kat TV3, aku berminat nak post entri ni kat blog aku, tapi tak berkesempatan. Bagi yg tak tau apa istilah Pink Lady ni, aku nak bagi tau..Pink Lady ni nama glamour bagi pondan atau maknyah high class.Masa aku tgk gelagat dorang yg terkinja2 tu, hati aku bercampur baur..sedih dan marah sumer ada!

Rata2 mereka ni berkelulusan tinggi namun fizikal mereka tu membataskan peluang pekerjaan bila mana masyarakat melabelkan mereka sebagai org yg tak layak utk mendpt tmpt selayaknya. Hakikatnya kita hanya tahu mengutuk dan mencaci golongan seperti ini tapi terfikirkah anda, adakah kita berlaku adil pada makhluk Tuhan seperti ni. Mereka tak minta dilahirkan sedemikian..jauh utk menerima cacian dan hinaan masyarakat.

Namun satu peringatan ikhlas dari aku buat Pink Lady ni.Jika mencari rezeki sekalipun, jgnlah menjurus ke lembah kemaksiatan. Rezeki Tuhan ada di mana2 dan carilah rezeki yg benar2 halal...biarpun sedikit, tapi ada keberkatannya.

Sunday, August 15, 2010

SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA

Memasak sudah, mengemas umah pun sudah, mesin kain sudah. Pendek kata sumer keja umah dah complete aku buat. Nak tengok tv, boring plak..cite merapu jer yg ditayangkan. Nak beborak dgn hubby, dia dah bobom kat sofa ruang tamu..maleh ler aku nak kacau.

Sudahnya..aku kacau anak dara aku yg tah apa mimpinya rajin berkemas plak ari ni. Heran aku sebb dia ni cukup bertenaga walaupun tak sahur ari ni. Siap sapu sampah, susun baju dalam almari dia..

Jangan peh ni, ko mintak upah dah le yerk... Waktu Maghrib dah masuk! Alhamdulillah...aku chow dulu..Selamat Berbuka!

Saturday, August 14, 2010

DERMA KOLEKSI BARANGAN LAMA.


Hari ni, cam tak tau nak buat apa.. Tetiba masa tengah lipat kain, teringat pasal baju2 lama yg tak dipakai lagi. Rasenya dalam almari tu, kalu dikumpul mau berkotak gak, Alamaklum ler , kita ni masa membeli tak memikir..Sekali bila dah dikumpul2, mak oi! dah leh buka kedai ko!

Especially baju2 baby ler yg paling banyak dah aku sedekahkan terutama kat cousin dia dan yg selebihnya tu, aku eksport ke kampung. Terpulang ler kat dorang nak wat aper..Baju Abang tu selayaknya dipakai dek orang besor2 sebb budak sebaya dia jarang yg ada saiz sewaktu dengannya.

Bukan baju jer yang aku jumpa,langsir lama aku yg masih kelihatan baru pun ada gak.Sebenarnya aku terfikir gak nak menderma satu2 nya barang baby yg bila aku tengok buat aku feningsss...koleksi anak2 patung nyer..Tu pun dah banyak aku bagi kat orang tapi yang ni dia siap warning lagi jgn bagi kat orang...ni baby punya!!
Cam cite P.Ramlee plak.."Ini harta Ahmad Albab yg punya"!!!..

Aku benarkan dia simpan dgn syarat dia make sure anak2 patungnya tu di susun cantik tak berselerak sampai ke bilik tidur aku. Cam ari tu, nasib tak meninggal aku! Mana tak nyer! Dia letak anak patung gorila dgn itam beram tu kat sebelah aku time tido. Bukan mata jer, arghhh! aku tepis sebb terkejut yg amat sgt tgk mata gorila tu..

MAAFKAN MAMA YER..

Hari ni serba tak kena..kami sekeluarga tak sempat bersahur.Silap aku gak sebb masa set time bersahur tu aku terlupa nak tekan button nyer..Malam tadi, punya ler sejuk sampai usahkata aircond, bukan kipas pun mengigil rasenya. Dengan kepenatan bershoping semalam buat aku nyenyak tido cam balak hanyut..Sedar2 mak ai!dah kol 7 pagi!

Aku no hal kalu tak bersahur ni tapi kesian kat hubby dan anak2 aku. Harap2 Baby bole bertahan ler sampai buka posa. Mesti hubby aku tu sket bengang juga ada dalam kepala.Mana taknya siap beli hidangan utk bersahur..alih2 dooooi tak leh makan.Bila aku ckp sori kat dia, dia jwb tak pe....Ikhlas ke jawapannya tu?

