Sunday, October 31, 2010

SERVICE KERETA

Sepatutnya aku hantar kereta untuk servis bulan Januari ari tu tapi disebabkan hal2 yg tak dapat dielakkan..ada jer lah hal2 yg nak dibuat...menyebabkan ianya tertunda hingga ke bulan Oktober ni. Tapi bila aku dapat sms minta buat pemeriksaan "Wire Hardness" takut gak nak di tundakan lagi.Kang tak jadik apa2 kat keta aku sapa yg susah..??aku gaaak.



Aku buat appointment tu pukul 10 pagi tapi disebabkan aku nak dorang buat major service so kena ler aku tunggu sampai hampir pukul 3 petang , baru ler keta aku siap sepenuhnya. Sementara menunggu tu, aku,baby dan Abang dok ler kat lounge sambil abang dan Baby main game kat internet. Nasib baik ada buku2 majalah...kalu tak hish kejang otot aku dok situ menunggu.


(Budak2 bertuah ni happy ler sebab leh main internet)


(Nasib baik ler ada astro..leh gak selang aku tengok selain membelek magazine)

Memang aku kalu bab kereta ni memang agak particular sket. Bukan apa, tak mau ler keta tu meragam kat jalanraya nanti. Selalu aku tengok time jalanraya tengah bz, ada jer keta rosak kat tengah jalan. Kereta plak tu bukan calang2 tu...Merz okay! Tu lah puncanya kalu keta tak diselenggara dengan baik..Harap cantik di luar tapi hampeh di dalam! .Aku ni pun kena gak diingatkan selalu oleh hubby aku ni untuk servis keta sebab manjang sebok!

BISNES

Walaupun SPM belum pun bermula, tapi Abang dah ada perancangan tersendiri bersama kengkawan dia. Dari duduk melangut tak buat apa sementara tunggu result SPM, dia bercadang nak buat bisnes kecil2an katanya. Terdiam gak aku bila dengar cadangan dia ni..maklum ler dia bukan ada experience pun dalam hal2 berniaga.

Tapi mungkin disebabkan darah bisnes atuknya mengalir dalam diri dia..sebab tu dia berkobar2 masa citer kat aku tentang plan dia tu.Dia berazam nak kumpul duit sendiri untuk masuk IPTA jika ada peluang nanti. Duit sebenarnya tak le menjadi masalah besar tapi Abang beria2 gak..katanya nak merasa cari duit sendiri.

Kalu ikut hubby aku, dia lebih prefer Abang mengikuti kelas Mandarin atau kelas improve Bahasa Inggerisnya. Sekurang2nya ia boleh dijadikan advantage untuk dia kemudian hari nanti.Aku plak..sebenarnya kurang setuju dengan cadangan dia nak buat bisnes tu tapi aku rasa, kami perlu beri dia peluang untuk dia buktikan kemampuan dia untuk berdikari. Sekurang2nya, Abang akan jadi lebih berani berhadapan dengan public dan boleh gak improvekan PRnya.

Dalam diam, aku kagum dengan sikap ingin berdikarinya itu. Tapi harapan aku agar bisnes tu sementara ajer sebb aku ingin melihat anak sulungku ini menjejakkan kaki ke menara gading seperti aku dan ayahnya.

Saturday, October 30, 2010

BANGGA DGNMU BABY!

Masa aku masih di opis , baby called bagi tau koir kelas dia berjaya jadi Johan. Happy sangat anak aku sorang ni maklum ler persiapan sumer last minit. Baru tu ler nak hafal lagu...baru tu ler nak cari lirik lagu kat internet..Lagu dalam koir tu memerlukan baby dan kengkawan dia pakai baju tidur lengkap dengan selipar tidur dan penutup mata kalu ada.

Demi memenuhi permintaan baby, kami sekeluarga pegi ler ke Selayang Mall untuk mencari selipar dia tu. Sekaligus celebrate birthday Abang kat Pizza Hut! Abang ni makin besor...demand dia kurang sikit..Ayah dia siap tanya nak hadiah apa..boleh dia jawab tak yah ler hadiah2...Cuba kalu Baby..dicukur licin ayahnya...



Baby ni memamg dari tadika hingga Tahun 5 ni aktif dalam semua aktiviti di sekolahnya. Banyak gak anugerah yg dia terima selain dari anugerah Princess of St. Mary masa Tahun 3. Inilah antara anugerah yg baby terima sepanjang dia sekolah kat St. Mary tu.

- Story telling
- Coral Speaking (mewakili sekolah)
- Dikir barat
- Pentomin

Dia juga pernah mewakili sekolah dalam persembahan tarian tradisional di UIA. Aktif dalam persatuan Tunas Puteri. Kalau tengok selempang kuningnya tu, dah penuh dengan lencana.Pendekkata korang nampak jer tubuh badan dia kecik cam mama dia..tapi semangat dia tu kuat..pun cam mama dia gak (keh! keh! amik kesempatan puji diri sendiri gak)



Masa kat tadika dulu, dia rajin masuk acara sukan...Jangan ler kalah! mesti dia nangis tak puas ati...aku tergelak bila tengok dia masuk acara duduk atas belon..tak pecah2 sedangkan kengkawan dia sumer dah sampai ke garisan penamat. Memang menangis sakan sampai ke rumah. Dia claim.. kata cikgu dia main tipu..bagi belon yg tak nak meletop!

Harap2,dia juga akan berjaya dalam bidang akademiknya selari dengan aktiviti yg lain.Sesungguhnya dihatiku berbunga rasa bangga dgn kelebihan yg Allah kurniakan padanya.


(Masa ni, aku dalam pantang tapi kena bawa baby sebb Abang beraksi di pentas dalam pentomin ala tentera di tadikanya)

Thursday, October 28, 2010

HARGAILAH SEMENTARA ADA..

During lunch hours, aku terbaca satu artikel ni ..entah kisah benar atau nukilan semata2..Cerita mengenai seorang lelaki yg mengahwini seorang perempuan yg perwatakannya pendiam, sepatah ditanya..sepatah dia menjawab.

Hal yg demikian buat dia bosan lalu mencari hiburan dengan perempuan lain di luar. Akhirnya dia dapat tahu yg isteri yg dikahwininya menghidap barah tekak. Kekesalan itu membuat dia cuba membahagiakan isterinya di saat2 akhir kematiannya.

Cerita tu buat aku begitu tersentuh...Kadang2 dalam kehidupan rumah tangga ni,kita memang jarang menghargai apa yg kita miliki sebaliknya selalu merasakan keindahan dan kebahagian tu ada di luar sana. Kita malah tidak sedar yg Tuhan dah memberi segala2nya tersedia untuk kita. Hinggalah bila kita diuji dengan ujian Allah...barulah kita sedar kesilapan masing2.

Sukar untuk aku bayangkan suatu hari kelak aku akan kehilangan orang2 yg tersayang.. Orang2 yg banyak memberi kekuatan dan semangat untuk aku...terutama dirimu, suamiku ..yg aku sayang sepenuh jiwaragaku.Justeru itu, aku tak sanggup malah tak rela berkongsi kasih dengan sesiapa apalagi dengan orang yg akan membuat insan yg kusayang ini menderita suatu hari kelak.

Muga Tuhan memberi aku kesempatan untuk aku bersamanya, menjaganya ketika hari tua nanti. Pintaku..biarlah dia orang pertama dan terakhir yg hadir dalam hidupku yang bergelar suami utk diriku.Janjiku sewaktu hari pertama aku bergelar isteri kepadanya.. akan sanggup mengharungi suka dan duka hidup ini bersama2..dan aku akan sentiasa di sisinya memberi kekuatan dan semangat untuk dia..

Buat hubbyku..terima kasih kerana menerima aku seadanya....Terharu bila dengar lagu Nash.."Pada Syurga Di Wajahmu".

AKU CUTI..

Lusa 1st November, aku amik cuti sebb nak temankan hubby gi buat follow up di Pusrawi. Ikutkan dia nak gi sendiri..kononnya tak mau nyusahkan aku ler tu. Tapi naik motor pun tak larat...ada hati nak pegi sendiri...Walawei...hubby aku ni kengkadang tu sifat berdikari nya tu tak bertempat.Buatnya dia tergolek lagi kat jalan sapa ayg susah...akuuuu gakk!

Sekurang2nya aku nak gak tahu, sejauhmana perkembangan tulangnya yg patah tu. Dah back to normal ke? Risau gak bila tengok, dia cam tak terdaya nak angkat tangan dia ke atas..Bila aku tengok dia dari arah hadapan...cam bahunya senget sebelah! Actually dia ni keras kepala gak!serupa ada batu jugak dalam itu kepala! Mentang2 dok dekat Batu Caves..

Dah cakap banyak kali, jangan ler lasak2 sangat sebab accident tu baru lagi. Dia leh jawab tu...tak ler nak manja2 sangat...kena lawan rasa sakit tu...Ni mesti ikut ajaran akak kesayangan dia yg sorang tu...Tu pakar ortorpedik peribadi hubby aku no. 2!Dia jer lah yg betul...herannya hubby aku ni cam kena pukau ler plak. Cam doktor hospaital tak mau dengar..cakap doktor tak bertauliah tu yg concentrate benau!

Kalu aku dah banyak kali cakap. ko tak nak dengar..sukati ko lah...Malas dah aku nak bagi ceramah!Sok, kalu ko tu dah senget sebelah...lari minah Desprado yg tergila2 kan ko tu...Eh! apasal pepagi Jumaat ni, aku tersebut lak sidesprado tu! Syuuuuh gi jauh2!!Meleret2 pulak bebelan aku pasal hubby sorang ni.

HUJAN LAGI...LAPAR PULAK!

Hari ni Jumaat...paling excited nak gi office. Tau sebab ape? Sebab esok CUTI!! Yeahhhh! Kentulan Baby dan Abang malas gi sekolah ari ni. Alasan Baby sebb dia dah hantar sumer buku teks dia so tak wat aper pun di kelas!..Elehhh. cakap jer lah..malas! Tapi tak pe lah..aku bagi kelonggaran...

Dalam kereta lagi, perut aku krok! krok...irama yg tak sedap didengar. Mungkin semlam cuma makan kuetiaw jer kot..So try ler telefon rakan office yg sering belikan aku nasi lemak tu. Hampeh! dan2 tu gak ler kredit aku plak habih...

At last, aku dapat gak call dia setibanya di office...Sebenarnya. aku ni jarang makan pagi di office...tak sempat. Kalu dah duduk mengadap komputer tu..ko jangan harap aku bangun melainkan ke tandas atau lunch...Tapi hari ni disebabkan aku tersampai awal ler plak ke office, makanya perot aku ni tetiba demand lapor!

Sebelum aku mulakan tugas hari ni...baik makan dulu..Nanti breakfast aku ni jadi makanan lunch pulak!