Tak per lah korang, ari ni mama janji akan masak spesel demi menebus salah mama yerkk.Tapi korang pun satu..Asyik buat aku ni cam jam korang plak. Kalu tak de aku yg kejutkan korang,eishhh!!! jgn harap korang bangun. Kalu kejut utk sahur pun, mmmg mencabar kesabaran aku. Mana taknya cam piano..kejut yg ni, yg ni plak tido balik...

KESEDERHANAAN


Belum bulan posa lagi, aku terima sample kuih raya dari kengkawan kat opis. Macam2 jenis kuih..Udah macam pesta kuih plak.Masing2 promote kuih dia dan siap nak bagi diskaun gitu gini..Biras aku pun awal2 lagi dah menelefon, tanya nak order kuih ke tahun ni??

Bukan aku tak nak beli tapi memandangkan kami ni cuma 4 kerat jer jadi berat jer hati aku nak membeli kuih2 tu. Penah satu ketika raya dulu, aku dok bersemangat melelong kuih2 raya tu. Akibatnya kuih2 tu stu bekas pun tak luak...hambik ko! tamak lagi!,Yg paling trajis tu, kuih2 raya ni sampai ke HariRaya Haji pun masih ade..

Peh tu, aku ingatkan diri sendiri agar bersederhana dalam membeli kuih2 raya ni.Yang penting, kuih raya kat umah mak tu kena dihabiskan sebb aku sekeluarga seharian suntuk kat sana. Maklum tak de program...yang aku tau dok depan tv, buka balang kuih tu satu persatu..bising gak orang tua tu sebb kuih2 tu dah disediakan untuk tetamu.
Eh! aku ni kira tetamu ler..Tetamu terhormat mak dan abah dipagi raya..Sapa suruh mak beli kuih raya sampai berbelas2 balang kuih!

SHOPING!


Makan kat luar lagi dan kali ni kat Jln Tunku Abdul Rahman. Konon2nya nak window shopping ler dari tak buat apa kat umah tu...Window shopping yerk...Alih2 kopak gak duit bila Abg jumpa kasut NIKE pujaannya tu. Tu tak campur lagi T-Shirt yg dia beli kat Sogo..Sogo plak tgh sale, so amik kesempatan le dia grap sana sini.

Baby nak balik dgn tangan kosong? Jangan harap!Macam2 barang dia lelong, kali ni dia lucky sebb tak payah "mengesel" ayahnya sebb aku mmg nak belikan baju utk dia.Tinggal kasut dia jer tak beli lagi.tak de plak yg aku berkenan.

Ramainya orang ko...bersesak2 sebb masing2 sibuk buat persiapan raya .Dalam pada tu, ada plak insiden sorang peragut ni baru jer ditangkap. Hey!! sempat gak dia mencari "rezeki"di bln posa ni. Ini ler kategori tupai yg tak pandai melompat..tu yg akhirnya jatuh ke tanah juga. Aku yg p'poan ni pun boleh keja..Ko jantan! kudrat ada tapi nak buat keja cam tu..Malu sungguh tambah lagi mamat ni bangsa aku!!

Masa aku tgh taip entri ni pun, dah berpinau bijik mata, dah sampai umah baru ler terasa lenguh2 urat dan sendi. Tapi bertuah aku sebb dua2 orang yg mengabihkan duit aku tadi sanggup bagi service urutan percuma siap dgn aromaterapi lagi.Mmmmph..ari2 cam ni kan bagus...

KE TALI GANTUNG..


Datuk Shahrizat baru2 ni buat press conference di tv tentang akta hukuman mati yg diluluskan oleh kabinet bagi mereka yg disabitkan kesalahan membunuh atau cubaan membunuh bayi seperti yg berleluasa srkg ni.

Mereka ni cam tak takut hukuman dari Tuhan so cara paling bagus aku rase mmg nilah cara untuk mendidik mereka ni.Kalu dah hukuman mati ni tak gak mendatangkan keinsafan dan ketakutan pada mereka...aku tak tau nak cakap apa. Lelaki dan perempuan diluar sana yg berperangai lebih hina dari binatang macam tu tak seharusnya dibiarkan hidup. Orang cam ni sudah ler membuat dosa berzina peh tu membunuh plak bayi tak berdosa.

Dengan ujian DNA, "sampah masyarakat" ni jangan harap ler bole lepas... Walaupun hukuman dunia ko dah tima...tapi aku nak ingat kan, ada satu hukuman yg paling dashyat ko kan alami iaitu di alam yg satu lagi..Hukuman dari Allah tu PASTI ko akan lalui!!

Bagi Ibubapa, pantau ler kegiatan anak2 terutamanya remaja. Sering aku tengok remaja ni berpeleseran sampai kol 10 malam pun tak reti nak balik2 umah. Herannya, parent dorang leh bior jer anak2 ni cam kambing terlepas kandang!Tanggungjawab anda bkn hanya melahirkan tapi mendidik, mengasuh dan memastikan anak2 anda tidak terjebak dalam segala kegiatan tak bermoral

AKTIF SUKAN


Masa sekolah dulu, aku aktif juga dalam sukan ni. Almaklum badan slim jadi memang cikgu sukan akan memilih orang cam aku ni utk sertai larian, lompat jauh dan lari berpagar. Cuba kalu skrg ko suruh aku melompat longkang kecik pun belum tentu lepas! keh! keh! Tiap kali ada latihan sukan untuk rumah2 sukan, aku kena stay back. Pendekkata acara olahraga ni jadi kemestian ler..

Disebabkan terlalu aktif dalam bersukan, kulit aku ni dah tak macam melayu sejati..asyik berjemur kat padang , kulit pun jadi hitam. Sekali pandang orang pun ingat aku ni Indian girl sebb time tu aku tak pakai tudung lagi dan pakai skirt pegawas ke sekolah.

Kini, anak2ku Abang dan baby mengikut jejak langkahku. Walaupun sebuk study, mereka jugak minat menceburi sukan ni. Banyak gak hadiah yg dorang dpt tapi dua2 orang ni jenis tak pandai menjaga tropi yg diterima sebb kebanyakan nyer rosak.Apapun..Aku mmg suka galakkan anak2ku aktif bersukan terutama si Abang ni..biar hilang sket gendut perotnya tu.

Friday, August 13, 2010

SEGARKAN NAFAS ANDA!


Dalam bulan posa ni, sedia maklum ler kalu dah kering tekak, mulut pun bau semacam jer..Tambah lagi seksa kalu suara serak cam aku ni.

Sebab tu, time sahur lepas makan jer..aku berus gigi. Untuk nafas yg lebih segar, aku suka mengunyah doublemint gum ni. Disamping baunya yg boleh menyegarkan nafas,ia jugak jadi satu execise utk mulut kita.

Tau jer lah kan, masa sahur tu kita makan macam2. Contohnya si baby ni...sahur pun still nak cari durian gak. Bau durian tu tak yah cite ler kuatnya. So aku suruh gak dia kunyah doublemint gum ni. Kalu tak tu fening mak oii..Baunya sebatu pun leh tercium lagi. So, korang bole le gi keja dgn yakin..Kalu tak tu mau terselit makanan sahur subuh tadi kat celah2 gigi.

BERBUKA DI PIZZA HUT.


Ari ni , aku dgn famili gi berbuka puasa kat Pizza Hut. Before that, sementara tunggu waktu berbuka puasa, aku ajak anak2ku gi Selayang Mall. Sajer nak habiskan masa.. Abang jumpa kasut yg diidamkan tu tapi siann..saiz kasutnya yg ala2 big foot tu masih tak de..

Baby sempat gak beli baju raya ready made dia. Cantik gak di mata aku. Dia pilih ada corak yg berwarna merah sebb nak sama tema dgn aku. Owhhh! dah pandai melaram anak dara aku ni ropenya..Peh tu, tak cukup dgn baju tarik plak tangan aku gi tempat beg yg menjadi koleksi dia..Sasha. Dari pencil case sampai ler ke bag sekolah sumer nak brand tu.Tu Abang gelarkan dia baby branded..

Time dah dekat nak berbuka, Abang kuar kejap..dtg dengan murtabak di tangan.Tercapai gak hajat dia..

ADAB DI BULAN POSA.

Dalam bulan puasa ni, sepatutnya umat Islam menghormati bulan yg mulia ni. Tapi aku agak keciwa bila ternampak seorang mamat ni...sah2 Melayu tulen tengah asyik hisap rokok dalam keta dalam perjalanan balik keja.