Dato Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta(with Lyrics) Best View

Wednesday, October 27, 2010

ADAB POTONG KUKU DALAM ISLAM

Bila tengok di magazine, cantiknya kuku model2 perempuan ni..Kukunya dijaga rapi dan berkilat lagi. Tapi itu semua kalu dilihat secara lahiriahnya memang ler cantik tapi tahu kah kita adab memotong kuku dalam Islam.

Aku dulu pun main pakai bantai jer, Janji kuku mesti dipotong..lebih2 lagi masa zaman sekolah yg langsung tak membenarkan pelajar berkuku panjang. Untuk pengetahuan korang di bawah ni diperturunkan ilmu sedikit sebanyak yg aku dapat utk dikongsi bersama.



Gambar di atas menunjukkan jari kuku yg mana harus dipotong dulu. Bukan main ikut suka Tok Ki korang jer yer...Dan harus diingat bahawa kuku yg telah dipotong harus dibuang ditempat yg "terhormat" seelok2nya di tanah..kerana mengikut kejadian kita yg berasal dari tanah. Jalangan sesekali membuang kuku di dalam tong sampah walaupun tong tersebut bersih.

Di sini juga, aku perturunkan tentang hari-hari yg sesuai untuk memotong kuku. Kalu korang anak potong gak pada hari2 yg lain...terpulang..tak de sape nak saman pun...
Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.

MENURUT SEBUAH KITAB

Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,

Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,

Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.

Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.

Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.

Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

Pilihan ditangan anda...kuku pun ditangan anda gak kannnn.

WISHLIST YG BELUM TERCAPAI.

Sepanjang hidupku. banyak benda yg aku idamkan dah tercapai sepenuhnya.
Alhamdulillah..Syukur sangat! Kengkadang terasa malu gak denganNYA sebb aku ni bukan ler muslimah sejati yg terkadang lalai menunaikan tanggungjawab.

Walau pun begitu..masih ada lagi wishlist yg aku masih belum tercapai. Korang rase apa agaknya yer? Dari remaja lagi, aku pasang angan2 untuk naik haji bersama suami dan anak2.. tu yg belum tercapai hingga kini.



Sebenarnya bukan masalah kewangan tapi biasa ler manusia ni kan..ada jer benda yg buat kita tertangguh menunaikan salah satu dari rukun Islam ni. Bila tengok di tv, aku dapat rasakan betapa syahdunya dapat menatap Kaabah di depan mata...menziarahi "rumah" Allah.

Kengkadang terasa malu aku pada diri sendiri bila melihat orang yg lebih tua malah uzur sanggup bersusah payah untuk menunaikan Haji. Rata2 yg datang pun bukan dari golongan yg senang. Contohnya Jemaah Haji dari Malaysia..ada yg sanggup menabung bertahun2 hasil dari menoreh getah dan bersawah padi...Kita ni...kalu ikutkan jauh lebih mewah dari golongan ini tapi masih belum tertunai hajat yg satu ni.

Semuga aku dapat menyempurnakan Rukun Islam ini sebelum aku menutup mata. Malah siap berpesan kat hubby, agar menyempurnakan hajat aku ni jika aku tak berkesempatan melakukannya...

GENAP 17 TAHUN

Diam tak diam, abang dah 17 tahun dan hari ini, tanggal 27hb October, Abang menyambut ulangtahun yg ke 17tahun. Aku bukan nyer tak ingat birthday dia hari ni tapi sajer nak bikin kejutan untuk dia. mungkin dia ingat, kami tak peduli tentang ulangtahun dia..Monyok jer muka nyer masa pegi sekolah tadi.

Baby plak excited semacam! Celik ajer bijik mata terus bagi tau aku. Mama! today is Abang's birthday. Dari tadi dok call aku tanya apa hadiah nak belikan untuk Abang nyer. Ek Elehhh...bukan duit dia pun...mengecek duit ayah dia gak! Masa nak duit, siap cakap kat ayah dia.."anggap ajer ini loan tau ayah..nanti wawa bayar balik" Korang tau cara dia bayar balik camner...Apa sajer aktiviti dia menolong kerja rumah tu dianggap services yg perlu dibayar hatta membuang sampah sekali pun.Upah buang sampah ajer RM2. Amik Maid Indon pun tak mahal upahnya camni sekali kan?

Bercakap pasal Abang, dalam usia meningkat remaja ni, aku tak bolehlah lagi bercakap macam dia masa kecik2 dulu. Aku lebih banyak guna psikologi sebab tu jer cara untuk medidik dia. Remaja sekarang tak seperti masa zaman aku dulu. Lebih agresif dan pantang ditegur tapi Alhamdulillah..Abang nampaknya memahami segala apa yg kami lakukan semua untuk kebaikan dia di masa depan.

Muga Abang menjadi anak yg soleh...yg akan "menghantar dan menemani" kami dengan doa dan zikir ketika di alam barzah nanti...Sedih plak aku....Happy Birthday Abang! We loves you forever and ever!

RASA KECIWA ITU BIASA..



Kita bahagia bila kita berjaya mendapat apa yg dihajati tapi merasa keciwa bila gagal meraih apa yg diidamkan. Mengapa perlu ada rasa keciwa? Memang lah kan sebb sebagai manusia yg dikurniakan Allah dengan segala sifat, rasa keciwa itu datang tanpa diundang.

Persoalannya sekarang, perlukah kita melayani rasa keciwa tersebut?. Bukankah perasaan keciwa itu tidak mendatangkan sebarang hasil apa2. Ianya tidak dapat membantu apa2 selain dari rasa negatif yg tumbuh dalam diri kita. Perasaan rendah diri, terhina, marah dan sebagainya. Semua sifat2 negatif ni akan bersarang selamanya dalam diri kita selagi kita tidak mempunyai inisiatif untuk bangkit dari rasa keciwa tersebut.

Jujur kukatakan, aku penah mengalami perasaan seperti itu. Tapi akhirnya aku sedar bahawa perasaan keciwa itu sebenarnya boleh membunuh semangat aku untuk meneruskan hidup. Lalu aku bangkit semula, dengan semangat dan dorongan dari sahabat yg banyak
menyedarkan aku dari dibuai rasa keciwa yg teramat sangat.

Hidup ni masih panjang wahai kawan..Jangan bazirkan masa anda dengan melayani rasa keciwa. Ayuh! perjalanan kita masih panjang dan jauh kehadapan. Pandanglah hidup ni dengan semangat baru..percayalah anda mampu merubahnya.!

Tuesday, October 26, 2010

KELEBIHAN ATAU KEBETULAN

Setiap manusia yg dijadikan Tuhan di muka bumi ni mempunyai keistemewaan masing2. Seseorang manusia tu mungkin mempunyai kelebihan berbanding orang lain contohnya dia dikurniakan dengan deria yg dipanggil "six sense".

Memang sukar untuk kita mempercayai benda2 yg sebegini tapi ianya adalah kenyataan.Seseorang yg diberi kelebihan mengetahui apa yg akan terjadi pada masa akan datang. Seseorang yg boleh melihat sesuatu yg tida dapat dilihat oleh orang lain. Semua tu adalah kelebihan yg dikurniakan kepada insan2 yg terpilih olehNya dan dengan izinNya.

Perkara yg terjadi secara kebetulan pula adalah perkara biasa yg kita lalui dalam hidup seharian. Contohnya secara tiba2 seekor rama-rama masuk ke rumah kita. Mengikut ramalan orang2 tua dulu, itu petanda rumah kita akan didatangi tetamu...Itu insiden yg selalu berlaku di rumahku dan memamg kebetulan selepas tu, rumahku menerima tetamu.

Tentang kelebihan..rasanya aku tak dikurniakan apa2 kelebihan cuma sebagai manusia biasa, kita perlu berusaha untuk mendidik diri dan mencari kelebihan yg sedia ada dalam diri utk kehidupan kita seterusnya.

EXAM SEMAKIN HAMPIR..



SPM bakal menjelang tak lama lagi tapi aku tengok Abang sikit pun tak gelabah..Cool ajer. Biasanya orang yg cool ni sebb dia dah buat persedian yg cukup so tak de lah apa yg nak dibimbangkan. Masalahnya abang ni aku tengok asyik dengan tv, game dan HP dia. Bila aku membebel cam ayam nak bertelor, baru ler dia capai bukunya.

Masa aku sebaya dia dulu, punya ler gelabah puyuh korang tau tak? Takut sangat tak lulus. lebih2 lagi dengar warning dari mak aku yg pot pet..pot pet 24 jam bila tengok aku rehat sekejap depan tv. "Kalu tak lulus SPM kali ni..aku kahwinkan ajer..sape yg masuk meminang tu yg aku terima.."! Amboi..mengertak nampak!!

Aku try gunakan cara yg sama kat anak aku. Siap tambah lagi..ayat mengancam akan carikan dia anak dara yg dok ulu2 kampung. Sikit dia tak heran..Apa pun aku dah ikhtiar macam2 cara untuk bagi semangat dia belajar. Bawak dia ke library, sama2 belajar di sana, belikan buku2 rujukan dan aku sanggup belajar semula subjek yg dia tak faham semata2 untuk mengajar dia!

Kalau itu pun tak boleh membantu, tak tahu lah apa aku nak katakan lagi. Hanya tawakal dan berserah padaNYA yg Maha Mendengar doaku.

BUKU MOTIVASI



Di waktu aku remaja dulu, aku suka membaca novel remaja berbantuk percintaan dan kisah yg berkisar dengan telatah remaja. Tetapi bila usia dah meningkat naik, selera aku pada buku2 berbentuk cinta ni dah agak pudar dan beralih arah kepada buku bercorak motivasi.



Apa faedah membaca buku motivasi? Huiii..banyak kengkawan! Di dalam buku2 ni banyak mengajar kita cara untuk memotivasikan diri supaya yakin, dan tahu menguruskan kewangan dan semua yg berkaitan dengan diri kita. Aku kalau baca buku ni memang teruja dan bersemangat berkobar2 untuk merubah dari yg baik kepada yg lebih baik!



Korang kat luar sana pun aku rasa suka membeli buku motivasi ni kan? Tapi kalu setakat beli dan mempunyai koleksi buku motivasi mengalahkan perpustakaan negara tetapi tidak membaca dan mempraktikkan pengetahuan yg ada dalam kehidupan korang...tak guna gak..Semua tu tak kan merubah apa2 selagi kita tidak berbuat sesuatu dalam diri kita...Aku tak buat koleksi pun...pinjam ajer kat library...

Monday, October 25, 2010

SEJAUH MANA TUAH ANDA?