Dia cam seakan bangga bila aku tengok dia menerusi cermin sisi. Sangka aku, kalu aku dah tengok dia tak berkedip mata tu, pasti ler dia malu atau mungkin dia terlupa yg dia sedang berpuasa. Lagi aku pandang kat dia, lagi ler dia eksyen. Siap kuar tangan nak buang habuk rokok lagi. Lucky aku tgh drive, kalu tak aku snap foto ko dan masukkan dalam youtube!

Memang memalukan ada orang melayu yg cam tu. Kalu korang tak puasa sekali pun, tak perlu ler nak tunjuk2 dgn orang. Bangga sangat yg dia tu melanggar Rukun Islam yg bukan dibuat oleh manusia tapi oleh Tuhan.

Nasib baik ler ko merokok tu kat KL. Kalu ko kat Kelantan contohnya..dah lama ko tu di arak dgn van jenazah atau keta lembu selayaknya. Memalukan sungguh! Baby aku yg 11thn pun tak penah tinggal posa lagi..ko yg dah tua bangka tak reti2 nak taubat. Anak sape ler mamat ni!

Thursday, August 12, 2010

DHOROYAN RUNTUH WEHH...

Durian bukan sebarang durian ni kooooo! sebut nya durian runtuh gitu... Semalam kan kuar paper ...lebih 40,000 pekerja bank bakal terima durian runtuh...Runtuh ke, rebah ke, yg pasti aku orang yg paling gumbira dengan itu berita..Mana tak nyer hubby aku di antara yg 40,000 tu!!

Durian runtuh yg dimaksudkan tu bukan ler durian yg hubby aku beli semlm tapi haiyaaa! luit lah amoiii!. Tunggakan yg akan dibayar before raya..Mula ler tambah satu lagi perkara runsing dalam kepala aku ni...Nak habihkan duit tu ke mana! keh! keh!. Lupa diri sekejap yg tu duit hubby aku...tapi elehh.. manja2 sikit, mesti dia tanya aku nak ape!

Tapi selalu nyer time ditanya tu lah aku tetiba blank,tak fikir nak beli apa..Kalu dia yg decide, mesti barang yg aku tak suka. Barang kemas! Aku paling tak minat barang kemas ni kalu korang nak tau.. tapi dek kerana dia beria2 hadiahkan dulu (sampai merajuk tuuu) aku terima gak.

Anyway Dear, dont worry..Let me think about it okay!!

RUNSINGNYER AKU....

Banyak benda yg aku runsing kan skrg ni yg bersarang di pala aku ni..naik berserabut plak rasenya. Korang penah ke rase apa yg aku rase serkg ni..Sebenarnya aku runsing bila fikirkan byk benda yg masih pending ...yg tak sure apa status nyer!

1) Keta aku tu. Dah nak raya, tak repair2 lagi dek sangkut repot bodoh mamat tu.
Tarikh accident dia plak letak silap..

2) Aku punya projek tahun ni berjalan agak slow..Actually it was last year punya
projek tapi dengan orang yg aku deal ni sekali dgn lawyer aku amat le slow
bekerja. Aku plak yg kena follow up keja lawyer aku tu. Cam ni, bagi jer balik
fees yg aku bayar kat ko tu, peh tu ko engage aku..bior aku jer buat keja tu!

3) Baju raya aku! Tah tailor tu leh siapkan ke tak? Salah aku gak sebb hantor
lambat dan expect siap before raya. Nampak gayenya kena beli dah siap gak ler.

4) Apa aku nak masak utk berbuka ari ni?..Naik buntu mikirkan. Tapi Abang just
called me kata berbuka kat PIZZA HUT jer lah mama...Aikkks! dah upgrade plak,
semalam ko nak murtabak, ari ni pizza! Apa2 jer lah abang....

KEMPUNAN..

Padan muka aku. Ari tu cakap besorkan! Tak mau pegi bazaar konon!. Tup2 si abang @ Donut aku ni dok mintak lak murtabak.Teringin benor katanya. Actuallly since 1st Ramadhan dia dah mintak. Tapi aku ni jenis kalu dah parking keta, jgn harap ler nak kuar balik..Maleh sungguh!.