Kita kengkadang tertanya sejauah mana bertuahnya kita dalam melayari kehidupan ni. korang mesti penah dengar kan orang berkata Tuah, ajal maut semua di tentukan oleh Allah. Tapi ini tak bermakna bila dah "ditentukan" tu. korang kena pasrah dengan nasib yg ada sekarang.

Bila kita lihat disekeliling, kita lihat ada perbezaan taraf kehidupan setiap orang. Si A tu hidup senang lenang dan mewah sedangkan ada diantara kita kais pagi makan pagi atau cukup2 makan jer. Sering kali mereka yg serupa ini sering menyalahkan takdir tapi tahukah kita bahawa tuah seseorang tu bergantung pada usaha. Korang mungkin akan berkata "Aku dah berusaha tapi tak berjaya juga"

Kawan2..tahukah anda bahawa orang yg memiliki tuah yg baik itu mempunyai usaha yg berlipat kali ganda dari usaha yg kita lakukan. Mereka ini sanggup bekerja berhempas pulas, tanpa rehat yg cukup dan tidur yg lena.Hasilnya tuah memang patut menyebelahi mereka sebagai ganjaran atas usaha yg dilakukan.

Semuga paparan ini dapat memotivasikan kita serba sedikit. Aku berharap tuah seperti mereka yg berjaya sebelum ini akan juga berpihak kepada diriku...AMINNN...

Coming soon...satu TUAH yang kutunggu2 selama ini bakal menjadi kenyataan...Doakan yer kengkawan....

CAKAP JGN IKUT SEDAP JER!

Terlupa aku nak citer kat korang satu insiden masa aku gi jalan2 kat Carrefour Wangsa Maju hari Sabtu lepas. Ada ler satu perempuan ni datang pada aku minta derma untuk anak yatim..Siap tunjuk gambar lagi. Aku dah berapa kali terkena dengan orang camni...penah ada satu pertubuhan rumah anak2 yatim mengadu ada hamba Allah yg datang minta pamplet bagai atas alasan nak mintak derma bagi pihak anak2 yatim. Rupa2nya orang tu hanya menggunakan nama pertubuhan tersebut utk kepentingan diri mereka.

So aku tolak dengan cara baik...memang aku tak akan bagi sebb aku prefer hantar sendiri derma tu. Dia pergi ketempat lain dan akhirnya duduk disebelah bangku aku bersama kawan perempuannya. Yang buat hati aku panas tu..dia siap leh menyindir2 tu!Kata dia, "Orang sekarang ni pakai tudung tapi kedekut nak beramal jariah..."

Hello akak yg tak sayang mulut! Apa kena mengena pemakaian tudung dengan sikap seseorang. Untuk pengetahuan ko yg jahil agama tu..biar aku terangkan di sini yek! Bertudung tu WAJIB untuk semua orang perempuan beragama Islam tak kira macammana perangai ko. Mungkin ko beranggapan, bila orang bertudung harus lemah lembut, jangan marah bila orang pijak kepala ko dan mungkin ko beranggapan yg orang yg kepala togel cam ko tu ajer yg boleh expresi diri kalu buat apa pun...Mana sekolah atap ko belajar hei pompuan!Tu lah...suruh gi sekolah masa kecik2 dulu monteng kot...bila dah tua..ikut sedap mulut dia jer bercakap.

Aku kenangkan yg aku ni penat menunggu anak aku si baby dok terkinja2 dalam tempat permainan tu. Kalau tak nangis akak tu aku buat...Dah ler tak menutup aurat, mulut joyah dia tu pun tak reti nak tutup! Kalau rasa2nya lah ko nak isi tembolok ko tu dengan duit...pegi cari kerja..jangan nak minta orang suap ko hari2. Tak malu betul pompuan sekor ni! Anak sape lah nih!! Malu aku nak mengaku dia sedara Islam aku...Hish berapi marah aku dengan sikap pemalas bangsa aku sendiri ni!

AWAS DGN RAKAN SEKELILING ANDA

Sejauh mana anda mengenali orang disekeliling anda yg boleh dipanggil kawan? Atau anda menilai seseorang tu dari luaran nya atau dari sikapnya. setengah orang sering beranggapan sseorang yg tampil bergaya dan cantik itu adalah orang yg mempunyai sikap yg baik seperti luarannya. Tapi anda silap...

Menilai keperibadian seseorang bukan bergantung pada rupa lahiriahnya. Berdasarkan pengalaman yg aku lalui, kebanyakan orang sering melindungi diri mereka dengan perwatakan yg pura2 sedangkan di dalam hati seperti menyimpan belati yg bila2 masa sahaja akan memusnahkan kita.

Aku sendiri penah berhadapan dgn seorang minah ni. Depan aku pijak semut pun tak mati.Begitu gak ler depan kengkawan dia..Secara kasar, dia ni nampak berperwatakan lembut dan bersopan santun. Tapi rupanya dalam diam, dia menikam aku dari belakang..
Tergamak dalam diam dia cuba merosakkan keharmonian rumahtangga aku hanya kerana terdesak memikirkan diri yg memegang title Andartu!

Bagi aku, tak hina mana pun menjadi andartu jika dibandingkan dengan hinanya sikap dia yg merosakkan hati kaum sejenisnya. Dimata aku, taraf dia jauh lebih hina dari haiwan..yg tak penah memikirkan hati orang lain untuk mencapai apa yg dihajatinya.

Dan sekarang...dia cuba melindungi dirinya dari sifat hinanya yg dilakukan sebelum ini. Cuma aku ingin menasihati kengkawan di luar sana, hati2 dengan rakan sekeliling anda. Tak mustahil, ada orang sekeji dia berhampiran dengan anda..Cuma satu doa ku...
aku teringin melihat dia menerima pembalasan atas sikap keji nya itu. Remember! As what you always said what you did...you get back. Ayat tu sebenarnya utk kau!!

Sunday, October 24, 2010

JOGGING

Entah mengapa aku rase satu badan lenguh2..mata rasa kuyu jer. pantang kalu baring kat sofa..for sure aku hanyut tidorrr...Menang badan letih bebenor rasanya...

Dulu kalu aku rasa badan cam ni , aku akan ajak hubby dengan anak2 gi kebun kami kat Gombak. Tengok pokok buah-buahan yg semakin membesar. setengah tu dah melepasi tinggi aku lagi!. Membaja, mencangkul dan bakar sampah sarap serta daun2 kering..Sekurang2nya kebun tu nampak bersih dan aku akan berpeluh sakan! Hah! time tu jantung aku memang cam rasa baru peh jogging. Berdegup kencang dan badan rasa segar sangat. Anak2 aku bab nak membakar sampah cukup suka sebab seronok dapat main api...

Dulu masa memula tanam pokok buah2an ni, terfikir gak aku..sempat ke aku tengok pokok2 ni membesar dan rasa buah2 ni sumer.. Pejam celik..pejam celik..dah besar pon pokok2 ni. Tak lama lagi, merasa ler kami anak beranak hasil yg kami usahakan selama ni..Bukan senang nak dapat tanah kebun di sekitar Kuala Lumpur ni kan. Aku beruntung sebab ini tanah pusaka hubby. Tanah yg cukup luas untuk tanaman buah2an.

Mula2 dulu kami nak buat projek ternakan, tapi memandangkan tanah tu bersebelahan dengan rumah orang, terbantut ler hasrat kami tu..Tu yang tukar plan tanam buah2an.
Sekurang2nya..aku merasa gak camner rasanya pegang cangkul, membaja dan menanam pokok...walaupun aku cukup geli dengan cacing.Dari berjogging panas2 tu tanpa dapat hasil..ada baiknya sambil berkebun kan...

MUZIUM CINTA


Penah dengar tak tentang tertubuhnya Muzium cinta di Zagreb , Croatia yg menempatkan barangan yg di abadikan oleh orang2 yg putus cinta? Menarik kan..Kelakar pun ada..

Diantara barangan yg dipamerkan di sini adalah barangan sejarah cinta pasangan yg putus cinta seperti surat, rambut palsu, jam tangan dan macam2 lagi. Tujuan nya aku sendiri pun tak pasti tapi rasanya mungkin ia sekadar untuk membuat mereka yg putus cinta merasa lega "membuang" barangan yg dirasakan tidak perlu untuk dikenang lagi.

Memang sudah sepatutnya, jika kita tidak bersama lagi dengan pasangan kita tu, tak payah ler disimpan barangan pemberian mereka kerana ia hanya akan mengingatkan anda kepada insan yg dah tak sudi kepada anda. Macam aku ni...tiada istilah putus cinta sebb aku memang tak penah putus cinta dengan sesiapa. Cuma..hampir2 putus asa untuk memiliki hubbyku sewaktu dia "merajuk" bila aku menjauhkan diri dari dia dulu.

Kalu aku jadi korang, jika aku dah tak mau mengenang insan yg banyak mengeciwakan hati tu, benda yg paling elok korang letak kat muzium cinta kat Croatia tu ialah kepala dia! Bior semua orang yg datang tu tengok..ni lah wajah orang yg tak berperikemanusian yg menghancurkan idup korang..


(Korang tak nak tambah ke koleksi yg sedia ada ni)

Cam aku ni..masih menyimpan memori cinta bersama hubby dulu..contohnya surat2 aku padanya..dan Diary Cinta yang banyak mencoretkan kenangan indah ketika bersamanya..

HUJUNG MINGGU



Hari yg agak membosankan!. Mana taknya...asyik dok terperap kat umah jer...Nak berjalan pun tak tau kat mana. So dri diam tak buat apa tu, aku mula ler gatal tangan nak usik perabot kat umah...

Bosan dengan gaya yg sama, aku cuba lah tukar kedudukan sofa yg sedia ada kat ruang tamu tu. Berat nya ko..cam semput nafas dibuatnya..Nasib baik Abang baru balik dari tuition. Nak suruh hubby aku, kang patah riuk plak tulang dia..Akhirnya siap gak..Disebbakan sofa dah beralih arah, aku tukar gak ler perhiasannya sekali.

Baby sebuk dok basuh kasut dia dan Abang (setelah minggu lepas terlupa basuh kasut). Nak menunggu dia membasuh, punya ler lamanya..mengalahkan membasuh 10 pasang kasut. Tu belum kira lagi bab mengapur kasut..

Dah habis ruang tamu aku bersihkan, aku bersihkan dapur plak..Time ni lah aku tukar semua tempat peralatan dapur cam pembakar roti dan blender. Jemu tengok asyik dok di tempat yg sama.Hasilnya...dapur dan ruang tamu aku kelihatan berbeza sedikit..ada ler penampilan baru..

Hujung minggu yg membosankan tu bertukar ceria bila kita pandai menggunakan masa dengan membuat kerja2 yg mendatangkan faedah. Walaupun penat, tapi bila tengok hasilnya ..tentu puas hati kan!

Thursday, October 21, 2010

NAK HADIAH APA YEKKKK...

Hari Jumaat ni adalah hari yg dinanti2. Seharian bekerja...kuar pagi balik petang dan akhirnya tiba hari Jumaat...Aku suka sebb esok CUTI!!Tak perlu terkejar2 nak kejutkan anak2 dan hubby. Hantar dorang gi sekolah...

Tapi aku sebenarnya tak de plan utk esok. Nak gi shoping, bulan ni terover plak budget aku..Tak penah terasa semiskin ini....Tu ler akibatnya kalu tak budget bebetul. Nak kapor duit hubby segan ler plak...Satu perangai aku yg paling emak tak suka! Dengan suami pun malu nak mintak duit!

Ehh..sapa kata tak perlu malu dengan suami?? Aku dah hampir 18 tahun kahwin..masih ada perasaan malu dengan suami...Bukan cam orang tu..dengan suami orang pun tak tau malu! wakaka...Eh Lupa..hari jumaat ko ! tak baik ngumpat!

Untuk pengetahuan korang, memang aku tak penah mintak apa2 kat hubby aku. apa yg aku ada sekarang ni..dia sendiri yg beli untuk aku. Mengapa? Korang mesti tanya naper aku tak penah mintak itu ini kat dia kan? entah ler ..aku tak de jawapan khusus utk itu tapi yg pasti aku rasa cam bersalah amik duit orang lain. Aku prefer beli sesuatu barang tu guna duit aku sendiri..Dengan ertikata lain, sejak aku kenal dgn my hubby tu, aku ni bkn jenis pisau cukur okay..



Tapi dalam kepala otak aku ni tengah fikir sesuatu...Weeding anniversary kami tak lama lagi...so selalu nya mesti dia tanya..apa hadiah yg aku nak...Tapi sampai sekarang aku tak de apa2 yg erlintas dikepala aku ni...Selalunya mesti lepas date anniversary tu baru datang idea tu...tapi dia dah ckp..nak mintak...before date tu lah..Korang kasik ler idea kat aku ni...Jgn handbag, brg kemas sebb yg tu aku dah ada!

BERCUTI KAT MANA YEK...

Cuti sekolah lambat lagi tapi hubby aku dah mengalahkan anak2 bila dia dah plan nak bercuti. Tapi kat mana yek?. Kat Semenanjung Malaysia ni, dah sumer negeri kami pergi. Kalu ikut Abang, dia prefer kami bercuti di apartment kami di Tiara Beach Resort.



Dulu sewaktu hubby aku beli apartment di Resort tu, aku sebenarnya kurang bersetuju sebab risau takut tak terbayar. Tapi Alhamdulillah rezeki anak2 kan..so sekarang ni, kalau malas nak bercuti jauh2, kami akan menghabiskan masa bercuti di sini.

Aku suka dengan pantai buatannya yg lain dari hotel2 yg ada di Port Dickson yg hanya mempunyai kolam renang yg biasa. Kolam renang kanak2 dengan dilengkapi permainan seperti gelongsor dan buaian menambah keunikan tempat peranginan ni.

Tapi musim cuti ni, aku plan nak bercuti kat tempat lain plak. tempat yg boleh berehat sambil bershopping! Plan nak gi Indonesia tapi tu lah...risau plak dgn situasi yg melanda sekarang..Maybe aku kena fikirkan tempat percutian yg lain kot.

TAK SUKA TAU!

Hari tu aku punya ler excited teramat sangat menunggu kain yg kupesan melalui online tu. Bila aku tengok kat blog tu, memang kain ni nampak begitu cantik. Sayangnya dah SOLD. Mungkin Tuhan pun tau kalu aku tengok secara live kain tu dah tentu tak berkenan tapi aku cuba2 gak tanya boleh tak kalu re-stock? Padan ler dengan muka aku! Sudahnya bila dapat kain tu, aku terperanjat sebab rupanya tak sama dengan yg aku tengok di dalam blog tu.

Aku tak salahkan seller tu tapi terkilan sesangat. Lain yg aku nampak ..lain yg aku dapat!!Mungkin kerana kesan imbasan cahaya kot. Frust nyer aku cam nak nangis plak rasenya. Dah ler kain tu agak mahal gak reganya..Nilah kalu tak dengar cakap suami...Hubby aku dah pesan dulu, lagi elok kalu you beli sendiri...senang nak pilih, katanya. Dia siap offer lagi nak temankan aku beli kain kat Gulatti tu...


(Dlm gambar ni, warna pink, tapi rupanya maroon kaler!)

Kalu aku merungut2 kat depan dia kang. for sure dia pulang paku buah keras kat aku! Wuahhhhh....ni satu pengajaran buat you Hani! From now onwards, jangan dok terpedaya lagi...Ni aku cakap kat diri aku sendiri nih...Tapi boleh ke aku pegang janji aku nih....???

Wednesday, October 20, 2010

PUJIAN KOSONG

Cam nak pecah perot aku nahan ketawa sorang2 bila baca facebook sorang Hamba Allah ni...Kesian pun ada dengan dia nih...Sampai camtu sekali dia mintak perhatian dan pujian dari orang. Lebih kelakar lagi bila baca reply dari kengkawan yg ala2 nak jaga hati dia tu..Wakakaka....mau putus urat mereh aku tergelak kalu aku baca komen bebudak nih.

Kot iyer pun korang nak amik hati dia..puji tu jangan ler over sangat!Korang tak perasan ke pujian korang tu ter over lah plak..Kalu setakat nak menjaga hati..tak yah ler ko puji melangit camtu. Sebagai seorang sahabat, jika hendak mengambil hati tu..tak perlu berpura2..cukup lah memuji seikhlas hati atau memberi komen yg jujur.

Yang kelakar tu, empunya facebook tu plak purposely berbuat sesuatu agar sesiapa yg membaca fbnya memberi pujian atau komen positif padanya. Kengkawan..kita ni tak perlu nak menjadi seseorang untuk mendapatkan pujian atau sanjungan.

Jadilah diri kita yg sebenar! Tak perlu jadi klon sapa2 hanya kerana ingin disanjung. Hiduplah dengan berispirasikan REALITI bukan PLASTIK semata2...

"HARI-HARI TANPA PLASTIK"

HASRAT YG TERPENDAM


(Who knows..satu hari nanti aku juga boleh menghasilkan buku seperti ini)

Sejak dari bangku sekolah lagi, aku punya keinginan yg satu ni dan ianya masih belum tercapai hingga sekarang. Menulis dan menghasilkan buku. Buku yg ingin aku hasilkan tu bukan lah bercorak berat tapi sebuah novel atau cerpin.

Masa disekolah dulu, aku memang minat menulis. Di sekolah rendah, kerap juga sajak ku terpilih dalam majalah sekolah. Sampailah ke sekolah menengah, aku teruskan jugak usaha dan minatku hinggalah ke menara gading.Tapi aku tetap menyimpan satu hasrat untuk menzahirkan apa sahaja yang bermaian di fikiran aku ni dalam sebuah buku.

Seronok sebenarnya menjadi penulis ni. Bagi aku, menulis tu amat menyenangkan dan membuat kita bebas mengekpresi diri...Paling penting, dimata aku sekarang ni, menulis juga boleh menghasilkan duit $$$$...!Justeru itu, aku bercadang untuk meneruskan usaha yg selama ini terbantut dek kerana tugas harian yg tak memungkinkan aku untuk menulis.

Kalau tak dipecahkan ruyung..manakan dapat sagunya ..yer tak? jadi, aku bertekad untuk mula dari bawah...tak mengapa merangkak dahulu sebelum berlari. Walaupun minat aku ni tidak disertai dengan dorongan dari sesiapa tapi aku tetap ingin melaksanakannya.

Tuesday, October 19, 2010

MENENTANG PEMBAHARUAN

Kita sering tidak yakin dengan kebolehan dan kemampuan terutamanya kepada anak Melayu. Tapi sejarah dah pun membuktikan bahawa anak melayu mampu memimpin negara ke mercu kejayaan. Tun Mahathir contohnya...ketika beliau berura2 untuk membina jambatan Pulau Pinang dulu, ramai suara2 sumbang mempertikaikan cadangan beliau yg dirasakan sebagai pembaziran dan angan2 Mat Jenin. Nah! hasilnya..bukan sahaja dapat dinikmati rakyat malah oleh pihak pembangkang yg rata2 nya mengutuk keras cadangan tersebut.

Kini, Dato Seri Najib pula...bercadang untuk mendirikan menara 100 tingkat milik sepenuhnya Permodalan Nasional Berhad dikendalikan oleh bangsa Melayu. Pun masih ada yg mempertikaikan malah memperlekehkan keupayaan bangsa Melayu untuk mencipta satu lagi kejayaan yg menjadi kebanggaan negara.

Apa yg aku nak tegaskan disini ialah, mengapa kita sebagai rakyat Malaysia tidak sanggup berdiri di belakang pemimpin kita untuk menyokong perkara2 yg membawa kemajuan negara kita. Apakah kita kurang yakin dengan kemampuan pemimpin kita? Kalau kita mampu mengatasi kemelesetan ekonomi negara yg melanda sekitar tahun 1997/1998, mengapa tidak kita yakin mampu setanding dengan negara2 maju yg lain.

Semua ini bukan sesuatu yg mustahil jika rakyat berganding bahu menyokong pembaharuan yg membawa kebaikan untuk dinikmati semua kaum di negara ini.

HUTANG MEMBAWA BEBAN

Berita yg agak mengejutkan aku! Ini tentang hutang seisi rumah yg terdapat di Malaysia adalah merupakan ranking yg teratas sekali di Asia Tenggara. Mak oii! terror gak rakyat Malaysia ni bab2 nambah utang yek?

Diantara kajian yg menunjukkan apakah alasn yg menyebabkan mereka berhutang adalah kerana faktor2 yg kengkadang tu tak masuk dek akal.

Persaingan sesama jiran
Ini ler penyakit orang Melayu. bukan boleh tengok jiran lebih sket. Bila jiran beli perabot, dia pun perosah laki tu nak gak perabot baru..Jiran beli TV plasma..heiii dia pun tak mau kalah! Yang penting, gaya mesti ada..hutang keliling pinggang bukan orang tau pun!

Kad Kredit
Kita ni kengkadang tak perlu sangat barang yg di beli tu tapi disebabkan boleh bayar dengan kad kredit...arghh tak kisah ler kannn. Bukan nampak pun kuar cash nyer..Tapi siap ler korang...bila statement datang..time tu jantung pun boleh berhenti. Aku setuju gak kad kredit tu dihadkan pada golongan tertentu jer sebb ramai yg tak boleh nak manage kewangan masing2. Berbelanja tu cam tak ingat dunia!