Tapi disebabkan demannya yg tak kebah2, aku gagahkan gak ler kemalasan aku ni. On the way nak sampai bazaar tu, tetiba ujan punya ler lebat siap package dgn ribut sekali. Disebabkan dia teringin benar murtabak tu, dia pegi gak sementara aku cari tmpt parking.Bila tgk ribut tu makin menjadi2, aku turun gak..risau gak takut apa2 jadi kat anak aku tu.Basah baju aku sebb tempias dek angin yg kuat.

Sudahnya..Abang balik ke kereta dengan basah kuyup tanpa murtabak di tangan! Lorr mana murtabak kamu? Dia tak sanggup tgk apalagi nak makan murtabak yg digenangi air ujan tu..geli geleman!At last, kami 2 beranak balik dgn basah kuyup.

Hubby aku kesian plak dgn permintaan anaknya yg tak tertunai tu. Before berbuka lagi beberapa minit, dia kuar gak cari tmpt lain. Restoren mamak plak..hishh! time ni lak tak jual plak murtabak. Sajer jer kan, nak kasik aku susah.

Peh berbuka, hubby aku kuar lagi dgn baby, tapi yg dibawak balik bukan murtabak tapi dyoroyan plak. Baby kata, Ayah dah pusing satu dunia mama, tak de gak murtabak tu!
Tak pe lah Abang, kalu ada rezeki kamu, ari ni mama gi cari sampai dapat yer. Cam anak raja ngidam plak dia ni!Ganti roti canai tak leh ker???

Wednesday, August 11, 2010

Nujum Pak Belalang


Dulu masa arwah Tok ada lagi, aku mmg rapat dgn dia. setiapkali dia datang ke rumahku, selalu gak aku mintak Tok telek nasib aku. Masa tu, aku mmg tak caye sumer ni tapi saje suka2.

Masa atuk pegang tangan aku, dia terus bercakap tentang apa yg akan aku lalui dalam hidupku dikemudian hari. Kata Tok, aku tengok nasib kamu ni cerah berbanding adik beradik lain...anak pun tak ramai..Tetiba, Tok tergelak kerkekeh2..Tah apa yg funny nyer tangan aku ni tah..Sape ler yg berani nak kena cakar dgn cucu aku ni. Tok kata, aku ni mmg nampak lembut orangnya tapi mewarisi panas baran dia..Sebb tu kot Tok tak mau turunkan ilmunya pada aku. Takut salah guna katanya..Kang ade plak yg mati katak kamu buat, katanya marah bila aku cuba2 gak mintak.

Rupanya ketawa Tok tadi ada makna..dia meramalkan satu ari nanti aku mungkin akan bermadu tapi opsss copp! ada tapi nyer yerk.. Benda tu tak menjadi! See? nak kata tak percaya,,benda tu mmg jadik kat aku, percaya plak kang, syirik lak aku. Satu lagi kehebatan Tok ialah dia bole mengambarkan camner rupa barang yg hilang sekalipun tidak mengetahui apakan brg tersebut.

Apa pun nostalgia aku dgn Tok tetap jadi kenangan terindah sepanjang idup ni. Semuga Tok tenteram di sampingNYA. InsyaAllah, kalu ada rezeki aku mengerjakan Umrah dan Haji, aku akan melawat Tok di Mekah.. tempat persemadiannya...

ZAMAN DULU vs ZAMAN SKRG


Masa aku kecik dulu, apa saja pakaian yg emak beli, sumer cantik di mata aku. Tak penah pun aku komplen apalagi nak berangan nak minta mak beli itu dan ini...Bagi aku, masa tu sumer tu tak penting..asal ada baju baru dah kira okey ler tu..

Berbeza dgn anak2ku. Cam Abang ni..dah seminggu dok search internet tgk kasut brand NIKE yg dia nak sgt2 tu. Ari tu, dia sebuk ajak aku gi Al-Ikhsan yg berdekatan. Konon dah jumpa le kasut yg diinginkan tu.Malangnya saiz plak tarak...Frust menonggeng dia ko!.

Ada gak dia ajak aku gi branchnya tapi aku plak deman kan.. Ni sorang! dah bagi duit, tinggal nak pegi beli jer pun susah sgt. Nak gak nyusahkan mamanya. Apa ler salahnya pegi dgn kengkawan..Aku ler..kalu beso dia ni dulu, mak bagi kuar dgn kengkawan, wuii sepantas kilat aku pegi.Si Abg ni tak reti nak usaha sendiri..sumer nak mama dia gak yg carikan..Agaknyanya dia nak kawin sok pun, mintak aku gak carikan kot???