Yang penting bagi aku, kekangkan nafsu korang tu time nak buat keputusan untuk membeli sesuatu.Aku prefer menyimpan wang dan membeli secara tunai sebab dengan cara tu aku akan terasa aliran wang tunai aku keluar...So secara tak langsung, sifat berjimat dan berwaspada semasa membeli tu sentiasa ada. So far...aku cuma berhutang untuk rumah dan kereta jer...sebb tu "wajib" kan..Paling penting..aku pastikan yang hutang rumah dan kereta tu dibayar mengikut jadual supaya tiada bebanan tunggakan dan rekod kita pun dengan pihak bank pun bersih gitu...


(Ini hutang hubby aku...anniversary present )

PERASAN?

Perasan tu bagus ker? Kalau korang ada perasaan yg suka perasan yg didefinasikan sebagai suka menunjuk-nunjuk atau riak atau suka membangga2kan diri...ouchhh! itu satu gejala yg tidak sihat yer kengkawan...

Perasan ini adalah satu penyakit yg memungkinkan kita memandang rendah pada kebolehan orang lain. Ialah kalu dah rase diri bagus segala2nya dari orang lain..tentu ler kita rase orang disekeliling tu cam tak tahu apa pun. Tapi sedar tak korang bahawa penyakit perasan ni bahaya kepada penghidapnya kerana ia menjadikan kita cepat berpuas hati dengan apa yg kita ada. Maklum..dah rase diri bagus segala segi...

Hakikatnya..semakin kita tahu segalanya semakin itulah kita akan rasa banyak benda atau pekara yg kurang pada diri kita. Ilmu tu tidak akan pernah sampai kepenghujungnya. Bagi orang2 yg berfikiran positif, cabarlah diri anda untuk menjadi yang terbaik dan bukan berpuas hati dengan apa yg anda kecapi hari ini. Jika sekiranya anda seorang ahli perniagaan, berusahalah untuk menjadi ahli perniagaan yg bejaya mengukir nama. Jika anda seorang penuntut, berazamlah untuk menjadi seorang pelajar yg terbaik. Berhenti dari sikap perasan yg tidak membawa anda ke mana2!

Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Berikan cabaran terhebat untuk diri anda supaya anda muncul sebagai yg terhebat!!

Monday, October 18, 2010

MY FIRST RING...

Masa tengah makan malam kelmarin , hubby tegur aku bila melihat jari jemari aku yg cuma memakai cincin tunang jer. Mana cincin kahwin you..lama dah I tak tengok u pakai. Gulpp!! terkedu aku sekejap...mesti nak kecil ati lagi ler ni. Ada I simpan..bukan tak mau pakai tapi sayang takut kena minyak...Kalu takut kotor..baik tak yah beli..letak jer kat kedai tu...Mak oii dia smash aku sedap jer...

My dear hubby...bukan aku tak mau menghargai pemberian ko tu cuma nya aku ni orang nya kasar banget. Walaupun aku kerja cuma dipejabat tapi kengkadang tu aku risau kot2
kesibukan aku yg ke hulu kehilir dgn fail2 di tangan tu akan membuat cincin aku tu rosak kerana kekasaran aku. Lain ler kalu pegi majlis kenduri kahwin ker..baru ler aku pakai...Ko tak tau, yg aku begitu menghargai cincin lambang cinta kita tu..Itu ler cincin pertama yg aku pakai hadiah dari seorang lelaki yg aku cinta.


(Cantikkan cincin ni...sepasang lagi...Habib Jewels ada sales tau sayang...)

Dulu ada gak ex-bf aku nak hadiahkan cincin tapi dek kerana dia tidak mendapat tempat dihatiku maka aku tak mau menerima apalagi memakainya. Nanti ler ya dear..peh ni I pakai cincin tu atau you tak de ura2 ke nak belikan cincin baru utk I?
Sebenarnya, aku mmg tak begitu berminat sangat pakai barang2 kemas ni. cam rimas rasenya..beruntung hubby aku kan? Tapi terbalik plak ler yg sorang ni. Bila wife dia tak minat barang kemas, dia lagi excited nak beli utk aku..


(I dah pilih dah ni...so apalagi moh kita ke Habib...!!)

Cuba ler beli barang yg aku suka..cam hand bag ker, baju ker? Jawapan dia mudah jer..beli barang kemas ni satu pelaburan...kalu dah tak suka boleh jual..Sayang..jangan ko buat aku ni cam barang kemas udah lah yer...Tak suka tukor yg lain...

BERBALOI KE HANYA KERANA BOLA!



Baru-baru ni kita dikejutkan dengan insiden pergaduhan di antara penyokong Selangor dengan Kelantan dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia. Apa yg aku tak faham tu ialah tentang sikap fanatik yg melampau di kalangan penyokong2 bola. Perkara tersebut mungkin dapat dielakkan jika penyokong2 bola ini mempunyai semangat kesukanan yg sihat.

Dalam sesuatu perlawananan, pasti ada yg kalah dan menang. Itu sudah menjadi adat pertandingan. Tetapi dalam insiden tempohari, rata2 penyokong bukan sahaja datang untuk melihat perlawanan bola tapi datang dengan semangat ala2 samseng yg sanggup mati dek kerana sebijik bola. Nampak sangat ler mentaliti penyokong bola di negara kita ni masih ditakuk lama.

Rasanya kita perlu adakan kawalan yg lebih ketat dalam usaha untuk membenteras gejala tidak sihat seperti membawa mercun dan senjata yg boleh membahayakan nyawa orang ramai. Hukuman yg keras juga perlu diwujudkan bagi mengajar orang2 seperti ini cara mendidik mereka supaya berperangai seperti seorang manusia!

Orang lain yg penat berlari bermain bola di padang, kita sebagai penonton pulak yg bergaduh pukul memukul...Pada sesiapa yg terlibat dalam insiden pukul memukul tempohari, cermin2kan lah diri anda. Berbaloi ker hanya sebijik bola, anda menjadi seperti manusia yg tak bertamadun...

IKUTKAN HATI AKU NI...


Kalu ikut marah aku nih...aku maki korang tak kira ler apa status korang tu. Cubaa korang fikir camner ler aku tak marah...nak datang ke rumah...datang ajer lah. Ni yg gatal tangan di letak abuk rokok dalam kolam ikan aku apasal!!!!

Memandang kan hubby aku tengah sakit akibat kemalangan ari tu, so adik beradik dia datang le ke rumah silih berganti. Aku tak kisah okay tapi yg buat aku cam nak terbakar sangat ni...ikan kesayangan yg aku bela dari kecil sampai dah besar 15 ekor mati dalam kolam ikan tu. Dah ler gitu..ditaburnya makanan ikan punya ler banyak! Dia ingat ikan tu cam perot dia gak kalu melantak kot! Hah kan! aku ni kalu naik angin..cam ni ler dialog aku..tak de basa basi nyer!

Dah tu situ gak ler dia jadikan ash tray abu rokok dia tu! Aku tak peduli korang buat umah korang camtu TAPI ni rumah aku..berhemah ler sket!!Isk naik sesak nafas aku menahan marah nih!!Hendak jer aku telepon dorang mintak dorang ganti balik ikan aku tu...exactly ikan camtu!

Senang citer...kalu dah tak boleh nak diam tangan tu dari merosakkan reta benda umah orang, jangan datang! aku pun tak ler sakit hati dan tak buat dosa mengumpat korang!Ikut kan ati ..aku buat korang tu ganti ikan aku yg mati tu...rendam sekor2 dalam kolam tu!!

GOSSIP TENTANG ARTIS MALAYSIA ..

Rimas bila aku membaca berita2 tentang gosip yg melanda artis2 di Malaysia ni. Macam2gosip yg memualkan...cam dah tak de keja lain dorang ni...Diantara gosip2 ngetop yg aku baca dan terdengar kengkawan bercerita kat opis ialah:

Artis Rampas laki orang
Eeeiii...tak kuasa mak! korang ni sepesen cam muka tak laku gitu..Gi caras2 laki dan pakwe orang...Cari ler yg bujang..bersepah ko kat Malaysia ni...Rase diri tu vougue ke bila menang merampas tuh!!

Artis Bercerai
Ni satu lagi. Masa baru kahwin tu, taik gigi dia pun ko nampak cantek tapi kalu dah tak suka tu, ada jer yg tak kena...tak serasi ler, mula ler salahkan takdir...

Dadah
Dah cam trend plak artis kat Malaysia ni, tengah2 top..tup kuar berita amik dadah..Dah tu bila dah kuar paper, buat muka cam tak bersalah...Bila diinterview, siap kuar statement bodoh..minat dengan suara saya sudah ler,jgn tiru perangai saya. Halooo ko lupa ke, ko tu public figure! so apa sajer yg ko buat jadi ikutan peminat2 ko.Kalu rase2nya tak mau jadi ikutan..jgn jadik artis!

Saman menyaman
Ni satu lagi yg paling aku meluat..Sikit punya hal pun kecoh satu Malaysia. Dek kerana mulut yg laser mula disaman..Yang dia tu mulut cam ttuuuuttt tak plak fikir takut kena saman. Atau kita boleh label kan artis sorang ni memang suka publisiti murahan...

Pakaian ala2 tak cukup kain
Korang ni lupa ke ini Malaysia minah oi!! Tak yah ler nak tayang2 benda2 yg sumer orang ada tu..Setakat nak masuk paper nak glamour dgn menayang tubuh badan..apa kelesss!Peminat nak tengok bakat korang bukan daging korang yg penuh selulit tu. Nampak sangat ler nak cover bakat yg tak seberapa tu...Kita beria2 derma kain baju kat negara2 miskin tapi kesian tengok artis2 kita yg lebih miskin dari mereka.

Industri seni negara kita ni baru jer nak berkembang. Sepatutnya sesorang artis yg sering kita kaitkan dgn idola masyarakat perlulah menunjukkan contoh yg baik yg boleh dijadikan ikutan oleh peminatnya.

Sunday, October 17, 2010

JUJURKAH PASANGAN ANDA??

Bagaimana kita nak membuktikan pasangan kita jujur atau tidak? Ini kerana didepan kita..pijak semut pun tak mati.Di Belakang korang ..ya Ampun! kasanova/ playgirl rupanya.

Antara tips2 yg aku rasa berkesan ler, boleh ler korang cuba praktikkan..

Ajak jumpa famili
Kalau dia ni jenis yg betul2 tangkap cintan dgn korang, anytime ajak jer ..mesti dia setuju..Tapi kalu dia beri alasan tu...korang ler yg perasan sorang sebenarnya...

Ujian menguji kejujuran
Aku penah gak buat camni masa mula2 kenal hubby aku dulu. Dia memang ckp bebaik dgn "pelakon" ciptaan aku tu tapi dia jujur bagi tau yg dia dah berpunya. siap nak volunteer rekomen kwn aku tu dgn kawan dia lagi....Tu yg buat aku tambah sayang dgn dia...

Uji keimanannya juga.
Yang ni pun penting! Kalu dengan korang dia tak leh taha godaan, camner ler dia dengan orang lain...Kalu belum ada ikatan, dah berani garpu berjalan..tu tandanya memang dia ni keturunan buluh betung..gatai..yang perempuan plak siap offer lagi pasangannya (kira cam buat jualan murah gitu) p'poan camni jangan ler ko cari keturunannya....

Seperti hadis Nabi kita Mohd S.A.W, untuk memilih pasangan kita tu , haruslah utamakan ugamanya, keturunannya, kesihatannya dan paling akhir sekali kecantikan rupa parasnya. Rupa lawa cam artis sekalipun tapi perangai cam setan...tak guna dibuat pasangan!

BAJET 2011



Baru- baru ni korang dengar tak pembentangan bajet oleh Pedana Menteri kita? Aku dengar sekali lalu jer..waktu tu tengah drive dalam perjalanan nak balik kerja. Dalam banyak-banyak pembentangan tu, aku tertarik dgn yg satu ni. berkenaan dengan cuti bersalin ditambah dari 2 bulan kepada 3 bulan. Wow! seronok kome yerrr.. Berita tu memang ler berita yg mengembirakan bagi mereka yg masih productive tapi meyiksakan bagi kami ni.

Aku bukan ler dengki dgn korang yg dapat cuti bersalin tu tapi keputusan tu aku rasakan sedikit tak adil pada kami yg bekerja ni. Mana tak nya, jika mereka ni diberi cuti selama 90hari, bayangkan kerja yg selama ni dibuat tertangguh dan ini akan membebankan staff lain yg terpaksa menyudahkan kerja2 yg terbengkalai.

Tambah menyusahkan bila mana ada staff yg begitu produktif! tiap2 tahun bersalin!!. Korang bayangkan macammana seksanya orang yg dibebankan tugas yg sepatutnya mereka lakukan. Silap haribulan aku rase cuti tu akan membolehkan staff produce the second once. Almaklumkan...cuti panjang...

Alasan cuti panjang ni diberikan ialah supaya iu mempunyai masa untuk membesarkan bayi mereka. Aku rase le...dari ditambah cuti bersalin ada baiknya difikirkan altenatif lain yg lebih bagus seperti mengadakan nusery di tempat kerja bagi memudahkan ibu menyusukan dan memberi perhatian yg lebih kepada bayi mereka.

OTAK DAH TUMPUL.

Ahad...oleh kerana tak de aktiviti so aku bawak anak2 ke perpustakaan negara untuk mereka buat ulangkaji di sana. Kalu kat umah tu, bukan membaca...dok tonggang terbalik atas katil, konon membaca..alih2 tengok dah ternganga!. Tak pun cam anak dara aku tu..siap main game lagi...

Abang tanya aku subjek matematik dan Prinsip Akaun tentang topik2 yg dirasakan susah baginya. Aku yg dah meninggalkan alam persekolahan ni, memang totally tak ingat tentang topik tu. So pelan2 aku baca semula buku tersebut baru ler boleh aku mengajar Abang. Tapi cam yg korang tau, otak kita ni cam mesin gak...kalu tak digunakan, lama-kelamaan rosak... Aku amik masa gak nak fahamkan balik subjek tu...Fuhh! pakal ler anak aku yg nak exam...

Dulu penah gak terfikir nak future study...nak amik master ler konon..Eiskkk kalu gini gayanya tak payah ler...bior ler aku jadi tutor anak2 jer...Otak aku ni dah tak mampu nak terima banyak benda sekali gus...Lagi pun..sebenarnya aku FORBIA...takut pisang berbuah dua kali. Kang aku sebuk belajar, ada plak minah yg amik kesempatan volunteer menguruskan hal ehwal hubby aku cam dulu tu.

APA SAJA UTKMU..

Minggu depan abang akan menghadiri majlis perpisahan di Hotel Legend berdekatan PWTC. So beria2 ler dia membodek mama dan ayahnya minta belikan pakaian kasual utk majlis tersebut. Hari Sabtu lepas, aku pergi ke Sogo yg kebetulan buat sale..carikan baju kemeja utk abang dan aku cadang utk belikan dia vest supaya nampak ler berketerampilan sket anak bujang aku ni..

Sakit tumit aku berjalan ke sana sini mencari vest yg sesuai utk abg. Korang sedia maklum...abg ni badannya bersaiz XXL..jumpa yg berkenan dihati...dahhh saiz plak cam balut nangka plak. Finally jumpa gakkk! Reganya boleh ler tahan..tapi disebabkan aku nak dia nampak smart, pejam mata jer lahh..Tersenyum simpul abang suka kemain..almaklum dapat barang yg dihajati. Hari tu, aku berabih duit gak untuk kasut kulit, vest, kemeja dan talipinggangnya..

Balik umah tanpa disuruh, abang basuh keta aku...Tapi kalu koran tengok..memang nyakitkan ati...baik tak yah basuh...Sebab bila dah kering, keta aku cam bercapuk2 dgn air kotor..Hish! basuh dgn air longkang ker apa abang nih..Nak marah rasenya sebb aku dah ler penat..tengok plak hasil basuhan keta dia.

Friday, October 15, 2010

ANGAN-ANGAN AKU....

Semua orang ada angan2 masing2. Angan2 yg aku maksudkan ni ialah sesuatu yg korang bayangkan kalau ler korang dapat...fuhhhh seronoknya! Aku punya angan2 yg lama dah terpahat dalam kepala ni....

RUMAH PAPAN BERCIRIKAN TRADISIONAL
Korang mesti heran, apasal plak ler aku berkenan umah papan sedangkan org teringin umah batu. Jemu asyik dok umah batu! tu jer jawapan yg hampit tepat yg boleh aku bagi. Aku idamkan rumah bercirikan rumah melayu lama, yg ada anjung dan tangga kayu. Sejuk mata memandang dgn halaman yg luas dihadapan rumah.

Ada perniagaan sendiri
Asyik jadi kuli jer..apa salahnya kalu aku berangan utk jadi bos plak kan? Bisnes yg aku impian adalah yg berkaitan dengan wanita..seperti buka butik pakaian atau buka spa kecantikan.Semua tu adalah plan anganku untuk mengisi hari2 pencenku. Maklum..dah biasa kerja..tetiba nak dok terperap di rumah...iskkk mati kutu jawabnya.

Thursday, October 14, 2010

SERABUT KEPALA HOTAK AKU!!

Aku paling tak suka detik2 ini...detik yg paling membosankan!! Bila Auditor datang!!wuaaaahhhh....dengan badan yg tak berapa sihat ni nak mengadap soalan dan kerenah depa..adoi cam nak pecah kepala aku nih.

Aku penah berdepan dengan berbagai2 kerenah auditor yg datang...dari aku mula bekerja di sini. Ada satu ca ya nun alif tu datang bukan main kemas bajunya (lelaki). sekali dia bukak kasutnya...Ya Ampun! terbalik idung aku nih!! Bau asem stokin dia tu..aku ingat sejak beli tak penah basuh kot...Selama dia kat ofis tu...selama tulah aku menanggung kesengsaraan korang tau tak...

Sorang lagi ni plak, tengok sekali imbas cam hero Tamil MGR...siap letak gambar MGR lagi kat laptop dia..hihi. Ni pun spesis yg tadi gak cuma bezanya dia ni badan berbau. aku ingat lak kalu bawak mandi kat sungai...mati sumer ikan2 dlm tu..tak yah pakai tuba. Sampaikan secretary ofis kami time tu merayu kat aku....jgn ler ko panggil dia lagi, aku tak tahannnn....

Yang lain ni..ok lah . Tinggal lagi kalu dia tanya aku soalan "tadika" tu yg aku tak suka nak jwb. Contohnya, 1st Jan balance kat Bank ada RM10 million...tapi end of the year tinggal RM2 million... Soalan dia mengapa kurang? Adikkkk...of coz lah ada duit kuar sayang oiii...Cam ko beli barang..mula2 ada RM1..beli aiskrim RM0.50...kurang kann????Kadang tu sampai naik migraine aku ler...

Bila habis audit, tak aman lagi idup aku sebab nak mengadap audit tax plak...padan muka aku kan...Sapa suruh ko pilih bidang "ceti" ni??

Wednesday, October 13, 2010

RAHMAT DISEBALIK MUSIBAH YG MELANDA

Tika kita ditimpa musibah, kita terkadang menyalahkan takdir malah kadang2 menganggap bahawa Tuhan itu seakan tidak berlaku adil pada kita. Tapi kita lupa bahawa disebalik semua ni, ada seribu rahmat yg menanti...

Dulu..aku pun penah menyesali takdir tapi akhirnya aku menyedari bahawa Tuhan mungkin mendatangkan sesuatu musibah untuk menyedarkan umatnya yg hampir terleka dan lalai dengan tanggung jawab masing2.

Kemalangan yg menimpa hubby tu banyak menyedarkan aku dan mempunyai rahmat disebalik semua tu.Perhatian dan layanan yg aku beri padanya sebenarnya tambah mengeratkan hubungan kami suami isteri. Tanpa aku sedar, dia sebenarnya suka dimanjakan, suka diberi perhatian...sesuatu tradisi yg aku dah lupakan sejak mula2 melayari bahtera perkhawinan dulu. Mungkin bila kita sudah lama bergelar suami isteri, kita terlupa bahawa perkara yg kecil2 itu sebenarnya banyak memberikan impak besar dalam kehidupan yg kita lalui. Contohnya...makan bersuap, berpegangan tangan dan paling terbaru yg aku lakukan semula setelah hampir 18tahun berkahwin...mengusap rambutnya hingga dia tertidur...

Tika itu, terpancar kebahagiaan pada wajah lelaki yg bergelar suamiku..Jelas antara kami...masih ada sinar cinta meskipun melalui badai rumahtangga yg maha hebat...Ayat paling indah yg dibisikkan ditelingaku tika itu....Hanie..I love you so much...membuat airmata aku mengalir perlahan dari kelopak mata....

Menangis lagi.....(Tapi ini airmata kebahagiaanku)

SELAGI KITA MEMBERI..SELAGI TULAH DIA MEMINTA


(Tolong kami..bantu kami...)

Bukan aku tak simpati pada mereka ni tapi cuma korang fikir...kebanyakan dari pengemis yg berkeliaran di negara kita ni disebabkan oleh sikap rakyat kita yg terlalu bermurah hati. Kebanjiran pengemis ni bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi dari negara2 luar.

Rata2 mereka ni sering kelihatan di kedai2 makan. Semalam jer, seorang buta menghampiri aku ditemani oleh seseorang yg memimpinnya meminta sedekah ketika aku sedang menikmati hidangan makan malam di restoren. Bukan aku nak ungkit pemberian aku padanya, tapi aku terfikir..mana perginya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mana perginya wang zakat yg kita salurkan setiap bulan kalau tak digunakan untuk membantu orang2 yg memerlukan seperti ini. Mengapa masih ada peminta sedekah di zaman negara kita dah lama mengecapi kemerdekaan??

Macam aku katakan tadi...mereka lebih senang meminta dari bekerja kerana itu tak memerlukan tenaga yg banyak dan ianya lebih lumayan berbanding dari dari duduk di rumah kebajikan masyakat. Jika di buat perhitungan kasar, purata keuntungan hasil dari "kerja" ini, mereka berupaya mendapat hasil seperti gaji yg diperolehi lulusan ijazah seperti kita ni. Tak payah belajar sampai pening2 kepala, untung masuk ribu2...sapa tak nak kan???

Moral of the story, sebenarnya kita kena bertegas untuk tidak memberi supaya mereka ini tidak lagi meminta. aku rase cara ni jer dapat membendung kebanjiran pengemis jalanan yg dah cam cendawan tumbuh di Malaysia ni.

Jawapannya terletak pada pihak yg berkenaan..Jalankan tanggung jawab anda sebaiknya.

SUSAH NYER MENJAGA HATI ORANG


(MULUT CAMNI SESUAI UTK ORANG YG CELUPAR...AMACAM SEXY TAK)


Kengkadang kita sebagai manusia ni beria2 menjaga tatasusila ketika bercakap dengan orang lain. Tapi tahu tak korang yg masih ada manusia di bumi ni (Ramai sebenarnya) yg tak penah memikirkan apa perasaan orang lain tika dia menyinggung perasaan seseorang.

Aku banyak dah jumpa orang yg camni..Sukati mak bapak dia jer kalau nak bercakap. Bercakap pasal mulut lepas ni, sebenarnya berkaitan dengan didikan orang tua gak. Anak2 sedari kecil perlulah diajar bersopan dan menjaga tatasusila ketika bercakap dengan siapa sahaja tak kira muda atau tua. Tapi masalahnya ibubapa ni tak titiberatkan hal2 camni. Pada dorang..dah bagi makan,minum dah selesai ler tanggung jawab sebagai mak bapak.

Cam aku yg dikelilingi dek orang2 camni memang berdepan dengan tension sebenarnya. Mana taknya?? kalu orang org mulut celupar adalah orang2 yg perlu kita hormati. Nak tak hendak..kena ler pekakkan telinga mendengar cacian atau kutukan dorang ni. Korang mesti tanya kan, nape tak jawab ajer...laserkan ajer orang camni...Iskkk tak boleh...selagi aku boleh bersabar, selagi itulah aku cuba bertahan...Ini disebabkan aku perlu menjaga hati diorang...itu ler yg emak selalu pesan kat aku.

Jaga hati ya??? sekarang ni ko cakap ler apa pun sebab aku dalam proses "menjaga hati" korang. Cakap ler apa pun!! Aiman tak kisahhhh! TAPI korang jangan lupa, aku ni bukan malaikat, tapi aku ni ibarat gunung berapi pendam yg akan memuntahkan lahar bila sampai masanya. Hah! time tu, kalu ko koma dek kemarahan aku yg menyala2 tu, jangan salahkan aku yer because YOU ASK FOR IT!!!

Tuesday, October 12, 2010

BENGANG!



Mata aku ni berpinar semacam...mana tak nyer..tak nyenyak tidur kerana menjaga hubby yg menjadi2 batuknya sekarang ni. Ubat batuk dah hampir habis tapi batuk nya tetap cam tu gak.Time ni lah datang kekesalan di hati aku tentang sikap kakak2 iparku. Dah tau adik tu batuk...siap bawak lagi "ubat batuk" paling mujarab. Buah dokong dan keropok ke rumah aku. Sempat gak ler hubby aku makan keropok tu tapi buah dokong tu memang aku larang. Sorry ler kalu dorang nak terasa...aku buat ni pun sebab nak menjaga kesihatan adik korang gak.



Mungkin penangan makan keropok tu, hubby aku makin teruk batuknya. Ni yg aku bengang!!Dorang kat umah sedap tidur nyenyak sedangkan aku bersengkang mata menjaga hubby aku tu. Tak faham aku dorang nilah...sebutnya sayang kat adik..tapi tak fikir tentang kesihatan dia tu.

Aku tak ler nak mengungkit apa yg aku dah buat untuk hubbyku..semua yg ku lakukan adalah ikhlas tanda aku amat menyayanginya.Cuma bila melihat dia menanggung sakit tu..rasa tak sanggup aku. Dengan patah tulang rusuk...batuk pulak tu, korang bayangkan lah bagaimana dia menahan kesakitan sekarang.

Hubbyku..apa yg terdaya aku lakukan sekarang ni cuma membantu untuk mengurangkan kesakitan yg dialami. Selebihnya aku berserah padaNya..

Sunday, October 10, 2010

PETUA LAMA vs UBAT MODEN

Korang kan tau yg hubby aku kemalangan pada 7/10/10 ari tu kan? So berita tu aku sampaikanlah pada kakaknya yg di Bukit Beruntung dan Abang dia di Rawang. Kakaknya yg di Ipoh tu tak ku beritahu sebb mereka jauh. Tapi mereka akhirnya datang jugak kerana diberitahu kakak iparku.

Aku sebenarnya penat sungguh sebab seharian menunggu hubby di hospital. Sampai kat rumah plak, tak leh nak rehat sebb rumah dikunjungi jiran dan rakan2 hubby. Bila malamnya pulak, kakak ipar yg yg dari Ipoh sampai ditemani kakak ipar yg dok kat Bkt Beruntung.Balik plak kol 12 tengah malam.

Memandangkan tubuh hubby ku bengkak2, kakak ipar aku mengamalkan cara lama iaitu dengan mencampurkan jadam dgn limau nipis. Katanya, cara ni dapat memecahkan darah beku di dalam badan. Korang taulah kan, rupa jadam tu kalu disapu kat badan. Dah cam orang minyak hubby aku. Dah tu siap promote susu HI-GOAT yg memang dah dibelinya utk hubbyku.


(Ini gambir..pada sapa yg tak penah tengok..termasuk aku ler)

Bila aku terangkan yg doktor dah sediakan ubat kurangkan bengkak....pot pet! ..pot ! pet! membebel cam ayam nak bertelor! Mula ler kuar citer dorang masa kecik...hah nilah ubat yg omak bagi! tak do nyo makan ubek doktor tu! Bukan elok pun! Aku diam jer lah..nak lawan balik ..orang tua kan..baya2 mak aku..so iya kan jer lah.

Balik jer dorang, hubby aku mengadu tak selesa dengan badan dilumur benda alah tu! Disuruhnya aku cuci semula. Kan? satu keja plak aku dah! Dia ni satu! depan kakaknya menikus tak bersuara..belakang orang tu..melekit ler...kotor tempat baring dia lah!

Ingatkan dah ler habis petua dorang tu. The next day dia datang lagi. Kali ni bawak gambir plak dicampur minyak urut dan air...utk ilang bengkak gak! Kelakar plak aku tengok hubby aku dah cam goreng pisang yg dilumur tepung Adabi! Tunggu siap digoreng jer..ngeh ngehhhh!!!


(Ni plak jadammm....)

Balik jer dorang...hubby aku merungut2..lain kali kalu apa2 hal..please ler.. jgn ler telefon dorang. seksa I ni tau! Mana badan sakit2..gatal2 plak kena ubat nih...Aku tak leh nak kata apa cuma boleh nasihatkan dia supaya bersabar jer. Kakak dia berniat baik..ialah kann. sapa le tak sayang adik...Tu sumer dorang buat untuk menyembuhkan adik kesayangan dorang ni..

Ari ni..kakak dia akan datang lagi ke rumah aku. Siap ler hubby aku..apa ler lagi bahan ujikaji nyer kali ni! Sian hubby aku...Banyak2 bersabor yer yangggg...

Friday, October 8, 2010

BERKAMPUNG LAGI...

Siapa sangka kami anak beranak akan berkampung lagi di Pusat Rawatan Islam. 7/10/10 selepas solat Zohor, aku terima panggilan telefon dari seseorang yg katanya hubbyku kemalangan! Satu jer soalan yg aku ingat terpancul keluar dari mulutku. Dia camner??hidup lagi ke???Dia okay cuma....agak teruk gak kak..

Ya Tuhan..seluruh badan aku mengigil, dan tu gak ler luruh airmata aku tanpa henti. Dapat aku bayangkan camner kesakitan yg ditanggungnya. Aku mintak izin untuk balik tapi bos aku tak mengizinkan aku drive kereta sendiri. Atas pertolongan rakan sekerja, aku sampai gak melihat dia di wad kecemasan.

Menurut doktor, tulang selangka dan 4 tulang rusuknya patah. No wonder setiap kali bergerak jer, dia mengaduh kesakitan yg amat sangat.Citer hubbyku, dia tak sedar sewaktu accident tu...tau dah dipapah ke tepi... Sebuah kereta BMW menghimpit motornya menyebabkan dia jatuh. Memang aku sumpah gak ler driver malaun tu..tak selamat idup dia. Sudah ler dia salah, ada hati lagi nak minta RM400 dari orang yg membantu hubby ku tika itu. Untung mamat yg menolong tu telefon aku. Memang aku warning dia ..jgn beri satu sen pun!

Apapun aku redha...walau diuji Tuhan bertimpa2. Mula2 ayah masuk hospital, diikuti dgn emak dan seterusnya hubby plak. Syukur kerana dia masih selamat dan masih mampu memanggil nama anak dan isterinya...

Wednesday, October 6, 2010

TERSENTUH NALURIKU...

Aku ni ada satu kelemahan yg tak boleh diatasi iaitu cepat tersentuh bila baca citer sedih yg membabitkan anak atau ibubapa. Ya lah kan..aku ni ada mak bapak..peh tu dah ada pengalaman jadik ibu plak..Of coz bila baca citer2 yg menyentuh hati tentang anak2 ni, aku leh bengkak mata menangis.

Masa hariraya ari tu..kan ada citer pasal anak yatim...Dorang kat tv tu nangis sket jer..aku yg nonton tv tu plak yg beria2 terisak2 sedih. Korang tau apa yg aku bayangkan?? Aku bayangkan kalu aku dan hubby tak de..mungkin kat sini ler tempat untuk anak2 aku...begini ler kehidupan dorang yg merindui aku setiap kali syawal tiba..Wuahhhh!!! aku dah tak peduli bila hubby gelakkan aku...Dia ni mmg cam hantu penanggal..hati perot sumer kat luar!! Marah tol aku sebb dia potong stim aku yg tengah menjiwai kesedihan tu..

Okay gak ler kann? Korang penah dengar tak orang tengok citer industan pon nangis giler2..contohnya bila hero atau heroinnya mati. Wei!! apa barang aku nak kuar ayor mata sebb citer cintan camtu...Lantak ler ko nak mati ker..Dah memang leh hafal citer idustan tu. Tak mati...kahwin...tak kahwin, mati...Boring arghhh!!!!!

Berbalik pada citer sedih aku tadi...ni kisah orang tua yg ditinggalkan anak2 kat umah orang tua2. Tu lagi satu buat aku sedih. Tergamak dorang membuang ibubapa yg membesarkan dorang. Muga aku tak termasuk dalam golongan orang2 yg lupa diri macam tu! Dah ler yerr...aku tulis blog ni pun..udah sebak semacam plak....

REPLICA ITIK


Dalam banyak2 hiasan gambar binatang, aku paling suka buat koleksi patung itik.. Tah naper aku pun tak ingat sejak bila hobi aku mengumpul patung itik ni bermula. Yang pasti setiap kali nampak patung itik ni..aku cam tak sabar2 nak beli..

Adik beradik yg tau hobi aku ni selalu gak bagi patung itik setiap kali dorang balik dari makan angin. Memandangkan umah aku dari tepi kolam ikan dah ada patung itik dan bangau hinggalah terbawa2 sampai ke dalam umah...adik aku yg sorang ni alim sket...
Siap komen kat aku..malaikat tak masuk ke rumah kalu simpan patung2 cenggini katanya.



Masalahnya..aku pun tau sumer tu. Cuma nawaitu aku cuma buat nak hiasan bukan utk disembah cam tok pekong tu..Aku cukup sayang dengan replica ni sampai kan penah ler aku naik angin bila salah satu itik aku hilang kat tepi kolam ikan ari tu. Memang kurang ajar betul orang yg mengambil tu...dah ler tu patung itik yg paling aku sayang plak dia kebas.

Penah gak adik aku perli..katanya Jaffar Onn tu obses nau dgn bunga matahari sampaikan cadar,langsir dan alas meja sumer gambar bunga matahari. Jangan esok, aku pun letak cadar gambar itik udah lerrr...Hallo! Please okay!! Aku ni tak ler sampai kesitu ketaksuban aku.. Ada ler tempat2 tertentu ajer..Pening gak kalu kiri kanan sumer replica itik. Nanti tetamu datang mesti fikir...kenan itik apa tuan rumah nih

Monday, October 4, 2010

GOOD NEWS!!

Aku pregnant? Woi!! giler korang! Banyak lagi berita baik yg aku nak sampaikan..



Berita baik untuk orang2 yg anti rokok! Berita tu mengembirakan aku gak sebab aku memang paling tak suka bau rokok nih.. Waktu nak terima hubby aku sebagai steady dulu pun, aku kenakan syarat suapaya dia tidak merokok. Tapi tah camner gaya nyer peh kahwin dia belajar merokok dengan kengkawan opis. Menci nyer aku tiap kali balik ada bau rokok!

Sekarang ni hubby aku on and off jer bab2 rokok ni. Mungkin disebabkan amik iktibar dari penyakit yg menyerang Abah baru2 ni. Abah tu pun satu Hamba Allah yg "keteqaq" kata orang Penang. Bukan nak mendengar lansung cakap anak2 ni. Tambah lagi Abah tu memang perokok tegar sejak zaman remaja lagi.

Berita yg aku nak sampaikan tadi ialah tentang kenaikan harga rokok sehingga 65sen bermula dari 1hb Oktober ni. Kalu difikir2kan, baik ler korang menabung dari korang membakar duit tu.Dari sudut kesihatan pun, ianya memang membawa kemudaratan. Bagi orang2 yg tak merokok cam aku ni, lebih berisiko untuk mendapat sakit kerana menghidu bau rokok tersebut. Korang bayangkan anak2 korang tu jadi mangsa atas sikap korang yg dok asyik merokok tu Banyak benda sebanrnya yg korang leh lakukan untuk mengelakkan diri dari merokok ni..

Diantara tips utk menghilangkan ketagihan ni ialah:

1) Kalau rase2nya nak merokok, kunyah ajer gula2 getah tu...

2) Jauhkan diri dari perokok yg boleh menyebabkan anda terpengaruh utk merokok.

3) Byk ubat2 untuk menghilangkan ketagihan. Nak dengan tak nak jerrr...

Semua tu bergantung pada kekuatan minda korang...Kalu nak..biler masa jer korang boleh berhenti.. Sendiri mau Ingat lah yer!

SKIN FOOD


(Adik ku suggest yg ni..promoter tu kata yg ni hasilnya mmg bagus)

Normally kita selalu teruja nak mencantik kulit muka tanpa memikirkan bahagian dalaman juga perlu dititikberatkan. Kalau setakat muka jer nampak cantik berseri tetapi kulit nampak kusam tak guna jugak kan. Tu lah yg aku lupa selama ni... From now onwards...atas nasihat kengkawan, aku dah mula berjinak dengan "skin food"


(Yang ni pun sesuai dgn kulit aku)

Skin food ni memang bagus sebenarnya untuk kulit. Nama lagi makanan untuk kulit kan..Kulit perlukan makanan untuk menjadikan nya nampak sihat..Tulah yg sering aku dengar tapi sering gak aku abaikan.

Memang banyak produk skin food ni yg dijual dipasaran sehinggakan kengkadang kita tak tau yg mana produk yg sesuai untuk kulit kita. Apa yg boleh aku katakan, aku lebih suka membeli sesuatu produk tu dalam bentuk "mini" dulu. Kalau rase2nya tak sesuai dengan kulit, time tu lah aku bermurah hati untuk memberi kepada adik2 atau ipar aku..Iyer ler dari buang..baik didermakan..kan??? Ni pon baru belajar2 nak mencuba...korang biler lagi wehhh!!!

TAK SIHAT PLAK



(Baby ni..mama dia sakit pun sempat gak ...dia nak snap)

Hari ni aku mc..tetiba aku rasa badan panas sejuk masa kat opis semalam. Kepala dah berdenyut2 tapi aku tahan gak ler sebb dah dekat nak balik pun. Nak makan ubat, takut plak sebab aku ni allergic ubat. Makan panadol sebijik pun boleh lalok. Kang habih sumer keta kat depan aku langgar.

Sampai rumah jer, aku dah surrender..tak larat angkat mata...Adoiii pening jangan cakap ler, Berpinau mata dengan bisa2 badan sumer terasa. Masa nilah sibaby baik benor plak dia...Habih lencun kepala aku dijaram air. Abang siap picit kaki aku lagi. Tapi ko tau jer lah tangan dia bila memicit tu, cam nak tercirit aku...Tangan anak jantan ler katakan...

Betul le kata orang..sakit ni ada fadhilatnya.Disamping menghapuskan dosa2 kecil dapat gak bermanja2 dgn orang tersayang. Aku puji law kong aku ni... dia kalu bab2 isteri atau anak2 sakit memang amik berat sangat. Tengah malam pun dia kejutkan aku untuk makan ubat..Rasenya, aku tak ler sesetia cam dia kalu bab2 menjaga orang sakit ni.

Harap2 sakit aku ni kebah ler hendaknya. Rimas dok sorang2 kat umah..Nak tengok tv, kepala sakit...so layan jer lah update blog aku ni...

Sunday, October 3, 2010

AKU KECIK HATI SANGAT2..



Aku benar2 kecik hati. Rase cam diri ni tak de harga diri!..Aku kecik hati menyebabkan tidurku terganggu..fikiranku jadi kusut...hati aku jadi sedih yg teramat sangat...Setiap hari aku diselubungi dengan perasaan kecik hati tu kerana :-

1) Bila niatku untuk membantu menyelesaikan masalah disalah anggap malah aku dituduh dengki plak.

2) Bila aku dikatakan cuba berlagak baik sedangkan aku sendiri pun tak betul!

3) Bila aku dianggap lupa diri...sepatutnya aku perlu "lebih kehadapan" kerana telah termakan budi seseorang.

Aku sedih malah benar2 kecik hati bila orang sanggup menuduh aku macam2 sedangkan aku bukan orang yg demikian. Aku masih sedar dan tau diri...tau dimana tempat aku berpijak...masih tau membalas budi orang, masih mau melindungi orang2 yg kusayang seperti aku melindungi diriku sendiri.

Tapi dari mata kasar mereka, aku ni tak ubah seperti orang yg kejam, yg tak berhati perut...tapi terfikir tak korang, yg aku lakukan semua ni utk kebaikan korang di masa depan. Aku tak mau korang terus bergantung harap dgn orang lain tanpa berusaha sendiri menyelesaikan masalah. Aku juga punya masalah sendiri yg perlu aku selesaikan.

Aku cuma mau korang belajar berdikari..Salah ke niat baik aku tu?? Atau mungkin cara aku yg agak tegas membuatkan korang salahfaham atau korang sengaja tak mau memahami niat baik aku tu!!Terpulang...aku dah jalankan tanggung jawab aku dgn sebaiknya. Jika suatu masa nanti, korang tersepit dgn masalah, jgn salahkan aku kerana tak menghulurkan bantuan..Satu jer soalan aku...selama mana korang nak menjadi seperti anak burung yg mintak disuapkan setiap hari??

SAPA PEMILIK NYER.?



Penah tak korang dapat rezeki tergolek. Rezeki yg tak disangka2 datang. Okay actually..baru2 ni aku terjumpa duit..agak banyak gak lah! Memang nawaitu nyer aku nak pulangkan duit tu tapi aku tak tau saper yg punya memandangkan tak de pengenalan diri apa pun yg aku jumpa bersama duit tu.

Bila terfikir nak iklankan plak, aku takut nanti berdering 24 hours plak telefon aku ni. Yang bukan empunya duit pun ngaku duit dia gak...Bukan aku tak kesian, malah terbayang mesti hampa betul hati pemilik duit yg hilang tu. Bukan sket plak tu..Susah payah dia kumpul..alih2 ilang gitu jerr.

Aku kalu jumpa duit..bior pun sikit memang aku tak kan gunakan apalagi nak beri anak2
ku makan dengan rezeki yg tak halal tu.Kalu boleh biarlah anak2ku membesar dengan rezeki yg ku dapati dengan keberkatan..cuma sekarang ni buntu memikirkan bagaimana cara aku nak memulangkan duit pemilik tersebut??

Apa yg aku dapat buat sekarang ni ialah menyimpan duit tersebut sementara aku memikirkan jalan paling terbaik. Muga Tuhan berikan aku hidayah dan petunjuk untuk aku berbuat kebaikan...AMIN...